22 July 2009

:: Hebatnya kuasa POLITIK

Bismillahirahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Sudah hampir seminggu bergelar siswazah di USM Pulau Pinang ini, mengukir banyak periswa manis melayan karenah pelajar disini. Ramai juga pelajar lama yang masih lagi belum tamat pengajian mereka Bak kata mereka "Pra MASTER". Kekadang terasa sedih kerana kebanyakan mereka kaum melayu. Sepatutnya mereka menamatkan pengajian setahun atau dua tahun lepas tetapi kini masih belum dapat menghabiskannya. Mana silapnya. KOMITMEN!!. Dalam mengharungi kesibukan sempat juga saya melawat gedung ilmu di sini. Alhamdulillah suasana amat tenang sekali. Sekali lagi rasa sedih kerana kebanyakan yang sibuk mengulang kaji, mencari rujukan, berbincang masalah bukan daripada rakan sekaum ku. Sangka baik saya mungkin dunia ICT sekarang ilmu di hujung jari. Cabaran di IPT amat getir, ramai yang hanyut jika tidak dibimbing. Ibu bapa berjauhan di kampung mengharapkan kejayaan dari anak-anak mereka. Sebaliknya anak-anak mereka lalai di sini, tanpa arah tujuan berjalan kesana-kemari, mengilai dengan rakan-rakan tidak semahram, berkepit di kolam meninjau ikan-ikan berenang. Begitulah gambaran kesedihan kekadang memikirkan masa depan bangsa saya.
.
Di dada akhbar pula terus menjadi bualan hangat baik di pihak pelajar dan staf mengenai politik di MALAYSIA. Fitnah banyak ditabur. HARAM jadi HALAL. Malu untuk saya bicarakan. Biarlah. Kembalilah kepada landasan yang betul. Berita kematian SU exco Selangor turut menarik perhatian dunia. Apakan tidak, ia telah DIPOLITIKKAN. Inilah hebatnya kuasa POLITIK. Politik mengatasi segalanya, baik pendidikan, ekonomi, sosial,dan segalanya. Namun dalam keghairahan berpolitik jangan kita lupa tunjang kita iaitu AGAMA. Dalam AGAMA tidak pernah menghalalkan cara. Hatta berjuang sekalipun ada adap dan aturan nya. Menyentuh sedikit arus GELOMBANG BIRU yang dicetuskan di Manek Urai dahulu tampak hari ini semakin membadai di seluruh Malaysia terutamanya di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Sokongan semakin meningkat apa lagi apabila transformasi Pendidikan dibuat oleh kerajaan seperti pemansuhan PPSMI, perkembangan positif kek ekonomi negara, keyakinan pelabur asing, kehadiran pasukan Manchester United dan tidak keterlaluan jika saya katakan jumlah pelajar daripada luar negara semakin bertambah di semua IPT. Mereka yakin dengan kita. Isu syor penambah baikan ISA oleh rakan PEMUDA di lihat satu lagi kematangan politik ILMU bukan politik AMPU.
.
Suasana di USM kampus induk juga semakin meriah. Minggu ini pendaftaran pelajar untuk persatuan pelajar. Penuh ragam dan gaya pelajar mempromosikan aktiviti persatuan mereka. Saya sempat meninjau aktiviti mereka di foyer dewan kuliah sepanjang laluan perpustakaan dan menyertai satu dua persatuan seperti Peratuan Mahasiswa Islam, Himpunan Anak-Anak Kelantan, dan banyak lagi. Bukan apa mahu medampingi dan merealisasikan PERPADUAN.
.
"Politik bukan mainan"
:: Hayati titah Sultan Azlan

16 July 2009

:: USM kini dok serupo DULU

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Terima kasih kepada semua pengunjung setia blog ini kerana memberikan segala pendapat dan buah fikiran anda baik melalui komen pada artikel saya ataupun melalui SHOUT BOX di sisi blog ini.
.
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung kerana mungkin masa untuk saya mengungkai sesuatu isu amat terhad memandangkan pengajian saya ini memerlukan konsentrasi yang amat luar biasa. Untuk berkongsi kepada semua, USM kini amat mengkagumkan saya dalam semua segi bagi saya. Komitmen staf dan pelajar yang dipamerkan kepada saya sepanjang proses pendaftaran sehinggalah ke kelas,makmal dan juga keseluruhan.
.
Kadang-kadang terfikir juga mungkin harga makanan di kampus kesihatan agak mahal berbanding di sini. Air teh Beng dekat sini hanya 80 SEN. Murah kan...Makanan pula lebih kurang RM2.50 satu hidangan. Alhamdulillah, di permulaan semester ini memerlukan saya lebih berjimat. Banyak juga bangunan-bangunan dalam pembinaan, difahamkan perpustakaan, Inform dan banyak lagi. PEMBANGUNAN pun penting juga. Dekat USM ini ada perkhidmatan BAS pengangkutan yang juga melibatkan pelajar-pelajar luar kampus. Mungkin ini boleh dicadangkan di kampus kesihatan juga, memandangkan masalah penginapan yang agak kritikal. Pengalaman di Institut Pengajian Siswazah juga amat ajaib dengan kemudahan dan kePROFESIONALan USM menguruskan para siswazah baik dalam negara dan luar negara. Kemudahan seperti Pusat Kesejahteraan Pelajar cukup lengkap dengan bilik X-ray dan Ultrasound serta kemudahan Pergigian sekali lagi menunjukkan USM bersungguh-sungguh memartabatkan anugerah APEX yang diberikan kerajaan.
.
Begitu juga dengan segala aktiviti pembangunan pelajar disini cukup aktif. Masing-masing persatuan pelajar menganjurkan aktiviti mereka masing-masing. Apa yang masih mengecewakan saya adalah aktiviti-aktiviti ini masih lagi mengamalkan dasar mendiskriminasikan kaum. Tidak selari dengan konsep 1 Malaysia. Hanya satu ras sahaja yang menyertai program yang diangjurkan oleh mana-mana persatuan.
.
USM kini banyak berubah. Syabas USM. KAMI MEMIMPIN.
.
"1 SISWA, 1 KAMPUS, 1 ASPIRASI"
:: Seronok lihat aktiviti Pelajar Indonesia-Gantang2 belaka

15 July 2009

:: Keputusan perlawanan M.U

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Khas untuk rakan-rakan bloger.Untuk dirungkaikan.
.
KEPUTUSAN N41: MANIK URAI (12,293)
.
1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348
2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283
Jumlah mengundi................... 10,631
Peratus.............................. 87%
Undi rosak.......................... 117
Majoriti............................. 65
.
Peti Undi BN MENANG dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi
.
Peti Undi BN KALAH dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi
.
"Laloh-BN Menang;anak angkat Bahagian Pasir Puteh"
:: Kesejahteraan di Dunia, kebahgiaan di Akhirat

:: Alhamdulillah dan tahniah kepada rakan PEMUDA

Bismillahirahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
TAHNIAH Para PEMUDA sekalian. Walaupun kita telah berjuang bermati-matian untuk menakluk M.U, malam ini harus kita terima dan akui bahawa Pas sekali lagi berjaya mengekalkan kubu kuatnya daripada jatuh ke tangan parti lain.
.
Izinkan lah saya mengungkai kemenangan itu di sebalik kejayaan mengekalkan kubu kuatnya ini. Saya tidak terkejut dengan keputusan ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai peratusan keluar mengundi yang begitu ramai dan juga majariti kemenangan Pas semakin berkurang serta peti undi saluran 4 di kesemua peti undi. Syabas kepada semua PEMUDA kerana anda telah menjalankan satu usaha yang begitu ampuh kerana jumlah undi di saluran ini meningkat dengan ketara. Statistik secara rasmi belum diketahui hanya saya dapat daripada rakan Pemuda M.U yang bertugas di sana. Difahamkan banyak juga peristiwa yang tidak seharusnya timbul di M.U semalam. Pihak SPR haruslah mengambil iktibar dan saya berterima kasih kepada semua anggota polis yang banyak membantu menjalankan pilihan raya kecil ini. Jelaslah kepada kita bilangan anggota polis harus ditambah kerana walaupun jumlahnya yang dianggap besar masih tidak mampu mengelakkan peristiwa hitam ini berlaku. Baik UMNO dan PAS masing-masing mahu serang dan masing-masing mahu perang.
.
Dalam politik kita harus bersedia semua kebarangkalian. Jangan mudah membuat kesimpulan. Saya bersyukur dan terima dengan hati yang Redha tentang keputusan kali ini. dan saya yakin inilah yang TERBAIK yang telah ditentukan OLEHNYA.
.
Melihat pergerakkan politik Malaysia nampaknya lebih mencabar dan angin semakin bertiup kencang. Apa tidaknya banyak pilihan raya kecil yang telah dicatur dan kita tempuhi. Kepada rakan bloggers sudilah saya berpesan kepada semua termasuklah diri saya supaya jangan terlalu ikutkan perasaan dan tidak menggunakan akal serta suka menjadikan setiap yang berlaku satu isu untuk dipolitikkan. Memang mudah untuk meruntuhkan sesuatu yang telah kita bina dan bukan mudah untuk membinanya kembali. Pilihan raya sudah berlalu, eloklah kita bersatu. Tidak salah berbeza pendapat. Usah benci membenci sampai ke sudah. Percayalah jauh lagi perjalanan kita.
.
Hari ini juga hari yang penuh kepenatan hidup sebagai siswazah, bergelumang dengan masalah DOSIMETERI yang memeningkan kepala. Esok kelas seperti biasa. Doakan saya supaya ampuh dan berjaya.
.
"Nak tengok ABG UJI naik Perdana"
:: Hina sangatkah BHEPP sampai BUNCIT HITAM benci sangat??

13 July 2009

:: Terima kasih Kerajaan BARISAN NASIONAL

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah berakhirlah hari pertama saya di kelas DOSIMETRY bersama PROF. SIVAMANY KANDAIYA. Biasalah slang orang INDIA kenalah pandai, cekap metafsirkannya. Hari ini da dapat homework untuk dibincangkan dalam kelas akan datang. Begitulah cabaran menuntut ilmu. Berjihad juga kata Ustaz dan Ustazah saya. Terima kasih juga kepada semua adik-adik, rakan-rakan di USM kampus kesihatan, induk dan kejuteraan, para pensyarah, staf BHEPP, staf Pusat Islam, staf Pembangunan yang menghantar SMS ucap tahniah dan mendoakan kejayaan saya di sini. InshaAllah saya akan buat yang terbaik.
.
Hari pertama ke kelas saya mulakan dengan pergi kelas dengan berjalan kaki dari desa AMAN. Jarak dengan kelas tidak sejauh mana mungkin 200m kot. Sempat jugak lah menikmati kehijauan suasana kampus induk ni. Ada sungai, ada pokok, ada burung-burung dan kenderaan keluar masuk.
.
Dalam perjalanan saya ke kelas, saya terfikir seakan-akan rasa amat bertuah kerana lahir di Malaysia. Dapat semua dengan amat mudah. Alhamdulillah. Rasa macam tidak percaya saya sampai ke tahap ini. Manakan tidak yuran MASTER sahaja saya difahamkan hampir 8 ribu. Mana saya ada duit sebanyak itu. Mujurlah dibawah skim bajet mini dapat juga saya menimba ilmu di peringkat lebih tinggi. Kerajaan Barisan Nasional memberikan satu hadiah yang amat bermakna melangkaui batas politik dengan membayar semua yuran di peringkat MASTER DAN PHD bagi semua yang memohon. Tidak kira bangsa, agama dan ideologi sekalipun. Saya kenal juga rakan se MASTER dengan saya. Memang kita dahulu suka berbincang tentang POLITIK. Dia kuat PAS. saya kata saya sokong kerajaan BARISAN. Hari ini dia juga belajar MASTER dan turut mengambil skim bajet mini ini juga. Biarlah kerana dia juga berhak. Saya tidak sesekali mengungkit perkara ini kepada beliau kerna bimbang terhuris hati dan perasaannya, tetapi saya abadikan di blog ini sahaja. Maaf sahabat se MASTER. Kadang-kadang beliau mengimami solat dan saya makmumnya, kadang-kadang saya mengimami solat dan beliau jadi makmum, begitulah erti persaudaraan kepada saya.
.
Hidup di USM orang kata saya ibarat anak mas USM dapat semua yang hendak. Namun kini saya bermula dari bawah. Saya tegur semua pelajar di sini, apa guna saya hendak sombong, buat surat permohonan desasiswa, beratur beli makanan, berjalan ke kelas, fotostat nota, sama seperti pelajar lain. Tidak ada yang istimewa mungkin satu sahaja yang saya fikir kelebihan saya iaitu saya tidak pernah mengganggap saya ini lebih baik daripada orang lain. Biar pi orang nak kata apa. Yang penting jangan malu untuk bertanya. Namun cacat cela seorang insan tidak boleh dikecualikan. Ya ALLAH engkau golonkan aku bersama-sama orang yang beruntung.
.
Mungkin esok akan ku ke Putrajaya untuk uruskan urusan permohonan biasiswa tersebut. Doakan kejayaan bersama. Aku kau tetap sama. SATU SISWA, SATU KAMPUS, SATU ASPIRASI.
.
"Bersyukur kepada TUHAN, terima kasih kepada KERAJAAN"
:: Nak lihat jambatan Manek Urai sebesar Jambatan Pulau Pinang

12 July 2009

:: Permulaan hidup baru

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah semakin ramai yang tetarik untuk membca rungkaian tajuk-tajuk penulisan saya. Harus diingat walaupun iainya pahit ia pasti perlu dilafazkan. Jangan takut. Perbezaan pendapat percayalah hanya diperingkat ranting sahaja. Tunjang kita tetap sama. Tidak salah untuk menyuarakan pendapat. Terpulanglah kepada ilmu dan nafsu kita mentafsirkannya.
.
Hari ini 12 Julai merupakan lembaran baru saya di bumi USM Pulau Pinang. Hidup penuh lagi cabaran. Tidak boleh disamakan dengan Kelantan pastinya. Hanya satu persamaan iaitu ianya turut di terajui Pakatan yang tidak pernah wujud dan MB dia parti DAP. Hari pertama saya memuji Pulau Pinang kerana pembangunannya sangat rancak dan kebersihan memuasakan. Pengalaman menginab rumah apartmen menziarahi rakan-rakan di abadikan. Esok akan bermulalah pengajian saya dalam Master in Radiation Science. Mohon doakan kejayaan bersama.
.
Teringat di Manek Urai bagaimana kesungguhan rakan-rakan jentera berkempen. Pasti Tuan Mat akan beroleh kejayaan. Hidup Tuan MAT. Hidup BN.
.
"Pulau Pinang jadi destinasi deterusnya"
:: KELANTAN vs Pulau Pinang (Piya patah kaki)

09 July 2009

:: Politik MESRA di cemari PAS di M.U

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Kata tidak serupa bikin!! Begitulah amalan politik parti PAS yang tidak habis-habis suka untuk menyerang peribadi. Membuka pekung dada orang, insan yang juga saudara mereka. Laporan dari rakan-rakan PEMUDA TAHAN LASAK negeri KELANTAN mendakwa PAS terus menyerang peribadi TOK PA. Baru-baru ini YB AHMAD MAZLAN pun kena. Di M.U pula sekarang ini TOK PA pulak kena. Susah untuk kita menurut rentak kotor dan jijik ini. Saya sedih dengan dakwaan dan tohmahan yang diberikan. Mereka kata mereka ada bukti. Mereka ada GAMBAR, mereka ada SURAT, Mereka ada segalanya, macam FBI la pulak mereka ni. Lebih daripada pegawai penyiasat. Semua ada. Orang kampung pula angguk-angguk. Tanda setuju. Orang yang berstatus ustaz pun tidak boleh dipercayai sepenuhnya jugak. Di sini perlunya ilmu. Ilmulah yang dapat menilai sesuatu perkara, sama ada baik atau tidak. Bernafsu atau tidak.
.
Saya setuju dengan PM yang mahu PAS mengamalkan politik MESRA. Jangan serang peribadi. Dulu PM pun jadi mangsa. Saya tidak terkejut dan turut meramalkan perkara ini akan berlaku. InshaALLAH jika tidak ada perubahan dan berkekalan sokongan diberikan berkat usaha bersungguh-sungguh Tuan Aziz tidak mustahil BN mampu menang di Manek Urai. PAS jelas tidak ada agenda untuk membantu penduduk Manek Urai. Bila kita tanya apa yang mahu dibuatnya untuk orang muda, orang tua, murid sekolah, ibu tunggal, anak yatim, guru-guru, mahasiswa mereka tidak ada jawapan. Hanya ada kata kita mahu ko ISLAM. Siapa tidak mahu ko ISLAM. Saya mahu. Biarlah kito buleh amal ISLAM dengan sempurna. Nak sempurna macam mana MASJID tidak ada. Nak belajar FARDHU AIN macammana sekolah dengan surau tidak ada. Ustaz dengan Uztazah pun tidak boleh mengajar kerana kurangnya ilmu bila sekolah tidak ada. Nak pergi sekolah cari ilmu kena ada duit. Ekonomi juga perlu kukuh. Jika tiada kenderaan perlu kenderaan, perlu jambatan, perlu jalan raya dan lampu isyarat. Nak menoreh getah mesti kena ada pisau menoreh getoh. Bila semua sempurna baru ISLAM hok kita amalkan akan lebih SEMPURNA. SEMUA MAHU ISLAM. PAS MAHU, BN LAGI MAHU dan BN bukan setakat MAHU tetapi BUAT. Orang PAS MAHU tetapi TIDAK BUAT.
.
Jangan suka serang ORANG. Malukan orang, FITNAH kan orang kerana doa orang yang teraniaya itu tiada hijab. Sama-samalah berpolitik secara MESRA kekalkan perpaduan. Bentangkan agenda masing-masing, kita beri ruang dan peluang kepada rakyat untuk tentukan. Saya yakin BN dan PAS hanya PARTI yang kedua-duanya bertunjangkan ISLAM dan ISLAM bukan untuk dipertaruhkan. Ianya suci.
.
"Jenaka Pilihanraya:TUAN AZIZ TUAN MAT bakal ganti NIZ AZIZ NIK MAT"
:: Teruskan rakyat M.U menyokong BN seperti hari ini

07 July 2009

:: Kubur kerajaan perpaduan

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
"Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur. Pakatan adalah lebih melambangkan perpaduan, lebih daripada maksud perpaduan iaitu ia terdiri daripada berbilang kaum.
"Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya,'' Tegas Tok Guru apabila ditanya soalan oleh wartawan.
.
Begitulah bersemangatnya Tok Guru (TG) mengulas tentang kerajaan perpaduan. Mungkin sesiapa yang ada orang tua, kata-kata Tok Guru itu seakan-akan orang kelantan kata "MECOK". Mungkin Tok Guru mempunyai alasannya yang tersendiri. Dari sudut pandang yang berbeza, saya sekali lagi berasa sedikit terkilan dengan dakwaan Tok Guru ini. Bukan apa Tok Guru, memang Tok Guru boleh berbangga dengan KELANTAN yang Tok Guru terajui sejak 20 tahun. Jangan tengok dengan ruang yang kecil. Ini apabila dimita mengulas tentang masalah yang wujud di KEDAH Tok Guru mengelak. Kata itu urusan KEDAH. Mana perpaduannya? Jadi apa guna Tok Guru jadi orang No.1 dalam PAS. Tidak boleh tegur atau nasihat rakan se"PERPADUAN".
.
Kepenatan turun berkempen ruamah-kerumah, surau ke surau, kedai kopi ke kedai kopi amat memenatkan. Suasana begini telah menjadi resam untuk pilihanraya. Melalui gambaran awal saya melihat pengundi muda rapat dengan Tuan Aziz. Mereka suka dengan cara Tuan Aziz. Orang tua-tua pun kenal dia. Jadi mudahlah saya berkempen.
.
Orang PAS juga kuat berkempen, terutamanya MUSLIMAH mereka. Mereka mendakwa politik wang UMNO guna. PAS pun sama juga, ROKOK mudah-mudah saja dibahagikan. Habislah M.U dengan asap rokok dan ditambah pula dengan asap kereta dan motorsikal. Ramai pemimpin-pemimpin kita hadir membantu Tuan Aziz. Pada malam kita buat solat hajat mohon yang terbaik untuk M.U.
.
M.U kini banyak bertukar wajah, ramai orang luar dari M.U turun. Ada juga yang jual DURIAN, Nasi dan yang paling laku ROKOK. Pilihan raya ibarat seperti Pesta. Namun harus diingat PAS bukan mudah menyerah kalah. Setakat hari ini saya membuat tinjauan belum ada lagi gambar-gambar superimpose diedarkan. Cuma dakwaan dan tohmohan secara ceramah sahaja di dendangkan. Dato' Pa pun dituduh macam-macam. Macamlah pemimpin mereka sempurna sangat. Tetapi begitulah cara PAS. Membuka pekung orang untuk kepentingan mereka.
.
Dalam kesibukan berkempen, saya telah terima panggilan daripada pensyarah saya mengenai permohonan MASTER saya. Alhamdulillah semuanya positif. Mungkin saya akan pulang awal dari M.U kerana terpaksa meneruskan pencarian ilmu saya. Namun saya tidak akan lupa untuk menghubungi semua jentera kita di M.U. Teruskan perjuangan kita di M.U. Setelah usaha maksimum kita lakukan, mesti letakkan kepastian bahawa yang terbaik telah ditentukan oleh-Nya.
.
"HIDUP TUAN AZIZ"
:: Cabaran MASTER vs MANEK URAI

06 July 2009

:: Coretan penamaan calon M.U

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah meriah sungguh suasana penamaan calon di M.U. Sungguh tenang suasana disambut dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Namun kelihatan asap tebal daripada perokok tegar yang tidak putus-putus mencucuh rokoknya. Saya kekadang terasa rimas. Lalu mengambil keputusan untuk undur sedikit ke tepi mengambil udara segar. Pengalaman memang sukar dicari. Kedengaran sorak riuh para penyokong merancakkan lagi amalan demokrasi negara kita. Mula di benak fikiran membayangkan suasa kempen di negara jiran INDONESIA. Seperti ditayangkan di peti telivisyen penuh rakyatnya berkumpul. Patriotiknya di dakwa amat tinggi berbanding kita. Penuh sabar saya menanti kelibat dua pemain M.U yang disebut-sebut akan bertanding. Masing masing mepamerkan No. JERSI mereka. Dulu hanya penjaga gol pakai NO.1 tapi kini PENYERANG pun pakai. Hebat betul M.U.
.
Di sebalik kesibukkan berkempen, saya sempat membaca akhbar utusan hari ini edisi timur. Tertarik untuk mengungkai penulisan AYOH HIM ataupun YB IBRAHIM ALI.
.
Saya bersetuju benar AYOH HIM dengan AYOH HIM. Memang orang PAS ni pandai bermain dengan slogan. sehingga rakyat KELANTAN tertipu hampir 20 tahun. Sampai hari ini kerjaan PAS masih lagi menyalahkan kerajaan pusat. Digegerkan hari ini di M.U tentang royalti minyak. Selaku mahasiswa yang mempunyai sedikit maklumat mengenai ini juga saya berpendapat PAS sengaja mahu menghasut rakyat. Mereka tahu perkara yang sebenar tentang tuntutan bertindih ini dengan THAILAND dan masih dalam perundingan secara diplomatik tetapi ianya tetap menuduh kerajaan pusat yang bersalah.
.
Betul AYOH HIM!! PAS tidak mahu mengaku kegagalannya "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" di KELANTAN ini. Orang universiti kata RETORIK!!. Daripada segi pembangunannya sendiri membawa maksud luas bukan hanya membuka TESCO, MAYDIN, BILLION, BILAL dipanggil pembangunan wahai PAS. Tengok sahaja masyarakat KELANTAN kini, mereka pandai, hebat di luar, kemahiran dan kesungguhan mereka di iktiraf oleh masyarakat luar namun kerajaan PAS kini tidak mampu menggunakannya sebagai aset PEMBANGUNAN negeri. Secara terus menerus mengatakan kerajaan pusat yang menyekat dana mereka. Dana apa tak tahu.
.
Jika dilihat dari sudut pendidikan, berapa banyak sekolah pondok yang dibangunkan, tak pun sediakan kemudahan seperti asrama yang elok untuk belajar, perpustakaan, ditambah kemudahan-kemudahan asas yang lain. Di kampung-kampung banyak mana rakyat yang tidak mempunyai rumah sedangkan anak-anak sudah bersekolah. Berapa banyak pelajar anak KELANTAN diberikan Bisasiswa melangjutkan pelajaran ke IPTA ataupun IPTS?. Jawab YB PAS tu kerja kerajaan pusat. Kerja dia apa. Baca khutbah hari raya, ataupun Baca tahlil tak pun kerja dia pergi PUTIK ceramoh khabar bendo hudoh ko kerajaan.
.
Dari segi perlancongan juga, PAS juga gagal. Tidak dimanfaatkan langsung keindahan bumi Kelantan. Sungai Kelantan, Lata REK, Pantai Irama, dan banyak lagi. Kelantan pun ada BALI juga iaitu TOK BALI. Pusat pendaratan ikan-ikan segar. Dekat ngan rumah ambo. Rakyat Kelantan kebanyakkan di luar semuanya ingin balik ke KELANTAN suatu hari nanti. Rindunya mereka ke negeri ini. Terbaru indeks Kemalangan dicatatkan di KELANTAN amat tinggi. Selaku YB-YB PAS apa tindakannya?
.
Baru-baru ini juga saya berkesempatan dijemput ke ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Dibentangkan statistik masalah dadah, ubat batuk, pil kuda di kalangan rakyat Kelantan. AMAT MEMBIMBANGKAN. Ataupun kata kartun Wonder pet, INI SERIUS!! Adakah ini semua wujud daripada tekanan hidup di KELANTAN ataupun sikap lepas tangan kerajaan PAS di Kelantan. Biarlah semasa pilihan raya kita hebat berceramah, sesudah menang tengoklah rakyat pula. Ramai lagi yang tidak punya arah tujuan. Mereka juga mahukan pembelaan. Lebih malang lagi mereka pun ISLAM.
.
"Kempen FASA 2 lebih agresif"
:: Semangat menggempur M.U

05 July 2009

:: Gambar Tok Guru penuh di Manek Urai

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Perang poster mula rancak di M.U. Semakin ramai juga pembantu-pembantu daripada semua parti bertanding berkampung di M.U. Ramai juga peminat yang mengikuti perkembangan di M.U Kelantan lupa akan berita terbaru kemasukan bekas bintang bola sepak Micheal Owen ke M.U England. Uniknya di M.U Kelantan ini adalah kewujudan banyaknya poster-poster gergasi memaparkan gambar Tok Guru. Mungkin itulah yang menjadi senjata ampuh PAS untuk memenangi hati rakyat M.U. Apa tidaknya air mata Tok Guru bercucuran sedang menadah tangan mula ditontonkan oleh jentera PAS. Kepada yang melihatnya akan rasa tersentuh dek riak wajah Tok Guru itu. Seorang yang ditabal oleh semua sebagai Ulamak sehingga jika melihat wajahnya maka akan dapat pahala. Kepada yang membencinya akan dianggap membenci ISLAM. Begitulah taksubnya pemikiran orang kampung.
.
Saya masih lagi ingat cerita mengenai gambar Tok Guru ini yang ada juga dikalangan orang kampung saya yang meletak gambar Tok Guru di tempat ibadat seolah-olah melahirkan rasa khusyuk semasa bersolat. Begitulah hebatnya "Gambar" tok guru itu. Pada saya mungkin seseorang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Namun bagi saya jangan terlalu taksub dan sehingga mungkin dibimbang akan membawa kepada ke SYIRIK an.

.

Orang M.U kini dapat melihat Tok Guru dimana-mana. Di Jambatan, di tepi Jalan Raya, Di tempah ceramah tentulah, penuh gambar Tok Guru. Andaian saya jika ditakdirkan Tok Guru meninggal maka gambar siapa pulak akan menggantikan tok guru ini. Mungkin akan terpapar gambar Mat Sabu, atau gambar Husam, atau mungkin gambar LIM KIT SIANG. Tak pun letak je ANWAR IBRAHIM.
.
Difahamkan juga konsert dianjurkan di M.U untuk menarik pengundi muda. Sambutan juga menggalakkan. Orang BN buat majlis khatam Quran dia orang PAS buat Konsert. Nak lawan suara orang mengaji, mana kuat. Kalu difikirkan akal nafsu tentu ramai yang ke Konsert kan. Apabila musim pilihanraya juga kita melihat ianya diibaratkan satu rahmat kepada kawasan tersebut. Banyak kemudahan atau projek yang tertangguh diluluskan. Bukan untuk memancing undi tetapi bagi menzahirkan bahawa kerajaan pemerintah amat peka dan berkemampuan untuk menanganinya. Bukan seperti parti PAS yang selalu sangat berjanji namun tiada satu pun diupayakannya. Menanti juga Tokei Ikan untuk melahirkan pendapat mengenai isu-isu pendidikan dan kemudahan di M.U. Jangan sahaja mengutarakan nasib peraih ikan sahaja, nasib penoreh getah, para pelajar, siswazah, orang kampung bagaimana. Isu tahap pendidikan tidak penting untuk menjadi pemimpin juga dilihat seperti PAS memandang rendah kepada perlunya ILMU baik ilmu untuk kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Pesan saya kepada PAS, biarlah penduduk M.U yang tentukan usahlah mengeksploitasikan wajah Tok Guru di mana-mana.
.
Mengenang juga saya nasib pakatan rakyat yang telah terkena selsema BABI. Isu BABI sekali lagi menjadi masalah dalam pakatan mereka. Namun di sebalik kerapuhan itu saya juga melihat Tok Guru memberi respon yang agak selamat dengan enggan mengulas isu di KEDAH. Pakatan yang hampir tumbang disokong pula dengan di Pulau Pinang. LIM GUANG ENG pula bergaduh dengan PKR. Satu demi satu Kudis dalam pakatan berjangkit. Jika masalah sebegini remeh pun tidak sehaluan dan mula nak memberontak, saya merasakan mereka tidak ada upaya lagi untuk mentadbir Negara ini. Anwar pula menyalahkan media.
.
Esok hari penamaan calon. Selaku PEMUDA tahan lasak, saya menggesa semua rakan seperjuangan sama-sama mengiringi CALON kita TUAN AZIZ untuk menghantar borang. Usah kita gentar dengan orang PAS yang selalu membariskan MUSLIMAHNYA di barisan depan sambil memegang erat gambar Tok Guru. Kita laungan semangat PEMUDA!! GEMPUR!! dan berselawat bersama-sama.
.
"Jenaka pilihanraya;Tuan Aziz harapan UMNO & pengundi India"
:: Biar pengundi M.U tentukan

01 July 2009

:: Apabila dewan pemuda tidak sekepala

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Sekali lagi perti PAS pimpinan Hj. Hadi nampak longgar. Satu demi satu kepincangan parti itu didedah oleh media. Terbaru kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hj Hasan yang baru sahaja memenangi pemilihan pucuk kepimpinan PAS semasa muktamar tempoh hari memang jelas menunjukkan parti PAS tidak bersatu. Ustaz ini memang orang kuat Hj. Hadi bukan Tok Guru.
.
Beliau memang hebat bersyarah. Berdiri bulu roma saya apabila beliau menyampai ucap tama selepas sahaja keputusan pemilihan Dewan Pemuda PAS diumumkan. Orang Kelantan kata memang BERAPI. Saya turut sependapat dengan beliau yang mana memilih untuk bermusyawarah dengan PAS bukan berdebat.
.
Ustaz orang muda. Tidak takut kena BANNED dengan orang Tok guru ke. Pada pendapat saya PAS sedang mengalami konfik yang kian merebak. Diserang pelbagai bucu. Lalu jika ada pemimpin yang tidak pandai menepis serangan tersebut akan mudah melatah. Pada masa yang sama tindakan yang diambil tersebut jelas menunjukkan ketidak sepakatan dalam satu-satu organisasi.
.
Jika persefahaman di kalangan keluarga PAS sendiri tidak ampuh. Masakan pula mampu untuk menjadi pengawal untuk parti DAP dan PKR. Parti seperti DAP ini memang licik dan diketahui agendanya jelas mahu menentang ISLAM. Menentang penubuhan NEGARA ISLAM. Kenapa Tok guru boleh bermusyawawah dengan mereka berbanding UMNO. Hj. Hadi juga selaku presiden PAS tidak tahu menahu surat dihantar dari Tok guru kepada PM untuk berdebat. Presiden jelas dibelakangkan. Inikah corak pempinan PAS yang dibawa. Seperti ada 2 kepala mengendali satu bantera. Tok guru tidak bermesyuarat dulu ke sebelum hantar surat.
.
Kenyataan HJ. Hadi itu tidak memeranjatkan saya kerana kisah YB Bukit Gantang pun telah jelas di dakwa oleh Nasharudin Mat Isa tindakan yang dilakukan secara melulu dan tidak mendapat persetujuan oleh Dewan tertinggi PAS. Macam mana ni Hj. Hadi. Nak jaga MP pun tidak dapat apa lagi nak jaga DAP dan PKR.
.
Saya merasakan jika corak kepimpinan seperti ini diteruskan ia akan membawa kepada kekecelaruan rakyat di peringkat bawahan. Rakyat di kampung yang menjadi mangsa cetusan presepsi pemimpin berkepentingan ini. Diharapkan pemimpin PAS lebih memperkemaskan corak kepimpinan yang mana selari dengan bersatu teguh, bercerai roboh.
.
"Suka dengan UMNO yang masih mengharapkan kerjasama dari PAS"
:: Merealisasikan kerajaan perpaduan