25 March 2009

:: Selamat bersidang kepada semua Perwakilan UMNO

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Tanggal 24-28 Mac ini merupakan satu tarikh keramat atau turning point kepada semua ahli UMNO untuk bermuhasabah dan bermusyawarah untuk merencanakan langkah-langkah bugar dalam mencorak survival parti demi memastikan parti UMNO senantiasa dominan kepada semua generasi. Ucap tama pembukaan persidangan serentak sayap-sayap utama UMNO semalam yang telah disampaikan oleh Y.A.B Timbalan Presiden UMNO telah sedikit sebanyak menampakkan satu perubahan yang besar akan berlaku di semua peringkat bermula daripada pihak atasan kepada seluruh peringkat akar umbi. Antara petikan yang dapat saya coretkan adalah mengenai antara perubahan dasar dan amanat yang telah diberikan oleh Y.A.B Timbalan Presiden bermula dengan memainkan kembali kelok-kelok sejarah penubuhan parti dan prepentingnya persefahaman yang wujud sejak sekian lama yang telah menjurus kepada tertubuhnya Malaysia yang MERDEKA.
.
UMNO diharapkan lebih peka dengan segala wahana pendispensi maklumat termasuk media alternatif dan dapat mempersupremesikan sistem nilai di semua peringkat generasi. Waima tidak cukup dengan itu UMNO diperingatkan untuk mengambil teladan kepimpinan teragung Islam, RASULULLAH S.A.W dalam metadbir urus dan penyatuan bestari komuniti semasa peristiwa Hijrah dahulu. Beliau juga sempat menguraikan simpulan-simpulan mengenai penguasaan Bahasa ketiga. Menyedari sawajagat pentingnya menguasai ilmu pengetahuan maka sesuatu bangsa itu perlu diperkasakan barulah bahasanya disangjung kerana tanpa bangsa tanpalah bahasa. Dalam aspek pengayaan ekonomi, beliau memperingatkan juga para pemimpin-pemimpin UMNO lebih berani menegur dan menghadapi teguran, berintegriti disamping memansuhkan istilah glamor SI dan SK. "SALAM ISI" dan "SALAM KOSONG". Kemiskinan luar bandar tidak diabaikan namun kemiskinan bandar juga perlu diambil kira kesan daripada imigrasi masyakat semakin meruncing.
.
Dalam aspek memperkasakan ahli-ahli UMNO, beliau mengharapkan semua ahli UMNO lebih utuh dan teguh walaupun dihumban ke laut mahupun dicampakkan kegunung atau dipanggang sekalipun kesetiaan dan ketaatan kepada AGAMA, BANGSA, dan NEGARA akan tetap dijulang. Modul dan latihan yang lengkap harus diperkenalkan untuk mengkaderkan generasi UMNO yang jelas seiring dengan MISI dan VISI UMNO sendiri.
.
Di akhir ucapan Y.A.B Timbalan Presiden juga sempat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua termasuk Y.A.B Presiden parti, Pengerusi sayap-sayap UMNO dan juga semua 191 Bahagian UMNO yang telah memberikan sokongan kepada beliau untuk "Menakhodakan Zaman" walaupun dalam keadaan banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Safkanlah beliau dengan barisan yang mantap sebagai pampanan dan sokongan sepanjang pelayaran beliau. Berlabuhlah Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak kepada destinasi yang ingin digapai selurus dengan tuntutan AGAMA demi mermatabatkan BANGSA dan memelihara TANAH AIR sehingga ke akhir titisan darah sekalipun.
.
Bagi semua mahasiswa haruslah ingat jasa UMNO tidak sebarangan. Jangan menidakkannya. Perut kenyang meratahi hidangan di kafe, ilmu ditimba di kuliah-kuliah, dan juga peluh-peluh yang ditiskan sepanjang di IPT ini semua hasil perjuangan UMNO. Perjuangan tidak kepalang. Berpatah paruh menongkat sayap ke gunung hendak didaki, didakinya juga. Renungilah para mahasiswa dengan bijaksana dan tunaskanlah penghargaan tersebut. Timbalah ilmu sebanyak mungkin, Canailah pemkiran setajam yang mampu, Siasahkanlah generasi yang hebat yang tidak jumud dek batasan-batasan pemikiran yang cetek.
.
Di noktah ini, sudikanlah saya mengucapkan berbanyak penghargaan kepada semua perwakilan yang terpilih dan harapan saya moga-moga anda semua berjaya mentransformasikan UMNO kepada yang lebih baik demi kesejagatan dan kesejahteraan hari esok.
.
"A leader is a dealer in hope-Napoleon Bonarpate"
:: Pemerhati bebas UMNO; Aspirasi Mahasiswa Aspirasi Negara

19 March 2009

:: Realiti dunia politik Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
POLITIK atau sinonim dengan kuasa. Bagi golongan cendikiawan ramai yang berpendapat politik itu tidak berguna, menghabiskan masa, dunia penuh dengan kekotoran, peuh kehinaan tapi sedar atau tidak melalui POLITIK lah kita dapat hidup bersatu padu di Malaysia ini sejak dari dulu sehingga sekarang. Hasil daripada persefahaman yang wujud dari zaman datuk nenek kita yang penuh lestari merencanakan satu kehidupan yang bestari sehingga kini. Alam menjadi berubah kerana POLITIK. Tentu yang arif mengulas tentang ini adalah para mahasiswa yang mengambil jurusan berkait dengan POLITIK. Baik dari segi urus tadbir, sejarah, perkembangan, dan aturan POLITIK mereka didedahkan dalam pelbagai corak penyampaian oleh pakar-pakar dalam POLITIK.
.
Namun hakikatnya POLITIK di Malaysia kini tampak semakin matang dan tenat kadang kalanya. Saban hari berita-berita tentang POLITIK dipaparkan dalam dunia media massa kita berbanding dengan PENDIDIKAN, EKONOMI mahupun SOSIAL. Sedar atau tidak POLITIK berkait rapat juga dengan PENDIDIKAN, EKONOMI dan SOSIAL. Seperti contoh terlalu asyik dengan POLITIK menyebabkan banyak ruang dan peluang dalam era PENDIDIKAN terkesan. Contohnya mudah apabila banyak dasar-dasar dipertikaikan. Banyak sekolah-sekolah tadika dan Sekolah Agama Rakyat menjadi mangsa seperti disiarkan dalam media kita. Mainan POLITIK kotor juga menberi kesan kepada faktor ekonomi. Pertambahan populasi Malaysia kini membimbangkan kerana urus tadbir kehidupan juga mengucup. Peluang untuk kegiatan ekonomi menjadi sedikit. Secara tidak langsung masalah SOSIAL yang meningkat hasil daripada tekanan hidup ini menjadi ketara. Merebak bagaikan penyakit kronik. Bermula dengan kes buli pelajar sekolah, ponteng sekolah, kecurian, dan juga banyak lagi pertambahan jumlah jenayah berat di dalam dunia kita. Namun demikian apabila masalah SOSIAL ini diPOLITIK kan dikaitkan dengan sesuatu kaum ianya menjadi kanser kepada rakyat. Jenayah dibela seolah-olah menafikan kesalahannya tetapi pihak berkuasa pula didakwa tidak adil. Bingung apabila difikirkan.
.
Setinggi harapan kepada bakal PM yang baru. Rangkalah satu formula yang mujarap. Berilah tumpuan kepada yang sepatutnya. Mahasiswa ingin melihat satu gagasan baru yang mantap tidak kira apapun yang paling diutamakan harus diutamakan. Kepada orang-orang POLITIK yang lain bermuhasabahlah, pasti ada cahaya di depan hari. Jangan takut sangat kepada bayang-bayang sendiri. Jujur saya katakan eloklah bersatu demi kepentingan masa depan. Tidak rugi apabila bersatu tidak kira MCA atau DAP, MIC atau PKR, UMNO atau PAS, atau parti-parti yang lain kerana apabila ada titik persamaan akuilah jangan menidakkannya dan juga jika ada kejahillannya tarbiahkanlah dengan berhemat dan bijaksana.
.
"He that would be a leader must also be a bridge-Welsh Proverb"
:: Menunggu perhimpunan Agung UMNO, Mac ini

18 March 2009

:: PPSMI mana silapnya?

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamuaalikum dan salam sejahtera
.
Isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) ini menjadi isu hangat dalam masyarakat di Malaysia ini. Ada yang kata main tarik tali, ada kata sudah menjadi bubur dan ada juga kata "the longest journey begin with single step". Tidak cukup dengan itu gerakan ditubuhkan untuk gerakan pemansuhan. Sedar tidak sedar kampus kita juga menjadi medan untuk mengajak mahasiswa berarak memansuhkan dasar ini. Bukan untuk berarak sahaja tetapi penuh dengan agenda tersendiril. Tengoklah keratan songla ini yang saya cabut di surau kampus kita ini.
.
Tidak perlu dinafikan apabila sesuatu perkara apabila dipolitikkan semua jadi salah. Semua jadi haram jika tidak menepati ideologi mereka. Jika diteliti segala maklumat yang disertakan dalam songla ini penuh dengan fitnah dan tomahan kepada pihak-pihak tertentu. Mereka sengaja menggunakan isu ini untuk mengambil kesempatan menabur kebencian kepada musuh politik mereka.
.
Hairannya mengapa songla ini boleh ditampal di surau tersebut. Mengapa tidak ada seorang mahasiswa yang berani membuangnya yang terang-terang FITNAH ini walaupun dalam surau yang mulia. Sedarlah mahasiswa. Jangan hanya mementingkan diri sendiri. Biarlah generasi akan datang juga hebat, mampu bersaing di peringkat global. Jangan mudah terpedaya.
.
Banyak alasan-alasan yang disertakan memang FITNAH dan siapalah yang mencetak,mengedar dan mengiakannya maka bersedialah,pembalasan atau ganjaran?. Tujuan pendedahan ini dibuat supaya para mahasiswa lebih berani dan jangan percayakan propaganda ini dan mendatang yang jelas memberikan impak yang buruk untuk para mahasiswa.
.
Sudah tentu juga mungkin ada mahasiswa daripada kampus kita yang menyertai atau menjadi dalang untuk perarakkan raksaksa ini. Mohon disiasat oleh pihak yang berkenaan. Saya secara jujurnya menegaskan PPSMI ini haruslah diteruskan untuk kesejahteraan generasi akan datang. Bagi mendapat penjelasan mengapa dan kenapa PPSMI ini diwujudkan mohon untuk saya menjelaskan kata-kata Mantan PM kita dalam web beliau.
.
Antara perkara penting yang digariskan oleh beliau pentingya bangsa kita bersaing diperingkat global. Banyak rujukan untuk matapelajaran sains dan matematik terdapat dalam bahasa Inggeris. Tidak cukup dengan itu, kemudahan dan kepakaran yang kita miliki sekarang tidak setanding untuk menterjemahkan semua bahan rujukan tersebut kedalam bahasa melayu. Ini jelas satu point yang cukup penting. Di samping sebagai persediaan untuk para pelajar menempuh sistem pembelajaran di IPT yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama termasuklah dalam kuliah, tugasan mahupun kerja kumpulan. Oleh yang demikian seharusnya daripada peringkat sekolah rendah lagi ianya diperkenalkan dan dilatih. Bagi yang ingin mendapatkan lagi banyak input yang berguna sudilah melawat laman sesawang Tun sendiri.
.
Kepada orang-orang politik janganlah memperjudikan bangsa sendiri kerana kepentingan politik semata-mata. Kenapa hanya perhimpunan yang didakwa raksaksa tersebut hanya dikalangan orang melayu, mana rakan bangsa lain. Sekali lagi timbulnya persoalan mereka tidak sayang bahasa kebangsaan merekakah?. Kaum kita memang mudah melenting. Tidak tentu pasal. Keputusan peperiksaan baru-baru ini jelas menunjukkan anak-anak kita sudah bersedia walaupun tidak semua tetapi perkembangannya positif. Jika ada penambah baikkan usahakanlah jangan sampai menghapuskannya sudah.
.
"The future depend in whar we do in the present-Mahatma Gandi"
:: Teruskanlah PPSMI,saya sokong 200 peratus

:: Kembali

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
"Patah tumbuh hilang berganti"
.
"Perigi yang Keroh takkan mengalirkan air yang jernih"
.
Alhamdulillah,,,perkataan pertama yang saya panjatkan. Kembali menulis dalam konteks pemikir seorang mahasiswa. Tapi pada kali ini sudut pandang diharap lebih meluas memandangkan banyak masalah yang runcing di negara kita kesan daripada kemenguncupan ekonomi global dan peningkatan persaingan dalam dunia hari ini.
.
Dalam melihat melalui kaca mata seorang mahasiswa, isu-isu seperti PPSMI, bajet mini, Penstrukturan semula sistem ekonomi, perkembangan dunia politik, kemusnahan alam sekitar, pertambahan populasi dunia dan tidak harus dilupakan juga isu kesejagatan seperti peperangan.
.
Banyak pihak menyuarakan pelbagai pendapat dan buah fikiran. Saya juga merasakan tertarik untuk menyertai pertandingan ini sebagai persediaan dan mungkin boleh dibahaskan secara intelek bukan melibatkan emosi dan berlandaskan fakta bukannya khabar angin dan fitnah.
.
Melalui portal ini diharapkan penulisan ini akan dapat membuka minda dan memberi satu dimensi pemikiran yang dinamik dalam melahirkan para mahasiswa yang cemerlang. Isu-isu kampus dan isu-isu global perlulah dijelaskan kepada semua mahasiswa supaya mereka semua senantiasa berada dalam persaingan. Dunia zaman ini tidak mungin akan lahir lagi dan penyesalan tidak seharusnya dikesali buat kali kedua. Teruskanlah perjuangan, tunduk bangun itu adat dalam persaingan.
.
:: "We the people, in order to form a more perfect union …”
"Diam-diam besi berkarat, Diam-diam ubi berisi"