30 June 2009

:: Tok guru mahu jadi WIRA

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Izin kan saya mengunkai tajuk ini dalam dialek bahasa Kelantan khas untuk Tok Guru kita
.
Tok Guru,ambo meme hormat ko tok guru tapi ambo sedih sangat-sangat bilo ado ore kecek bendo hudoh ko tok guru. Ilmu tok guru bilo ngajar, meme kemah, contoh tok guru bui sebenarnyo nok suruh sapa maksud dio jah, tapi kalu ore luar dengar dio pusing kok lain. Tok guru meme susoh kalu ado jah gapo-gapo istilah hok tok guru paka ore luar sokmo ake pehe kok lain. Bahaso kelate meme payoh nok pehe kalu ore dok beso guna gak.
.
Tapi so karo jah kawe sedih lagi ngo tok guru ambo nih. Bakpo gak tok guru suko naik stage. Suko sangat nok belawe. Ambo raso lah tak yoh lah jadi hero niste nyo. Bia ko sek-sek dio sudoh lah. Ari tu maso tok guru maroh ko tok wakil bachok kejut jugok ambo. Bendo molek tok guru. Nok saing ngan UMNO, nok try bince hal-hal hok molek-molek. Nok satu ore melayu Islam. Tok guru jange mudoh naik angin gak. Serupo tok guru pese sokmo maso ngajar, tok leh buat keputuse tengoh maroh, kena sabar, mintok petunjuk, semaye Istikhoroh.
.
So lagih, kalu tok guru belawe debat pun, buleh gapo ko kito, buleh gapo ko ambo, buleh gapo ko anok-anok ambo, buleh gapo ko negeri kito, dok tengok boh UMNO hoyak dio molek, Tok guru kato tok guru molek, pah tuh sapo mene, pakat akat palo, hok kaloh malu nok akat muko. Sek-sek nih panda belit tok guru. Tok guru pun ado banyok jugok buoh kilah. Ambo kenal bena lah tok guru ambo nih. Sedak mena buoh kilah dio.
.
Sekali lagih lah tok guru ambo mitok sangat-sangat, bo lah dendamnyo, bo lah duk kato ko orenyo, kito baik mula. Kalu nok ngajar pun, bo lah duk bui contoh ko puok UMNO. Dio pun ore Islam. Cuma tok guru kato jahil jah. Kito pakat betul. Ejah ah tok guru, kito pakat baik mula. Tengok sek-sek cino, dio senyak jah. Cuma nok tunggu kelih perati hok mano bene. Pah tu dio pijok palo. Baso perangai dio doh suko jatuh ore melayu. Tengok tokey cino berapo ramai hok bantu ore melayu kito.
.
Bo lah ore melayu dok balohnyo. Takdok Hasil. Pelabur luar pun tengok tawar doh ko kito. FDI negaro kito ko ho lamo ko ho kure. Lagu mano nok idup lagu ni gak. De sapa ko dok wawasan 2020 kito. Pakat dok baloh melayu lawan melayu gak tok guru. Ari ni ko ho ramai hok nok lawe tok guru ajoh debat. Hebat te demo, cabar tok guru. Agok-agok bene ko. Try lah try. Buke gapo kawe takut ko ho lamo ko ho borak. Bui so nok so lagi. Ore tuo ni de dio naik angin gak hok dok bangun duo minggu jadi buleh jale. Keno pulok caro pasal politik. Ore melayu kelate gituh lah. Baso angin dok berapo molek.
.
"Debat ngan Musyawarah; Tok guru pilih debat sebab nok jadi WIRA"
:: Ambo dok berehi berdebat

28 June 2009

:: Lambaian Manek Urai -2

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Realiti pemikiran parti Pembangkang di Malaysia (sumber Utusan)
.
Apabila ada pemimpin mereka didakwa di mahkamah, mereka anggap itu fitnah, tetapi apabila mereka menuduh pemimpin BN dengan niat memburukkan beliau, mereka kata ia demi keadilan.
.
Apabila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC, mereka anggap ia perbuatan salah tetapi apabila mereka bekerjasama dengan DAP, mereka kata parti mereka untuk semua.
.
Apabila ada pemimpin UMNO atau BN didakwa terlibat dengan kegiatan tidak moral, mereka desak letak jawatan tetapi apabila ada pemimpin mereka terlibat biarpun ada bukti, mereka kata ia konspirasi dan itu soal peribadi.
.
Apabila media arus perdana menyiarkan sesuatu berita, mereka anggap itu permainan jahat media milik kerajaan tetapi apabila media mereka menyebarkan fitnah dan tohmahan mereka anggap itu kebebasan media.
.
Apabila kerajaan menghantar anggota polis yang ramai ke kawasan pilihan raya mereka akan kata, itu usaha untuk menakutkan pengundi tetapi apabila mereka menang, mereka kata pasukan keselamatan telah menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.
.
Apabila mereka menang pilihan raya, mereka akan kata rakyat semakin menolak BN tetapi apabila mereka kalah, mereka akan tuduh BN guna pengundi hantu dan SPR tidak telus.
.
Apabila ada pihak terlalu ekstrem membuat tuntutan untuk kaum tertentu mereka anggap itu kebebasan bersuara tetapi apabila ada orang Melayu yang menyokong kerajaan menyeru hak Melayu dipertahankan mereka kata itu perkauman.
.
Apabila mereka kemukakan idea sampai satu dunia pun tahu, mereka kata ia demi kepentingan rakyat dan negara tetapi apabila idea itu ditolak oleh rakan pembangkang sendiri mereka kata ia idea jahat UMNO dan tohmahan untuk melemahkan pembangkang.
.
Apabila polis melarang daripada mengadakan demonstrasi haram demi menjaga ketenteraman awam, mereka tuduh ia menyekat hak asasi manusia tetapi apabila mereka lakukan juga dan polis bertindak mengikut lunas undang-undang mereka kata, polis kejam.
.
Apabila UMNO hendak berbincang sesuatu isu dengan MCA atau MIC, mereka akan dakwa UMNO takut kepada kedua-dua parti itu tetapi apabila mereka hendak berbincang sesama sendiri, mereka kata ia melambangkan kesepakatan.
.
Apabila UMNO berikrar terus perjuangkan hak orang Melayu berdasarkan Perlembagaan, mereka anggap UMNO perkauman tetapi apabila mereka beria-ia menuntut untuk kaum tertentu, mereka kata itu demi kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.
.
Apabila ada rakan dalam pembangkang menuduh BN macam-macam, mereka kata, itu bagus tetapi apabila kenyataan mereka disanggah oleh rakan sendiri mereka akan kata media putar belit fakta dan cuba melaga-lagakan pembangkang.
.
"Jenaka pilihanraya; Tokey Ikan Calon Pas VS ? "
:: Orang kampung menjadi mangsa

:: Lambaian Manek Urai

Bismillahirahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
PEMUDA!!!!! GEMPUR!!!!!
.

Itulah laungan pekikan semangat para pemuda UMNO di Manek Urai yang berjuang bersungguh-sungguh untuk merampas kembali DUN Manek Urai yang jatuh ke tangan Pas pada pilihan raya umum dahulu. Imej UMNO dikatakan bergantung kepada pilihan raya kecil ini. Sungguh besar ertinya untuk memenangi pilihan raya kecil ini. Saya juga tidak berkecuali menabur jasa dan keringat untuk turut sama dalam barisan membela Manek Urai. Penat lelah tidak dihiraukan oleh Pemuda UMNO Kelantan yang telah berjanji untuk bertempur di Manek Urai. Baru-baru ini saya di hantar oleh Pemuda UMNO bahagian Pasir Puteh ke Janda Baik iaitu Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) untuk berkampung disana melihat, mengatur strategi, menganalisis kekuatan dan kelemahan UMNO pada pilihan raya lepas.

Hasilnya memang cukup bermakna kepada semua Pemuda Tahan Lasak Negeri Kelantan yang telah berjaya mengikuti kursus ini. Semangat baru yang disuntik merancakkan lagi rentak perjuangan Pemuda di Manek Urai. Setelah berkursus disana saya merasakan UMNO dilihat mampu untuk mengambil kembali Manek Urai berdasarkan komitmen Pemuda yang ditunjukkan.

Sedarlah wahai seluruh pengundi Manek Urai. Buatlah pilihan yang bijak. Jangan jadikan bangsa kita di laga-lagakan. Sejarah telah membuktikan suatu masa dahulu. Parti yang menjadi tunjang orang melayu adalah UMNO. Pas juga UMNO suatu masa dahulu. Perpecahan orang melayu bermula dikala itu. Kini makin tenat orang melayu. Satu persatu kuasa melayu ditidakkan. Jangan sampai agama ISLAM kita ditidakkan disebabkan kita sendiri. Jangan kita menjadi punca untuk generasi akan datang hidup senang sama seperti kita hari ini. Kenapa perlu memilih UMNO??

Jawabnya adalah UMNO lah yang boleh dan mampu menjadi pemimpin serta pentadbir negara pelbagai ras dan etnik ini. Hanya UMNO yang mampu mengawal tuntutan rakyat Malaysia berbangsa cina dan india melalui MCA, MIC, GERAKAN dan PPP sekalipun. Parti Pas dulu pun saya lihat mampu untuk mengambil alih tugas UMNO ini suatu masa dahulu berdasarkan di Negeri KELANTAN. Namun sangkaan saya mula meleset.

Tengok sahaja politik di PERAK. Menteri besarnya memang orang Pas. Namun di belakangnya penuh dengan agenda DAP. Dapat sahaja kuasa diberinya hak tanah kepada orang cina komunis yang dahulunya berada di dalam hutan di Kampung Baru selama 999tahun. Orang Pas kata tak lama 999 tahun tu. Namun sedarkah kita semua tanah itu tidak akan bertambah. Makin kurang adalah. Mujurlah Sultan Perak mahu MB nya orang Melayu kalau tidak apa nak jadi tidak tahulah. Mengapa semasa perhimpunan di Perak baru-baru ini tidak ada langsung kelibat orang cina yang turut sama meniarap di depan kereta Sultan PERAK. Kenapa hanya orang melayu!! Jelas untuk saya mengatakan DAP berjaya melagakan dan memecahkan orang melayu khususnya di PERAK. Hari ini percaya atau tidak, orang cina tidak lagi mengundi BN kerana mereka telah dapat apa yang mereka inginkan dengan mengundi Pas. Jadi kita orang melayu akan menang sorak kampung tergadai. Jangan sampai mereka menuntut Masjid kita di runtuhkan supaya menyamai bilangan kuil budha dan hindu sajalah. Pas tidak mampu mengatasinya. Hadirnya Lee Kuan Yew tempoh hari di Tanah Melayu baru-baru ini haruslah kita fikir. Semasa sebelum kemerdekaan dahulu Lee Kuan Yew lah salah seorang yang menyokong Malayan Union. Lari mereka ke India bersama 2 orang rakan Cinanya yang lain. Malayan Union mahu menghapuskan institusi Raja-Raja.
.
Kepercayaan saya kepada parti PAS mula lagi terhakis apabila salah seorang EXCO NEGERI Selangor, juga merupakan wakil dari parti PAS. Yang dulunya semasa berceramah lantang kata pemimpin UMNO ini yang menggalakkan ARAK dan JUDI. Lebih malang lagi dia mendakwa nak solat pun tidak khusyuk kerana melihat kilang arak berdekatan dengan surau. Tapi kini di Selangor dan Kedah, kenapa tidak dibatalkan atau dikawal pengeluaran lesen untuk kilang arak dan judi ini. Jika kita lihat di Selangor makin banyak adalah. Berkali-kali ganda lagi. Jika kita tanya, YB jawab kita bagi lesen untuk orang bukan ISLAM so orang ISLAM tak yah belilah. Mudah pulak dijawabnya. Ingatkan dulu nak banteras habis-habisan. Kilang yang didakwanya nmengganggu untuk khusyuk itu makin besar adalah. Aduhh.. Haru biru rakyat. Nak bina ladang BABI adalah, yang terbesar di Asia Tenggara pulak tu. Nanti kena selsema BABI baru tahu.
.
Sudahlah parti Pas. Dulunya cukup saya kagumi keunggulan kamu, namun hari demi hari saya mula rasa sedih terhadap Pas. Kenapa tidak mahu memaafkan UMNO untuk bersatu. Kenapa mahu terus menyerang orang sesaudara kamu.
.
Pasal negara ISLAM juga saya cukup kecewa. Tiap-tiap hari saya mengikuti perkembangan Parlimen Malaysia. Mengapa tiada satu usul pun sehingga hari ini usul untuk Menggubal Undang-Undang Islam. Di kampung Pas cukup handal dengan berceramah melabelkan UMNO itu KAFIR, KOMUNIS dan AYAH PIN. Namun di parlimen Pas senyap. Mana Laungan TAKBIR semangat semasa berceramah. Saya amat yakin jika di cadangkan usul tersebut maka UMNO akan sedia menyokong. Tetapi perlulah kepada perangcangan yang baik dikalangan UMNO-PAS. Wujudkan perpaduan dahulu. Baru mudah nak angkat tangan.
.
Di Manek Urai sekali lagi isu Undi Pas Masuk SYURGA didendangkan. Khutbah jumaat di Manek Urai sekali lagi dijadikan pentas untuk menghentam orang UMNO. Sehinggakan lupa untuk membaca doa kepada SULTAN. Terkejut saya mendengar berita ini. Sedih saya memikirkannya. Penyebabnya hanyalah satu iaitu apabila Ulamak dan Pemimpin dicelarukan. Menurut salah seorang penceramah semasa berkursus memberi contoh semasa khalifah Abu Bakar, Uthman, dan Saidina Ali. Mereka semua mengishtiharkan mereka bukan ulamak lagi setelah menjadi pemimpin. Mereka bimbang conflict of interest akan berlaku. Sayangnya mereka terhadap agama. Namun kini dalam Pas mereka mendakwa mereka Ulamak dan mereka juga menjadi pemimpin. Ulamak -ulamak yang tidak berpolitik apabila menegur mereka dituduhnya dibayar oleh UMNO. Mereka didakwa di sogok wang untuk keluarkan kenyataan. Itulah realiti pari Pas.
.
Kepada pengundi MUDA Manek Urai. Sedarlah hanya parti UMNO sajalah yang mampu mentadbir urus MALAYSIA. Pas jelas sudah gagal ujian yang lepas. Kita PEMUDA tidak akan rela kepada mana-mana parti jika mereka menggadai AGAMA,BANGSA dan TANAH AIR.
.
"Jenaka Pilihan raya; PAS kena H1N1=Hadi 1 Nik Aziz 1"
:: Bertasbih lebih baik dari laungan takbir yang menunjukkan kemegahan dan keangkuhan kerana ALLAH sahaja layak untuk itu

:: Hari lahirku yang ke-23

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah hari ini tanggal 28 Jun 2009 maka genablah usiaku 23 tahun. Dalam menempuhi liku-liku hidup ini memang cukup mencabar namun tanpa sokongan daripada ibu bapa, guru-guru dan sekalian sahabat membuatkan saya berada pada tahap ini. Hari lahir tahun ini disambut dengan cukup sederhana dan InshaAllah segala azam dan tekad yang telah saya capai sepanjang umur 22 tahun cukup manis untuk diabadikan antaranya berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama saya. Untuk tahun baru ini didoakan supaya matlamat seterusnya akan saya capai mungkin untuk menerima orang baru tidak disenaraikan lagi dalam agenda tahun ini percayalah impian untuk memiliki kamu sentiasa dekat di hati. Biarlah masa menentukannya dan memerlukan persiapan yang lengkap. Kepada sahabat-sahabat ku mohon doa dan bantuan untuk memacuku ke matlamat yang sebenar iaitu bahgia di dunia dan bahgia di akhirat. Terima kasih semua
.
"Selamat Hari Lahir"
:: Perjuangan masih belum selesai

15 June 2009

:: Dalam proses perungkaian ISU

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Beribu kemaafan dipohon kepada semua rakan-rakan yang setia mengikuti perkembangan blog ini kerana saya cukup-cukup terharu mengenangkan angka viewnya sudahpun mencecah lebih 5000 orang
.
.
Alhamdulillah. InshaAllah saya tidak akan mempersiakan sokongan yang diberikan. Saya akui hidup sebagai seorang graduan ini amat mencabar dan terbatas terutamanya untuk menulis dan membaca input-input dari blog kawan-kawan. Namun saya akan cuba luangkan masa untuk menulis kerana niat untuk belajar menulis senantiasa berada dekat di hati.
.
Antara isu yang menarik untuk saya rungkaikan dan masih lagi dalam proses mencari input adalah mengenai persidangan hari pertama Dewan Rakyat yang berlangsung pagi tadi, respon DSAI yang tidak habis-habis mencari publisiti mengenai Chin Peng, perkembangan pengundian Manek Urai, Isu global seperti El-Nino dan Tuntutan Ambalat serta Puan Temenggong Manohara, dalam bidang sukan pula seronok untuk diperbincangkan kisah stadium runtuh di Terengganu, skuad hoki kita, dan juga melihat perkembangan ramuan oleh Bapak Hendrawan untuk menganyang Lin Dan. Menarik juga untuk dikongsi mengenai PTPTN pula memandangkan banyak rungutan yang diterima oleh kedua-dua pihak baik di pihak peminjam dan pemberi pinjam.
.
Mungkin segala isu-isu ini akan saya rungkaikan sedikit masa lagi. Dialu-alukan kepada kawan-kawan yang mempunyai input bolehlah mail kepada saya. InshaAllah jika diberikan keizinan dan ruang olehNya akan saya rungkaikan.
.
"PPMS masuk kem hari ini"
:: Menanti PPMS versi Universiti APEX apa kelainannya?