09 July 2010

:: Sebulan di KSKB Sungai Buloh

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
.
Sedar tidak sedar hari ini sudah lebih sebulan seminggu saya di sini. Bekerja mencari ilmu yang tidak dapat dimana-mana dan cukup beharga. Secara tidak langsung, luka lama terhadap KSKB Johor telah dapat saya lupakan dan natijah pertukaran saya ke KSKB Sungai Buloh sedikit sebanyak saya mula kecapi. Alhamdulillah.
.
Betul janji Tuhan bahawa setiap yang di aturkan-Nya pasti dan pasti ada hikmah dan natijahnya. Sudi untuk saya coretkan dalam blog ini betapa bersyukurnya saya disini. Alhamdulillah tuhan Maha Kuasa.
.
Bermula dengan setibanya saya di sini senior USM Sinaran Perubatan En. Aizuddin yang banyak membantu saya. Diberikan saya menggunakan motornya kerana saya ketika itu hanya berjalan kaki ke tempat kerja yang jaraknya lebih kurang 500m. Sehingga hari ini beliau memberi saya kebenaran menggunakannya. Terima kasih banyak Abe Din. Hanya tuhan yang tahu betapa baiknya Abe Din dan kadang kali saya rasa malu dan segan takut-takut menyusahkannya.
.
Di samping berjumpa dengan 10 orang lagi senior Sinaran Perubatan USM di sini membuatkan saya tidak bosan. Saya juga disambut baik di kalangan pengajar lain. Mereka sungguh mesra dengan saya. Sehingga ada yang menggap saya seperti anak mereka sendiri kerana umur saya sama dengan anak mereka. Membuatkan saya sedikit tersentuh. Sungguh supportive.
.
Di sini juga saya diberi peluang mengikuti pelbagai jenis program. Menjadi fasilitator bagi kursus induksi pelatih amat seronok. Segala bakat dan pengalaman yang saya timba di USM saya kongsi bersama pelatih disini. Hasilnya kumpulan 23 memberikan satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Sangat hebat. Tahniah semua ahli kumpulan. Saya juga berpeluang mengikuti kursus membina Item. Belajar cara membuat soalan peperiksaan. Diajar dari A sampai Z. Teringat soalan Exam saya dahulu. Rupanya amat susah dan mencabar menyiapkan soalan exam rupanya. Bloom Toxonomy dan lain-lain. Tidak cukup dengan itu saya terpilih menjadi ahli jawatan kuasa Protokol bagi minggu orientasi. Mengendalikan majlis rasmi nampak tidak menjadi masalah kepada saya kerana di Universiti dahulu banyak membentuk saya. Terima kasih USM. Boleh dikatakan setiap minggu saya terlibat dengan aktiviti, sekarang dihantar untuk kursus Bahasa Inggeris untuk Medical key personnel di OUM. Ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan. Alhamdulillah rezeki.
.
Kebajikan saya dijaga utuh oleh kolej, masakan tidak kerja baru sahaja sebulan seminggu, sudah dapat gaji. Alhamdulillah. Gaji pertamaku, boleh tahan juga. Namun ibu bapa di kampung menjadi keutamaan. Masih ramai lagi adik-adik ku yang lebih memerlukan dariku. Abe Mim (nama panggilan ku oleh adik-adik ku) akan bantu setakat yang abe Mim mampu dik. Alhamdulillah juga rezeki, saya dijemput menetap serumah dengan Timbalan Pengarah HEP KSKB En. Yusof dan Ketua Program Komunikasi Tn. Hj Arif. Rasa macam tinggal di kampung. Mana tidak solat berjemaah bersama-sama di Imami Imam Muda (mereka gelarkan saya). Saya amat-amat bersyukur. Rezeki yang diberikan tidak semena-mena. Namun harus diingat, saya tidak harus leka, sebaliknya harus gandakan lagi kebaikan bagi melahirkan lagi rasa syukur kepada Allah SWT.
.
Minggu depan akan bermula sesi penguliahan dan tutorial bersama pelajar tahun satu. Saya mahu buat yang terbaik. Harap mereka dapat manfaatnya.
.
"Setiap yang berlaku, pasti dan pasti ada hikmahnya"
:: Kadang-kadang Allah uji seseorang dengan nikmat dan kekayaan