22 December 2009

:: Apabila MOU di tandatangani

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
SALAM 1MALAYSIA
.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam maal Hijrah kepada semua pelayar maya blog saya ini yang tidak jemu-jemu datang mengunjungi. Saya akui ruang dan peluang membataskan saya dan anda semua tatkala semester kedua bakal menjelma. Tambahan pula cabaran baru saya di kampus kesihatan ini berkaitan dengan akses internet. Namun dalam kesempitan ruang untuk berbicara ini, sudikanlah saya melahirkan luahan rasa kesyukuran, keriangan, dan rasa sedih yang amat atas apa yang berlaku di sekeliling kita kini.
.
Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini satu peristiwa yang bersejarah berlaku dalam era politik negara kita apabila MOU persepakatan di tandatangani antara 3 pakatan parti pembangkang. Ramai mula perkatakan. Ada yang mendabik dada, ada yang meragui dan ada yang tidak mampu berkata-kata. Bagi segelintir rakan mahasiswa apabila saya mengajukan soalan minta pendapat mereka, nampak mereka juga kabur dan sedikit kecewa. Mungkin suasana di Kelantan kini memberi kesan kepada mereka dalam memberi pendapat dan ulasan. Perjuangan parti PAS mereka dakwa akan sedikit terjejas jika terus berada dalam pakatan tersebut ujarnya. Pada pendapat saya, ini merupakan langkah berani presiden PAS dalam memikat hati pengundi mereka. Namun perjungan mereka tampak pincang dek ucapan Karpal Sigh yang berusaha menjadikan presiden PKR sebagai PM bukannya presiden PAS. Menarik juga peranan DAP ini yang secara tidak langsung meletakkan mereka di tempat yang selamat dikalangan pengundi melayu. Seronok untuk diperhatikan apakah langkah seterusnya mereka.
.
Suasana di negeri Kelantan juga kembali hangat krisis KRONI dalam pentadbiran kerajaan NEGERI. Mungkin pada masa akan datang akan ada Poster MB Kelantan dan menantu seperti Pak Lah dan KJ dahulu. Besar pulak tu. Suara anak-anak MB Kelantan juga kini mula timbul. Apakah ada desakan ataupun ada keperluan. Mungkin mereka rasa tersinggung dan media alternatif seperti blog digunakan. Bagi saya seruan anak lelaki MB Kelantan (Nik Abduh) haruslah di iktiraf dan dijadikan tanda aras bagi seluruh ahli PAS di negeri Kelantan ini. MB kini sudah penat dan letih. Kapan mahu berehat dan dilihat kini sudah tidak mampu mengembalikan kegemilangan Kelantan. Semalam di kampus kesihatan di edarkan Buletin Kerajaan Negeri Kelantan oleh tangan-tangan ajaib yang selalu sahaja menyembunyikan diri mengedarkannya. Dalam kandungannya memaparkan bajet Negeri Kelantan dan sekitar sidang DUN baru-baru ini. Saya masih lagi belum menghayatinya dan InshaAllah akan saya kupas dalam post akan datang. Apa yang pasti parti ketiga dipersalahkan. Meletakkan kesalahan atas sebab orang lain bukan mengakui kegagalan mereka.
.
Semester 2 bakal menjelma 28 Disember 2009 ini. Mungkin ramai yang sudah bersiap siaga untuk mengharungi semester akan datang. Bagi politikus kampus juga cukup bersedia untuk sekali lagi bertarung dalam pilihan raya kampus akan datang. InshaAllah selagi nyawa dikandung badan, saya akan turut sama berjuang kerana darah pejuang tidak pernah henti mengalir.
.
Sedikit sebanyak untuk dikongsi kewujudan kayu-kayu pancang, menjadi tanda tanya para pelajar. Apakah akan ada projek lagi di USM kampus kesihatan. Ucapan kesyukuran seharusnya dizahirkan, InshaAllah dalam 2-3 hari ini akan terjawablah teka-teki apakah akan berlaku di sebalik pagar dan kayu-kayu di kawasan tangki air berhampiran surau USM tersebut.
.
Coretan mengenai penyelidikan saya, ada sedikit penambahbaikkan dan ianya Alhamdulillah dinamik dan saya akan membawa bekalan proporsal yang sempurna untuk dibentangkan dan dipertahankan di kampus induk nanti. Melalui perbincangan dengan kakak senior saya yang baru hari pertama melaporkan diri sebagai pelajar PHD di sini sedikit sebanyak membuatkan semangat saya makin berkobar-kobar. Di kongsikan kepada saya betapa pentingnya untuk sekurang-kurangnya mempunyai satu penyelidikan yang di Publish dan sekurang-kurangnya satu di persembahkan di mana-mana bagi kenaikan pangkat ke tangga 51. InshaAllah, penyelidikan kali ini akan saya terbitkan. Doakan kejayaan saya.
.
"Jurnal; baca dan faham"
:: Perjuangan harus diteruskan

06 December 2009

:: Sehari di USM Kubang Kerian

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Tanggal 6 Disember 2009 merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi saya kerana pada hari ini saya melangkah kakinya kembali ke USM Kampus Kesihatan. Alhamdulillah, hari pertama berjalan dengan penuh sempurna. Setibanya di USMkk seawal jam lapan , saya disambut mesra oleh staf di BHEPP dan desa Murni yang kebetulan baru melaporkan diri untuk bertugas. Saya sempat menanyakan khabar mereka dan atas jasa baik pihak pengurusan di sewakan saya tempat berteduh di Desa Siswa Murni 2. Bilik Master flat aras tiga.Permulaan semester 2 bakal bermula dan apa yang pasti satu disertasi harus disiapkan dan dihantar bagi melengkapkan pengajian Sarjana saya ini. Cabaran sudah bermula dan haruslah di rancang dengan sebaiknya.
.
Hari ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua staf pentadbiran dan rakan pelajar yang tidak jemu-jemu melayan saya dengan penuh kasih sayang walaupun saya baru sahaja 6 bulan meninggalkan kampus kesihatan ini.
.
Banyak perubahan yang saya dapat perhatihan, kadang mengusik hati kecil tanda kesyukuran penat lelah dan usaha yang saya perjuangkan dahulu nampak berhasil beransur-ansur. Apa yang pasti dua kompleks dewan kuliah PPSK dan Pusat Mahasiswa bakal disempurnakan pada tahun hadapan. Kelihatan juga set-set senaman bagi memupuk gaya hidup sihat dikalangan pelajar. Sistem bunyi di Surau juga kelihatan di naik tarafkan seiring dengan perkembangan infrastruktur yang lain. Koridor yang dibina di Murni dan PPSG dilihat mampu juga memberi keselesaan kepada semua pelajar terutamanya musim monsun sebegini. Namun di sudut hati saya masih tersemat harapan untuk melihat hubungan antara pelajar sepatutnya lebih erat baik pelajar melayu, india dan cina. Mereka sepatutnya memupuk sikap saling bertegur sapa, bantu membantu, dan lain-lain nilai murni yang seterusnya dapat melahirkan generasi Malaysia yang lebih harmoni kelak. Sinar malam di Desa Siswa Murni 4 nampak semakin BIRU. Saya tersenyum melihatnya.
.
Hari ini juga amat bermakna kerana diketemukan saya dengan ramai rakan-rakan sahabat yang sering beradu kekuatan semasa kempen pilihan raya kampus suatu masa dahulu. Mereka menyapa saya dan saya menjawab dengan penuh berhati-hati kerana saya sudah masak dengan perangai mereka.
.
Esok perjuangan saya harus diteruskan, banyak lagi persediaan harus dibuat bagi menyiapkan fasa pertama yang amat penting bagi dissertasi ini. Harap dapat disiapkan tepat pada masa dan tidak ada lain yang saya pinta dari doa dipermudahkan dari semua bergerak seiring dengan keberkatan restu ibu bapa dan keluarga. Terima kasih kepada semua yang sering membantu memberi kekuatan kepada saya.
.
"Asyik tengok BILLBOARD di KB; cantik2 dan besar-besar belaka"
:: Peristiwa di KB MALL (Bala) kecil dan minta-minta dijauhkan

13 November 2009

:: Kupasan isu-isu semasa

Bismillahirahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah berakhir sudah peperiksaan AKHIR saya dalam hidup ini jika dihitung kerana selepas ini InshaALLAH tidak akan ada lagi peperiksaan seumpama ini, kerana saya diminta untuk menyiapkan satu thesis dalam tempoh 6 BULAN. Dalam tempoh tersebut memang saya akui akan lebih mencabar dan pasti dan pasti pengurusan masa amatlah menjadi senjata ampuh dalam menyiap siagakan diri saya untuk bergelar pelajar SARJANA.
.
Dalam kesibukkan minggu peperiksaan ini banyak isu-isu yang ingin saya rungkaikan dalam sudut pandang yang bebeza dalam kaca mata seorang pemimpin MAHASISWA MALAYSIA. Terlebih dahulu saya buka dengan cerita laporan perkembangan LAWATAN BAPAK PRESIDEN negara serumpun kita INDONESIA. Rata-rata pelajar INDONESIA disini menyuarakan rasa bangga terhadap BAPAK presiden mereka yang melakar satu corak baru ke arah hubungan dua hala negara serumpun ini melalui lawatan yang penuh bermakna ini. Mereka kini walaupun berada di tanah MALAYSIA, namun mereka sering kali mengikuti perkembangan negara BANGSA mereka melalui saluran maya. Sempat juga saya mengorek antara initipati yang masih menjadi kanser dikalangan pemimpin di INDONESIA iaitu RASUAH. Banyak lagi yang mengamalkan RASUAH di INDONESIA. Namun saya memahami, bahawa itu adalah masalah dalaman negara tersebut dan apa yang pasti KOMITMEN BAPAK presiden amat disegani dan dihormati oleh PM kita. Baru-baru ini juga PRESIDEN Republic of CHINA juga telah mengunjungi negara kita. Dari sudut perpektif ini haruf kita melihat bagaimana besarnya intisari ataupun implikasi lawatan kedua-dua pemimpin negara ini ke MALAYSIA. Secara tidak langsung cerminan terhadap negara kita akan lebih baik di kalangan pelabur luar. Banyak faedah yang akan kita kecapi melalui hubungan baik dengan semua orang.
.
Menyentuh perkembangan POLITIK tanah air juga amat menarik untuk dibincangkan dan dianalisakan. Pembangkang dengan cara pembangkang dan BARISAN dengan masalah BARISAN. Kemelut parti komponen BARISAN NASIONAL iaitu MCA masih lagi dalam samar-samar, hari ini ROS dipersalahkan. Perdana Menteri sudah beberapa kali menegur suapaya diselesaikan dengan penuh bijaksana. Sekarang timbul pula isu KUMPULAN 3. Secara jujur saya berbincang dengan rakan Mahasiswa berbangsa CINA. Mereka mengatakan mereka telah mula hilang keyakinan terhadap MCA dan tidak pernah langsung mengharapkan DAP. Apa yang mereka harap, krisis ini harus ditamatkan dengan cepat dan menumpukan kepada pemulihan ekonomi dan mahu terus mencari keuntungan. Begitulah mentaliti mereka. Sangat stereotaip. Dalam membariskan barisan PEMUDA yang betul-betul mantap menjelang pilihan raya umum akan datang, baru-baru ini diumumkan PEMUDA UMNO telah menggerakan jentera bagi memenuhi KPI yang telah dilandaskan kepada mereka. Namun sejauh mana kebekesanannya belum lagi kita ketahui. Parti PAS dan PKR terus menerus menjadi perbualan utama. Tidak cukup dengan SUMPAH TAAT SETIA sehingga sanggup menceraikan ISTERI sehinggalah percakaran antara pemimpin mereka. Saya melihat mereka ini amat pakar dalam mencetuskan sandiwara politik semata-mata. Terbaru perkembangan berita penangkapan tokoh agama iaitu DR. ASRI. Banyak pendapat disuarakan melalui semua saluran media. Disarankan juga YANG DIPERTUAN AGONG turut campur tangan dalam kes ini. Seronok juga untuk kita perhatikan perkembangan kes ini. JAIS lawan DR. ASRI. Sehinggakan orang kena tangkap itu menyurakan ingin menyertai parti POLITIK jika masih lagi dihalang. Persolannya parti APA??
.
Saya juga difahamkan berita mengenai pembatalan menunaikan FARDHU HAJI oleh Menteri Besar Kelantan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. Mungkin TOK GURU ada alasan tersendiri. Janganlah menuduh pihak-pihak lain yang menyebabkannya. Biarlah MB KELANTAN itu sahaja membuat penjelasan. Kawan-kawan berseloroh mahu saya jumpa MB untuk minta BERKAT dengan mahukan SELIPAR MB. Saya ketawa ringan dan beristighfar dalam hati.
.
Mengulas isu perkembangan SUKAN dihiasi dengan berita PAHLAWAN MERAH yang telah TEWAS di tangan skuad HOBENG JANG HOBENG. Memang sedih saya akui di kalangan semua rakan-rakan penonton. Namun saya juga ingin melahirkan rasa kecewa dan malu terhadap sikap dan perangai penyokong KELANTAN yang SEGELINTIR ini bertindak SESUKA HATI. Bersabarlah kawan-kawan. KELANTAN akan bangkit lagi. Adap permainan dan pasti ada menang dan kalah. Pemain-pemain pun hilang fokus akibat lantunan mercun dan botol ketengah padang. Menyebabkan pemain KELANTAN sendiri hilang tumpuan. Jika kita perhatikan TEKANAN terhadap pemain pertahanan muda KELANTAN amatlah KUAT. Ditambah lagi beliau ditugaskan mengawal pemain berbahaya negeri sembilan, AIDIL. Akibatnya banyak kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Angkara siapa, kalau tidak angkara mercun yang dilemparkan. Hilang fokusnya dan menyebabkan rakan-rakan lain hilang rentak. Namun saya masih lagi bangga terhadap beberapa sejarah yang telah dicipta dalam perlawanan akhir tempoh hari. SEJARAH MANIS dan SEJARAH HITAM sama banyak. Biarlah ia berlalu, ambillah iktibar rakan PENYOKONG. Sama-sama lah menderma RM1 bagi meringankan persatuan. Bukan salah PERSATUAN, salah kita semua iaitu penyokong.
.
"RM1 Untuk KAFA"
:: Mahu bersiar-siar dalam KAPAL SELAM juga

29 October 2009

:: EXAM vs RED WORRIORS

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Salam 1MALAYSIA
.
Berdebar-debar. Hasrat untuk menempuh peperiksaan akhir semester pertama bagi pengajian Siswazah cukup kencang bertiup. Takut pun ada, gentar pun ada. Almaklumlah first time exam Master ni. Dulunya biasanya peperiksaan di dewan utama yang bilangan nya ramai namun kali ini hanya 3 orang sahaja yang akan menduduki peperiksaan. Bayangkan gemuruhnya ataupun orang KELANTAN kata KESITNYO. Tidak seramai LAUTAN MERAH

Dalam keghairahan mengulangkaji pelajaran mujurlah ada pengubat hati iaitu perkembangan pasukan bola sepak negeri KELANTAN yang sekali lagi layak ke Separuh Akhir. Separuh akhir pertama dikhabarkan oleh rakan-rakan saya di Kelantan, prestasi pahlawan merah ini tidak seberapa, namun mampu juga mencipta kemenangan. Alhamdulillah. apa tidaknya awal-awal lagi saya melihat melalui RTM 1 daripada jurulatih PERLIS mendakwa apa yang ditakutkan dari pasukan KELANTAN adalah "pemain" yang di luar padang. Lautan penyokong setia KELANTAN yang tidak jemu-jemu turun memberikan sokongan yang tidak mungkin dilihat oleh mana-mana pasukan di MALAYSIA ini. Penuh satu stadium, ditambahnya pula skrin gergasi di luar setadium sekali lagi memberikan satu aspirasi baru perkembangan bola sepak di Negeri KELANTAN ini. Bagi saya di perantauan ini melalui perhubungan telefon dapat juga berkongsi kegembiraan pasukan Wira Merah ini. Tahniah Dato' Nuar. Ada 90 minit lagi baki perlawanan di KANGAR SABTU ini. Saya yakin dan percaya stadium KANGAR juga bakal di badai oleh LAUTAN MERAH yang mana difahamkan sudah 15 Biji bas siap sedia untuk bertolak ke KANGAR. Misinya bukan apa, hanya untuk memberikan semangat kepada pasukan KELANTAN bagi ke Stadium BUKIT JALIL 7hb nanti yang dulunya digelar STADIUM DARUL NAIM oleh Dato' Nuar. Saya mendoakan yang terbaik bagi WIRA MERAH, walaupun Indra Putra tidak dapat beraksi saya yakin WIRA MERAH masih ada lagi kekuatan yang mampu mengekang pihak PERLIS nanti. Tidak lain tidak bukan iaitu PENYOKONG lah.

Elemen perpaduan melalui sukan ini juga seharusnya diambil iktibar oleh semua. Melalui kesukanan ini juga saya dapat perhatikan perpaduan antara PARTI PAS dan UMNO nampak seiring. Beda dilupakan, bertatih seiringan. Itulah hasrat yang sebenarnya yang diimpikan oleh semua. Walaupun ada juga 2-3 kerat penyokong yang membawa BENDERA PAS ke stadium, ia telah ditegur oleh Tok Guru sendiri. Di sebalik Seminar yang akan diadakan seeloknya sama-samalah mecari muafakat demi kepentingan ISLAM dan UMAT sejagat.

Tertarik juga dengan persoalan daripada bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin yang berbunyi,

*Apakah Pas diperlukan oleh pakatan pembangkang atau sebaliknya

.
*Apakah agenda Islamik Pas lebih diutamakan dalam Pas atau agenda untuk menjaga kepentingan pakatan lebih didahulukan
.
*Adakah agenda kerjasama DAP/PKR lebih penting daripada agenda perpaduan orang Melayu/Islam dengan UMNO
.
Hari demi hari berlalu, hanya tinggal lagi 4 hari lagi untuk menduduki kertas peperiksaan yang pertama. 3 Jam dijadualkan. Apa yang ditagih dari semua tidak lain tidak bukan dari doa yang terbaik untuk saya dan semua, titisan-titisan air lekuk juga akan batunya, apakan lagi doa yang dipanjatkan, InshaALLAH mudah-mudahkan dipermudahkan segala urusan
.
"Peperiksaan satu ujian"
::Mahu lihat BAJET 2010 KELANTAN

19 October 2009

:: Perihal JAHILIAH salah siapa??

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Terkejut dan tergaman mengenangkan berita mengenai nasib bayi yang dibuang di Negeri serendah sekebun Bunga iaitu KELANTAN. Lebih malang lagi apabila 2 bayi dibuang dalam tempoh 2 minggu. Siapa harus dipersalahkan. Tidak lain tidak bukan si ibu dan ayah bayi tersebut yang tidak berfikiran waras dan mungkin tidak keterlaluan dilabelkan sebagai JAHILIAH bagi Menteri Besar Kelantan. Apa yang menarik untuk saya kongsikan bagaimana cara orang No.1 Negeri Kelantan itu memberi respon mengenai kejadian ini. Selama ini beliau amat suka mengkritik dan menggambarkan keburukan yang amat sangat kepada mana-mana negeri yang didakwannya TIDAK ISLAM berbanding KELANTAN.
.
Para wartawan sekali lagi menguji beliau melalui soalan dan pendapat Orang No.1 Negeri Kelantan itu, lalu beliau menjawab mengikut apa yang ditulis dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh hari ini sebagai, "''Buang bayi ini, hal yang amat mendukacitakan dan seperti balik semula ke zaman jahiliah yang tidak bermoral. ''Inilah hasilnya apabila kita besar-besarkan masalah Melayu, masalah pembangunan dan ekonomi tetapi kita lupa kepada masalah moral dan akhlak. ''Akhirnya Melayu buang anak, kerana apa, kerana tidak dididik dengan Islam sebaliknya dididik dengan bangsa, pembangunan dan kemewahan."
.
Bagi pendapat saya MB Kelantan ini cuba untuk menyalahkan pihak lain. Mudah sungguh melepaskan tanggungjawab. Dipersalahkan orang ketiga. Sebagai kerajaan di Negeri Kelantan beliau seharusnya merasa malu dan tanggungjawab terhadap perkara ini. Bukan hendak menyalahkan orang lain. Memang benar Akhlak yang menjadi titik tolak perkara ini namun cara dan tindakan penerapan nilai ini seharusnya diterjemahkan oleh kerajaan negeri. Jangan jadi seperti peribahasa sudah terhantuk baru tergadah. Inilah salah satu kesan daripada kelemahan dan kealphaan pemimpin negeri ini untuk mendidik akhlak rakyat Kelantan. Saya memberi contoh di Kampung saya, tidak ada satu pun program berbentuk mempromosikan percambahan nilai akhlak yang mulia, mahupun di peringkat DUN dan PARLIMEN. Sedangkan wakil rakyatnya bangga, megah mereka daripada parti PAS. Di parlimen saya sahaja berapa banyak kes yang tidak bermoral berlaku melibatkan remaja ISLAM. Jelas disini pemimpin PAS tidak peka terhadap masalah rakyat khususnya mengenai penerapan nilai Akhlak mulia ini. Apabila disiarkan di dada akhbar baru semua rasa terkejut. Lebih malang menyalahkan pihak lain yang mendakwa tidak memperkenalkan ajaran sepatutnya. Jujur untuk saya katakan, tidak ada satu pun di DUN saya baik di PARLIMEN tempat saya yang diperintah oleh PAS mengadakan program berbentuk memperkasakan AKHLAK ISLAM. Lebih teruk lagi PEMBANGUNAN yang dikatakan punca masalah keruntuhan akhlak pun TIDAK ADA. Bak kata pepatah melayu sudah jatuh ditimpa tangga.
.
Sebagai menyahut seruan itu, dan rasa tanggung jawab sebagai seorang muslim saya mengesyorkan supaya semua lebih peka terutamanya peranan ibu bapa sepatutnya lebih tegas dalam mendidik anak-anak. Di pihak ketiga seperti guru-guru, ketua kampung , Imam dan pemimpin seharusnya mereka sedar bahawa golongan tersebut seharusnya didekati. Dibimbing walau dengan apa cara sekalipun supaya mereka terhindar dari melakukan perkara terkutuk ini.
.
Menyentuh juga mengenai Azam kuat oleh para delegasi UMNO yang mahu berubah, ianya turut merangsang darah yang mengalir dalam tubuh saya ini. Saya akui perubahan harus dilakukan di semua peringkat. Hanya melalui perubahanlah kita mampu mengembalikan dan mencapai kejayaan bagi pihak rakyat. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO yang setia berkhidmat, yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi, yang tidak gentar dan tidak pernah menyerah kalah untuk melakukan transformasi. Saya selaku ditugasakan di peringkat cawangan dengan ini berikrar untuk sama-sama melakukan perubahan. Moga perubahan yang dilakukan ini akan lebih baik dari hari-hari lepas. Semasa mendengat ucapan YAB Presiden UMNO tempoh hari, ia seakan-akan memberikan satu semangat yang luar biasa dan banyak intipati dalam bait-bait ucapan beliau. Saya sahut cabaran YAB Presiden. Atas segala jasa yang disumbangkan oleh kerajaan akan saya balas, mengikut kemampuan saya.
.
"Berazam untuk berubah"
:: Seronok dengar puisi perwakilan UMNO

10 October 2009

:: Provokasi SAMSENG

Bismillahirrahmanirrahim,
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
.
GEMPAR!! satu Malaysia provokasi demi provokasi terbit lenteran tempoh berkempen di Bagan Pinang semakin menuju ke penghujung. Begitulah senario dan hakikat mentaliti politikus di tanah air kita Malaysia. Mengulas isu terbaru dakwaan SAMSENG oleh pihak yang pertanding di pilihan raya kecil disana amat tidak mengejutkan saya. Benar atau tidak terpulanglah kepada empunya diri yang mengeluarkan provokasi tersebut.
.
Provokasi SAMSENG ini juga sekali lagi mengungkit satu kenangan lama saya semasa proses pilihan raya kampus di USM kampus kesihatan suatu masa dahulu. Pada masa itu saya bertanding dalam kerusi UMUM dan nodus operandi provokasi yang dimainkan oleh pihak lawan saya seakan-akan sama dengan nodus operandi pihak PAS di Bagan Pinang. Bagi jentera pilihan raya saya semasa bertungkus lumus, tidak tidur malam berkempen dahulu pasti masih ingat bagaimana provokasi SAMSENG yang dibuat ke atas pasukan saya. Kumpulan saya pada masa sehari sebelum mengundi didakwa telah memukul seorang budak tahun satu yang pada ketika itu jam di dinding menunjukkan jam 4-jam 5 pagi. Mereka mendakwa kumpulan saya memukul mangsa tersebut sehingga pengsan. Dan lebih teruk lagi mangsa didakwa diikat tangan dengan wayar setarika dan ditutup mata lalu diangkat dan dicampak di kompleks sukan. Nasib baiklah mangsa tersebut masih lagi bernyawa. JAHAT dan KEJAM. Lebih malang lagi disebarkan sms kepada ramai pelajar lain supaya tidak mengundi saya kerana didakwa dalang dan ketua SAMSENG.
.
Pada pagi keesokkan harinya saya yang tidak cukup tidur menerima panggilan daripada salah seorang kawan yang mendakwa menerima SMS FITNAH ini. Tidak ada kata selain diam sahaja kerana hairan dan terfikir tergamaknya mereka MENFITNAH saya seteruk itu. Moga-moga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada mereka. Saya cuba untuk melawat mangsa tetapi dihalang oleh kumpulan lawan saya. Begitulah hebatnya provokasi mereka. Sejak peristiwa itu kumpulan saya dipandang serong. Dan ramai yang mula mencurigai dan mempercayai dan kesannya diterjemahkan dalam kotak undi. Sampai hari ini juga tidak ada laporan polis dibuat terhadap kes ini. Alhamdulillah saya menerimanya sebagai satu dugaan dan cabaran bagi saya dan juga sebagai pengajaran dan bekalan untuk mengharungi kehidupan pada masa akan datang. Setelah itu saya berjumpa dengan semua rakan jentera dan kami semua amat terkejut dan berdoa supaya diberikan lagi kekuatan dan pasti dan pasti pihak yang benar akan MENANG dan yang menyebarkan FITNAH itu pasti akan TUMBANG.
.
Pada hari ini saya sekali lagi melihat adegan yang sama turut didakwa berlaku di Bagan Pinang. Seakan-akan kisah lama saya. Menitis air mata saya mengenangkan saat-saat FITNAH BESAR ini yang menimpa saya dahulu. Namun ianya sudah berlalu dan saya telah memaafkannya. Harapan saya kepada pihak yang menyebarkan FITNAH ini, supaya jangan sampai FITNAH BESAR ini di taburkan lagi semasa pilihan raya kampus akan datang. Moga-moga saya berharap pasukan saya dahulu masih lagi mantap dan terus berjuang dan berjuang bukan untuk menyokong mana-mana pihak tetapi demi memastikan ASPIRASI dan KESEJAHTERAAN mahasiswa terjamin. Berkhidmatlah dengan ikhlas, jujur dan amanah.
.
"Semangat tidak pernah padam"
:: Menjelang pilihan raya kampus

02 October 2009

:: Terima kasih lagi kerajaan BARISAN NASIONAL

Bismillahirahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Tatkala melihat berita perdana di TV1 sekejap tadi air mata saya berguguran jatuh ke bumi. Membasahi kain pelikat yang dipakai mengenangkan nasib warga serumpun kita di Indonesia yang dilanda gempa bumi. Banyak nyawa yang tekorban. Begitulah hebatnya dugaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada makhluknya semata-mata untuk menguji tahap keimanan mereka. Rasa amat bertuah dan bersyukur yang amat saya dilahirkan di Malaysia. Malaysia terletak di luar lingkaran api yang mana tiada kata yang sepatutnya dilafazkan selain Alhamdulillah.
.
Banyak usaha yang telah digerakkan oleh banyak pihak. Usaha kerajaan Malaysia yang telah menghantar 4 biiji pesawat tentera ke Indonesia bagi memindahkan para pelajar dan rakyat Malaysia di kawasan bencana haruslah dipuji. Diucapkan terima kasih. Kepada semua blogger yang selama ini mengutuk kerajaan BARISAN NASIONAL diharapkan dapat melahirkan dan memuji tindakan kerajaan ini. Jangan hanya taksub untuk menghentam kerajaan dengan isu-isu yang remeh. Apa salahnya berterima kasihlah. Satu entry untuk ucapkan terima kasih atas tindakan ini. Penggunaan duit rakyat untuk penerbangan ihsan seperti ini sepatutnya dipuji. Namun saya yakin dan percaya para blogger yang selalu menghentam kerajaan akan terus mencari buruk kerajaan semata-mata sehingga memejamkan mata atas banyak usaha yang baik dilaksanakan oleh kerajaan MALAYSIA iaitu kerajaan BARISAN NASIONAL.
.
Dikesamping melaksanakan tugasan saya yang masih belum selesai. Teringin untuk saya menulis entry ini bagi melahirkan raya bangga dan terima kasih kepada kerajaan BARISAN NASIONAL berikutan langkah yang diambil. Tidak cukup dengan itu esok hari akan diterbangkan pasukan SMART dan bantuan perubatan bagi membantu sahabat serumpun di Indonesia. Lantas menampakkan MALAYSIA tidak terkesan dengan mainan MURAHAN media Indonesia dulu yang mengapi-apikan antara dua negara serumpun ini. Tarian Pandet dan Lagu terang Bulan tidak mampu menguraikan ikatan serumpun ini. Terbaru isu Batik yang diumumkan hak ibunda Indonesia dan sebagai meraikannya rakyat Indonesia diseru memakai batik hari ini. Ramai juga kawan-kawan Indonesia saya di USM ini menyahut saranan bapak SBY dengan memakai batik ke kelas. Bangga dan besemangat. Hari ini juga dilancarkan tabung bagi membantu mangsa gempa bumi Indonesia di Masjid USM. Selama 3 minggu ini sumbangan tabung masjid akan disumbangkan kepada mangsa bencana di sana. Naib Canselor juga sempat menyatakan bahawa USM memberi ruang dan peluang yang seluasnya untuk warga Indonesia yang berada di USM ini bagi menganjurkan apa saja aktiviti bagi membantu dan meringankan beban rakan mangsa bencana.
.
Bagi mengakhiri entry ini sudilah untuk saya memohon doa daripada pengunjung blog ini sempena peperiksaan akhir yang bakal menjelma. Mohon untuk didoakan yang terbaik untuk saya dan ummah keseluruhannya.
.
"1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
:: Berdoa kesejahteraan bagi semua mangsa

18 September 2009

:: Selamat Balik Kampung

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah sedar atau tidak kita sudah berada di akhir Ramadhan tahun ini. Kemanisan Ramadhan yang kita kecapi tahun ini sungguh tidak dapat dinilaikan. Allah sahaja yang berhak menilainya. Sehingga ada yang hakikatnya berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Moga-moga kita digolongkan bersama-sama dengan golongan yang beruntung. InshaAllah.
.
Malam ini InshaAllah saya bersama rakan-rakan mahasiswa USM yang lain akan berkonvoi pulang ke negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga iaitu Kelantan. Di sini apabila disebutkan sahaja berasal dari Kelantan maka terpancar di benak fikiran ramai kenalan saya betapa indahnya negeri Kelantan. Negeri penuh dengan Majoriti rakyatnya beragama ISLAM. Ramai Alim dan Ulamak yang berasal dari negeri ini. Tidak lupa juga cerdik pandai, hartawan juga berbenihkan Kelantan. Saya turut merasa bangga dan insaf dengan rezeki yang dikurniakan ini. Darah Kelantan juga mengalir dalam diri saya.
.
Pengalaman di Luar Kelantan ini amatlah cukup mendewasakan saya. Pengalaman mencari tiket bas raya pasti tidak akan saya lupa. Malam ini difahamkan akibat terlalu ramai pelajar, dibuat dua peringkat 5 buah bas akan bertolak jam 8malam dan selebihnya jam 10 malam. Suasana amat meriah saya gambarkan. Kegirangan menyambut Syawal amat terasa disini. Di bilik saya ditemankan oleh peti suara yang mendendangkan lagu-lagu raya sebagai mengubat rindu kampung halaman. Difahamkan semua adik-adik sudah sampai di rumah, hanya menantikan saya sahaja untuk melengkapkan bilangan anggota keluarga. Sebak juga rasa terharu.
.
Doakan keselamatan saya dan rakan mahasiswa sekalian yang pulang ke kampung dan akan kembali setelah seminggu bercuti. Dalam kegirangan ini jangan kita lupakan RAMADHAN yang masih lagi berbaki. Manfaatkanlah.
.
"Balik kampung-satu keperluan"
:: Pengalaman tidak boleh dijual beli

11 September 2009

:: "Sweeping Malaysia" dari sudut Mahasiswa Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Indonesia oh Indonesia, negara yang majoritinya umat Islam bahkan teramai di dunia. Dalam suasana keberkatan di Bulan Ramadhan ini kita dikejutkan sekali lagi dengan polimik politik angkara agenda Rejim Zionis iaitu Yahudi yang mahu melihat umat Islam sekali lagi berpecah belah, bergolak, bergaduh sesama sendiri. Buih-buih ini yang banyak bertaburan di permukaan namun tidak ada gunanya. Sedar atau tidak agenda Yahudi ini berterusan sampai kebila-bila sehinggalah mereka mahu semua umat Islam memeluk agama mereka.
.
Memetik peristiwa yang berlaku di negara serumpun kita iaitu Indonesia. Baru-baru ini dikejutkan kita dengan tersiarnya berita mengenai betapa JAHAT dan ZALIMnya Malaysia kerana mencuri adat kebudayaan Indonesia. Tarian Pandet yang dimaksudkan. Bagaimana tuduhan dilemparkan hanya berlandaskan klip tayangan promosi Malaysia oleh National Geographic yang hanya beberapa minit. Lalu dinominasikan oleh media. Sensasinya bukan kepalang, berapi kesannya, mengungkit semangat nasionalis rakyat Indonesia mempertahankannya. Lebih teruk diadakan sekatan jalan raya kononnya sebagai tindak balas mengenai "kecurian" itu. Berkumpul kumpulan yang kononnya mahu bersiapsiaga menyerang Malaysia. Keadaan jadi hingar-bingar dek kerana tarian dan irama Terang Bulan. Begitulah kisah dan hebatnya peranan media yang berjaya mencetuskan satu polemik yang hebat mercerminkan kelemahan Umat Islam. Umat Islam amat mudah berpecah belah, fitnah mengfitnah jadi budaya. Sampai bila mahu kita teruskan.
.
Bagi saya, saya tidak hairan demontrasi di Indonesia ini kerana saya telah dihidangkan dengan demonstrasi dan semangat Nasionalis yang mengagumkan dikalangan mahasiswa Indonesia semasa menghadiri lawatan kerja pemimpin pelajar Malaysia ke Indonesia tempoh hari. Mereka lantang bersuara dan tidak gentar untuk turun kejalanan. Namun mereka hairan dengan Malaysia, mereka tidak diberi peluang untuk duduk semeja dengan Bapak Presiden berbincang mengenai masalah negara mereka. Berbanding Malaysia, melalui perundingan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia memberi kedudukan yang istimewa terus menerus berbincang dengan Menteri dan Perdana Menteri. Tidak perlu turun ke jalanan. Peranan Majlis Perwakilan Pelajar haruslah dimanfaatkan sebaiknya. Sebagi respon mengenai peristiwa "Sweeping Malaysia" semua MPP Malaysia telah bersidang pada 09 September 2009 di USM dan memberi resolusi dan respon mengenai peristiwa ini untuk diserahkan kepada Kedutaan Indonesia di Malaysia.

.
Suka juga saya untuk memetik pendapat salah seorang Profesor dari Universiti Indonesia yang berpendapat Sweeping ini tidak perlu dan jelek sekali. Peranan pemimpin atasan sepatutnya lebih pantas mengawal membendung daripada dihidu oleh media. Kepincangan dalam kerajaan Indonesia juga teserlah bagi mengekang media massa mereka yang terlampau nasionalis tanpa memikirkan impak pada masa depan. Penguat kuasaan juga didakwa lemah sehingga sekatan jalan raya memegang buluh runcing yang menggambarkan semangat berkobar-kobar mempertahankan negara itu berjaya diadakan. Sebaliknya profesor tersebut memuji tindakan Malaysia yang bertindak secara rasional dengan memanggil duta Indonesia bagi menjernihkan keadaan.
.
Alhamdulillah sehingga hari ini diberitakan pihak berkuasa Indonesia telah mula bertindak dan ramai mahasiswa mereka berpendapat Sweeping ini tidak perlu dan mendakwa kumpulan tersebut hanyalah bertindak atas dasar menerima upah dan berbau politik. Kesan daripada pengumuman Bapak SBY berjaya memenangi pilihan raya presiden bagi penggal yang baru ini. Lebih-lebih lagi negara yang pertama dilawatinya selepas bergelar presiden adalah Malaysia yang dijadualkan pada Oktober ini. Saya juga ingin menafikan kejadian bahawa mahasiswa Malaysia yang belajar disana dianiaya oleh kumpulan berkenaan setelah saya menghubungi rakan mahasiswa di beberapa universiti di Indonesia melalui mail dan ruangan sembang. Namun di sebalik peristiwa ini saya lebih suka melihat ianya berpunca daripada agenda Yahudi yang mahu melihat umat Islam berpecah belah. Bangkitlah wahai umat Islam. Sweeping Yahudi saya rasakan lebih wajar dari Sweeping sesama umat Islam dek kerana tarian yang jelas bertentangan dengan Ajaran agama. Pelancongan, pelabur, pelajar, pekerja antara kedua-dua negara akan terkesan jika berterusan mengfitnah antara satu sama lain.
.
Realiti di Malaysia rakan-rakan serumpun dapat hidup aman damai mencari rezeki di bidang masing-masing. Majoritinya sebagai buruh binaan. Di USM juga saya bangga rakan serumpun saya dapat belajar dengan mendapat penajaan daripada USM sendiri. Dijadualkan juga di USM akan diadakan persembahan kebudayaan daripada pelajar Indonesia sendiri dan tarian Pandet akan dipersembahkan . Amat beruntung pelajar Indonesia di sini yang mendapat penajaan berbanding masih ramai lagi rakyat Malaysia sendiri yang memohon tetapi gagal memperolehinya. Ada juga rakan serumpun saya mendapat jawatan pembantu penyelidik yang bergaji RM 1000 di USM ini jika di tukarkan kedalam mata wang rupiah berjuta-jutalah jawabnya. Pengaliran wang yang cukup besar nilainya ini memberi keuntungan yang berlipat kali ganda kepada Indonesia sendiri. Jangan hanya kerana tarian dan irama kita gadaikan dan nafikan kebaikan jiran tetangga. Ingatlah Malaysia-Indonesia kita serumpun.
.
"Tidur sebantal mimpi lain-lain"
:: Disebalik serumpun ada agenda tersembunyi

10 September 2009

:: Pelik tapi benar di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Sekejap rasanya masa berlalu pantas sekali, hari ini bermulalah countdown untuk sama-sama memburu Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh kebertan. Yang mana jelas diterangkan dalam surah Al-Qadr yang mengandungi 5 ayat.

.
"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar"
"Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam LAilatul-Qadar itu?"
"Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan"
"Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut);"
"Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar"
.
InshaAllah marilah sama-sama berazam untuk mencari dan menerokai nikmat malam Lailatul-Qadar ini. Namun di dalam mengharungi keberkatan Ramadhan masih ada lagi perkara dan amalan kita yang PELIK tapi BENAR. Seharusnya hormatilah bulan yang penuh keberkatan ini.
.
PELIKKAN ada yang mengaku berpuasa NAMUN tidak menunaikan solat
.
PELIKKAN ada juga yang pergi berbuka puasa di masjid NAMUN tidak menunaikan solat berjemaah tanpa alasan
.
PELIKKAN ada yang mengaku berpuasa NAMUN masih lagi menunggang motorsikal dengan bukan mahram kesana-kesini
.
PELIKKAN ada yang pergi ke masjid untuk bersolat NAMUN tidak menjaga batas pergaulan dengan pasangan bukan mahramnya semasa hendak kemasjid dan pulang
.
PELIKKAN ada yang mengaku berpuasa NAMUN di perpustakaan bergelak ketawa besar dengan bukan mahramnya
.
PELIKKAN ada yang mengaku berpuasa NAMUN ke kelas berpakaian tidak menutup aurat
.
PELIKKAN ada yang mengaku berpuasa NAMUN mengumpat sini sana
.
Begitulah antara coretan saya sepanjang memerhatikan keadaan di perantauan ini. InshaALLAH sama-sama lah berdoa supaya diberikan kekuatan dan dijauhi segala perkara yang boleh menjejaskan pahala puasa kita. InshaALLAH juga moga puasa kita tahun ini lebih baik dari puasa-puasa pada tahun sebelumnya.
.
"Balik kampung 18hb malam"
:: Menghati Ramadhan di perantauan

31 August 2009

:: Apa erti kemerdekaan

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Tanggal 31 Ogos 2009 sekali lagi muncul di permulaan Bulan yang penuh keberkatan iaitu RAMADHAN. Maka hari ini genablah Malaysia merdeka selama 52 tahun. Penuh ranjau yang ditempuh semasa memperjuangkan MERDEKA di kenangkan kembali dalam pelbagai cara dan peristiwa. Tidak lain tidak bukan untuk melahirkan rasa syukur dalam hati kita bahawa nikmat kemerdekaan yang wujud selama ini amat besar nilainya. Membina memang sukar berbanding untuk memusnahkannya. Bagi saya apakah erti kemerdekaan yang sebenar. Terpulang kepada individu untuk mentakrifkannya. Barulah merdeka.
.
Di Universiti Sains Malaysia kampus INDUK, sambutan diadakan secara besar-besaran dengan dimulakan dengan solat hajat dan juga bacaan surah Yassin di Masjid. Selepas itu kemuncak sambutan dimulakan dengan Solat ISYAK secara berjemaah dan Solat sunat TARAWIKH yang diimamkan oleh Ustaz Syakir. Alhamdulillah sambutan berjalan lancar. Tidak ada bunga api dan tidak ada perhimpunan besar-besaran diadakan saya difahamkan. Semua sudah memadai dengan kaifiat TARAWIKH yang dilakukan secara berjemaah. Penuh Masjid semalam Alhamdulillah. Cuaca juga baik. Makanan berbuka pun sedap.
.
Dalam keseronokan menyambut hari kemerdekaan Malaysia, seperti biasa saya menghubungi rakan-rakan dalam ruangan sembang di Malaysia. Mereka semua gembira dan bangga menjadi rakyat MALAYSIA. Tetapi ada juga sahabat dari negara jiran INDONESIA yang tetiba melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa isu melibatkan MALAYSIA-INDONESIA. Namun saya cuba bernagotiasi dan menyelesaikan dengan penuh behemat. Perlu diingat MALAYSIA-INDONESIA hampir sama dari segenab aspek meliputi budaya, makanan, cara hidup, agama dan banyak lagi. Isu-isu sensitif yang ditimbulkan sikit sebanyak membuatkan saya kecewa dengan rakan serumpun namun saya yakin hanya segelintir sahaja yang berpendapat sedemikian. Mungkin juga sensasi media yang amat mencemburui MALAYSIA.
.
Di kesempatan ini juga saya juga ingin melahirkan rasa syukur yang amat sangat kepada tuhan kerana saya dilahirkan di MALAYSIA. Walaupun generasi pasca MERDEKA, namun tanggungjawab kepada saya amat besar untuk memastikan nikmat MERDEKA ini akan terus dikecapi untuk generasi seterusnya. Panjatkan doa dan lipatkan usaha mendaulatkannya pasti akan kecapi kejayaan. Jalur gemilang jadi lambang mercu tanda kita rakyat MALAYSIA. Semoga MALAYSIA akan terus berada di bawah rahmat ALLAH SWT dan kesudahan yang baik bagi seluruh umat MALAYSIA. Sama-samalah kita menjadikan MALAYSIA sebuah negara yang terbaik di kalangan yang terbaik.
.
ALHAMDULILLAH, SAYA BANGGA JADI RAKYAT MALAYSIA
.
"MERDEKA-laungan keramat"
:: Al-Fatihah untuk pejuang KEMERDEKAAN

29 August 2009

:: Ramadhan di Perantauan

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Cepat betul masa berlalu. Hari ini sudah 7 Ramadhan 1430H. Genab seminggu kita berpuasa. Memang tahun ini merupakan puasa yang amat bersejarah dalam hidup saya. Bermula dengan hari pertama saya terpaksa bersahur di tengah-tengah hutan Gerik Perak akibat bas yang saya naik rosak. Banyak pengalaman ditimba pada malam itu apa yang menariknya ingin sangat saya kongsi. Pertama penumpang bas itu terdiri daripada semua kaum Melayu, Cina dan India serta 2 orang mat saleh dan 2 orang tok arab ngan 2 orang pak indon. Ada baby, ada dak sekolah ada mak cik semua peringkat umur ada. Macam 1 Malaysia lak. Bas yang saya naiki dari Kelantan ke Penang tetiba berhenti di tepi sebuah hutan yang gelapnya tidak dapat saya bayangkan. Cuma cayaha bulan dan bintang sahaja jadi peneman. Bas tidak ada pilihan selain berhenti kerana kipas enjinya rosak. Kebetulan telefon tidak ada line. Makin kalut dibuatnya. Namun saya yakin dan percaya bahawa ada hikmahnya.
.
Dalam kekalutan di tengah-tengah hutan jam jelas menunjukkan angka 2 pagi. Mujurlah dahulu semasa di USM kampus kesihatan saya pernah mengikuti kursus yang mempunyai modul kembara malam dalam hutan.heheh. Pemandu pun tidak ada idea untuk menyelesaikan masalah terpaksa kami semua tunggu dalam hutan. Hubungan antara kami semakin erat walaupun kali pertama berjumpa. Kita dapat berbual bertegur sapa berkongsi makanan dalam sebuah bas yang sama dalam pelbagai ras dan agama. Sungguh unik sekali. Tepat jam 5 pagi kami semua bersahur bersama-sama dengan roti dan air kotak.
.
Malam yang penuh bersejarah jadi cepat. Sambil2 berbual di tepi hutan bersama rakan-rakan tidak sedar jam sudah pagi. Pemandu bas memberitahu mekanik akan datang jam 6.30 pagi. Tunggu punya tunggu jam 7.30 baru sampai. Tika itu masih gelap. Alhamdulillah berkat 1 Ramadhan tahun ini akhirnya bas yang saya naiki berjaya di baiki tepat jam 9 pagi. Saya tiba di USM Pulau Pinang jam 2 petang. Walaupun penat detik-detik itu tidak akan saya lupa.
.
Ramadhan kali ini amat berbeza bagi saya kerana tahun ini saya tidak sempat langsung bersahur dan berbuka di rumah kerana tiket pulang untuk hari raya telah habis dijual dan hanya ada pada malam raya. Tiada pilihan saya terpaksa tiba di pagi raya. Sedih mengenangkan nasib saya namun inilah yang mendewasakan kita. Pengalaman di negeri orang. Di sini tiap-tiap hari berbuka di Masjid USM kerana ada hidangan percuma dan mudah untuk terus bertarawikh. Kehadiran Ustaz Syakir sedikit mengubat kerinduan kepada negeri tercinta dan juga kampus kesihatan. Hampir seminggu ustaz di sini.
.
InshaAllah pengalaman yang tidak akan saya lupa ini akan saya abadikan dalam benak hati saya dan pasti dan pasti hikmahnya tentu ada.
.
"Ramadhan di perantauan;satu sejarah"
:: semoga ustaz Rosdian cepat sembuh dari kemalangan

20 August 2009

:: Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah dipanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana izinnya dapat juga saya menerima Ijazah secara rasmi daripada Universiti di Majlis Konvokesyen di USM baru-baru ini. Ingin juga saya kongsikan detik-detik manis peristiwa disana dalam blog ini. Sudi-sudi kanlah melihatnya.
.
::Panorama di dalam Dewan DTSP

::Ma dan ayahku

::Wajah Penerima Ijazah

::Bersama MA


::Bersama Ayah

::Bersama Penerima anugerah Canselor

"Ilmu tanpa amal-Ibarat pokok yang rimbun namun tiada berbuah"
:: Tidak serik mencari ILMU

06 August 2009

:: Tolong jawab peserta PESTA AIR dan GAS

Bismisllahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah hari ini tanggal 15 Syaaban 1430. Lagi 15 hari kita akan menyambut Ramadhan. Sesungguhnya puasa tahun ini amat bermakna bagi saya kerana berada jauh di perantauan, mengenangkan kampung halaman. Terfikir sudah cabaran yang akan ditempuhi lebih-lebih lagi berada di Pulau Pinang. Namun hati kecil ini amat berharap akan lebih tabah dan bertambah lagi rasa insaf mengenangkan perjuangan berjihad menuntut ilmu tuhan di muka bumi ini. Alhamdulillah juga sudah sebulan mengikuti pengajian peringkat sarjana di USM ini. Masih ada baki 11 Bulan lagi untuk saya mengecapi impian saya dan keluarga iaitu memiliki SARJANA. Minggu depan majlis konvokesyen akan berlangsung. Sudah ada persiapan dibuat di padang USM, sibuk dengan kerja memasang khemah. Jubah-jubah yang akan saya pakai pun kelihatan sedang disusun dalam bilik Jubah. Layakkah saya memakainya, kadang-kadang terfikir?
.
Usikkan rakan-rakan saya sekali lagi membuatkan saya terfikir sejenak. Mereka bertanyakan beberapa soalan yang saya sendiri rasa sedih dan bingung untuk menjawabnya gara-gara pesta Air dan Gas di Ibu Negara Ahad lepas. Memang dasyat pesta air tesebut jika nak dibandingkan dengan pesta air di Tumpat baru-baru ini. Siap ada meriam lagi tu. (Tersenyum mengenangkan peristiwa di Tumpat)
.
Antara soalan yang diberikan kepada saya adalah seperti berikut. Amat diharapkan kepada mana-mana pembaca blog ini yang ingin membantu saya menjawabnya dialu-alukan kerana saya sendiri buntu dan tidak mampu menjawabnya dengan sempurna. Maaf rakan yang bertanya.
.
1. Ditanyakan saya apa itu ISA dan Mana peri-pentingnya??
- (jawab dengan tidak yakin)
.
2. Siapakah yang mahu sangat menghapuskan ISA, majoriti atau minoriti, MELAYU atau ras lain, POLITIKUS atau ULAMAK, SIAPA ??
- (diam saja)
.

3. Mengulas lagi Pesta AIR dan GAS tersebut,ditanya kenapa hanya MELAYU yang majoriti??
- (memang selalu MELAYU diperalat,beri contoh yang meniarap depan kereta Sultan Perak baru-baru ini, MELAYU jugak)
.
4. Kenapa juga di adakan sedangkan di beri amaran dan tidak ada permit??
- (dapat duit dengan t-shirt FREE kot)
.
5. Mengapa ia diadakan di Tempat yang ramainya peniaga MELAYU, kenapa tidak dibuat di BUKIT BINTANG, PETALING STREET ke, siapa yang rugi MELAYU LAGI??
- (entah no komen,tanya GMI)
.
6. Apa yang dapat setelah Pesta Air dan Gas tersebut??
- (dapat saman POLIS, dapat label kerjaan ZALIM, dapat malukan KERAJAAN kepada NEGARA LUAR, last sekali dapat DUIT)
.
7. Ditanya lagi pasal nasib MELAYU ISLAM, Apa perasaan jika Wang Zakat digunakan dan diberikan kepada yang bukan Asnafnya??
- (Tanya ULAMAK lah,bagi saya tidak rela sama sekali)
.
8. Tetiba tanya pasal Selangor, Apa sudah jadi arak yang kena rampas kena hantar balik gara-gara EXCO?
- (tidak berminat nak jawab)
.
9. Melencong ke Pulau Pinang pulak, mentang-mentang saya belajar di USM Penang, pendapat mengenai komen tentang JEFF OOI yang hina ISLAM??
- (Marah gak ah, KERANA MULUT BADAN BINASA)
.
10. Akhir dia tanya pasal MAHASISWA; mana pergi MAHASISWA yang dulunya lantang namun kini DIAM dengan peristiwa di SELANGOR dan PULAU PINANG??
- (Berfikir dan tak pasti)
.
Selepas itu saya mengajaknya menikmati permandangan indah di USM ini. Dan beberapa kali meminta maaf kerana tidak mampu menjawab seoalan yang diberikan dengan sempurna. Lagipun penat dengan kelas dan kesan radiasi yang terdedah semasa Eksperimen. Mohon doakan kejayaan saya menjelang ujian pertama minggu depan. IshaAllah saya akan buat yang terbaik.
.
"Seronok belajar MASTER"
:: Yang SALAH dibilang SALAH

03 August 2009

:: AWAS!! Projektor Sinaran Gamma HILANG!!

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.

BERITA yang amat tergempar sepatutnya mengatasi berita-berita lain dan sepatutnya diperhebatkan hebohan mengenai satu laporan kehilangan Projektor Sinaran Gamma milik sebuah syarikat swasta di DUNGUN Terengganu. Namun mentaliti rakyat Malaysia kini lebih tertumpu kepada berita yang merugikan dan amat memalukan MALAYSIA. Berita keganasan jalanan dihidangkan dan di jadikan bualan ramai. Tanpa kita sedari perbuatan seperti ini tidak lebioh daripada menghancurkan Malaysia sendiri. Lebih lagi malang apabila dilaporkan daripada sumber yang tidak rasmi bahawa rakan mahasiswa yang menyertai PESTA AIR dan GAS di ibu negara dibayar upah. Mungkin ada yang menafikan sumber ini, biarlah orang yang menerima ganjaran tersebut mengesahkannya.
.
Nasib baik pada hari yang sama saya diwajibkan untuk menghadiri Majlis Mengangkat Sumpah bagi pelajar Siswazah USM di DTSP USM. Rasa bangga dan insaf semasa acara mengangkat sumpah semalam. Ramai yang hadir dan kami semua digelar sebagai TRANSFORMER yang akan mengtransformasikan USM kepada satu tahap yang bersesuaian dengan anugerah universiti APEX yang diberikan.
.
Berbalik kepada isu kehilangan Projektor sinaran GAMMA, harus kita ketahui kesan daripada sinaran gamma amat dasyat baik pada masa dekat dan juga masa panjang. Sinar Gamma (diwakili sebagai γ) merupakan bentuk sinaran elektromagnet (EMR) atau pancaran cahaya bagi frekuensi khas dihasilkan dari interaksi zarah sub-atom, seperti perlupusan elektron-positron dan penguraian radioaktif; kebanyakannya dihasilkan dari reaksi nuklear yang berlaku dalam medium antara bintang angkasa.
.
Pancaran gamma biasanya dicirikan sebagai EMR, mempunyai frekuensi dan tenaga tertinggi, dan juga panjang gelombang terpendek, dalam spektrum sinaran elektromagnet, contoh, foton berkuasa tinggi. Disebabkan kandungan tenaga tinggi ini, ia mampu menyebabkan kerosakan serius apabila diserap oleh tisu hidup.
.
Banyak lagi kesan yang akan diperolehi jika dikendalikan dengan cara yang salah. AWAS!! kesannya bukan sahaja kepada si Pencuri malah turut melibatkan keluarga, keturunan dan masyarakat seluruh dunia.
.
Mengulas isu PESTA AIR dan GAS di ibu kota semalam, sekali lagi memberi kesan buruk kepada orang MELAYU ISLAM di Malaysia. Malas untuk saya kupas disini. Tidak ada hasil. Mereka tidak berfikir menggunakan akal fikiran yang waras, mereka juga senang lenang menyusahkan orang lain. Itulah cara mereka. Orang yang sama dan cara yang sama. Biarlah mereka meneruskan agenda mereka. Siapa tidak suka berpesta lebih-lebih lagi apabila ada percampuran LELAKI DAN PEREMPUAN. Saya doakan kepada semua yang terlibat dalam PESTA AIR dan GAS semalam semoga maju jaya dan teruskanlah berpesta. Tahniah kerana PESTA semalam di siarkan oleh CNN dan AL-JAZEERA. dan Tahniah juga kerana menyusahkan orang sekitar PESTA. Teruskanlah berpesta.
.
"Bosan dan Meluat dengan perangai perosak bangsa dan agama"
:: Mahu cari Projektor GAMMA dari sertai PESTA AIR dan GAS

22 July 2009

:: Hebatnya kuasa POLITIK

Bismillahirahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Sudah hampir seminggu bergelar siswazah di USM Pulau Pinang ini, mengukir banyak periswa manis melayan karenah pelajar disini. Ramai juga pelajar lama yang masih lagi belum tamat pengajian mereka Bak kata mereka "Pra MASTER". Kekadang terasa sedih kerana kebanyakan mereka kaum melayu. Sepatutnya mereka menamatkan pengajian setahun atau dua tahun lepas tetapi kini masih belum dapat menghabiskannya. Mana silapnya. KOMITMEN!!. Dalam mengharungi kesibukan sempat juga saya melawat gedung ilmu di sini. Alhamdulillah suasana amat tenang sekali. Sekali lagi rasa sedih kerana kebanyakan yang sibuk mengulang kaji, mencari rujukan, berbincang masalah bukan daripada rakan sekaum ku. Sangka baik saya mungkin dunia ICT sekarang ilmu di hujung jari. Cabaran di IPT amat getir, ramai yang hanyut jika tidak dibimbing. Ibu bapa berjauhan di kampung mengharapkan kejayaan dari anak-anak mereka. Sebaliknya anak-anak mereka lalai di sini, tanpa arah tujuan berjalan kesana-kemari, mengilai dengan rakan-rakan tidak semahram, berkepit di kolam meninjau ikan-ikan berenang. Begitulah gambaran kesedihan kekadang memikirkan masa depan bangsa saya.
.
Di dada akhbar pula terus menjadi bualan hangat baik di pihak pelajar dan staf mengenai politik di MALAYSIA. Fitnah banyak ditabur. HARAM jadi HALAL. Malu untuk saya bicarakan. Biarlah. Kembalilah kepada landasan yang betul. Berita kematian SU exco Selangor turut menarik perhatian dunia. Apakan tidak, ia telah DIPOLITIKKAN. Inilah hebatnya kuasa POLITIK. Politik mengatasi segalanya, baik pendidikan, ekonomi, sosial,dan segalanya. Namun dalam keghairahan berpolitik jangan kita lupa tunjang kita iaitu AGAMA. Dalam AGAMA tidak pernah menghalalkan cara. Hatta berjuang sekalipun ada adap dan aturan nya. Menyentuh sedikit arus GELOMBANG BIRU yang dicetuskan di Manek Urai dahulu tampak hari ini semakin membadai di seluruh Malaysia terutamanya di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Sokongan semakin meningkat apa lagi apabila transformasi Pendidikan dibuat oleh kerajaan seperti pemansuhan PPSMI, perkembangan positif kek ekonomi negara, keyakinan pelabur asing, kehadiran pasukan Manchester United dan tidak keterlaluan jika saya katakan jumlah pelajar daripada luar negara semakin bertambah di semua IPT. Mereka yakin dengan kita. Isu syor penambah baikan ISA oleh rakan PEMUDA di lihat satu lagi kematangan politik ILMU bukan politik AMPU.
.
Suasana di USM kampus induk juga semakin meriah. Minggu ini pendaftaran pelajar untuk persatuan pelajar. Penuh ragam dan gaya pelajar mempromosikan aktiviti persatuan mereka. Saya sempat meninjau aktiviti mereka di foyer dewan kuliah sepanjang laluan perpustakaan dan menyertai satu dua persatuan seperti Peratuan Mahasiswa Islam, Himpunan Anak-Anak Kelantan, dan banyak lagi. Bukan apa mahu medampingi dan merealisasikan PERPADUAN.
.
"Politik bukan mainan"
:: Hayati titah Sultan Azlan

16 July 2009

:: USM kini dok serupo DULU

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Terima kasih kepada semua pengunjung setia blog ini kerana memberikan segala pendapat dan buah fikiran anda baik melalui komen pada artikel saya ataupun melalui SHOUT BOX di sisi blog ini.
.
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung kerana mungkin masa untuk saya mengungkai sesuatu isu amat terhad memandangkan pengajian saya ini memerlukan konsentrasi yang amat luar biasa. Untuk berkongsi kepada semua, USM kini amat mengkagumkan saya dalam semua segi bagi saya. Komitmen staf dan pelajar yang dipamerkan kepada saya sepanjang proses pendaftaran sehinggalah ke kelas,makmal dan juga keseluruhan.
.
Kadang-kadang terfikir juga mungkin harga makanan di kampus kesihatan agak mahal berbanding di sini. Air teh Beng dekat sini hanya 80 SEN. Murah kan...Makanan pula lebih kurang RM2.50 satu hidangan. Alhamdulillah, di permulaan semester ini memerlukan saya lebih berjimat. Banyak juga bangunan-bangunan dalam pembinaan, difahamkan perpustakaan, Inform dan banyak lagi. PEMBANGUNAN pun penting juga. Dekat USM ini ada perkhidmatan BAS pengangkutan yang juga melibatkan pelajar-pelajar luar kampus. Mungkin ini boleh dicadangkan di kampus kesihatan juga, memandangkan masalah penginapan yang agak kritikal. Pengalaman di Institut Pengajian Siswazah juga amat ajaib dengan kemudahan dan kePROFESIONALan USM menguruskan para siswazah baik dalam negara dan luar negara. Kemudahan seperti Pusat Kesejahteraan Pelajar cukup lengkap dengan bilik X-ray dan Ultrasound serta kemudahan Pergigian sekali lagi menunjukkan USM bersungguh-sungguh memartabatkan anugerah APEX yang diberikan kerajaan.
.
Begitu juga dengan segala aktiviti pembangunan pelajar disini cukup aktif. Masing-masing persatuan pelajar menganjurkan aktiviti mereka masing-masing. Apa yang masih mengecewakan saya adalah aktiviti-aktiviti ini masih lagi mengamalkan dasar mendiskriminasikan kaum. Tidak selari dengan konsep 1 Malaysia. Hanya satu ras sahaja yang menyertai program yang diangjurkan oleh mana-mana persatuan.
.
USM kini banyak berubah. Syabas USM. KAMI MEMIMPIN.
.
"1 SISWA, 1 KAMPUS, 1 ASPIRASI"
:: Seronok lihat aktiviti Pelajar Indonesia-Gantang2 belaka

15 July 2009

:: Keputusan perlawanan M.U

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Khas untuk rakan-rakan bloger.Untuk dirungkaikan.
.
KEPUTUSAN N41: MANIK URAI (12,293)
.
1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283
Jumlah mengundi................... 10,631
Peratus.............................. 87%
Undi rosak.......................... 117
Majoriti............................. 65
.
Peti Undi BN MENANG dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi
.
Peti Undi BN KALAH dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi
.
"Laloh-BN Menang;anak angkat Bahagian Pasir Puteh"
:: Kesejahteraan di Dunia, kebahgiaan di Akhirat

:: Alhamdulillah dan tahniah kepada rakan PEMUDA

Bismillahirahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
TAHNIAH Para PEMUDA sekalian. Walaupun kita telah berjuang bermati-matian untuk menakluk M.U, malam ini harus kita terima dan akui bahawa Pas sekali lagi berjaya mengekalkan kubu kuatnya daripada jatuh ke tangan parti lain.
.
Izinkan lah saya mengungkai kemenangan itu di sebalik kejayaan mengekalkan kubu kuatnya ini. Saya tidak terkejut dengan keputusan ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai peratusan keluar mengundi yang begitu ramai dan juga majariti kemenangan Pas semakin berkurang serta peti undi saluran 4 di kesemua peti undi. Syabas kepada semua PEMUDA kerana anda telah menjalankan satu usaha yang begitu ampuh kerana jumlah undi di saluran ini meningkat dengan ketara. Statistik secara rasmi belum diketahui hanya saya dapat daripada rakan Pemuda M.U yang bertugas di sana. Difahamkan banyak juga peristiwa yang tidak seharusnya timbul di M.U semalam. Pihak SPR haruslah mengambil iktibar dan saya berterima kasih kepada semua anggota polis yang banyak membantu menjalankan pilihan raya kecil ini. Jelaslah kepada kita bilangan anggota polis harus ditambah kerana walaupun jumlahnya yang dianggap besar masih tidak mampu mengelakkan peristiwa hitam ini berlaku. Baik UMNO dan PAS masing-masing mahu serang dan masing-masing mahu perang.
.
Dalam politik kita harus bersedia semua kebarangkalian. Jangan mudah membuat kesimpulan. Saya bersyukur dan terima dengan hati yang Redha tentang keputusan kali ini. dan saya yakin inilah yang TERBAIK yang telah ditentukan OLEHNYA.
.
Melihat pergerakkan politik Malaysia nampaknya lebih mencabar dan angin semakin bertiup kencang. Apa tidaknya banyak pilihan raya kecil yang telah dicatur dan kita tempuhi. Kepada rakan bloggers sudilah saya berpesan kepada semua termasuklah diri saya supaya jangan terlalu ikutkan perasaan dan tidak menggunakan akal serta suka menjadikan setiap yang berlaku satu isu untuk dipolitikkan. Memang mudah untuk meruntuhkan sesuatu yang telah kita bina dan bukan mudah untuk membinanya kembali. Pilihan raya sudah berlalu, eloklah kita bersatu. Tidak salah berbeza pendapat. Usah benci membenci sampai ke sudah. Percayalah jauh lagi perjalanan kita.
.
Hari ini juga hari yang penuh kepenatan hidup sebagai siswazah, bergelumang dengan masalah DOSIMETERI yang memeningkan kepala. Esok kelas seperti biasa. Doakan saya supaya ampuh dan berjaya.
.
"Nak tengok ABG UJI naik Perdana"
:: Hina sangatkah BHEPP sampai BUNCIT HITAM benci sangat??

13 July 2009

:: Terima kasih Kerajaan BARISAN NASIONAL

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah berakhirlah hari pertama saya di kelas DOSIMETRY bersama PROF. SIVAMANY KANDAIYA. Biasalah slang orang INDIA kenalah pandai, cekap metafsirkannya. Hari ini da dapat homework untuk dibincangkan dalam kelas akan datang. Begitulah cabaran menuntut ilmu. Berjihad juga kata Ustaz dan Ustazah saya. Terima kasih juga kepada semua adik-adik, rakan-rakan di USM kampus kesihatan, induk dan kejuteraan, para pensyarah, staf BHEPP, staf Pusat Islam, staf Pembangunan yang menghantar SMS ucap tahniah dan mendoakan kejayaan saya di sini. InshaAllah saya akan buat yang terbaik.
.
Hari pertama ke kelas saya mulakan dengan pergi kelas dengan berjalan kaki dari desa AMAN. Jarak dengan kelas tidak sejauh mana mungkin 200m kot. Sempat jugak lah menikmati kehijauan suasana kampus induk ni. Ada sungai, ada pokok, ada burung-burung dan kenderaan keluar masuk.
.
Dalam perjalanan saya ke kelas, saya terfikir seakan-akan rasa amat bertuah kerana lahir di Malaysia. Dapat semua dengan amat mudah. Alhamdulillah. Rasa macam tidak percaya saya sampai ke tahap ini. Manakan tidak yuran MASTER sahaja saya difahamkan hampir 8 ribu. Mana saya ada duit sebanyak itu. Mujurlah dibawah skim bajet mini dapat juga saya menimba ilmu di peringkat lebih tinggi. Kerajaan Barisan Nasional memberikan satu hadiah yang amat bermakna melangkaui batas politik dengan membayar semua yuran di peringkat MASTER DAN PHD bagi semua yang memohon. Tidak kira bangsa, agama dan ideologi sekalipun. Saya kenal juga rakan se MASTER dengan saya. Memang kita dahulu suka berbincang tentang POLITIK. Dia kuat PAS. saya kata saya sokong kerajaan BARISAN. Hari ini dia juga belajar MASTER dan turut mengambil skim bajet mini ini juga. Biarlah kerana dia juga berhak. Saya tidak sesekali mengungkit perkara ini kepada beliau kerna bimbang terhuris hati dan perasaannya, tetapi saya abadikan di blog ini sahaja. Maaf sahabat se MASTER. Kadang-kadang beliau mengimami solat dan saya makmumnya, kadang-kadang saya mengimami solat dan beliau jadi makmum, begitulah erti persaudaraan kepada saya.
.
Hidup di USM orang kata saya ibarat anak mas USM dapat semua yang hendak. Namun kini saya bermula dari bawah. Saya tegur semua pelajar di sini, apa guna saya hendak sombong, buat surat permohonan desasiswa, beratur beli makanan, berjalan ke kelas, fotostat nota, sama seperti pelajar lain. Tidak ada yang istimewa mungkin satu sahaja yang saya fikir kelebihan saya iaitu saya tidak pernah mengganggap saya ini lebih baik daripada orang lain. Biar pi orang nak kata apa. Yang penting jangan malu untuk bertanya. Namun cacat cela seorang insan tidak boleh dikecualikan. Ya ALLAH engkau golonkan aku bersama-sama orang yang beruntung.
.
Mungkin esok akan ku ke Putrajaya untuk uruskan urusan permohonan biasiswa tersebut. Doakan kejayaan bersama. Aku kau tetap sama. SATU SISWA, SATU KAMPUS, SATU ASPIRASI.
.
"Bersyukur kepada TUHAN, terima kasih kepada KERAJAAN"
:: Nak lihat jambatan Manek Urai sebesar Jambatan Pulau Pinang

12 July 2009

:: Permulaan hidup baru

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah semakin ramai yang tetarik untuk membca rungkaian tajuk-tajuk penulisan saya. Harus diingat walaupun iainya pahit ia pasti perlu dilafazkan. Jangan takut. Perbezaan pendapat percayalah hanya diperingkat ranting sahaja. Tunjang kita tetap sama. Tidak salah untuk menyuarakan pendapat. Terpulanglah kepada ilmu dan nafsu kita mentafsirkannya.
.
Hari ini 12 Julai merupakan lembaran baru saya di bumi USM Pulau Pinang. Hidup penuh lagi cabaran. Tidak boleh disamakan dengan Kelantan pastinya. Hanya satu persamaan iaitu ianya turut di terajui Pakatan yang tidak pernah wujud dan MB dia parti DAP. Hari pertama saya memuji Pulau Pinang kerana pembangunannya sangat rancak dan kebersihan memuasakan. Pengalaman menginab rumah apartmen menziarahi rakan-rakan di abadikan. Esok akan bermulalah pengajian saya dalam Master in Radiation Science. Mohon doakan kejayaan bersama.
.
Teringat di Manek Urai bagaimana kesungguhan rakan-rakan jentera berkempen. Pasti Tuan Mat akan beroleh kejayaan. Hidup Tuan MAT. Hidup BN.
.
"Pulau Pinang jadi destinasi deterusnya"
:: KELANTAN vs Pulau Pinang (Piya patah kaki)

09 July 2009

:: Politik MESRA di cemari PAS di M.U

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Kata tidak serupa bikin!! Begitulah amalan politik parti PAS yang tidak habis-habis suka untuk menyerang peribadi. Membuka pekung dada orang, insan yang juga saudara mereka. Laporan dari rakan-rakan PEMUDA TAHAN LASAK negeri KELANTAN mendakwa PAS terus menyerang peribadi TOK PA. Baru-baru ini YB AHMAD MAZLAN pun kena. Di M.U pula sekarang ini TOK PA pulak kena. Susah untuk kita menurut rentak kotor dan jijik ini. Saya sedih dengan dakwaan dan tohmahan yang diberikan. Mereka kata mereka ada bukti. Mereka ada GAMBAR, mereka ada SURAT, Mereka ada segalanya, macam FBI la pulak mereka ni. Lebih daripada pegawai penyiasat. Semua ada. Orang kampung pula angguk-angguk. Tanda setuju. Orang yang berstatus ustaz pun tidak boleh dipercayai sepenuhnya jugak. Di sini perlunya ilmu. Ilmulah yang dapat menilai sesuatu perkara, sama ada baik atau tidak. Bernafsu atau tidak.
.
Saya setuju dengan PM yang mahu PAS mengamalkan politik MESRA. Jangan serang peribadi. Dulu PM pun jadi mangsa. Saya tidak terkejut dan turut meramalkan perkara ini akan berlaku. InshaALLAH jika tidak ada perubahan dan berkekalan sokongan diberikan berkat usaha bersungguh-sungguh Tuan Aziz tidak mustahil BN mampu menang di Manek Urai. PAS jelas tidak ada agenda untuk membantu penduduk Manek Urai. Bila kita tanya apa yang mahu dibuatnya untuk orang muda, orang tua, murid sekolah, ibu tunggal, anak yatim, guru-guru, mahasiswa mereka tidak ada jawapan. Hanya ada kata kita mahu ko ISLAM. Siapa tidak mahu ko ISLAM. Saya mahu. Biarlah kito buleh amal ISLAM dengan sempurna. Nak sempurna macam mana MASJID tidak ada. Nak belajar FARDHU AIN macammana sekolah dengan surau tidak ada. Ustaz dengan Uztazah pun tidak boleh mengajar kerana kurangnya ilmu bila sekolah tidak ada. Nak pergi sekolah cari ilmu kena ada duit. Ekonomi juga perlu kukuh. Jika tiada kenderaan perlu kenderaan, perlu jambatan, perlu jalan raya dan lampu isyarat. Nak menoreh getah mesti kena ada pisau menoreh getoh. Bila semua sempurna baru ISLAM hok kita amalkan akan lebih SEMPURNA. SEMUA MAHU ISLAM. PAS MAHU, BN LAGI MAHU dan BN bukan setakat MAHU tetapi BUAT. Orang PAS MAHU tetapi TIDAK BUAT.
.
Jangan suka serang ORANG. Malukan orang, FITNAH kan orang kerana doa orang yang teraniaya itu tiada hijab. Sama-samalah berpolitik secara MESRA kekalkan perpaduan. Bentangkan agenda masing-masing, kita beri ruang dan peluang kepada rakyat untuk tentukan. Saya yakin BN dan PAS hanya PARTI yang kedua-duanya bertunjangkan ISLAM dan ISLAM bukan untuk dipertaruhkan. Ianya suci.
.
"Jenaka Pilihanraya:TUAN AZIZ TUAN MAT bakal ganti NIZ AZIZ NIK MAT"
:: Teruskan rakyat M.U menyokong BN seperti hari ini