27 December 2008

:: Karnival sukan MPDMN lesu?

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Sekalung tahniah kapada ahli jawatan kuasa MPDMN sekali lagi kerana bertungkus-lumus memprogramkan satu lagi program dalam kalendar MPDMN. Hakikat di dunia begitulah, betapa lemahnya kita, perancangan kita tidak sempurna perancangan-NYA. Hari ini hujan turun renyai-renyai. Seakan-akan cuaca sejuk ala-ala TOKYO. Tetapi apa yang membanggakan semangat di hati para pelajar yang turun awal-awal pagi meredah hujan ke Kompleks sukan amat mengharukan saya. Alangkah harmoninya kampus kita. Bepersatuan dengan tenang, bersukan dengan muhibbah, perayaan demi perayaan di sambut, kejohanan-kejohanan diterbitkan tidak dilupakan juga kursus-kursus termasuklah kursus perkahwinan.
.
Karnival sukan sedikit hambar apabila dinilai berdasarkan peserta setiap acara dan juga jumlah sukan yang diertandingkan. Ada juga acara yang tidak dapat diadakan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu di Pantai Timur sejak akhir-akhir ini. Walaupun sedemikian pujian juga diberikan kepada semua yang menjayakannya dan bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar pula ingin merakamkan setinggi penghargaan dan semoga penyertaan selepas ini akan dapat menarik lebih ramai lagi peserta terutamanya rakan berbangsa cina. Melalui arena sukan juga kita dapat menggeratkan lagi tali persaudaraan antara semua pelajar di kampus ini.
.
Menyentuh kepada program yang turut berlangsung di kampus ini adalah Minggu Penghayatan Islam. "Islam Untuk Semua" begitulah slogan untuk kali ini. Penuh dinding-dinding asrama ditampal dengan poster promosi. Apa yang cuba diharapkan, Majlis Perwakilan Pelajar amat memandang serius kepada pembangunan dan pengimplementasikan program kelestarian dalam kampus ini dan polisi-polisi yang terdapat dalam program kelestarian ini juga meliputi dalam kesemua aktiviti pelajar di kampus. Elok juga kita mempraktikkan budaya pelajar-pelajar di JEPUN, mereka akan mengasingkan jenis-jenis bahan bungan mereka kepada jenis yang tertentu. Saya cuba mengimplemenkan semasa program kursus kahwin I tadi tetapi malangnya gagal. Mungkin cubaan selepas ini sebaliknya. Seperti contoh pembahgian jenis sampah kepada kertas, garfu, plastik, botol plastik (mineral water), tudung botol plastik (mineral water), label botol plastik (mineral water), dan sebagainya. InshaAllah niat dan langkah yang murni ini akan seterusnya akan terbawa-bawa dalam kehidupan kita seharian.
.
Apa yang cuba saya kongsikan juga bagaimana pelajar-pelajar JEPUN berusaha menepati masa. Tidak hairanlah jika masa train mereka tepat 8.26pagi seperti di jadual. Amat menghargai masa. Dalam aspek ini perancangan masa amatlah penting dan cubalah hargailah setiap saat yang berlalu. Masa yang lepas tidak akan datang lagi. Tepatilah masa. Mengenai penggunaan pen dan kertas, pelajar di JEPUN saya melihat mereka lebih gemar menggunakan pensil tekan. Mereka akan menggunakan pemadam apabila ingin membetulkan apa-apa kesalahan. Berbeza dengan amalan kita yang lebih gemar menggunakan pen. Oleh sebab itu tidak hairanlah buku nota rakan JEPUN saya sudah bertahun-tahun digunakannya. Apa yang diamalkan adalah memadam nota tersebut setelah selesai menggunakannya. Sungguh pelik dan menakjubkan, apabila ditanya dikatakan untuk meminimakan penggunaan kertas.
.
Tentang penggunaan penghawa dingin pula, kita tidak mempunyai suhu minima seperti di JEPUN. Mereka menghadkan suhu tertentu untuk semua bilik darjah ataupun dewan kuliah berdasarkan musim-musim tertentu. Seperti contoh musim sejuk serendah hanya 24 darjah celcius.
.
Cuaca hujan di sini nampaknya berterusan. Sudah tentu prestasi rakan golfer akan terganggu. InshaAllah ada hikmah disebalik kejadianNYA.
.
:: Al-Fatihah buat kemangkatan Tuan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
"Kelestarian hari ini untuk kesejahteraan hari esok"

21 December 2008

:: Kampus dan Hendonisme

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah saya selamat tiba di kampus pagi tadi. Tidak dapat digambarkan kerinduan kepada kampus Universiti Sains Malaysia ini. Azam dan cita-cita terus ditanam moga-moga apa yang didapati hasil daripada pembentangan dan dialog di Tokyo tempoh hari dapat dikongsi bersama. Insha-Allah dalam masa terdekat saya akan menyiapkan laporan lengkap sepanjang program tersebut.
.
Petang yang dingin membataskan aktiviti pelajar kampus yang rata-ratanya gemar berjoging mengelilingi padang golf USM. Rakan-rakan golfer masih belum pulang dari AUG, jadi petang yang dingin diisi dengan rehat yang secukupnya.
.
Kunjungan rakan-rakan kaum India amat membuatkan saya terharu. Mereka menunjukkan sikap yang mulia iaitu menziarahi saya dan bertanyakan pengalaman di Jepun tempoh hari. Suasana sebegini sebenarnya harus dipupuk oleh masyarakat di Malaysia keseluruhannya. Sempat lagi mereka mempromosikan Malam Kebudayaan India mereka kepada saya. Lalu ditanyakan soalan Hendonismekah ITU??
.
Terkejut saya mendengarkan soalan yang pelik itu. Barulah saya faham mengapa soalan itu ditanya. Apabila saya melihat poster HIJAU yang ditampal di blok-blok. Saya menjelaskan konsep Hendonisme yang sebenar kepada mereka. Mereka tertanya-tanya dan mereka mula menujukkan perkembangan yang positif memahami konsep Hendonisme yang sebenarnya. Adakah Malam Kebudayaan India yang bakal diadakan termasuk dalam Hendonisme?? Eloklah mereka merujuk kepada yang pakar dalam mengupas konsep ini. Saya tersenyum panjang usikan kawan saya itu.
.
Isu Hendonisme ini merupakan isu yang selalu menjadi bualan ramai. Bukan sahaja di dalam kampus juga masyarakat di luar. Dengan niat yang ikhlas dan hati yang suci dan juga niat untuk menyeru makruf, tidak salah untuk menjelaskan maksud ini. Apa yang diminta jangan cuba mempolitikkan konsep ini. Menuduh pihak-pihak tertentu menyokong konsep ini. Pendekatan menghukum dan menyalahkan amat-amat tidak setuju dari persepsi saya. Sama-samalah kita memperingati dan bijaksana dalam tindakan.
.
Kewujudan kempen sebegini seharusnya dipergiaatkan dan mungkin boleh diperluaskan kepada golongan sasaran seperti pelajar sekolah dan juga remaja masyarakat setempat. Bersesuaian dengan keadaan dan raliti mentaliti remaja masa kini.
.
Mungkin boleh dikongsikan pengalaman di Jepun, gerakan mahasiswa di sana tidaklah begitu hebat seperti di Indonesia. Rata-rata pelajar di Jepun tidak mengambil kira tentang perkembangan politik yang berlaku di tanah air mereka. Mereka juga tidak suka berpolitik. Malahan apa yang menarik nisbah pelajar di Universiti adalah pelajar perempuan ketinggalan berbanding pelajar lelaki, tidak seperti di Malaysia. Namun dari degi amalan dan kehidupan mereka jauh kedepan berbanding kita. Mereka mengakui bahasa Inggeris mereka lemah berbanding kita namun mereka berusaha untuk bersaing dengan masyarakat barat. Saya juga sempat melawat perpustakaan di Univesiti Meijin. Semua cabang ilmu terdapat bahan bacaannya sehinggakan buku-buku barat diterjemahkan kedalam bahasa Jepun. Bagi tujuan penyelidikan. Tujuh tingkat perpustakaan penuh dengan buku dan rujukan semuanya dalam bahasa Jepun. Dari degi kehidupan mematuhi masa, kebersihan, kemesraan dengan pelancong, disiplinnya amat saya kagum dengan masyarakat di sana. Moga-moga apa yang baik dapat kita praktikkan di Malaysia.
.
Kampus nampak semakin meriah kerana rakan pelajar PPSK mula kembali dari bercuti. Tidak sempat untuk saya melawat tapak-tapak pembinaan Pusat Mahasiswa, Dewan Kuliah, Pejabat Pengarah Kempus dan Kafeteria kerana amat keletihan tadi. InshaAllah jika diberikan kesempatan akan saya ungkaikan dalam kata-kata akan datang.
.
:: Dengki kepada disiplin orang Jepun
"Yang baik jadikan amalan, buruk jadikan sempadan"

17 December 2008

:: Yokohama Green Policy

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah,,sudah tamat sudah rombongan kami ke Universiti-universiti di Jepun. Esok kami akan menghabiskan masa di Disney Wonderland di Tokyo. Not just for Fun. Itulah pesanan peensyarah pengiring kami. Yang jelas beliau amat berpuas hati dengan segala yang dipersembahkan sepanjang lawatan dan pembentangan kertas kerja kami sepanjang program di sini.
.
Sedikit untuk dikongsi tentang polisi yang diamalkan oleh kerajaan di Yokohama adalah mereka amat mementingkan tentang kelestarian kehidupan di daerah tersebut. Penduduk dikhendaki membayar sendiri cukai bagi pengangkutan barang bunangan yang dipungut daripada rumah mereka. Tetapi mereka terlebih dahulu dikhendaki untuk mengasingkan barang buangan mereka kepada 10 kelas yang telah ditetapkan. Seperti pakaian, kertas, plastik, label plastik, tudung botol, kaca, barang mudah terbakar, barang susah terbakar dan juga barang buangan yang besar.
.
Begitulah prinsip yang diamalkan oleh kerajaan di sini. Selepas itu kami juga dibawa melawat ke Meijin Universiti yang juga terletak di Tokyo. Kami diberikan syarahan yang hebat dan teperinci oleh Profesor di sana dan kami berpeluang untuk berdialog tentang pembangunan lestari mereka. Pengalaman berdialong amat unik dan kami sempat juga berinteraksi dengan pelajar-pelajar Master dan PHD di seluruh Asia Tenggara dan berkongsi idea kearah pembangunan kelestarian mereka.
.
Masa untuk membeli belah tidak pernah dilupakan tetapi harga barangan disini cukup mahal dan tidak seperti indah yang dikhabarkan oleh rakan-rakan. InshaAllah cukup untuk setaip orang. Huhu.
.
Makanan di sini rata-ratanya amat sukar bagi muslim dan hanya sesetengah kedai sahaja yang boleh dinikmati. Seungkai kata untuk dikongsi pada malam ini ialah GOKKAI=no waste
.
:: Belajar dari Jepun
"tidak jemu untuk belajar"

:: Coretan Yokohama

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah pagi di tokyo di hari ketiga sungguh nyaman. Seperti biasa berlari-lari manusia bergegas ke tempat kerja, sekolah, ataupun kedai masing-masing. Budaya sebegini tidak lekang lagi dalam masyarakat jepun, dari dulu sampai sekarang. Pengembaraan ilmiah diiteruskan lagi ke bandar Yokohama yang letaknya lebih kurang 50 minit dari tokyo. Pengangkutan awam terus menjadi tumpuan untuk kemana-mana.
.
Setibanya di Yokohama, kami dibawa melawat bagaimana kerajaan Jepun menggunakan sepenuhnya bumi ini untuk menjana tenaga. Teknologi Denmark telah menarik banyak syarikat-syarikat terkemuka di Jepun untuk menghasilkan satu kincir angin yang cukup hebat setinggio hampir 160m dari muka bumi. Sehingga mampu mebekalkan tenaga kepada hampir 200 buah rumah di yokohama. Begitulah kreatifnya masyarakat di sini. Tetapi mereka mula mengkaji faktor kedudukan kincir angin tersebut.
.
Selepas itu kami di bawa melawat sekitar bandar yokohama dan juga Universiti Ferris juga di Yokohama. Begitulah setiap kali kami dibawa ke universiti para pelajarnya amat peramah dan melayan saya dengan begitu mesra sekali. Ini membuatkan saya cukup selesa dan tidak bimbang untuk hidup disini, suatu hari nanti.
.
Kepenatan yang dirasakan dikalangan pemimpin pelajar jelas dilihat apabila hampir semuanya tidur dalam keretapi. Sungguh menarik pengalaman hari ini. Semoga kita dapat berkongsi lagi nanti, InshaAllah.
.
"Pengalaman tidak ternilai"
:: Seungkai kata untuk dirasa

15 December 2008

:: Masa itu emas

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Mencabar dan cukup mengkagumkan. Itulah yang dapat saya katakan sepanjang hari ke 3 berada di jepun. Memang segalanya cukup menarik. Amat rugi jika saya menolak tawaran ini. Suasana hari bekerja di jepun sungguh hebat. Berkejaran kesana-kesini tanpa menghiraukan orang lain cukup menarik. Sekecil-kecil anak muda sehinggalah orang tua mereka amat patuhi masa dan bersungguh dalam membuat kerja.
.
Amat malang sekali kamera digital saya mengalami masalah dan saya telah terlepas bagaimana kesibukan rakyat jepun ini bergegas ke tempat kerja atau ke sekolah dengan laju dan bersemangat sekali. Mereka tidak malu untuk berlari ke sana-sini mengejar train mereka. Semua rakan pemimpin pelajar terkejut apabila melihat gelagat mereka. Sungguh luar biasa. Ketibaan train yang tepat ada masanya turut menjadi tanda tanya dan impian kami semua rakyat Malaysia.
.
Perjalanan kami ke Waseda University cukup menarik. Setibanya di Universiti yang pernah menjadi tempat Prof Engku Aziz ini cukup gah dengan segala insfrakstruktur dan kualiti graduan yang mereka hasilkan. Prof disana amat mesra dan beliau telah membayar makanan tengahhari kami yang amat enak sekali. Terima kasih prof. Kepada rakan baru saya YUMI, cukup baik layanan yang diberikan dan mungkin saya tidak terdaya membalasnya. Begitulah orang jepun yang sangat menghargai tetamu bukan sahaja manusia malahan mereka juga mengatakan kita harus berbuat baik juga dengan semua makhluk di bumi ini. Pengalaman di dalam train juga menarik yang mana keadaan yang senyap di dalamnya membuatkan kami selesa dan tenang. Kelihatan kebanyakkan mereka mengisi masa mereka dengan membaca buku dan ada juga golongan muda yang selalu dengan gadjet mereka tanpa hentil.
.
Rombongan kami seterusnya ke Yokohama Universiti yang sangat jauh dari tokyo. Di sana kami berpeluang bergaul dengan pelajar di sana dan menghadiri satu jamuan yang cukup menarik. Penuh mesej yang cuba disampaikan. Dengan memperkenalkan ecopack mereka, mereka amat tertarik dengan keunikan budaya dan bagaimana keharmonian kita kecapi di Malaysia. Mereka kagum bagimana masyarkat Malaysia mampu menggunakan satu bahasa sahaja untuk berkomunikasi di negara kita sedangkan terdiri daripada banyak kaum dan bangsa serta berlainan budaya.
.
Rombongan nampak penat dan esok perjalan masih lagi jauh. Banyak lagi misi dan visi universiti belum direalisasikan.
.
:: Kayabacho, Tokyo, 2248, 15 Dis 2008
"Hargailah masa kerna masa itu emas"

14 December 2008

:: Kelestarian dari kaca mata tokyo

Bismillahirrahmanirrahim.
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah saya selamat sampai di bumi Tokyo,kayabacho, JEPUN. Banyak yang dapat dipelajari dari mula perjalanan. Sehinggalah THAI AIRWAYS mendarat di Narita Airport tempoh hari. Walaupun kali pertama dan hanya seorang sahaja rakan pemimpin pelajar dari kampus kesihatan, hati pastinya terasa sayu dan sepi tanpa rakan di sisi. Pengalaman menaiki Thai Airways cukup memikat hati dengan layanan dan peramahnya pembantu kapal terbang tidak putus2 menjamu pelanggannya. Alhamdulillah dan setinggi2 terima kasih diucapkan.
.
Jelas seperti yang dijangka, suasana dan keadaan di tokyo jauh berbeza dengan kehidupan kita di Malaysia. Rindu rasanya kampung halaman, di kelantan. Tetapi demi tugas, misi dan visi yang masih lagi belum tamat, akan ku tempuh dengan hati yang tabah.
.
Program pengisian bermula hari ini. Dengan cuaca 8 darjah celcius ditambah pula dengan hujan kami semua cekal meredah hujan menuju ke stesen kretapi yang menjadi pengankutan utama di sini. Ketepatan dan kecekapan perkhidmatannya cukup mengkagumkan saya. Tepat semua waktu ketibaan dan perlepasan ke destinasi sebagaimana jadual yang terpampar megah di dinding stesen. Dari situ benak fikiranku mula terfikir, tidak mustahil negara Malaysiaku tercinta akan berupaya menandingininya suatu hari nanti InshaAllah. Dalam gerabak keretapi disediakan ruang khas untuk golongan tua, perempuan bersalin, dan orang kelebihan upaya. Walau apa cara sekalipun rungan itu tetap dihormati walaupun tidak wujud golongan yang sepatutnya dalam gerabak pada satu2 masa. Saya mengaguminya dan tetap yakin dan percaya kita harus menyainginya.
.
Setibanya kami di Uniten Nation Universiti, kami diperdengarkan dengan tiga buah syarahan yang cukup membuatkan kami terpegun dengan tahap pemikiran oleh penceramah. Betapa majunya negara mereka dalam memastikan kelestarian bumi kita ini mendapat pecutan yang maksima seiring dengan pembangunan dan kemodenan.
.
Penceramah yang pertama telah menjelaskan bagaimana teori dan kesan daripada peningkatan suhu dunia yang melihat dari kaca mata agropolitan dan pertanian. Tidak pernah saya fikirkan bagaimana dari sekecil2 perkara itu dilihat sehingga kepada kesan yang cukup besar kepada bumi. Penceramah menjelaskan bagaimana komposisi gas yang berada di sekeliling terganggu boleh menyebabkan tumbuhan tumbuh secara abnormal dan mengganggu ekosistem kita. Cukup terpegun saya melihat contoh2 yang diberikan. Tidak cukup dengan gambar, disertakan juga dengan kajian2 yang dibuat. Memang satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
.
Muncul seorang lagi penceramah dengan tajuk zero emission dan kelestarian masa depan sekali lagi meletakkan fikiran saya di tahap yang lebih tinggi. Cara pemikirannya langsung tidak sama dengan saya yang kerdil ini. Mereka telah memberikan corak pemikiran yang baru kepada kami dengan mengajak untuk menghargai setiap keadaan dan peluang di bumi ini. Semua akan diubah untuk menlestarikan bumi. Hebat dan tidak terdaya saya memikirkannya sebelum ini.
.
Sesi berdialog dengan penuntut Universiti di sini sangat manis. Tidak putus2 tunduk hormat kepada kami. Rimas juga dibuatnya. Sikat hormat menghormati amat tebal dan sebati dalam hidup mereka. Tidak dinafikan kejelitaan penuntutnya cukup menawan hati saya. InshaAllah akan ku tarbiahkan mereka suatu hari nanti. Walaupun segan dan terpesona setiap patah yang keluar tidak langsung menghampakan saya. Bernas juga setiap cadangan dan pandangan dilontarkan.
.
Walaupun begitu mungkin uniknya kita di Malaysia, kita berupaya memahami bahasa Inggeris dengan baik dibandingkan dengan mereka yang cukup terbatas kemahiran ini. Satu pujian juga harus diberiakan kepada pihak kerajaan yang berusaha memartabatkan Malaysia seiiring dengan perkembangan dunia masa kini.
.
Sesi yang ketiga diteruskan dengan ceramah oleh seorang lagi pemikir yang menekankan konsep dan budaya masyarakat jepun kini yang mengganggap kedai one stop center sebagai keperluan yang amat terdesak. Boleh dikatakan setiap masyarakat di sini akan singgah di kedai One stop center ini untuk mendapatkan barang2 keperluan mereka. Bahkan mereka juga boleh membayar bil, membeli tiket dan banyak lagi perkara untuk kehidupan mereka. Ini cukup merisaukan pendidik di Jepun. Mereka cuba melihat kelestarian itu dalam konteks mengatasi masalah ini. Mereka di sini lebih gemar memakan makanan di kedai tersebut berbanding makan makanan masakan di rumah mereka.
.
Jelas ini amat bertentangan dengan budaya kita di Malaysia. Walaupun begitu inilah uniknya Malaysia. Penuh keharmonian dan adap resam ketimuran kita masih lagi menebal jika hendak dibandingkan.
.
Di sini, walaupun banyak dugaan yang jelas menguji iman saya, InshaAllah doakan saya dan rakan2 supaya sentiasa dibawah payung kerahmatan dan hidayahnya. Coretan Kayobacho,Tokyo saya tamatkan dengan sebuah rangkap yang saya timba di sini.
.
:: Kayabacho, Tokyo, 2236, 14 Dis 2008
"Hiduplah dibumi ini bersama makhluk2 lain"

10 December 2008

:: Student global leadership programme II

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah saya panjatkan kepada ilahi kerana diberikan peluang kepada saya untuk mengikuti satu lagi program universiti bertaraf global ke JEPUN. Memang pada luaran nampak lawatan yang lebih merehatkan minda tetapi setelah diberikan taklimat ianya kelihatan sungguh mencabar. Bersesuaian dengan latihan memantapkan skill kepimpinan InshaALLAH saya mampu menggalas tugas yang disandarkan atas bahu saya dan 17 lagi rakan pemimpin pelajar ini.
.
Segala persediaan yang diatur oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, BHEPP tampak lebih hebat dan teratur demi memastikan program yang memakan belanja yang cukup besar ini dimanfaatkan sebaik yang mungkin oleh kami barisan pemimpin pelajar. Disana kami akan diberikan peluang mengendalikan seminar bersama-sama pelajar di sana yang kita tahu taraf kehidupan mahasiswa di JEPUN amat berbeza dengan kita. Apa yang penting semangat kerjasama diantara rakan pemimpin pelajar Malaysia sendiri untuk mengendalikan setiap seminar yang telah dijadualkan.
.
Menyentuh banyak aspek semasa taklimat oleh pegawai BHEPP semalam. Ada juga sesetengah pihak yang mendakwa program ini merupakan penyelewengan dan pemilihan peserta adalah melalui kroni sahaja. Jelas setelah dijelaskan oleh pegawai tersebut dengan panjang dan lebar maka isu ini tidak perlu diperhangatkan lagi keana ianya adalah program Universiti yang ditaja hampir keseluruhan besar oleh pihak kementerian bukannya pihak MPP semata-mata. Oleh yang demikian bukan semua pemimpin pelajar yang terpilih, mereka dinilai dari semua aspek secara terperinci termasuk aktif menyokong dalam aktiviti kesejahteraan dan kelestarian pelajar di universiti.
.
Kepada rakan pemimpin pelajar yang berjaya tahniah saya ucapkan dan yang tak berjaya InshaAllah ada rezeki lain kali. InshaAllah saya di sana akan membentangkan disamping menjual Universiti kita khususnya dan negara Malaysia amnya dalam menerangkan polisi dan praktikal Universiti Sains Malaysia dalam memartabatkan program kelestarian di sini. Untuk makluman semua di Jepun sendiri mereka telah lama memulakan program-program kelestarian ini demi semata-mata untuk melihat masa depan yang terjamin kepada generasi akan datang.
.
InshaAllah saya akan membentangkan kertas kerja dan diolah secara terperinci oleh Profesor di setiap Universiti yang dilawati tentang program kelestarian ini dan akan membukukan setiap input dan kita akan cuba melihat potensi yang ada untuk diperkembangkan di tanah air bumi tercinta ini. Antara Universiti yang akan dilawati termasuklah Universiti United Nations University,Shibuya, Tokyo (14/12/08) -till evening,Yokohama City university (15/12/08) -afternoon,Waseda University (15/12/08) -morning,RCE Yokohama (16/12/08) -morning,Ferris University (16/12/08) -afternoon,Meiji University (17/12/08) -afternoon.
.
Akhirkata saya mengharapkan semua rakan pembaca blog ini mendoakan keselamatan semua peserta dan dipermudahkan segala urusan kesana. Semoga selamat pergi dan kembali.
.
:: Pergi dengan harapan,pulang dengan kejayaan
"belakang parang,lagikan diasah lagikan tajam"

06 December 2008

:: PrInsiP KepimPinaN

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Sutan Muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;

.
Sudah serkah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Budi yang baik tetap di hati
Banyak orang di Bukit Cina,
Daun nanas serak-serakan,
Burung tempua di pohon saga;
.
Zaman sekarang ringgit berguna,
Emas perak jadi taruhan,
Budi baik terpinggir juga.
Padi bukit padi huma,
Taruh mari di dalam peti,
Dibawa orang ke Tanjung Jati;

.
Budimu tuan saya terima,
Sudah terlekat di dalam hati,
Terpahat kukuh hingga ke mati.
Buah lada lebat di pangkal,
Gugur daun dengan buahnya,
Dibawa dagang pergi seberang;

.
Sungguh ringgit penuh sekapal,
Budi tiada apa gunanya,
Nama pun tidak disebut orang.
Dari Johor ke Majapahit,
Singgah berlabuh di Pulau Bangka,
Ambil muatan gula dan rempah;

.
Jika masyhur budi yang baik,
Jangan pula mengada-ngada,
Orang keliling jadi menyampah.
.
(Sumber: Hamidah Adam, Batu Pahat, Johor, 2001)

02 December 2008

:: Tahniah Persatuan Taekwondo USMkk

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Mempersonakan,mengkagumkan dan menyakitkan. Begitulah bermain perasaan saya semasa menyaksikan perlawanan taekwondo peringkat antarabangsa terbuka USM-Persatuan Taekwondo Kelantan yang telah diadakan pada 29 dan 30 Nov lepas. Tahniah saya ucapkan kepada pengarah projek dan semua ahlijawatan kuasa yang menjayakan. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris Haron yang sudi hadir memberikan ucapan seterusnya merasmikan perasmian penutup kejohanan itu. Walaupun ianya kali pertama penganjuran, ternyata YB Timbalan Menteri cukup terpegun dalam kebolehan dan kemantapan penganjuran aktiviti sebegini.
.
Melalui penganjuran aktiviti sebegini sebenarnya dapat membantu para pelajar khususnya dalam mentadbir urus satu kejohanan di peringkat antarabangsa seperti ini. Paling mencabar adalah kekangan kemahiran komunikasi antara peserta dari negara Thailand. Mereka tidak langsung boleh bertutur dalam bahasa Malaysia mahupun Ingeris. Mujurlah ada guru dari persatuan Taekwondo Kelantan yang menjadi penterjemah. Dari satu sudut kepentingan mengusai bahasa asing amatlah diperlukan. Ia bukan sahaja dapat memberikan satu kelebihan kepada pelajar tetapi ia dapat juga mengeratkan lagi hubungan sesama kita serumpun MALAYSIA-THAILAND.
.
Daripada pendapat peribadi saya, selaku pemimpin pelajar seharusnya menunjukkan sokongan kita terhadap semua aktiviti pelajar. Tidak hanya semasa pilihanraya muncul meraih sokongan, setelah menang tidak muncul-muncul. Sedih saya memikirkannya. Apakan tidak selaku tuan rumah, kehadiran YB Timbalan Menteri tempoh hari, tidak ada seorang pun rakan pemimpin pelajar turun menyambut dan meraikan kehadiran VVIP ini. Batang hidung tak nampak, apa lagi bayang bayang, jauh sekali. Bukan untuk mengata tetapi itulah hakikat senario kepimpinan kita. Biar semua pelajar tahu komitmen pemimpin pilihan mereka dahulu. Semasa YB Timbalan Menteri hadir banyak yang telah disampaikan. Input-input penting juga dapat diperoleh.
.
Selaku pemimpin saya berpendapat biarlah sikap keteladanan kita dicontohi. Bukankah tetamu wajib diraikan. Saya yakin rakan-rakan pemimpin pelajar lain lebih arif dan alim dari saya dalam bidang agama tetapi selaku saudara izinkan saya memberi sedikit nasihat untuk kebaikan terlebih-lebih bagi panduan saya kelak. Selagi nyawa ditanggung badan tidak akan luput tanggung jawab kita sebagai pemimpin umat. Bukan sehingga tempoh pilihan raya akan datang sahaja, rakan-rakan.
.
Saya berharap sekali lagi, dalam penganjuran-penganjuran aktiviti pelajar akan datang, berilah sokongan dan sekurang-kurangnya hadir tanda penghargaan. Jangan jadi bodoh sombong. Sebagai pemimpin, besar telinga ditadah ringan lagi tangan dihulurkan.
.
:: kepimpinan melalui teladan
"Ikhlaslah dalam kepimpinan"

01 December 2008

:: Mari ber"skype" @aD ly_mean

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Terima kasih kepada semua rakan bloger yang tidak jemu-jemu menghubungi saya untuk menulis dalam blog saya ini. InshaAllah saya akan cuba yang terbaik. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua rakan yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh kita menghadapi minggu peperiksaan yang cukup mencabar sebagai seorang pelajar. Namun disamping pencapain akedemik yang cemerlang tugas sebagai seorang pemimpin tidak pernah saya ketepikan. Kesibukkan minggu peperiksaan tidak langsung membataskan semangat saya untuk terus berbakti sebaik mungkin demi meastikan kesejahteraan semua penduduk kampus berkekalan InshaAllah.
.
Dalam menempuhi minggu-minggu mencabar itu banyak yang telah kita semua pelajari daripada persekitaran kita di kampus. Banyak perubahan yang telah kita perhatikan dan rasakan. Tidak semua kita impikan dahulu kini dikecapi secara perlahan-lahan. Alhamdulillah kita panjatkan keatas nikmat-nikmat ini.
.
Musim peperiksaan bagi kawan-kawan PPSK telah tamat, kini tiba pula musin peperiksaan rakan-rakan PPSP dan PPSG diharapkan adik-adik tahun satu dan tahun tiga berjaya dalam peperiksaan PROFESIONAL nanti. Tidak ada guna kita jika hebat berpolitik kampus tetapi didada ilmunya kosong, ada ilmu jika tidak diimplementasikan juga sama. Jangan jadi seperti lalang yang ditiup angin. Kosong sahaja diikutnya sahaja kemana arah angin bertiup. Jadilah seperti padi, makin berisi makin tumduk. Hasilnya juga lumayan, enak dimakan, menjadi sumber bekalan tenaga untuk kegunaan kita seharian.
.
Tidak dinafikan juga banyak perubahan yang telah berlaku di kampus. Bagi yang berfikiran negatif akan terus mengutuk, mengkritik, memandang negatif setiap yang berlaku. Bagi saya saya melihat perubahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini merupakan titik tolak bagi perubahan-perubahan yang besar. Mana ada timbul konsep besar kepala yang diwar-warkan pihak tertentu kepada pihak pengurusan. Beberapa kali saya bilang, berilah meraka peluang, sedikit masa diperlukan. Bukan mudah untuk melaksanakan berbanding mengkritik. Kini kita semua dapat lihat hasilnya. Suara-suara Mahasiswa yang dialaung-laungkan menjadi kenyataan. Saya bagi pihak pelajar di kampus ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak pengurusan universiti kerana berani melakukan beberapa perubahan demi menjamin kebajikan mahasiswa diutamakan. Kecil tapak tangan kami tadahkan.
.
Suka untuk saya nyatakan di sini beberapa perubahan yang dapat kita nilai yang berlaku di kampus kita. Antaranya, bermula daripada fasiliti di desasiswa, kualiti perkhidmatan wireless, pertambahan bilangan kenderaan Unversiti, susun atur semula penempatan di Desasiswa luar kampus, perubahan organisasi desasiswa, pembinaan PUSAT MAHASISWA, perlaksanaan DASAR PEMBANGUNAN SISWA, dan banyak lagi.
.
Saya yakin dan percaya banyak lagi akan kita berusaha untuk dapatkan demi memastikan kesejahteraan kita di kampus berada di tahap yang terbaik.
.
:: Generasi baru,generasi merdeka
"Buat baik di balas baik"

26 September 2008

:: Sepi bukan beerti mati

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat ALLAH SWT kerana memberi kesempatan kepada saya bertemu lagi dengan Ramadhan 1429H. Bulan yang mulia ini makin hari makin meninggalkan kita. Rugilah mereka yang tidak mendapat apa-apa sepanjang Ramadhan. Saya berdoa kepada ALLAH SWT semoga saya dan anda semua tidak tergolong dalam golongan itu. Cepat sungguh masa berlalu, banyak peristiwa berlaku di kampus kita. Bermacam-macam sehingga kesucian Ramadhan tergugat. Tidak cukup menuding jari ditambah lagi dengan kata-kata dan akhlak yang langsung tidak mencerminkan model seorang MUSLIM yang sejati. Terus label-melabel antara kita. Berpuak-puak tanpa mahu bersatu. Saya amat kecewa dengan gelagat kita semua. Biarlah Ramadhan ini menjadi titik tolak perubahan ke arah kebaikan. Semua mahasiswa bersatu. Bergandingan meneruskan perjuangan selari dengan tuntutan agama ISLAM kita yang kita anuti.
.
Banyak blog-blog muncul di alam maya sekarang. Semua bermain rentak yang sama. Tidak cukup dengan itu mulahlah menfitnah pihak-pihak yang dianggap tidak sekapal dengannya. Pembaca yang tidak tahu apa-apa jadi mangsa. Lantas politik persepsi yang cuba dicanai tampak berkesan. Hubungan menjadi renggang gara-gara strategi yang cukup hina ini. Saya bukannya polis kampus tetapi saya merasakan tanggung jawab untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Jangan memutarbelitkan keadaan lagi rakan mahasiswa.
.
Agenda Universiti harus diperjuangkan. Bersatulah para mahasiswa. Saya yakin jika semua bersatu, kita akan menjadi kuat. Barulah kita dipandang tinggi bukannya hina. Kita tidak akan takut lagi melihat cermin, tidak takut dek bayang-bayang sendiri lagi jika kita semua bersatu. Jangan lagi berpuak-puak. Label melabel. Tidak merdekalah, tidak sejahteralah, tidak bebaslah, tidak teluslah apa lagi lepas ini. Pening saya dibuatnya. Cukuplah bercekerama. Kita duduk semeja memikirkan cara yang terbaik.
.
Semoga bibit-bibit Ramadhan yang berbaki lagi ini kita manfaatkan. Berdoa semoga diberikan hidayat demi kemenangan kita bersama. Kalimah syahadah sudah cukup untuk menyatakan kita semua bersaudara. Disamping bersaudara kita punya tanggungjawab. Ingatlah para mahasiswa.
.
:: bersatu akan teguh, bercerai akan roboh
"ada apa pada label; becakap bohong,lama-lama mencuri"

18 August 2008

:: Jauh berjalan luas pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan terharu kepada semua kerana tidak sepi-sepi berdiskusi dalam laman blog ini. Jadi benarlah banyak dakwaan ramai mahasiswa kini berminat dan mula mengambil perhatian terhadap isu-isu politik kampus terutamanya di kampus kesihatan. Saya yakin dan percaya pihak yang benar akan terus menang dan pihak yang cuba berniat jahat akan tersungkur akhirnya. Selama ini saya memohon maaf kerana tulisan saya terpaksa berhenti sekejap kerana kekangan masa. Suka untuk saya berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang lawatan saya di Kepulauan Sulawesi Indonesia tempoh hari bersama pemimpin-peminpin pelajar yang lain seluruh IPTA di Malaysia. Walaupun begitu saya amat kecewa dan sedih sepanjang pemergiaan saya ke sana berlaku beberapa peristiwa yang disampaikan oleh rakan-rakan terutamanya tentang isu-isu panas perlantikan beberapa jawatan penting Universiti.
.
Setibanya saya di bumi Indonesia saya berasa amat berdebar-debar kerana berdasarkan homework yang dibuat mahasiswa di Indonesia lantang dan amat kuat semangat patriotiknya. Saya pada awalnya membuat kira-kira tentang slot dialog dengan mahasiswa mereka disana. Untuk makluman semua saya ditugaskan untuk membentangkan kertas kerja di Universiti-universiti terpilih di Sulawesi. Apa yang ingin dikongsikan bersama adalah bagaimana sikap kematangan mahasiswa mereka berfikir. Mereka mengamalkan prinsip mahasiswa sebagai agen perubahan. Sosial changes. Tetapi malangnya methodologinya sangat berbeza berbanding dengan mahasiswa Malaysia. Mereka akui mereka hebat di jalanan. Mereka hebat berdemonstrasi. Semuanya untuk mendesak. Tiada ruang untuk bertemu menteri. Pengajian mereka ditanggung sendiri yang menelan kos belanja yang amat tinggi. Bantuan kewangan terbatas. Apabila sesi soal jawab soalan yang pertama ditimbulkan adalah mengenai KERAJAAN MALAYSIA YANG DIDAKWA MENGAMALKAN DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA INDONESIA. Soalannya memang kontroversi apa tidaknya mereka juga seperti kita mudah dieksploitasikan oleh media massa. Rata-rata perwakilan pelajar Malaysia sudah menyangka soalan sebegini dan kami cuba memeberikan gambaran yang sebenar. Mengenai turun ke jalanan saya menerangkan secara peribadi kepada mereka ini bukan cara kita. Banyak kesan dan impak yang tidak sihat akan berlaku. Apa tidaknya jika benteng moral runtuh maka banyak lagi kesan-kesan buruk yang akan didapati. Saya berpesan kepada semua mahasiswa kampus ini. Jangan pendek akal. Saya juga bersetuju dengan salah seorang perwakilan pelajar yang mendakwa di INDONESIA dan MALAYSIA kita sama tapi sedikit perbezaan. Di Indonesia 'Turun di jalanan' dimulakan oleh mahasiswa dan rakyat mengikutinya tambahan lagi tidak ada langsung isu-isu politik luar yang masuk campur. Di Malaysia malangnya pihak politik yang memulakan dahulu baru mahasiswa yang mengikuti. Mahasiswa dijadikan alat politik kotor mereka. Fikirkanlah para mahasiswa termasuk diri saya. Banyak lagi aspirasi universiti yang masih belum dicapai. Jangan suka berpecah-pecah, berdemostrasi. Rata-rata pemimpin pelajar di sana mengharapkan lebih banyak lagi penganjuran aktiviti melibatkan mahasiswa MALAYSIA-INDONESIA diadakan. Sahutlah cabaran ini rakan-rakan mahasiswa. Pihak PSK,PSP dan PSG bolehlah merancang aktiviti menjurus lagi dalam bidang akedemik dan pihak MPDMN saya cadangkan lebih kepada aktiviti pembangunan modal insan seperti rekreasi, pengucapan awam, perkemahan, debat, pertandingan pantun dan acara sukan itu sendiri. Dari pihak MPP saya telah mencadangkan supaya bilangan pemimpin pelajar yang mengikuti program seprti akan bertambah dan ayuhlah kita membuka mata mencari kehebatan mereka menilai kelemahan kita dan relisasikan di kampus kita. InshaAllah jika berkesempatan saya akan mengatur perjumpaan dengan semua wakil persatuan bagi menyampaikan apa intipati lawatan yang saya perolehi.
.
Setibanya pula saya di kampus. Banyak dihujani mesej-mesej yang bertanya tentang isu di kampus. Apa tidaknya khabar angin yang saya harap tidak akan berlaku di kampus ini. Dakwaan akan berlaku demonstrasi membantah perlantikan MPD kian tersebar melalui e-mail, sms dan flyer2. Muslim society pula mengedarkan risalah-risalah di bilik TV, kafeteria, surau dan seluruh kawasan kampus. Apa yang direncanakan saya pun tidak pasti. Yang penting saya serah kepada sumua mahasiswa yang menentukan. Cuma ingin berpesan kepada yang mengatur ini semua. Terbang bangau tinggi-tinggi kelak belakang kerbau juga dihinggapnya. Kita saling memerlukan. Kita sekeluarga. Cubit paha kanan-paha kiri berasa. Secara peribadi saya berpendapat isu MPD bukan perkara besar. YDP MPD penting bagi meneruskan aspirasi Universiti. Biarlah siapa menjadi ketua, apa yang penting jika betul harus disokong yang salah harus ditegur. Jangan hanya hebat bercakap. Hebat mendakwa semua pihak seolah-olah kebenaran mutlak hanya pihak dia. Cukuplah jawatankuasa semua persatuan pelajar yang lepas sebagai pengajaran. Mantapkan lagi dan jangan sahaja beritorik dengan slogan. Yang tua kita hormati yang kecil dipimpin tangan. USAHLAH MENDESAK LAGI. MENDESAK BUKAN CARA KITA.
.
:: mendesak itu memalukan
"hina besi kerna karat, hina manusia kerna akhlaknya"

16 July 2008

:: Antara POPULARITI dan REALITI

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih kepada semua pembaca blog saya yang saban hari meningkat sehingga kini mencecah angka 2K. Adalah ditegaskan sekali lagi segala penulisan saya ini adalah berkaitan dengan politik kampus yang semakin hari semakin rumit. Ada sahaja isu yang timbul. Bukan atas sebab jawatan tetapi rasa tanggungjawab saya untuk menyampaikan kepada semua penggemar blog. Saya tahu pepatah ada menyebut jika saya tidak mampu menandingi mereka sertailah mereka. Tidak hairan ada sahaja komen-komen yang menghentam secara keras dan sinis dalam blog ini tetapi itulah hakikat seorang pemimpin. Sudah satu semester berlalu sebagai orang no.2 dalam persatuan. Memang rasa tersepit, terbatas sangat tindakan, kenapa terlalu susah untuk bergerak. Impaknya banyak hasrat dan aspirasi universiti tidak dapat dilaksanakan. Semasa mesyuarat dengan kampus lestari sekali lagi saya menerima tamparan hebat daripada pihak lestari kampus tetang kempen yang dianjurkan tempoh hari. Betul kata rakan PPMS dulu semasa kami berkursus, KUASA atau POLITIK yang paling penting. Saya semakin dewasa memahami hakikat maksud itu. Saya sudah serik dengan peristiwa dulu. Memang saya sedar KUASA di tangan kamu tetapi berilah saya sedikit ruang. Ungkapan itu masih segar dalam pemikiran saya "ABANG! SAYA BOLEH BUAT KEPUTUSAN TANPA ABANG!". Memang saya faham anda no.1 tapi saya minta maaf kerana kadang-kadang saya nampak macam saya yang ingin menolong, membantu menagih sedikit ruang dari kamu betul kata orang tua-tua lain kali buat baik berpada-pada.
.
Segala keputusan dan harapan rintihan daripada rakan pelajar saya cuba sebaik mungkin untuk mengatasinya namun saya mengerti segala langkah yang telah saya buat tidak POPULAR. Akibatnya dilihat sebelah mata. Saya tidak perlu POPULARITI itu. Biarlah adik-adik boleh belajar dengan baik, hidup aman damai tanpa perpecahan kaum, bepersatuan secara sihat dan saya selalu tekankan bersatulah mahasiswa, bersamalah dengan universiti.
.
Paling mengecewakan saya, apabila saya seolah-olah diketepikan dan dinafikan kewujudan saya dalam barisan kepimpinan pelajar. Mengapa terlalu jahat mengatakan saya hanya mengirimkan salam semasa pertemuan dengan pelajar tahun satu tempoh hari. Langsung tidak diberitahu perjumpaan itu sedangkan saya juga seharusnya hadir selaku naib pengerusi. Inilah yang amat mengecewakan saya. Tolong jangan mengulangi perkara ini. Adik-adik tahun satu adalah harapan saya, saya berusaha membantu mereka menempuh alam kehidupan kampus. Malang ada juga yang cuba mengejek saya meanggap saya mencari POPULARITI. Saya merayu kepada semua ahli barisan kepimpinan pelajar jika anda ingin menjatuhkan saya tidak perlu cara sebegini. Tidak perlu mentafsirkan yang bukan-bukan. Biar mereka buat keputusan. Saya fikir berilah saya sedikit ruang, berilah saya peluang, saya tidak sanggup frasa ayat yang anda lafaz itu disebut sekali lagi kepada saya.
.
Sekali lagi kepada adik NAIM, anda teruslah menulis, saya faham segala maksud awak. Walaupun saya telah tamat tempoh perkhidmatan nanti, saya tidak mungkin mengalah. Saya akan tetap membantu adik-adik semua tetapi apa yang saya amalkan biarlah keputusan atau methodologinya adalah untuk bukan langkah POPULAR. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan, banyak cara yang boleh disampaikan. Tetapi biarlah berkesan bukan seperti koboi menembak dengan peluru kosong. Harus diingat manusia punya tiga karekter,iaitu yang beruntung yang kini baik dari dulu, yang rugi yang tidak ada apapun perubahan, dan yang celaka iaitu kini lebih hina dari dulu.
.
:: POPULARITI bukan MATLAMAT
"Buat baik berpada-pada"

11 July 2008

:: Ada apa dengan momerandum

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah berakhir sudah perjuangan sebagai seorang PPMS. Banyak pengalaman baru yang ditimba dan di kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Universiti terutamanya yang banyak membantu pihak PPMS dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Bekerja bersama-sama pihak Bahagian Hal ehwal Pelajar tidaklah sebegitu rumit yang diwar-warkan oleh sesetengah pelajar. Tidakcukup moral, pilih bulu, tidak mengendahkan hal pelajar, kebajikan tidak terjamin dan banyak lagi tomahan yang dilemparkan kepada pihak BHEPP. Bukan ingin mengampu atau membodek tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman. Nak buat tennis GRAND PRIX pun takdelah sampai disekat. Akhirnya dapat baju selai sorang. Bangga apa dapat anjur GRAND PRIX bukan mudah. Dalam mengharungi minggu suai kenal, Saya juga kagum dengan TNC BHEPP yang sanggup datang walaupun sekejap ke sini semata-mata hasrat untuk berjumpa dengan pelajar baru dan juga memikirkan soal kebajikan PPMS. Maaf jika saya katakan kenapalah ketua sesuatu badan tidak menjaga kebajikan ahlinya. Duit nak cepat tetapi bila dapat duit hasil entah kemana. Barisan sekretariat yang ditubuhkan kononnya untuk membantu tetapi juga tidak dijaga kebajikan. Merata cari rumah sewa terpinga-pinga dan terperdaya. Lain kali ukur baju dulu di badan sendiri.
.
Dalam detik minggu suai kenal juga banyak peristiwa yang memalukan berlaku. Ada pihak yang bertindak menghantar memorandum dengan harapan ia akan dapat mengaburi kegagalan dalam persatuan mereka. Malangnya apabila berdepan dengan pihak TNC mereka mula terdiam dikejarnya tak dapat digendongnya berciciran. Kenapa nak mencampuri urusan atau tugasan pihak pengurusan. Melatah tidak tentu hal. Kenapa perihal akedemik tidak ditekankan. Bising dengan cogankata kononnya akedemik terpelihara. Jelas omongan kosong. Saya turut berasa malu atas tindakan yang pada mulanya dengan harapan akan diiktiraf sebagai penyelamat dan hero kampus. Cabaran TNC berikan nampaknya sehingga hari ini tidak diimplementasikan lagi. Semua adik-adik tahun satu dihasut menyalahkan pihak universiti kononnya menghalang menubuhkan persatuan. Tidak cukup dengan itu 'wira kampus' mengedarkan soal jawab ala soal selidik untuk adik-adik di surau. Tidak cukup dengan itu no bilik, no telefon, email turut diminta. Nanti pasti mudah untuk menghantar atau menjejaki adik-adik untuk dijadikan mangsa anda si 'wira kampus'. Lagi mengecewakan saya kenapa nak menyalahkan tidak wujudnya persatuan maka program NADI tidak boleh dijalankan. Selama ini saya perhatikan telah berjalan dengan baik dan siap suruh adik-adik nadi masing-masing mengedarkan poster pilihanraya dan belon lagi semasa berkempen pilihan raya kampus. Sebenarnya sikap yang sebeginilah yang merosakkan adik-adik. Menggunakan adik-adik untuk tujuan tertentu akibatnya sekarang sudah jelas, adik-adik tidak lagi bersatu hati tidak tegur-menegur, tidak lagi timbul rasa hormat kepada semua termasuk ketua year masing-masing. Perpecahan terjadi. Dah lah semakin ramai yang gagal lagi malang ramai pulak kaum melayu. Betul kata TNC kita patut tumpukan kepada perkara akedemik ini. Bukan semangat nak buat memorandum nak buat demonstrasi, menghantar mesej yang kononnya mengugut pihak universiti. SIAPA KITA??. Hebat sangatkah kita??
.
Secara peribadi saya memahami keluhan dan rintihan pelajar di penginapan luar kampus. Pihak pengurusan telah beri jaminan untuk membantu sehabis baik. Kita faham keadaan pelajar tetapi jangan cuba mengganggu pihak pengurusan menjalankan kerja mereka. Kata-kata kesat dilemparkan kepada pihak pengurusan kononnya marah dengan penempatan yang diberikan. Saya cukup kecewa dan malu, sehinggakan ingin berunding dengan pihak pengurusan jadi segan. Akibat mulut badan binasa. Saya berharap semua bersabar. Semua pihak sedang memikirkan alternatif. Cukuplah memorandum yang berniat jahat. Kononnya meningkatkan moral pihak pengurusan. JELAS TIDAK PERLU. Bukan cara mahasiswa. Suaralah melalui penuh bijaksana dan berhemah. Kepada 'wira kampus' anda teruslah menghantar mesej kepada semua termasuk TNC dan pengarah kampus kerana saya sudah bosan dengan anda. Hanya cincin kenal permatanya. Realisasikan slogan kata, jangan sekadar omong kosong. Akhlak terjaga, Akedemik tak terpelihara. Maaf jika keterlaluan.
.
Kepada saudara "A"teruskan bercekerama tetapi janganlah sabotaj dari belakang, nampaknya saudara cuba bermain kotor dengan mencemarkan nama saya di kuliah-kuliah adik-adik tahun satu. Saya tidak suka cara demikian. Saya rasakan anda sudah insaf setelah mengunjungi tanah haram tetapi malangnya tetap sama. Sungguh mengecewakan.
.
:: PPMS, jasamu tetap kukenang
"Ke gunung sama di daki, ke lurah sama di turuni"

15 June 2008

:: PPMS kini kita bermula

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Kisah PPMS semakin hangat diperkatakan. Mulalah adegan membuat cerita mengatur strategi menghadapi barisan PPMS yang baru ini. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah akhirnya saya berjaya dipilih menjadi PPMS. Itu pun masih ada lagi puak yang memanipulasikan pemilihan saya itu,terus mereka herdik, dikatakan saya menjilat air liur yang diludah dan banyak lagi. Huh, berpeluh saya mendengar semua itu tetapi saya perbetulkan niat, perhalusinya membuat koreksi dan cuba untuk mempraktikkan dalam kehidupan saya. Saya tidak hairan tomahan pihak tersebut. Memang adat resam didunia yang penuh onak dan duri ini tetapi saya ngak bisa tewas. Mahu terus membuktikan. Sebelum pemilihan PPMS ini dibuat setiap calon yang menawarkan diri haruslah melalui satu sesi temuduga termasuk saya dan semua rakan-rakan. Kenapa nak dipersoalkan. Jika anda betul-betul layak pasti dipilih.
.
Menjadi seorang PPMS sebenarnya merupakan satu pengalaman yang cukup menarik bagi saya suatu masa dahulu. Penuh cabaran dan kerjasama dikalangan kita ditanam antara satu sama lain. Kita diajar bagaimana membantu, menolong, bekerjasama, tekad dalam mengharungi kepenatan dan ancaman serta tomahan dari pihak-pihak tertentu yang berusaha sedaya upaya menjadi penghasut kepada adik-adik tahun satu yang masih bertunasnya suci. Harapan mereka pasti tidak lain iaitu ingin belajar. Bukannya melayani dan menyertai golongan yang berkepentingan tersebut. Saya masih lagi hairan dan bingung kenapa ramai yang suka membuat fitnah terhadap PPMS itu sendiri. Sedangkan jasa PPMS amatlah besar dan penuh bermakna. Saya dahulu dibantu mengenal kawasan kampus, cara mengurus diri mengikut suasana Universiti, Memohon biasiswa JPA, dibantu mendapatkan keperluan peribadi tanpa rasa jemu oleh PPMS sekalian. Memang dasar orang kita kot, apabila dihidangkan dengan kejayaan terus dilupakan asal usul. Cukuplah di surau yang mulia, dalam majlis ilmu yang penuh dengan keberkatan diselitkan resepi asam garam menghasut adik-adik untuk membenci PPMS. Bukannya sama-sama berdoa diberikan hidayat jika ada kepincangan itupun selemah-lemah tindakan. Jika mampu bangkit bersemuka dan terus perbetulkan mengikut langkah penuh berhemat. Jangan sampai memalukan dia. Segala keburukan ditabur untuk menampakkan kejahilan, kehinaan, keburukan PPMS, kesannya amat jelas dan dasyat sekali kepada adik-adik tahun satu sehinggakan mereka terpengaruh. Tentulah sekali berdasarkan penerangan yang diberikan oleh orang-orang yang terlatih, telah diberi kursus khas. Sungguh mudah sekali untuk mereka bagi berdepan adik-adik yang suci itu. Mungkin selepas satu kursus mereka akan mendapat title yang lebih tinggi dan taring semakin tajam. Tidak hairan selepas ini bagaimana isu-isu negara terus digunakan untuk memburukkan PPMS semata-mata. Masakan juga sanggup mengedarkan belon-belon kepada pelajar dalam pilihan raya kampus dulu, jelas memberikan maksud kepada saya bahawa mereka sudah dilatih, mereka punya pakatan secara senyap. Saya juga diberi belon yang ditulis nama pelajar. Apa yang boleh saya puji adalah semangat mereka sangat kuat, sanggup menunggu di pintu pagar memegang belon dan kemudian membahagikan kepada semua pelajar yang melalui pintu tersebut. Tidak cukup dengan itu kenapa perempuan digunakan untuk menjalankan tugas tersebut. Dengan berpakaian muslimah begitu amatlah tidak wajar membuat tugas tersebut. Tidak perlu saya nyatakan biarlah semua pelajar membuat penilaian. Cukup memalukan.
.
Saya amat jelas bagaimana sifat anda sebenarnya(merujuk kepada seorang pelajar perubatan 2 (2007/2008) , anda saya rasakan sebenarnya amat kecewa dan mencari tempat untuk anda makan, dimana anda dipuja sehingga anda tidak sedar yang anda sebenarnya telah melupakan segala kebaikan yang diterima, segala pengorbanan yang telah orang lain buat untuk anda. Masjid kristal, harga minyak, temuduga PPMS, Pemilihan YDP MPDMN, penganjuran sukan pihak POS Malaysia dan apa lagi selepas ini, mungkin pemilihan pengarah kampus, perlantikan penggawa, perlantikan dekan, pemberian bilik di desasiswa, tarif elektrik naik, dan apa lagi yang anda ingin gunakan. Dengan harapan anda berjaya memanipulasikannya sebagai umpan-umpan anda. Moga-moga saya tidak akan tertipu lagi untuk kali kedua. Cukuplah dengan umpanan yang lalu jelas anda begitu licik. Tidak hairan mungkin anda dijadikan sebagai idola dikalangan anda dan mungkin juga anggapan saya bahawa anda memang telah ditugaskan untuk menjerat saya dan terus memerhatikan tindak tanduk saya.
.
Inilah sebenarnya hasil dan produk yang pincang yang saya amat takut jika produk sebegini masih lagi wujud selepas ini. Saya berasa amat bertanggung-jawab atas perilaku dan perbuatannya kerana saya rasa mungkin saya gagal untuk membimbingnya sebenarnya. Memang sejak dulu lagi anda berani. Muncul sebagai hero pelajar naik kepentas menyatakan anda tidak puas hati kepada PPMS. Tetapi saya melihat ini dari sudut positif. Anda punya pendirian, berani. Tahniah adik. Tapi hari ini saya mula membuat kiraan kembali kenapa seadanya hari ini anda tidak sama. Masih segar dalam hati saya sebuah rangkap Cheer group kumpulan saya semasa berkursus di Ulu kenas dulu sebagai persediaan menjadi PPMS yang menegaskan bahawa PPMS tetap untuk KINI, DULU dan SELAMANYA. Bukannya untuk seminggu atau sebulan atau sesemester, atau setahun tetapi untuk selamanya. Teruskan membimbing.
.
Esok sekali lagi PPMS berkursus. Tahniah kepada semua yang terpilih termasuk saya. Perbetulkan niat, sucikanlah hati, realisasi dalam reputasi.
.
:: PPMS dulu,kini dan selamanya
"umpan ikan tidak termakan dek ketam"

24 May 2008

:: Memerhati, Berfikir dan Menilai

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf kepada semua penggemar blog yang banyak memberi sokongan kepada blog ini dan saya yakin dan percaya bahawa anda mengharapkan lebih banyak lagi cetusan dan ungkaian dibuat daripada perspektif dan pandangan peribadi saya. Saya juga ingin melahirkan rasa terharu atas sambutan yang luar biasa daripada semua yang seringkali meminta saya untuk terus mengungkai banyak persoalan yang timbul. Malangnya masa amat terbatas, sedar tidak sedar saya sudah melangkah ke tahun akhir pembelajaran di USM kampus kesihatan ini. Huh,kejapnya rasa. Oleh yang demikian saya banyak menghabiskan masa di Hospital dalam misi memenuhi jam kredit dan juga untuk melengkapkan buku log berkenaan dengan pembelajaran saya. Walaupun begitu saya masih sempat membaca blog kawan-kawan dan hari ini saya mencuri sedikit masa untuk mengungkai beberapa isu global dan juga tempatan mahupun peringkat kampus.
.
Suka untuk saya mulakan isu penempatan dalam kampus yang terhad yang cuba dieksploitasikan oleh sesetengah pihak yang menyalahkan pihak Universiti untuk menjaga kebajikan pelajar berhubung soal itu. Apa yang ingin saya tegaskan para pelajar yang terpilih diselaraskan berdasarkan mata merit yang dipungut oleh setiap pelajar sepanjang tahun pengajian 07/08. Ramai yang membuat fitnah dan tuduhan yang mengatakan hanya koroni yang dibenarkan. Jangan mudah meludah ke langit, nanti jatuh atas kepala sendiri juga. Kenapa sering sahaja pelajar menuduh tanpa usul periksa. Untuk makluman juga mata merit itu hanya diberikan untuk aktiviti pengangjuran yang mendapat kelulusan BHEPP sahaja. Aktiviti atau kem yang dianjurkan secara haram mahupun kononnya kem pemantapan rohani dan akhlak itu tidak dikira. Itu hanyalah program yang dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan untuk memanipulasikan pelajar. Malangnya pelajar tahun satu yang menjadi mangsa. Kenapa suka melabel sesuatu pihak. INIKAH AJARAN ISLAM SEBENAR. Menuduh pihak lain tidak ISLAM. Tidak perlu bergaul dengan golongan tertentu. Mereka sesat. Hasilnya adik-adik yang menjadi mangsa dan diracuni. Saya sekali lagi menasihatkan adik-adik dan semua penganjur kem secara haram bahawa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Hari ini anda lepas esok anda jangan ingat anda selamat. Soalan yang sering saya timbul adalah jika KEM itu adalah KEM yang mempunyai matlamat untuk membentuk akidah yang betul kenapa tidak diedarkan atau dijemput semua pelajar muslim. Kenapa hanya inidividu-individu tertentu sahaja dijemput ke KEM berkenaan. Kenapa di buat secara sorok-sorok di pantai atau calet2. Fikirkanlah kecacatan ini dan muslihat ini.
.
Dari isu penempatan saya melihat isu ini sebagai isu yang boleh cari makan bagi sesetengah pihak yang sering mencari peluang untuk menghentam pihak tertentu. Apa lagi modal ini sudah tentu dieksploitasikan dalam pilihan raya kampus nanti. Cukup dengan pengalaman kita tahun terdahulu yang mendakwa pihak tertentu menyokong program MAKSIAT secara total, menghalang kebebasan pelajar, dan banyak lagi isu yang timbul. Tidak cukup dari itu risalah dicetak secara haram yang menyembunyikan identiti pengedar lalu diedarkan di bilik TV, surau mahupun di dewan kuliah. Kenapa tidak mahu nyatakan identiti jika benar. Kenapa tidak bersemuka jika berani. Itulah hakikat golongan ini, yang berani di pena,kecut di luar. Saya tidak menyatakan saya tidak bersetuju dengan isi edaran risalah tersebut, tetapi saya mushkil kenapa tidak dibuat mengikut saluran yang betul. Setiap edaran pelajar hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak pengurusan universiti. Teringat saya kata-kata naqib saya dahulu yang mengatakan beliau mengutuk sekeras-kerasnya konsep konsert amal bagi mangsa tsunami dahulu. Beliau menegaskan bahawa MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
.
Saya sekali lagi mengambil peluang untuk berpesan kepada semua pelajar supaya jangan takut untuk melaporkan kepada pihak keselamatan jika anda dihasut atau dipaksa ataupun anda meragui sesuatu program haram yang disangka khidmat masyarakat,malangnya penuh dengan agenda politik ataupun ditipu untuk menghadiri kem secara tersembunyi oleh senior-senior yang mempunyai muslihat dan agenda yang dilihat untuk kepentingan diri mereka sendiri dan tidak takut untuk saya nyatakan di sini bahawa mereka sebenarnya menjadi dalang kepada parti politik yang mengeksploitasikan pelajar demi untuk kepentingan politik mereka khususnya di negeri Kelantan.
.
:: Bosan dengan muslihat
"Musang banyak berbulu ayam"

27 April 2008

:: Pengemis di tanah sendiri

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Sedar tidak sedar, sekali lagi kita tewas dalam mengharungi dinamika kehidupan. Penuh onak dan duri, mencucuk dari dalam dan dari luar, tidak kira arah. Namun kita masih leka terpesona dengan janji-janji manis dek meniti di bibir, dikaburi pula dengan sifat jumud menerima dengan tanpa usul periksa. Itulah hakikat masyarakat kita.
.
Mengungkai kisah Ayoh cik (bukan nama sebenar) yang dibesarkan di Terengganu. Lahirnya sebelum zaman kemerdekaan Malaysia. Ayoh cik seorang yang berhati waja termenung masa depan cucu-cucu generasi akan datang. Dia mengenangkan kisah-kisah bertempur dengan penjajah yang mengusai tanah melayu pada suatu masa dahulu. Semua rakan-rakan Ayoh cik pantang dicabar semangatnya, rela bekorban demi AGAMA,BANGSA dan TANAH AIR, sanggup berjuang sehingga darahnya berhenti mengalir. Ayoh cik juga menghormati rakan-rakannya yang lain Muthusamy, Ah Seng, Dollah, Salleh dan ramai lagi. Mereka mampu tolak ansur, antara satu sama lain. Mereka boleh duduk sekali semeja bermain dam, membaca akhbar, dan sering kali kunjung mengunjung ke rumah apabila menyambut perayaan masing-masing. Ayoh cik terkenang kisah-kisah silamnya bersendirian. Memang ada dari dulu lagi tali barut, yang sanggup bekerjasama dengan penjajah. Sebab itu Ayoh cik tidak hairan.
.
Kini Ayoh cik hanya mampu mengenang sahaja sejarah lamanya. Ayoh cik hairan kenapa kini sangat mudah anak cucunya diperdayakan. Cucu Ayoh cik tidak ramai tetapi tidak boleh bersatu padu. Yang sulongnya Pak Long Lah, Tok Ngah Hadi dan Adik Su Nuar, semuanya hebat-hebat belajar tinggi dan berlatar belakangkan agama yang kuat. Ayoh cik perhatikan gelagat anak sulongnya yang mempunyai wawasan tinggi, sayangkan perjuangan tetapi tidak mampu juga mengawal tiga adik-adiknya. Tok Ngah pula anak yang boleh dikatakan ustaz tetapi juga gagal untuk bersatu dengan abang sulongnya. Banyak alasan yang diberikan. Ayoh cik mengeluh, kenapa tidak boleh bertolak ansur, susah sangat kah, sedangkan adik beradik, haruskah peribahasa dicincang air itu tidak akan putus sampai ke bila itu dipadamkan dalam kamus peribahasa melayu. Adik bongsunya pula dulunya baik dengan abang sulong tetapi kini tidak lagi, saling menyalahkan.
.
Ayoh cik kagum dengan sikap keluarga Ah Seng yang juga mempunyai adik beradik yang ramai namun apabila mereka ingin membuat keputusan perihal saudara mereka, mereka boleh bersatu padu. Dulunya bergaduh bertikam lidah,saling menyalah tetapi jika ada orang luar yang cuba menyerang keluarga mereka, mereka akan bersatu. Ayoh cik termenung, kadang-kadang menangis.
.
Marilah kita sama-sama renungkan kisah diatas, kita sesuaikan dalam kehidupan. Bukan atas dasar ideologi tetapi atas dasar AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR. Tidak hairan jika saya membuat andaian, kelak tanah air kita ini akan jatuh ke tangan orang lain jika kita yang punya tanah air terus bersandiwara antara satu sama lain. Saling bergaduhan, saling menuding jari, pentingkan diri sendiri. Ayuh kita buat koreksi diri. Selaku mahasiswa kita sepatutnya mulakan, kita cuba tunaskan bibit perpaduan sesama kita. Renungkanlah dan ungkailah di sebalik lagu dibawah.
.
Anak Kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang,
Nenek moyang kaya-raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman,
.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri,
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang,
.
Kini kita,
Cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri,
Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
MELAYU kan gagah di nusantara,
MELAYU kan gagah di nusantara,
MELAYU kan gagah di nusantara
.
:: Takkan Melayu Hilang di Dunia
"Mengungkai di sebalik hal ketuaanan MELAYU"

22 April 2008

:: Mencari nilai kepimpinan ideal

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

“…Politics is the art of the possible…” Otto von Bismarck,,“…Politics, as a practice, whatever its professions, has always been the systematic organisation of hatreds…”Henry Adams,,“…Politicians neither love nor hate. Interest, not sentiment, governs them…” Earl of Chesterfield

Pemimpin….
“…Yang didahulukan selangkah...Yang ditinggikan seranting…Yang dilebihkan serambut…Yang dimuliakan sekuku…”
Apakah Maksudnya “Jati Diri” dalam Politik?Jikalau Politik Itu SERBA BOLEH
Dan orang politik tidak boleh memegang prinsip:

“…Elok kain elok raginya,Elok pemimpin elok negerinya,Elok corak sedap dipakai,Elok pemimpin elok akhlaknya,Elok akhlak pemimpin sesuai…”

Soalnya: Apa Maknanya JATI DIRI?

“…Sebagai pemimpin ia berakal.Ilmunya banyak menjadi bekal.Menjalankan tugas hatinya pukal,Memikul beban ianya kekal,Fikiran bulat imannya tebal,Memimpin selalu menuruti bekal,Tahukan diri sedar ke asal,Dijadikan tua akalnya panjang,Dijadikan induk ia terpandang,Negeri damai umat kan senang,Tuah bangkit maruah dibilang…”

Dari Perspektif Media "SEX. LIES. DEMOCRACY "(seks. pembohongan. demokrasi) seolah-olah ketiga-tiganya senama…Mengapa?

Apa yang Berlaku Sebenarnya? PERSEPSI
Politik kotor, pemimpin politik juga KOTOR,Pemimpin politik TIDAK BOLEH DIPERCAYAI…(ketam menyuruh anaknya berjalan betul),BARA PERJUANGAN sudah pupus hari ini…(cakap berdegar-degar…dan tak serupa bikin…),TAK BOLEH DITELADANI…

Hari ini segalanya berprinsip ADA FULUS semua LULUS,Money is EVERYTHING,Consumerism Rules (Pengguna Selalu Betul),Prinsip dijual pada the highest bidder!

Hari ini Melayu Itu Senama Dengan "Kemunduran,Kemiskinan,Fikiran Sempit,Minda Kecil,Tidak Global,Jumud"


Malah Ada Orang Melayu Yang
"MALU MENJADI MELAYU"

Prinsip dijual pada the highest bidder!

Seorang Ahli Perniagaan Melayu(Yang Tidakpun Begitu Berjaya Pun…)Berkata:
“…Apa Susah-susah Nak Jadi Melayu…Asal Tak Makan Babi dan Beragama Islam, Melayulah…”

“…Apa sahaja yang nama dan labelnya Melayu dianggap lemah, mundur, tidak progresif malah berjiwa kecil.

Pendeknya “Melayu” itu senama dengan kegagalan....”

Apakah Orang Melayu Sedang Melalui Proses Introspeksi Diri Atau Muhasabah Diri Yang Hebat?
Lalu Kita Begitu Kritikal Terhadap Diri dan Kemampuan Kita?
Atau Itu Tanda KETERBUKAAN BARU?
“Malay-bashing” jadi fesyen…malah TRENDY…

Apakah Kita Lupa Nilai-nilai Positif Dalam Budaya Melayu?
Pegangan pada agama,Keyakinan pada adat, tetapi dalam sistem kepercayaan orang Melayu, adat sentiasa berada di bawah kepercayaan pada Allah dan agama,Nilai bermasyarakat,mesyuwarah, kerjasama, semangat kekitaan,Kesabaran yang tinggi,Ketekunan luar biasa,Kesediaan untuk bersusah dahulu,Amanah,Jujur

Kata Tun Dr. M

Orang Melayu Mudah Lupa…Saya Setuju!

Mari Kita Lupakan Sejarah Sebentar…
Kita bercakap tentang proses melahirkan,JATI DIRI POLITK
Maka itu Kita,Tidak Boleh,Berputus Asa,Perjuangan Belum Selesai…
(Siapa agaknya Yang Berkata Demikian?)

Demokrasi bukan,SEMPURNA,Terlalu Banyak Kelemahan dan Kekurangan, Malah Kontradiksi
Politik ialah tentang,The Craft of Governing And the Necessity to Win Elections
(Lebih Kurang, Kaedah Memerintah dan Keperluan Memenangi Pilihanraya)

Ada Yang Berkata Politik Hari Ini Terlalu Menjurus Pada MEMPERTAHANKAN KUASA
Hal-hal Lain DITANGGUHKAN DULU…

Anda dan saya hanya RELEVAN

Semasa Pilihanraya,Semasa Kita Menumpah Setia,Selebihnya…KITA HANYA STATISTIK…angka.

Apa yang Harus Ada Dalam Sistem Demokrasi…
Kebebasan Bersuara,Media Bebas,Masyarakat Sivil,Masyarakat Terbuka,Sistem Kehakiman Berintegriti,Prinsip Ketelusan

Ada juga yang berpendapat pada masa ini…
“…The self-correcting mechanism of politics are no longer functioning…”
(mekanisme membuat pembetulan dari dalam tidak berjalan lagi…”

Prasangka Rakyat Terhadap Politik dan Ahli Politik Berakibat Daripada
Gagalnya kita memahami “kekecewaan” akar umbi (kita selalu ambil mudah),Kegagalan memberi maklumat yang sebenar (orang dah pandai, ada Internet, ada blog, ada media alternatif),Kita hanya beri janji, janji, janji lagi…(pembangunan, masuk syurga…)

Tidak Hairanlah
ORANG RAMAI HILANG KEYAKINAN PADA POLITIK (dan orang politik)
Bukan Masalah di Malaysia Sahaja…

Lebih Ramai Orang Yang Mengundi untuk “Pop Idol” (UK) dan “American Idol” (AS) dari mengundi dalam Pilihanraya Umum Negara-negara itu…
(32 juta mengundi Pop Idol 26 juta rakyat UK keluar mengundi dalam pilihanraya umum)

Kita Ada Masalah Jikalau Hal itu Berlaku Pada Kita…
Agenda Melayu(Itupun Kalau Ada Orang yang Percaya),Mempertahankan KeMelayuan atau Malayness…(Itupun Kalau Kita Rasa Perlu Dipertahankan)

Kita Harus Mengelakkan Dari Berlakunya,,DEMOCRACY FOR HIRE,(demokrasi untuk disewakan)


Fulus Punya Pasal Beb…Gua Jual Lu…(Bangsa dan Negara Gua Sekali…)

PolitikWang,,Atau segala bentuk rangsangan,membabitkan wang dalam politik,Wang Raja Dalam Politik (MONEY IS POWER) Selain INFORMATION…(maklumat)

IIM (Institut Integriti Malaysia),Pelaksanaan Agenda Integriti Oleh Institusi Politik
“…Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutamanya bagi parti yang memegang kuasa ialah MEMANTAPKAN INTEGRITI DAN MENANGANI HARAPAN RAKYAT YANG KIAN MENINGKAT…”

Apakah Yang Rakyat Harapkan Dari Pimpinan Politik?
(Menurut IIM),,Amanah,Telus,Bertanggungjawab,Sedia Berkhidmat

Objektif “Integriti Politik”?
Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara;,,Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang;,,Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik menurut acuan sendiri;,,Pemantapan prinsip ketelusan, penanggungjawapan dan tadbir urus terbaik

Apakah yang kita takutkan?

Demokrasi Yang Dipersendakan,,Demokrasi Ekonomi(yakni apabila Ekonomi Menentukan Demokrasi),,Demokrasi Pilih Bulu (Sayang Bertompok,Kasih Bertempat)

Politik dan Nilai Melayu,,(Sebab Kita Berpolitik Dalam Kerangka Melayu)
Cabaran Ahli Politik Melayu
Mengekalkan Kedudukan Sebagai Pemimpin Malaysia (dan menjadi ketua orang Melayu pada waktu yang sama),,Hilangnya Suara Kesederhanaan dalam Agama (Muslim Agenda Hijacked By the Noisy Few),,Mengimbangi Di antara Tarikan Global dengan Realiti Kaum (Usah Terlalu Terpesona dengan Globalisasi)

Kata Pak Lah…
“Kita Sebenarnya Mengkhianati Islam Jika Memilih Untuk Menolak Kemajuan, Taksub Dengan Konflik dan Hidup Dalam Kejahilan…”

Beliau Juga Bercakap Tentang
TOLERANSI,,(“…Islam Hadari … Bukan Cek Kosong Untuk Menghidupkan Konservatisme, Atau Membenarkan Cara Hidup Yang Bebas dan Permisif…”)

Jadi Apakah Ukuran,Jati Diri Politik Melayu?
Mempertahankan What Is Left of MALAYNESS,,(dalam Bahasa Inggeris Supaya Orang Faham…)Maklum, Bahasa Melayu dah Jadi Bahasa Malaysia, Ustaz pun Dah Baca Doa Dalam Bahasa Inggeris…

Memastikan KONTRAK SOSIAL DIFAHAMI DAN DIPERTAHANKAN

Juga Memastikan BAHASA,,BUDAYA,,AGAMA,,Orang Melayu Di Tampat Yang Sebetulnya…
Ini Memerlukan KEBERANIAN MORAL

Harapan Masih Ada SELAGI KITA BERNYAWA Dan selagi kita percaya Pada keMelayuan dan keIslaman kita Dan Mereka Yang Komited Pada Isu Bangsa

Johor Mesti Meneruskan Tradisi Gemilang Itu…
Pemimpin Korup Tidak Ada Tempatnya,,Orang Yang Bermuka-muka (Hipokrit) Tidak Ada Tempatnya,,Orang Yang Berjuang Demi Diri dan Kepentingan Kelompok Tidak Ada Tempatnya

:: Mengungkai di sebalik presentasi Johan Jaafar
"Ilmu itu luas"

21 April 2008

:: Buang yang keroh ambil yang jernih

Bismillahirrahmanirrahim,,
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah ramai yang datang berjumpa dengan saya,ada ABANG, KAKAK, ADIK datang bertemu dengan saya. Mereka mahukan satu penjelasan daripada saya apa yang telah terjadi. Segalanya telah terungkai dengan sempurna. Alhamdulillah, ambillah yang jernih buanglah yang keroh, bersatu teguh bercerai roboh. Banyak nasihat yang diberikan, saya amat terharu dengan nasihat yang diberikan. Segala kemaafan yang dipohon telah saya maafkan sama ada dari pihak PENGERUSI dan BENDAHARI KEHORMAT sendiri. Saya pun mengharapkan kalian begitu juga.
.
Pertemuaan pada malam itu sebenarnya telah mengungkaikan kenapa dan mengapa dia bertindak demikian. Saya amat jelas tindakan sebegitu dan saya menerima itu hanyalah sebagai satu pandangan. Cuma selepas ini saya mengharapkan semua lebih telus, mesra, dan terbukalah. Jangan gelojoh. Semua mengakui kesilapan masing-masing, jadi ini jelas MPP kali ini hebat. Tidak malu untuk mengaku kesalahan, SYABAS. Kita juga berani bersemuka.
.
Akhir sekali saya mohon kepada semua teruslah mengutarakan pendapat tentang MPP USMKK,ambil yang jernih buang yang keroh.
.
:: Mengungkai di sebalik namaku, Halimi=kelembutanku
"nasihat umpama salju,lebih lembut ia jatuh,lebih dalam ia tenggelam,lebih lama ia bertahan"

20 April 2008

:: Pertemuan 3 Penjuru

Bismillahirrahmanirrahim,,
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Black 19,, nama itulah mungkin boleh diberikan untuk perjumpaan semalam di bilik MPP. Saya mengambil keputusan untuk sekali lagi mengungkai kisah di sebalik pertemuan kami bertiga iaitu Pengerusi, Bendahari kehormat dan saya. Pertemuan ringkas nampak macam boleh diselesaikan secara rundingan namun saya masih tidak mengerti segala jawapan yang diberi oleh Pengerusi. Pengerusi mempunyai kosa kata yang cukup hebat sehinggakan perkataan yang disampaikan nampak tidak jelas kepada saya. Mesej tidak sampai.
.
Mengaku bertanding atas kerusi ASPIRASI, dan juga mengaku mengadakan pertemuan sebelum pemilihan jawatan tertinggi di kampus induk (ala-ala mengadakan pencaturan),tetapi "saya tida suka budaya begitu" katanya. Saya melihat jawapan itu sebagai tidak cerdik. Maaf saya katakan.
.
Anda, saya rasa pada mulanya bersungguh-sungguh untuk dapatkan jawatan NYDP5 USM, dan setelah mendapat jawatan tersebut anda mula merasa hebat, berada di atas. Anda sudah lupa rakan yang bekerja untuk anda, siang dan malam menaikkan anda. Menghabiskan duit untuk anda dengan harapan anda menjadi ketua yang boleh menjadi contoh. Namun kini, anda tidak lagi meluangkan masa berbual, besuka ria seperti masa dulu, mereka kehairanan kenapa jadi macam tu. Sebaliknya menggigit mereka pula seperti kisah kerbau dan sang buaya. Anda menafikan perkara tersebut. Saya terima dengan senyuman.
.
Antara butiran yang dapat saya ambil melalui keterangan yang diberikan adalah anda mulanya hairan kenapa laman blog anda diketahui umum. Takut orang tahu penulisan biadap anda diketahuikah?Menghentam pihak-pihak secara tidak bertanggung-jawab melului media sampingan. Anda juga mengaku penulisan itu menyebabkan ramai pihak tersinggung sebaliknya tindakan anda seterusnya nampaknya "mencampakkan arang kedalam api yang membara" dengan mengaitkan kepimpinan MPP lepas yang dikatakan meninggalkan masalah sehingga kini. Anda juga cuba mengaitkan pasal bidang tugas yang tidak jelas sebagai seorang MPP, pihak pengurusan yang anda persalahkan. Kursus dibuat tidak pergi dengan pelbagai alasan untuk menolak, kemudian inisiatif untuk tahu tentang intipati kursus pun tidak bersungguh-sungguh, sekadar bila terhantuk baru tegadah. Anda juga berjanji untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada pihak yang anda anggap moralnya tidak tinggi dan menghalang pelajar bersuara secara bersemuka. Anda kata penulisan dan segala tingkah laku anda untuk meningkatkan moral pihak pengurusan dan juga memastikan suara anda didengar selaku mewakili suara pelajar. Itu jawapan anda.
.
Saya suka mendengar jawapan itu dan berharap anda berjaya. Bagi pihak bendahari kehormat yang seolah-olah katakan bahawa biarlah diorang label kita,caci kita hina kita, apapun yang penting hak untuk kita bersuara itu jelas dan mendapat tempat. Saya nasihatkan biarlah suara itu berhemah, bijaksana kata Pengerusi, biar kena pada tempat, jangan sampai memalukan orang tersebut, jangan menyamakan orang itu dengan binatang, tariklah rambut dalam tepung agar rambut tidak putus tepung tidak beterbangan. Jangan ikut nafsu, saya tertarik dengan pendapat tetamu bahawa ikut nafsu mati.
.
Dengan pertemuan yang diadakan itu, saya berharap selepas ini tidak ada lagi telatah-telatah pelik dan menyakitkan pihak lain daripada kita semua, bangau yang terbang akan kembali semula ke belakang kerbau. Ayuh para MPP kampus kesihatan, awam melihat kita, mereka tanya apa jasa kita, mereka menanggap kita tidur tetapi mereka tidak sedar mereka boleh belajar dengan baik, tidur dengan lena, makan dengan berselera, hidup aman damai tidak ada pertelingkahan kaum, menyertai aktiviti dan program dengan mesra, mewakili Unversiti keperingkat Negara dalam semua bidang, hidup tanpa rasa terancam, pihak luar tidak menganggu mereka, dan yang paling penting AGAMA,BANGSA, dan TANAH AIR masih tetap dipertahankan.
.
:: Pengakuan telah diungkaikan
"Menang jadi abu,kalah jadi arang"

19 April 2008

:: Kisah kerbau dan sang buaya

Bismillahirrahmanirrahim,,


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dulu-dulu semasa saya berada di sekolah rendah sering juga jurujual datang memberikan edaran berupa judul-judul buku cerita, koleksi kisah-kisah dongeng dan sebagainya.
.
Hari ini telah mengingatkan saya kisah daripada sebuah buku cerita yang mengisahkan kerbau dan sang buaya. Si kerbau berjalan tenang dalam sebuah kampung menikmati keindahan kampungnya yang menghijau. Sawah padi terbentang luas, angin sepoi-sepoi bahasa, bunyi katak riang menyanyi di celah-celah batu kata orang memanggil hujan.
.
Setibanya kerbau di tepi kawasan tasik yang airnya cetek terdengarlah ia suara meminta tolong. Di lihatnya ke kanan kiri namun tiada dijumpai. Rupanya di sudut gigi air tasik datangnya suara itu. Seekor buaya kelihatan merayu meminta tolong kerana sebatang dahan pokok telah menimpanya. Kerbau pada mulanya tidak mahu menolong buaya itu kerana takut dikhuatiri keselamatannya.
.
Namun atas sikap tanggungjawab dan perihatin ia mendekati sang buaya yang kesakitan. Buaya berkali-kali meminta sang kerbau menolongnya. Kerbau tahu ia bahaya namun hati kerbau bersih, suci niat untuk menolong sang buaya. Apalagi berbekalkan tanduk yang panjang dituil dahan itu. Cubaan pertama gagal, dicubanya kali kedua, juga gagal. Dia tidak putus-putus asa, dia cuba untuk kali yang ketiga. Akhirnya berjaya juga sang kerbau yang berhati baik itu mengalihkan dahan yang berat tersebut.
.
Buaya tersenyum riang, tanpa tidak diduga buaya tiba-tiba menghentap kaki si kerbau. Di gigitnya sampai berdarah, kerbau kebingungan, cemas pun ada. Ia cuba untuk melepaskan diri namun gagal, betul kata orang tua-tua apabila digigit buaya susah untuk dilepaskan.
.
Kerbau merayu kepada si buaya untuk melepaskannya. Buaya dengan megahnya berkata tidak mungkin, mustahil, Imposible kata orang putih. Kerbau menyesal tindakannya itu, namun sudah terlewat.
.
Begitulah kisah si kerbau dan sang buaya. Banyak yang boleh diambil pengajaran oleh saya. Alhamdulillah saya menerima komen daripada PENGERUSI sekreteriat. Anda tahu siapa anda, dan saya tahu siapa saya. Sebagai seorang anggta MPP saya merayu kepada anda untuk berundur, anda telah mencemari nama MPP. Anda anggap anda wira namun silap. Tindakan anda mengundang kemarahan pihak tertentu. Akibatnya orang lain terkena tempiasnya. Jika anda rasa anda bertanggungjawab berundurlah. Anda mudah melenting, tidak kena pada tempat. Berapa ramai lagi musuh yang hendak anda cari.
.
Kepada awam, saya mengucapkan tahniah kepada anda, anda sebenarnya peka kepada keadaan sekeliling banyak lagi yang perlu diperbetulkan. Bermula dengan niat untuk menjadi pemimpin, diperbetulkan sebelum direalisasikan. Beristighfarlah kita semua.
.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al- 'Asr-1-3

:: Tidak jemu untuk berpesan
"Segaimana acuan, begitulah hasilnya"

18 April 2008

:: Jujurlah dalam setiap perbuatan

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Saya masih lagi bingung dan hairan kenapa Pengerusi sekreteriat di sini tidak bersikap telus. Kenapa masih lagi nak bersembunyi dan bermuka-muka. Mana sikap kepahlawanan dulu yang di tunjukkan, lantang menyuarakan bantahan kononnya hak mahasiswa. Tapi bila di panggil untuk berdepan hilang entah kemana. Mesej tidak dibalas. Beginikah sikap seorang pemimpin.
.
Kekecewaan juga timbul berikutan tindakan yang tidak masuk akal langsung dan boleh dikatakan tidak bijak, pendek pemikirannya rupanya. Sekadar lantang di blog apa gunanya. Di sana anda mampu menyatakan nama-nama yang dianggap menjadi penghalang bagi anda,namun sedarkah anda, bahawa satu jari anda menuding ke arah orang, empat lagi tepat menumpu kembali kepada anda.
.
Saya rasakan anda tidak ada arah tuju langsung, anda sekadar dipengaruhi, anda katakan orang lain badut, sebenarnya anda. Kenapa nak salahkan pimpinan dahulu pula. Adakah anda cuba meletakkan kelemahan anda kepada orang lain. Aduhai ceteknya, lembiknya pemimpin macam ni. Dulunya saya yakin kekredibilitian anda namun kini maaf untuk saya katakan, anda tidak lagi layak berada di kedudukan PENGERUSI sekreteriat. Berundurlah, dengan segera sebelum lebih banyak lagi kerosakkan yang ditimbulkan.
.
Anda mempunyai IQ yang tinggi tetapi semangat berlawan yang lemah, goyah pegangan, tidak menghormati orang lain terutamanya yang lebih berumur daripada anda. Lihatlah pada nasihatnya bukan pada rupanya. Ingatlah anda telah memalukan orang apakah anda sanggup menggung dosa atas perbuatan anda memalukan orang lain.
.
Secara jujur juga saya nyatakan di sini juga kenapa Bendahari kehormat MPP kampus kesihatan gagal menyatakan dari mana sumber pendapatan yang diperolehi untuk menanggung kos jamuan sesuatu program, darimana sumber pendapatan untuk terbitan edaran yang tidak mendapat kelulusan dan mengikut prosedur edaran. Ya saya tahu anda akan jawab ADA..LAH. Berulang-ulang kali. Sudah mual saya mendengar jawapan itu. Takut sangatkah untuk memberitahu, berani kerana benar, takut kerana salah.
.
Melalui pendedahan seperti ini diharapkan semua warga kampus sedar akan aksi dan gelagat wakil pilihan mereka. Jangan hanya semasa berkempen, anda pergi bilik ke bilik mengedarkan pen ataupun memperalatkan orang lain demi kepentingan diri sendiri dan meraih undi dari mahasiswa dan setelah mendapat jawatan anda kecut, anda hilang taring adapun taring itu digunakan tidak kena langsung pada tempatnya. Semoga saya juga mendapat pengajaran daripada karakter pelakon-pelakon ini.
.
Ingatlah
.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Al-Mu'minun-1
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Al-Mu'minun-8
:: Demi sebuah kejujuran dalam perjuangan
"kalau takut dilambung ombak usah berumah di tepian pantai"

:: Katak di USM kampus kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alahai budaya katak juga menular dalam suasana politik di USM kampus kesihatan. Bermula dengan platform yang dianggap selesa untuk mendapatkan jawatan dan dapat menang besar, si katak oh katak. Katak diberikan kepercayaan untuk menjadi seorang pemimpin itupun setelah memujuk rayu beberapa kali mohon belas kesihan. Katak memang pandai melompat. Apa nak dikatakan oleh saya begitulah antara kisah katak di USM kampus kesihatan.
.
Katak itu bermula sebagai katak biasa yang berjiwa rock, berpakaian ala-ala the stroke, membawa imej bersih, anti rasuah, berintegriti, bakat kepimpinan yang menebal, hebat di kalangan awam tetapi MELESET rupanya.
.
Setelah si katak mendapat jawatan, tak terdaya nak lompat lagi. Tak seperti karakter sebelum dapat jawatan. Katak oh katak. Beberapa kali saya berpesan kepada katak jagalah hubungan dengan awam, hormati dan sayangi antara satu sama lain. Namun katak terus gah mula melompat ke kuliah-kuliah dan sampai juga ke Putrajaya. Katak oh katak.
.
Kini katak mula mengaku tidak tahu apa-apa, dulunya katak ini gah bercakap. Misi dan visi katak tak perlu mendapat nasihat dari sesiapa. Kini kerana katak ini habis orang lain jadi mangsa. Wahai katak berfikir dahulu sebelum buat sesuatu. Naya orang lain.
.
Katak semakin berani dan kononnya insaf sekejap mencari kembali cara lompatan lebih tinggi, namun kakinya tidak bermaya lagi. Badan semakin gemuk mungkin makan banyak tido banyak tidak buat apa-apa, mengarang untuk menghentam orang lain begitulah kerja si katak.
.
Saya terus perhatikan lagak si katak, tanpa berkata apa-apa sekali-sekala saya bantu katak untuk melompat cara yang betul namun katak memang gah mengatakan dia mampu melompat sendiri. Saya hanya mampu melihat dan dalam hati kenapa katak ini terlalu keras untuk di nasihati. Mungkin telah dilitupi pangkat dan jawatan yang katak usahakan dengan usaha dulu. Menang besar katak kata dulu. Sekarang katak tidak lagi menghiraukan rakan-rakannya. Kemana lagi hendak di lompat, saya rasakan mungkin ke Kedah, Pulau Pinang, Johor atau berenang di lautan Pasifik.
.
Sedarlah katak, jangan terlalu angkuh, katak masih ada masa untuk berubah. Katak itu tidak boleh dipisahkan daripada air. Lompatlah kembali ke dalam air dan cuba berenang jika lemas akan saya bantu untuk sampai ke destinasi tidak jauh lagi hanya beberapa bulan.
.
:: Mengungkai kisah si katak
"Lompatlah oh katak, lompat kembali ke air"

:: Kaya dan pandai menulis

Bismillahirrahmanirrahim,,
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Ungkaian kata tersebut sebenarnya diinspirasikan oleh Y.Brs Dekan saya Profesor Madya Dr. Ahmad Hj. Zakaria dalam satu slot ringkas di kelas. Kita sering berkongsi pendapat yang sering berlaku kontradiksi antara saya dan beliau. Namun satu ungkaian kata yang menyentuh hati saya iaitu beliau cuba menguji saya dengan mengeluarkan frasa di atas untuk dihayati dan dia cuba menguji saya lagi dengan mencabar saya untuk menjadikan ungkaian kata di atas sebagai panduan memilih calon isteri.
.
Cukup mendebarkan saya apabila berdiskusi mengenai topik ini yang sememangnya topik yang tidak harus saya fikirkan lagi buat masa ini kerana saya fikir urusan itu biarlah orang tua saya yang tentukan. Tapi suka untuk saya bagi mengungkai rantaian kata di atas.
.
Saya berpendapat bahawa kaya itu bukan merujuk kepada kaya harta secara total,namun kaya yang dapat saya simpulkan adalah kaya ilmu pengetahuan. Ilmu amat penting terutamanya ilmu tetang agama yang dapat menjaminkan kebahgiaan rumah tangga. Saya amat yakin jika berbekalkan ilmu agama yang sempurna baik di pihak suami atau isteri akan pasti dan pasti kebahgiaan akan terus memayungi pasangan tersebut.
.
Lihat sahaja contoh yang terbaik kita,Rasulullah SAW yang sangat romantik melayan isteri-isteri baginda. Dalam siri ceramah yang dapat saya kongsikan bersama disini tentang saat-saat romantiknya Rasulullah SAW bersama-sama isteri baginda Siti Aishah r.a tatkala mereka meminum air, mereka minum menggunakan gelas yang sama. Disuruhnya Rasulullah SAW humairanya meminum dahulu air tersebut kemudian di sertai dengan baginda yang memusingkan gelas tersebut dan meletakkan bibir baginda di tempat bibir Aishah r.a lalu meminum air tersebut. Subhanallah... Romantiknya
.
Memang benar hadith juga menyebut jika kamu ingin memilih calon isteri kamu biarlah dia mempunyai didikan agama yang sempurna sepertimana yang telah ditunjuk ajar oelh Rasulullah SAW nescaya akan beruntunglah kamu berbanding dengan melihat rupanya sahaja, hartanya sahaja, keturunannya sahaja.
.
Jadi saya melihat ungkapan kata "kaya" dalam rantaian kata tersebut sebagai kaya ilmu pengetahuan. Jika kaya dalam harta itupun dianggap bonus untuk si suami. Pakej yang lengkap lagi di tambah pula dengan rupa paras dan keturunan yang baik-baik.InshaAllah..
.
Sama juga "pandai menulis" itu juga yang membawa maksud juga berilmu. Untuk menulis sesuatu mestilah dia berilmu. Tanpa ilmu maka buta huruflah kita. Cendekiawan menggunakan kepakarannya dalam berdakwah dengan pena, pemidato dengan lidah dan mujahid dengan mata pedang.
.
Jadi apa yang dapat saya ungkaikan di sebalik rantaian ungkapan kata tersebut "kaya dan pandai menulis" berkisar tentang ilmu. Ingatlah
.
Jika kamu ingin hidup senang(bahagia) di dunia hendaklah kamu berilmu, Jika kamu ingin hidup senang di akhirat(bahagia) hendaklah kamu berilmu, Jika kamu hendak hidup senang di dunia dan akhirat(bahagia) hendaklah juga kamu berilmu
maksud hadith
.
:: Ungkaian di sebalik rantaian
"Berfikir dahulu sebelum menterjemahkan dalam tindakan"

17 April 2008

:: Bermula untuk mengungkai

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Al-Baqarah-34

Suka untuk saya memulakan ungkaian kata saya ini dengan tafsir ayat daripada surah yang terpanjang sekali dalam Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah ayat ke 34. Tafsir ayat ini telah memberikan kita cukup pengajaran untuk membantu kita dalam menempuh kehidupan yang sementara di dunia ini. Semua mengetahui kita ditinggalkan dengan Al-Quran dan As Sunnah sebagai panduan utama kita tapi kenapa kita tidak menghayatinya. Fikir-fikirkanlah.

Apa yang ingin saya kongsi bersama hasil dari muzakarah dengan ayah saya mengenai ayat ini yang mana ia telah mengungkai bagaimana sikap takbur Iblis Laknatullah itu yang enggan sujud kepada nabi Adam. Iblis mendakwa dirinya lebih hebat dari Adam. Sedarkah kita sikap sebegini sebenarnya telah dimanipulasikan oleh pihak yahudi dengan melagakan orang-orang Islam sendiri dengan mengatakan golongan tertentu "KAU LEBIH HEBAT", kita pula katakan golongan ini "DIA LEBIH HEBAT" akibatnya lahirlah semangat berpuak-puak dan saling mengatakan aku lebih hebat dari yang lain. Malangnya kita semua lemah untuk mengakis sindrom ini akibatnya kita juga katakan AKU PALING HEBAT.

Selain itu, suka untuk saya mengungkai satu penyakit baru yang telah dikesan melanda minda pemikiran masyarakat dunia sekarang ini adalah "Demam blog" yang mana pengaruh blog ini amat kuat dan dikhuatiri bahaya jika pengguna atau pelayar blog sendiri tidak mempunyai pertahanan yang kuat untuk menapis segala maklumat yang diperolehi ini. Secara jujur saya ingin menyebut bahawa media sampingan ini bukanlah tempat yang boleh dijadikan rujukan utama yang total untuk dipercayai dan disahkan kesahihhannya. Terpulang kepada sudut pandangan dan akal anda untuk tentukan. Jika dilihat dengan pandangan nafsu maka bernafsulah tampaknya, jika dilihat dengan pandangan berilmu maka ilmiahlah kesannya.

Dalam laman ini saya akan cuba untuk mengungkai apa yang berlaku dalam situasi politik di kampus kesihatan USM ini dengan sebaik yang mungkin berdasarkan pengalaman saya. Saya yakin mungkin ramai yang akan bersetuju dengan saya melalui penubuhan laman ini kerana ia akan lebih membantu kalian untuk menghubungi saya. Apa yang ingin diungkaikan, diharapkan kalian akan dapat mengetahui serba sedikit keadaan realiti untuk dijadikan panduan dan menangkis segala tomahan dan kritikan kepada mana-mana pihak.

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Al-Baqarah-42

:: Bermula untuk mengungkai
"Campak batu, angkat tangan, tidak sorok tangan"