Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
1. Kali ini pula saya berkongsi mengenai aktiviti ziarah luar, sekitar Masjid Nabawi. Kami bergerak dalam kumpulan dibimbing oleh Haji Mutawif kita, seorang yang berpengalaman, manakan tidak, boleh dikatakan Haji sebulan sekali membawa jemaah bergilir-gilir. Kebetulan semasa giliran kami, Haji memaklumkan akan stay di Mekkah dan Madinah sebulan sebelum kembali ke tanah air, untuk menguruskan group jemaah seterusnya. Subhanallah, Tabarakallah. Tiada tempat yang terbaik selain Mekkah dan Madinah yang penuh keberkatan.
2. Kami semua selepas sarapan di hotel, berkumpul di lobi. Dalam jemaah kami ada yang berkerusi roda, kami membantu antara satu sama lain. Kami bermula di pintu 15 iaitu hanya 50m dari Hotel Elaf Taiba yang kami inap. Depan sahaja hotel kita boleh lihat tapak pembinaan yang dahulunya merupakan tapak pasar. Kini rancak dibangunkan, tidak pasti apa yang mahu didirikan. Di belakang pasar tersebut ada satu taman, menurut Haji disana merupakan tempat yang paling subur di Madinah, iaitu Saqifah Bani Sa'idah (سقيفة بني ساعدة).
3. Menurut Haji Mutawif, disana merupakan tempat sahabat bermesyuarat untuk memilih pemimpin setelah wafatnya Rasulullah SAW. Di sana tempat berlakunya baiah untuk melantik Saidina Abu Bakar menjadi pemimpin menggantikan Rasulullah SAW. Juga di sana jugalah tempat bermesyuarat untuk memilih tempat memakamkan Rasulullah SAW setelah wafat iaitu di Madinah. Kita boleh lihat pokok kurma dan tumbuhan hijau yang masih segar. Difahamkan juga tempat tersebut telah ditutup kepada umum oleh kerajaan Arab Saudi. rujuk web wikipedia untuk lebih detail (sini)
4. Seterusnya kami terus berjalan menuju ke pintu depan sebelah Muzium yang masih dalam pembinaan. Besar muzium ini. Haji menunjukkan kepada kami Masjid Saidina Ali. Location google. Rasulullah SAW pernah bersolat disitu. Kami hanya lihat dari jauh sahaja. Dekat dengan Masjid tersebut ada juga Masjid Al Ghamamah, iaitu tempat Rasulullah SAW solat sunat Istisqa' (minta hujan). Subahanallah indahnya, rasa rindu pada Rasulullah SAW semakin menebal. Sambil Haji Mutawif bercerita, sebak rasa, kasihnya Rasulullah SAW pada umatnya.
5. Kami berjalan kedepan sedikit, untuk melihat Masjid Abu Bakar, sekarang dihimpit bangunan hotel yang baru dibuat. Haji Mutawif memaklumkan berlaku sedikit perbincangan bilamana kerajaan Arab Saudi ingin merobohkan Masjid tersebut atas alasan pembangunan dan elak aktiviti khurafat. Namun ditentang hebat oleh ulamak Saudi, lalu tidak diroboh. Masih kelihatan kubah putih Masjid Abu Bakar.
(masjid Abu Bakar)
6. Ada juga pasar kurma di depan sana, kami tidak pergi, dan berpatah balik ke Masjid Nabawi. Sambil berjalan Haji Mutaqif ada memberi satu teka-teki menarik mengenai Telaka Ha (siapa dapat jumpa lokasi Telaga Ha akan diberi hadiah) hehe, usaha kami para jemaah mencari. Ada pemenang, siap selfie lagi dengan tempat tersebut.
7. Kami kembali ke Masjid Nabawi dan kita boleh lihat Kilang Mencetak Al-Quran di bahagian depan pintu masuk tadi. Petugas masjid menyapa kami dan memanggil lalu mengedarkan buku, bahan bacaan kepada kami secara percuma ada dalam bahasa Melayu ada juga Bahasa English. Kami berjalan melewati depan Masjid Nabawi. Kelihatan Kubah Hijau yang mana letaknya Makam Rasulullah SAW dan sahabat di bahagian dalam Masjid. Banyakkan berselawat dan bagi salam kepada Rasulullah SAW.
8. Kami meneruskan lagi ziarah sehingga ke perkuburan Baqi. Di sana ramai menggelarnya sebagai Jannatul Baqi. Meninggal di Madinah akan dikuburkan di Perkuburan Baqi InsyaAllah wajib syafaat Nabi SAW. Allah huakbar!! Di dalam kawasan kubur ramai askar yang bertugas, ada yang bercota, pakaian berlainan dengan askar dalam kawasan Masjid. Di fahamkan mereka mengawal untuk mengelakkan jemaah melakukan aktiviti khurafat seperti mengambil tanah kubur, bersolat atas kubur dan sebagainya. Maklumlah ramai orang bermacam ragam manusia. Bacalah papan tanda yang diletakkan di depan perkuburan baqi, menunjukkan adab ziarah, dan salasilah keluarga Rasulullah SAW
9. Di bahagian depan kanan adalah letaknya makam Zaujah-zaujah Nabi, ada bahagian sahabat dan suhada, dan di tengah-tengah kira-kira 150m, dari pintu masuk letaknya makam Saidina Othman, ada askar juga mengawal. Hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan perkuburan.
10. Kami berjalan di luar kawasan perkuburan dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh seorang sheikh yang bekerja sebagai pembaca doa di bahagian tepi perkuburan baqi. Walaupun jemaah perempuan tidak dibenarkan masuk, ada pagar cermin dan boleh dilihat dengan jelas dari tepi. Difahamkan juga Raja Arab Saudi yang mangkat tempoh hari juga disemadikan disini. Hanya batu sahaja tidak ada binaan seperti perkuburan diraja lain. Subahanallah
11. Selepas penat berjalan, Haji Mutawif mempelawa kami untuk ke kedai favouritenya jika ke Madinah, katanya nasi arab kambing dia terbaik. Letaknya di bahagian bawah hotel ansar new palace. Di tepi restoran ada kedai Ahmad Albab, boleh beli kurma, kacang dan coklat. Nak makan situ pun boleh Halal katanya. Sempat saya borong 6 kilo kacang pistachio buat santapan 6 beradik kami, setiap orang satu kilo, harga gred A hanya RM 60 sahaja. Free gift pun dapat. Paling best lagi tak payah bawak, Ahmad Albab bayarkan teksi, dia hantar terus ke lobi hotel. Hehe, bagus Ahmad Albab ni.
(saya, emak, cik, ayoh chik, dan siti, anas amik gambar)