27 May 2010

:: Pengalaman mengajarku sesuatu

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Salam 1 Malaysia
.
21 Mei 2010 merupakan hari yang cukup bersejarah kepada saya. Tanggal itulah kehidupan karier saya bermula. Melaporkan diri di putrajaya sebagai seorang lecturer (Pendidik) di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh. Namun dalam selaut kegembiraan dan rasa syukur yang amat tinggi masih ada juga kronologi itu mendewasakan dan seterusnya mendidik saya.
.
Saya mengisi borang SPA setahun yang lepas dengan meletakkan salah satu pilihan saya iaitu pengajar juru x-ray gred U41 (ijazah). Dipanggil temuduga oleh wakil kolej dan Dato' SPA. Di kesempatan yang diberi saya cuba mempromosikan diri saya dengan harapan dan niat yang ikhlas ingin membantu menyampaikan ilmu di dada kepada anak bangsa. Alhamdulillah temuduga saya berjaya dan surat pelantikan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan SPA kepada saya. Dalam kegembiraan yang masih lagi mekar di wajah saya, terus saya terbitkan dengan lawatan ke Johor Bharu bersama sedara saya ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bharu. Rakan pengajar senior saya jumpa dan berkenalan, sempat juga bertanyakan cabaran dan keperluan bagi seorang bakal pengajar. Malangnya tatkala menjamu jamuan tengah hari, pengajar kanan difahamkan paling senior di kolej tersebut menyapa saya dan amat tidak saya sangka sapaannya amat tidak MESRA. Soalan yang ditanya SIAPA YANG PILIH YOU? SIAPA YANG INTERVIEW DENGAN YOU? YOU TAK LAYAK!!!.
Jelas saya cukup tersinggung dengan layanan tersebut, namun ia tidak langsung mematahkan semangat saya, saya anggap ia sebagai cabaran. Mungkin beliau tidak memahami keadaan yang sebenar, puncanya sebab saya mempunyai IJAZAH SINARAN PERUBATAN (USM), didakwanya tidak layak mengajar juru x-ray (diploma). Apa yang dikesankan saya diperlakukan begitu rupa di depan pengajar lain. Mujurlah mereka semua supportive dan banyak mententeramkan saya. Terus makhluk itu mengeluarkan telefon dan menelefon sesorang dan dengan kadar yang tinggi memarahi orang yang dihubunginya atas sebab memilih saya, lepasan ijazah ini dari USM. Saya tidak faham apa salah saya dan apa salah ijazah saya dilayan begitu KERAS sekali. Inikah perilaku pengajar KOLEJ SAINS KESIHATAN sebenarnya!!!. Lebih teruk lagi membawa identiti KAKITANGAN AWAM.
.
Saya pulang kerumah dan meanggap lawatan saya ke sana sedikit tidak mencapai objektif. Mulanya saya beringinan untuk mengenali suasana persekitaran di sana. Harapan menggunung kepada saya untuk mengharapkan suasana persaingan yang sihat dan kerjasama mendidik anak bangsa. Saya juga berdoa supaya diberikan kekuatan dan diberikan yang terbaik untuk saya. Kerana saya yakin dan percaya Allah tetap memberikan yang terbaik untuk umatnya. Hari-hari berlalu dan akhirnya surat penempatan dikeluarkan oleh bahagian sumber KKM dan dikhendaki melaporkan diri di unit latihan KKM. Bangunan warna hijau cermin di presint 3 dekat dengan Maybank dan wisma tani. Setibanya di sana saya difahamkan surat awal penempatan saya di batalkan atas alasan tidak ada kekosongan di sana. Hairan saya, kenapa tidak ada kosong sedangkan kolej tersebut baru dan jelas memelukan ramai pengajar. Hasil suara-suara kecil yang saya dapati akhirnya barulah saya faham, mereka tidak memerlukan SINARAN PERUBATAN dari USM. Sekali lagi saya tidak dibenarkan ke penempatan di KSKB JB. Saya difahamkan akan di hantar ke KSKB Sungai Buloh (SB). Hebat sungguh makhluk itu, sehingga putrajaya pun tidak mampu menghalangnya. Saya diminta datang untuk mengambil surat baru
.
Selesai sudah cerita dan cabaran di putrajaya. Saya susulkan diri ini ke KSKB SB. Alhamdulillah sesampainya di sana saya diberi layanan MESRA, terutamaya senior SINARAN PERUBATAN En. Aizuddin (abg din). Abg din menghubungi En. Chiang dan beliau menumpangkan saya di bilik sakit buat sementara waktu. Kelanjutan harinya, saya melaporkan diri kepada puan pengerusi program. Beliau memahami dan simpati terhadap apa yang berlaku kepada pelajar SINARAN PERUBATAN ini. Beliau cuba menjelaskan perkara yang sebenar. InshaAllah saya juga fahamkan dan akan saya buktikan. Hari ini pula saya di tukarkan kepada unit lain, bukan unit Radiografi dan Radioterapi lagi atas alasan SINARAN PERUBATAN tidak layak untuk kursus diploma radiografi dan radioterapi di KSKB ini. Juga saya hairan kenapa IPTA seperti UIA, UDM, UITM boleh menerima pelajar SINARAN PERUBATAN di jabatan MEDICAL IMAGING mereka. Hebat sangatkah produk yang KSKB hasilkan?? EKSLUSIF SANGATKAH UNIT RADIOGRAFI DAN RADIOTERAPI KSKB INI?? mula mengesyakkan ada sesuatu yang tidak kena. Saya juga sempat berkenalan dengan senior SINARAN PERUBATAN yang lain juga pengajar di KSKB SB. Ada 10 semuanya. Ada juga yang di unit tersebut. Kenapa jasa mereka tidak DIHARGAI. Rasa tidak puas hati sedikit sebanyak terbit dalam benak hati saya, namun saya tidak kisah sangat, saya mahu buktikan. AKAN SAYA BUKTIKAN kepada mereka, SINARAN PERUBATAN sebenarnya mampu juga pergi jauh. Saya akhirnya di tugaskan di unit SAINS ASAS, difahamkan akan mengajar subjek berkait dengan FIZIK dan mungkin FIZIK MEKANIK or FIZIK on HUMAN BODY. Ketua unit juga sangat mengalu-alukan kedatangan saya. Tanpa menanyakan dan memandang rendah ijazah SINARAN PERUBATAN saya
.
Saya harap minggu-minggu seterusnya akan lebih baik dan saya akan senantiasa menjadikan apa yang berlaku ini sebagai satu pembelajaran yang amat berguna untuk saya. Politik di tempat kerja amat hebat berbanding politik di kampus. InshaAllah saya mampu menghadapinya. Ma dan ayah segalanya bagi saya. Doakan supaya saya lebih kuat dan utuh dalam menghadapi cabaran mendatang
.
"KSKB perintis karier pemegang ijazah SINARAN PERUBATAN"
:: Buktikan yang saya MAMPU! chaiyokkk