27 May 2009

:: Biasiswa JPA;Isu atau polemik politik?

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Sekali air bah sekali pantai berubah, begitulah sesuainya dilabelkan isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam ini atau JPA. Hari ini sekali lagi para politikus dan NGO mewakili kaum masing-masing menyuarakan pendapat masing-masing. Mahu sistem kouta diubah, dimansuh ditambah baik. Ada juga suara mahukan kuota dikelkalkan. Mahu tidak mahu kerajaan terpaksa bersedia menempuhi cabaran ini. Di saat semua kaum punya isu masalah dan porak peranda masing-masing. Tidak adakah lampu aladin yang mampu menunaikan segala hasrat daripada kaum masing-masing. Kalau ada tentu haru biru dibuatnya. Seperti kisah 3 budak hitam yang terjumpa lampu aladin di tengah hutan. Di mohon si hitam pertama supaya menjadi putih, si hitam kedua mahu jadi putih lagi daripada si putih pertama namun hasrat si sihitam ketiga mahu kedua-duanya hitam kembali. Nampaknya balik macam asal, jadi semua hitam.
.
Berbalik kepada isu ini saya merasakan sebenarnya tidak timbul soal kuato atau meritokrasi dalam isu JPA ini. Semasa di Universiti dahulu saya pernah menjadi ketua untuk membantu pelajar-pelajar jurusan perubatan, pergigian dan sains kesihatan menguruskan permohonan untuk biasiswa JPA ini. Isu di kampus dahulu mahu perjuangkan tarif kadar bayaran, tetepi isu nasionalnya amat kontra sekali. Ikutkan semunya layak. Namun berapa kerat daripada golongan CINA atau INDIA yang memohon. Semuanya mahukan PTPTN kerana tidak mahu terikat dengan kontrak kerajaan. Di situ telah terbuktinya betapa egoisnya setiap pelajar yang mengaku bergelar warganegara Malaysia. Tetapi dari sudut pandang yang berbeza, kita difinisikan kerajaan amat terbuka dan memberikan kebebasan untuk setiap warganegaranya membuat pilihan. Soal sama ada kaum itu dominasi atau tidak memang tidak WUJUD!! Sebab itu saya menganggap soal ini hanya soal rasis atau capup semata-mata. Untuk menarik undi kaum masing-masing.
.
Sesuailah dengan gagasan PM kita, SATU MALAYSIA. Konsep disebalik Satu Malaysia ini jika dilihat pastilah jelas dan memberikan keadilan yang cukup untuk semua kaum. Jangan lah diambil kesempatan pula wahai rakyat Malaysia pasca MERDEKA. Berapa ramai sudah pejuang Kemerdekaan yang masih hidup. Mungkin generasi pasca MERDEKA seperti saya inilah yang selalu membuat masalah. Hidup dalam penuh kemewahan. Tidak pedulikan lagi status quo atau nilai perlembagaan yang telah dipahat oleh nenek moyang dahulu. Hasil perkongsian inilah, membolehkan masyarakat kaum CINA menguasai ekonomi, kaum INDIA mempunyai pekerjaan, dan kaum MELAYU saling melengkapkan antara satu sama lain.
.
Kata PM tidak kira kaum mana sekalipun, dari bandar atau luar bandar jika mereka layak untuk mendapat bantuan maka memang tanggungjawab kerajaan membantu mereka. Tidak soal isu rasispun. Persepsi rakyat harus betul, berapa ramaikah penjenayah daripada kaum MELAYU ditangkap polis?, berapa ramai kaum MELAYU menguasai ekonomi?, berapa ramai kaum BUKAN MELAYU telah terbunuh memperjuangkan kemerdekaan? jawapannya ada dalam lipatan sejarah kita. Jangan kita sembunyikan dan selalu menafikan. Demi kepentingan parti politik kita. Sudahlah politikus, kamu mahu menjadi wira kaum kamu sahaja, tidakkah kamu fikir rakan kaum yang lain. Hormatilah dan terimalah dengan hati yang terbuka. Agama budha bebas dianuti dan kuil hindu juga bebas dilawati tanpa ada rasa takut ancaman daripada mana-mana kaum sekalipun. Itulah keunikan kita, wahai Malaysian.
.
Tidak cukup soal JPA, ada pula pihak mahu Komunis diberikan kemaafan dan diterima sebagai warganegara Malaysia. Aduh, serabut betul Malaysia. Mungkin desakan yang wujud di Pulau Pinang maka soal picisan yang tidak pernah kita fikirkan suatu masa dahulu boleh timbul. Jika kita tidak belajar dan fahami mata pelajaran Sejarah maka golongan pasca MERDEKA ini akan bersimpati terhadap Komunis ini. Nama dah lah nak sama dengan bapak rakan cina saya, Chin Peng. Ingat dia juga orang Cina Malaysia jugak lah.
.
Baru kerajaan bagi amaran dekat HINDRAF mulalah wujud samseng Cina pulak mahu ketuanya pulang. Begitulah cabaran Malaysia. Kaum india PPP juga makin pening ada dua gembala. Isu ROS pulak jadi alasan. Orang melayu di perak pula rasmikan mogok lapar. Bak kata ASTRO "Macam-macam ADA" .Tetapi saya yakin dan percaya pemimpin kita mampu tanganinya. Mereka punya tongkat sakti yang mampu mengatasinya iaitu "toleransi dan hormat menghormati".
.
"Bosan dengan TUNTUTAN"
:: Belajar memberi dari meminta

:: Tahniah Red Warrior

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah..Kelantan sudah bangkit. Keputusan semalam KELANTAN menang keatas KL PLUS 1-o. Sungguh gumbira hati ini. Runsing memikirkan pasukan bola Kelantan. Apa-apapun tahniah Kelantan
.
Ikuti rakaman penyokong bola sepak KELANTAN semasa FINAL piala FA dulu. GOMO KELATE GOMO di ruangan sekilas di tepi blog ini
.
"GOMO KELATE GOMO"
:: Seronok tengok bola pasukan Kelantan

24 May 2009

:: Red Warrior pasukan kebanggaan ku

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Aduh pedih sungguh mengenang nasib pasukan Wira Merah. Bagai jatuh ditimpa tangga. Bergolek-golek, menunggeng, meniarap, menukak sodok tanoh. Nasib pasukan bola sepak Kelantan begitulah sejak tewas pada perlawanan akhir Piala FA tempoh hari.
.
Walaubagaimanapun kami semua rakyat Kelantan akan setia dan terus menyokong pasukan kami ini. Percayalah untuk menjadi sebuah pasukan yang kuat bukannya mudah. Banyak cabaran lagi bakal menimpa pasukan Kelantan. Apa lagi "Rumah" sendiri disita sampai akhir tahun atas alasan yang amat mamalukan. Minta jasa baik pihak FAM pertimbangkan sekali lagi. Kami amat-amat sayangkan pasukan kami.
.
Bagi mewakili suara mahasiswa Kelantan yang menuntut di universiti seluruh negara dan di dunia sekalipun, yang setia bersama RED WARRIOR memohon jasa baik pihak FAM untuk mengkaji balik hukuman itu. Kami hanya pasukan yang baru belajar. Bukannya seperti pasukan elit yang lain, dalam Liga Super kami hanyalah Underdog.
.
Bayangkan kami tidak ada tempat berteduh, perjalanan ke Kuala Lumpur yang memakan masa yang lama hampit 10 jam, memang memenatkan dan berisiko tinggi, kos-kos lain yang cukup tinggi amat memeritkan kami. Sedarlah FAM, banyak manfaat yang diperolehi daripada bola sepak ini. Perpaduan rakyat Kelantan yang dulunya dipisahkan dek tembok politik berjaya diatasi dengan sukan ini. Mereka mampu mengibarkan bendera Kelantan daripada bendera parti masing-masing. Hiburan di Kelantan amatlah terhad, oleh yang demikian hiburan kami adalah bola sepak. Beramai-ramai turun ke stadium kami menyaksikan bola sepak. Sebab itu tiap kali diadakan perlawanan bola sepak, bandar Kota Bharu akan penuh sesak. Ramai yang mengakuinya. Rakyat Kelantan menyalurkan tekanan mereka dengan menyaksikan bola sepak. Industri kecil seperti peniaga mengakui perniagaan mereka amat menguntungkan semasa perlawanan diadakan. Kami semua bersatu menyokong Kelantan.
.
Bagi menzahirkan suara para mahasiswa Kelantan, saya telah menghantar mail kepada orang kuat FAM dan InshaAllah akan saya siarkan perkembangannya kelak. HIDUP KELANTAN!!. Maju RED WARRIOR!!
.
"Semangat RED WARRIOR digeruni lawan"
:: Selamat berjuang TAN SRI ANNUAR MUSA;tonggak KAFA"

21 May 2009

:: Pesanan dari Dr. Irfan

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Petikan dari akhbar utusan yang menarik untuk dikongsi
.
Antara perkara paling kerap dilakukan ialah membasuh tangan. Ketika hendak makan, keluar dari bilik air, menyediakan makanan ataupun semasa berwuduk, membasuh tangan adalah kemestian. Sungguh pun begitu, masih ramai yang tidak mengambil berat perkara semudah ini. Ini kerana sebilangan besar penyakit berjangkit merebak melalui tangan yang kotor. Baik taun, tifoid; hepatitis A; penyakit tangan, kaki dan mulut, keracunan makanan dan pelbagai lagi. Langkah pencegahan paling mudah ialah membasuh tangan. Bahkan, influenza A H1N1 juga boleh merebak melalui tangan yang tersentuh titisan cecair badan sama ada batuk atau bersin. Titisan-titisan berbahaya ini akan "dideposit" di merata-rata tempat seperti tombol pintu, meja dan perabot atau perkakasan lain.
.
Mungkin di sekolah-sekolah rendah, aspek penjagaan gigi amat ditekankan. Hampir setiap sekolah mengadakan sesi demonstrasi menggosok gigi kepada pelajar. Namun adakah sekolah turut mengadakan kempen membasuh tangan? Agama Islam juga menekankan kepentingan menjaga kebersihan tangan. Buktinya ialah dalam ibadat wuduk itu sendiri ada aspek membasuh tangan sehingga ke pergelangan tangan dan sekali lagi membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan pula dilakukan sebanyak tiga kali. Kaedah ini telah lama dipraktikkan di bilik-bilik bedah di seluruh dunia. Sebelum pakar bedah memakai "gaun hijau", mereka perlu membasuh tangan sehingga ke siku, beberapa kali bagi memastikan tiada bakteria yang dibawa masuk kepada pesakit. Ini terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan di tempat pembedahan (surgical site infection).
.
Selain itu, kita juga disunatkan membersih dan menggosok di celah-celah jari sewaktu berwuduk. Amalan itu amat berkesan dalam kaedah membasuh tangan sebelum pembedahan dan ia turut diguna pakai dalam persediaan sebelum pembedahan sehingga kini. Satu lagi amalan sunat yang harus kita amalkan secara konsisten ialah memendekkan kuku. Ini kerana kuku panjang boleh menyebabkan bakteria dan kekotoran mudah terperangkap. Dalam hal ini, agama telah menunjukkan kaedah perubatan iaitu pencegahan. Jika dalam ilmu pembedahan, kuku perlu dibersih dengan berus khas. Namun jika amalan sunat memotong kuku ini diamalkan, maka tahap kebersihan pastinya lebih baik berbanding mereka yang berkuku panjang. Kita juga diajar supaya menggunakan tangan kiri untuk bersuci terutamanya ketika membuang air besar. Secara kontranya pula kita disuruh supaya makan dengan tangan kanan. Ia juga merupakan suatu kaedah perubatan preventif. Daripada aspek penggunaan sumber air pula, menjadi sesuatu yang amat penting untuk menentukan kebersihannya. Agama menggredkan air untuk bersuci ialah "air mutlak". Ia menunjukkan aspek sumber air perlu diberi perhatian. Secara logik, jika sumber air untuk membasuh tangan ialah "air mustakmal" iaitu air yang telah digunakan, maka potensi untuk jangkitan akan meningkat. Tiada guna membasuh dengan sabun, menggosok dengan berus jika air daripada sumber mustakmal
.
Penyakit leptospirosis dikatakan berpunca daripada air kumuhan tikus, yang mungkin mencemari air yang digunakan oleh manusia. Amalan tradisi membasuh tangan ketika kenduri di kampung dengan cara mencelupkannya ke dalam bekas yang berisi air bukan sahaja tidak menepati prinsip membasuh tangan dengan sempurna. Bahkan kaedah itu akan lebih mengotorkan tangan. Lebih-lebih lagi jika kita bukan orang yang pertama menggunakannya. Memahami hakikat "biar mati anak asalkan jangan mati adat" dan situasi yang agak sukar untuk meminta air bersih sewaktu majlis keramaian, maka kita pun dengan berat hati terpaksa mencelupkan tangan ke dalam bekas air yang sudah nampak sisa-sisa makanan orang lain di dasarnya dan juga selaput minyak di permukaan. Sebaik-baiknya selepas itu, pergilah ke paip air untuk membasuh semula tangan kita itu.
.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan dan juga Pakar Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kelantan.
.
"Mahu belajar menulis"
:: Selalu baca tulisan Dr. Irfan di akhbar,

20 May 2009

:: Aspirasi generasi muda

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
ASPIRASI!!laungan keramat yang selalu di dendangkan semasa saya menuntut di USM tempoh hari. Memang cukup berbisa laungan ini sehingga ada yang benci dan mengutuk perkataan yang tidak langsung bersalah itu. Entah mengapa benci sangatkah ASPIRASI. Mungkin secara sedar atau tidak, di sebalik perkataan inilah wujudnya satu saf barisan yang ampuh yang senantiasa bersiap siaga untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan mahasiswa. Tidak kiralah warna kulit atau bangsa apa sekalipun. Namun bagi yang tetap membenci akan terus membenci. Sedar atau tidak, kini ASPIRASI anak muda terus menjadi perhatian para pemimpin kita. Ini kerana anak muda mempunyai ASPIRASI mereka sendiri. Mahu menilai, mahu menghukum dan juga suka menyoal. Kerancakkan peperangan penyampaian dalam media menjadikan status quo anak muda ini mempunyai tempat yang tersendiri. Pada kaca mata ahli politik mungkin jatuh bangunnya mereka nanti akan ditentukan oleh anak muda ini. Saya katakan sebegini kerana 6 Juta anak muda ini akan mula mengundi pada pilihan raya ke-13 nanti. Bukan kecil jumlah ini. Jika tidak dijaga, kalah lagi mungkin ataupun dapat balik semua 5 negeri.
.
Hendak diramal jiwa anak muda ini bukan mudah. Bak kata ahli fizik ianya dinamik. Berubah-ubah ataupun bergerak. Dengan angin perubahan inilah yang boleh menentukan dan mencorakkan masa depan negara kita. Jika kita perhatikan anak muda ini kebanyakannya mahasiswa, baik IPTA, baik politeknik, baik kolej-kolej waima IPTS sekalipun. Mereka dibentuk oleh persekitaran. Di universiti mereka mudah mengakses maklumat di mana-mana. Kebebasan yang diberikan oleh pihak Universiti untuk mendapatkan maklumat amat luas. Tidak ada sebab melabelkan para mahasiswa kita katak dibawah tempurung. Kalau ada spesis katak pun, mungkin katak pisang kot. Yang kakinya panjang bewarna kuning. Nampak sahaja kurus tetapi lidahnya panjang. Golongan inilah yang seharusnya diberikan perhatian. Walaupun kurus tetapi mampu melompat tinggi.
.
Memetik bual bicara yang disiarkan dalam media arus perdana kita semalam, jelas menunjukkan mahasiswa kita punya tempat. Konvensyen MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR kebangsaan yang sedang berlangsung di UTHM banyak memberi ruang dan peluang kepada pemimpin mahasiswa menyuarakan suara mereka. Di berikan lagi siaran secara langsung melalui rancangan SUARA SISWA. Memetik kata-kata Y.Bhg Datuk NC UTHM yang mengatakan bahawa graduan di Malaysia dan juga Universiti di MALAYSIA harus diberikan pujian kerana kedudukan kita melalui THES jelas meletakkan 5 buah universiti di MALAYSIA tersenarai dalam 500 kedudukan universiti terbaik di seluruh negara. Negara kita hanyalah negara yang kecil jika dibandingkan dengan negara CHINA. Negara CHINA hanya mempunyai 8 sahaja universiti yang disenaraikan dalam penarafan tersebut. Tidak dinafikan kejayaan ini hasil daripada pihak kerajaan yang bersungguh-sungguh mentransformasikan pendidikan tinggi di negara kita. Jangan dinafikan para mahasiswa juga penting dalam sesebuah universiti. Kupasan demi kupasan dibuat oleh wakil MPP dalam siaran tersebut. Teringat kenangan silam. Mahasiswa juga berani menyentuh isu PPSMI, mahasiswa sebagai modal insan siap pakai, dan banyak lagi. Seronok dibuatnya.
.
Berbalik mengenai isu ASPIRASI genarasi muda sebenarnya mereka tidak mahu apa. Mereka mahu hidup selesa. Mereka mahu didekati. Kadang-kadang suka mendesak. Mahu kebebasan yang tidak tahu batas dan resam orang muda, berdarah panas. Suka sangat menghukum dari menasihat. Di kampung-kampung kini generasi muda banyak berhijrah ke bandar. Kurangnya peranan ketua kampung baik BIRU atau HIJAU dalam mewujudkan aktiviti kesatuan pemuda kampung. Aktiviti sukan ataupun aktiviti kemasyarakatan juga kurang. Hanya ada mungkin tahlil-tahlil. Namun juga mampu menyumbang kepada perpaduan komuniti. Orang muda juga malas membaca dan menilai. Berapa ramai yang membaca sekurang-kurangnya surat khabar?ataupun buku-buku ilmiah.
.
Saya juga berharap mungkin lebih banyak lagi program diadakan baik di Universiti, atau kampung-kampung program berbentuk dekat kepada masyarakat kerana melalui program inilah dapat menjayakan semangat satu Malaysia. Di pihak universiti juga seharusnya memberi peluang kepada mahasiswa untuk bermasyakat, jangan terlalu menekankan akedemik semata-mata. Kekangan dan cabaran peperiksaan harus bijak di atasi oleh para mahasiswa semasa di universiti.
.
Kepada anak muda sekalian, sedarlah kita punya kuasa. Kita mampu merobohkan tembok walau apa cara sekalipun. Apa yang penting, kerjasama. Marilah sertai saf pemuda-pemuda. "Sediakan aku 10 pemuda, nescaya boleh goncang dunia". Jadilah antara yang sepuluh itu. Sama-samalah anak muda memartabatkan ruang dan peluang ini demi memastikan kedudukan negara bangsa kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan masyarakat di seluruh dunia. Tangani setiap krisis dengan penuh bijaksana, penuh berintegriti dan akauntabiliti, telus tanpa perlu wujud perasaan waspada pada anak muda. Anak muda punya ASPIRASI untuk dipenuhi. Sekali air Bah takkan Anak muda rebah. Anak muda di perantauan sana di pesan jangan terlalu angkuh mengejar kemewahan, jengoklah ke asal tempat lahirmu, menagih jasa anak muda di perantauan, pulanglah menabur jasa dan bakti demi negara ibu pertiwi.
.
"Kagum dengan anak muda-Indonesia"
:: ASPIRASI anak muda, ASPIRASI GLOKAL

18 May 2009

:: Notis untuk pemegang biasiswa JPA

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Makluman terbaru (17/05/09) untuk semua penama berikut, sila hubungi segera pihak BHEPP USM kampus kesihatan dengan segera kerana masalah urusan permohonan tuntutan latihan amali anda semua. Sila Rujuk Pn.Masdira atau Kak Ti dengan segera. Sekian harap maklum...
.
semak di sini
> http://www.2shared.com/file/5828556/b8287af9/senarai1.html
> http://www.2shared.com/file/5828564/7d0b4816/senarai2.html
.
"Berkhidmat membantu anak bangsa"
:: Terima kasih Jabatan Perkhidmatan Awam

:: PAS bukan MAKSUM

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Menarik sungguh ulasan dalam berita dalam siaran RTM1 pagi ini. Jelas menunjukkan sifat ketidak sempurnaan kita sebagai makhluk tuhan. Tidak kira warna sekali pun. Cacat cela tetap ada. Menjelang Muktamar Pas akan datang cukup menarik dan mula dibicarakan di semua wahana maklumat. Ketinggalan pula jika saya tidak menyertainya. Kata orang berkokok ayam ke seluruh kampung tetapi tahi penuh dipunggungnya. Isu politik wang atau 'hadiah' yang didedahkan sendiri oleh ketua dewan Ulama dalam parti Pas, bahawa telah wujudnya amalan ini menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti Pas nanti. Pepatah ini juga cukup jelas menggambarkan kepentingan menjaga akhlak dan tatacara kita dalam setiap ruang dalam hidup. Dahulu semua menyatakan parti Pas itu suci, tidak ada rasuah. Lantas dilabelkan kepada musuhnya sebagai punca Rasuah dan Ibu segala rasuah. Namun kini terang-terang didedahkan oleh dewan ulama parti berkenaan juga. Takkan dewan Ulama dan orang lama Pas sendiri berlidah ular. Niatnya suci, sekadar untuk mengingat dan berpesan.
.
Tidak cukup dengan itu mula kedengaran lagi kader-kader dalam Pas mula bersuara, cabar mencabar dilontarkan. BUKTIKAN!!HUKUM KALAU SALAH!!BERMOTIFKAN JAHAT!! Begitulah pihak yang berusaha menafikannya. Sedarlah semua kader Pas, Pas hanya parti rekaan manusia tentunya tidak MAKSUM.
.
Terbaru 'Tok Guru' juga mengeluarkan hujah dengan mengatakan "MUNGKIN ADA" dan amat malang jika benar-benar ada. Eloklah semua ahli Pas mula bermuhasabah berfikir sejenak tidak kiralah ambil calon atau tidak,"Baju PETAK atau BELANG", Ulamak atau Profesional, Edorgan atau tidak, Pro-ANUAR atau rakan ANUAR semuanya harus berfikir ludahan dulu rupanya silap. Sepatutnya ke tanah bukan kelangit. Kerana tarikan graviti memungkinkan ludahan itu kembali mengenai diri sendiri.
.
Amat malang lagi jika kita melihat sedalam-dalam perkembangan politik kita di Malaysia khususnya. Gejala Rasuah mula tersebar bak selsema babi ataupun Menigitis. Mungkin selsema babi atau H1N1 ini merupakan petanda kecil dan peringatan bahawa BALA ALLAH akan turun disebabkan 'tangan-tangan manusia'. Sama ada dalam Pas atau Umno semuanya orang ISLAM. Sedarlah..
.
"Manusia apabila melihat kemungkaran, tidak merubahnya, maka dipastikan hampir sahaja Allah menimpa akan seksaan secara menyeluruh." (Riwayat Ahmad)
:: "Al-Amin" bukti Rasulullah SAW seorang yang ketinggian sifat integriti dan akauntabiliti

:: DYMM Al-SULTAN KELANTAN

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra yang sedang dirawat di wad diraja HUSM,Kubang Kerian sejak 14 Mei 2009 lalu. Semalam saya sempat mengunjungi laman wad Diraja namun tidak dibenarkan oleh pihak ISTANA. Sehingga kini diberitakan Tuanku sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil. Sesungguhnya semua rakyat senantiasa mendoakan kesejahteraan keatas DYMM Tuanku. Moga dikurniakan yang terbaik buat Tuanku.
.
Teringat masa belajar di USM Kubang Kerian dahulu, seringkali saya berkesempatan untuk bersalaman dengan DYMM Tuanku selepas solat Jumaat di "Masjid Raja" Kubang Kerian. Tuanku memang dekat dihati rakyat. Sewaktu mencemar duli di Majlis "Raja Bersama Rakyat" di Pasir Puteh tempoh hari nampak Tuanku sudah tidak bermaya namun tetap mencemarkan duli hadir pada majlis tersebut yang kebetulannya hujan lebat.
.
Jasa dan budimu DYMM Tuanku yang sentiasa memayungi rakyat, dan menjujung luhur Agama ISLAM, mekar di ingatan kami khususnya rakyat Kelantan. Banyak projek Di-Raja dan Bantuan telah Tuanku sampaikan. Terima kasih Tuanku. Semoga budi dan jasa baik Tuanku ini dibalas dengan sewajarnya. Semoga Tuanku cepat sembuh. " RAJA BERDAULAT PAYUNG RAKYAT "
.

12 May 2009

:: Seeding the friendship

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Demi erti sebuah persahabatan sudi-sudikanlah berkongsi maklumat kita
.


:: http://www.mppusmkk.blogspot.com/

.
add limi oOo ly_mean@yahoo.com


.
:: http://www.facebook.com/
add limi oOo ly_mean@yahoo.com


.


:: Yahoo Mesengger
add limi oOo ly_mean@yahoo.com





:: Skype
add limi oOo ly_mean@yahoo.com
.
.
"Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything-Muhamad ali"
:: Tadika Kemas>SK Bukit Puteri>SK Gaal>SMSTMFP>KMM>USMKK>??

:: Makhota Medical Center

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Doakan saya semoga yang terbaik buat saya. Di panggil ke sesi temuduga di MMC esok hari merupakan satu pengalaman baru dalam hidup. Di samping itu, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada adik tercinta HALINA yang mendaftar diri di Matrikulasi Kuala Pilah semalam, doa abangmu senantiasa mendampingimu. Buat yang terbaik Na.
.
Kepada rakan-rakan misi, khas diucapkan selamat hari MISI sedunia. Lagi ucapan kepada adik-adik tahun satu PPSP dan PPSG selamat menjalani kem BTN dan kepada yang berjaya dengan Cemerlang tahniah diucapkan dan bilangan yang gagal dalam Ikhtisas I nampak berkurang menjadi 40 orang sahaja. Tahniah kepada semua pensyarah, pusat pengajian, dan juga tidak dilupakan persatuan-persatuan pelajar yang gigih membantu.
.
"Dreams are today's answers to tomorrow's questions-Edgar Cayce"
:: Melaka Central-ku datang lagi

11 May 2009

:: Semua pemegang biasiswa JPA

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Merujuk kepada perkara diatas, sukacita dimaklumkan satu surat telah dihantar ke BHEPP USM Kubang Kerian melalui PN. Masdira untuk makluman semua pelajar tahun Akhir yang telah menamatkan pengajiannya dalam kursus masing-masing.
.
Antara intipati surat tersebut adalah seperti berikut :
1. SEMUA pemegang biasiswa JPA yang telah tamat hendaklah melaporkan diri kepada pihak JPA selepas 30 hari tamat pengajian.
.
2. SEMUA pemegang bisiswa JPA hendaklah mendaftar dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
.
3. SEMUA pemegang biasiswa JPA yang mempunyai kutusan CGPA 3.5 keatas kecuali bagi kursus PERUBATAN, FARMASI, PERGIGIAN & VATERINAR DIWAJIBKAN untuk mengisi borang atas talian ( www.spa.gov.my ). dan membuat temujanji untuk menetapkan tarikh temuduga dengan menghubungi pegawai-pegawai SPA sebagaimana dilampirkan.
.
4. En. Mohamad Nazmi Bin Ismail ( 0388856327 / nazmi@spa.gov.my ) , En. Asrul Bin Zakaria (0388856325 / asrul@spa.gov.my) , Pn. Azlina Baizura Bt Abu Bakar Tajudin ( 0388856326 / baizura@spa.gov.my ) , En. Mohd Rizal Bin Abdullah ( 0388856333 / arizal@spa.gov.my ), En. Mohd Yazid Bin Mohd Zuliaddin ( 0388856312 / yazid@spa.gov.my )
.
5. Sebarang pertanyaan langjut hubungi Pn.Masdira di pejabat BHEPP atau telefon 0199381705
.
"Berkhidmat membantu anak bangsa"
:: Doakan kejayaan ku dalam Interviewed di MAKHOTA MEDICAL CENTER

10 May 2009

:: USM Konvokesyen OGOS 2009

Bismillahirahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Berikut merupakan email yang saya terima daripada En. Mohamad (Pegawai Perhubungan Awam USM). Bertarikh 7 Mei 2009.
.
Tuan, Setakat ini kita hanya tetapkan tarikhnya iaitu pada 12 - 16 Ogos 2009. Kita belum lagi tetapkan yang lain-lain. Sekarang kita sedang fokus kepada Konvokesyen Ke-39 pada 25 Mac ini. Untuk dapatkan maklumat dan gambaran latarbelakang, kunjungi http://registry.usm.my/konvo/
.
(MOHAMAD ABDULLAH)
Universiti Sains Malaysia
T: 04.653 2193/3105
F: 04.658 8444
.
Dan satu lagi
.
Tidak ada cadangan sama sekali untuk menunda Upacara Konvokesyen. malah DYMM Tuanku Canselor telah memperkenankan agar Upacara konvokesyen Ke-40 diadakan pada 12 - 16 Ogos 2009 dan Upacara Konvokesyen Komemoratif diadakan pada 9 September 2009 mengikut jadual. Terima kasih.
.
MOHAMAD ABDULLAH
Pejabat Naib Canselor

"Penantian itu bukan penyeksaan"
::Menghitung hari

:: Kenangan manis sinaran perubatan

Bismillahirahmanirahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
:: Adik we,adik mai,adik ?,adik ?
:: Abe Limi and Abe wei

::Dr Aref, Prof Jamil, En. Nik, Prof Mad, Abe Mat, En. Ridwan, En. Waidi

:: Amanat Prof Jamil
:: Ucaptama perasmian
:: En Safri, En. Waidi dan Kak Da

:: Barisan penyanyi

"You're supposed to trust friends. You have no reason to be his friend? That is part of the pleasure of friendship: trusting without absolute evidence and then being rewarded for that trust. - David Shore"
:: Kenangan tidak boleh dijual beli

05 May 2009

:: Mahasiswa lesu vs Rebranding HEP?

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Banyak langkah yang tuntas direncanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Baru-baru ini diterbitkan dalam penulisan petikan akhbar Utusan Malaysia daripada Datuk Saifudin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang begitu serius mengambil pendekatan untuk memperkasakan mahasiswa. Beliau mengiltizamkan supaya governan universiti sendiri perlu berubah. Beliau juga menyentuh pentingnya rebranding di semua Jabatan yang terlibat dalam pembentukan mahasiswa seperti jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).
.
Saya secara peribadinya menyokong penuh gesaan yang dibuat ini memandangkan keperluan mahasiswa yang makin suka mendesak berbanding menyumbang. Mahasiswa merasakan suara mereka dikongkong walaupun tidak. Harus juga diingat rebranding sahaja tidak cukup dengan retorik pihak atasan sahaja, semua yang berada di jabatan juga harus sedia berubah. Kenapa tidaknya, kerana mahasiswa merupakan klien utama semua jabatan di Universiti.
.
Bagi pihak HEP yang sendiri sering dibedil dengan peluru-peluru fitnah dan tuduhan diharapkan lebih matang dalam melayan karenah dan provokasi yang dilemparkan. Memang sikap mahasiswa yang sejak akhir-akhir ini yang mudah mengikut rentak arus politik di luar kampus. Sebagai contoh, mahasiswa kini memang suka mendesak untuk sesuatu keperluan tanpa berfikir panjang impak dan alternatif lain. Mereka lebih suka meminta daripada memberi. Untuk mendapatkan kelulusan sesuatu projek bukannya didapati dengan mudah, banyak pembetulan harus dilakukan terutamanya dalam penyesiaan kertas kerja, namun jangan mudah putus asa kerana melalui itulah dapat mendewasakan kita. Memang di akui sukar untuk bertemu ketua jabatan, atau pegawai-pegawai HEP, mungkin beliau sibuk dengan urusan. Jangan cepat melatah. Saya percaya beliau senantiasa membuka telinga mendengar setiap masalah yang timbul dikalangan pelajar.
.
Mungkin bagi menyahut seruan Y.B Timbalan Menteri, saya mencadangkan supaya pihak HEP juga mencontohi bagaimana PM kita turun ke rakyat mendengar rintihan rakyat sehari selepas menjadi PM baru-baru ini. Jika tidak keberatan mungkin pihak HEP boleh menjengah para pelajar di asrama-asrama, di kafeteria, di padang bola ataupun kompleks sukan dan lain-lain mungkin setiap 2 minggu.
.
Saya begitu komited dan percaya bahawa jika rebranding ini berjaya, kita akan dapat sama-sama melahirkan satu gagasan mahasiswa yang mantap, yang akademiknya dijulang, serta jasanya dikenang.
.
"Rebranding HEP satu keperluan"
:: satu Mahasiswa, akademik dijulang, jasa dikenang

04 May 2009

:: Selamat tinggal USM kampus kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
"Patah tumbuh, hilang berganti". Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya diperingkat ijazah yang pertama dalam bidang Sinaran Perubatan. Ramai rakan sekampus mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada saya terhadap segala jasa yang disumbangkan. Cukup-cukup terharu. Moga-moga yang baik dijadikan tauladan dan yang pincang dibuang jangan sebaliknya di bentuk menjadi elok. Perit jerih seorang mahasiswa memang telah mendewasakan saya. Dari detik pertama menjejakkan kaki di kampus kesihatan beribu skrin biru mewarnai benak pemikiran saya. Mahu belajar sambil berniaga. Mahu pulang berbakti untuk keluarga memandangkan sekembalinya saya ke Kelantan. Semua itu rezeki yang di limpahi kepada saya Alhamdulillah.
.
Di kesempatan ini izinkanlah saya merakamkan setinggi-tinggi kemaafan dan rasa syukur terhadap segala budi dan tunjuk ajar daripada kalian penghuni kampus kesihatan yang banyak membentuk karakter saya selama 4 tahun di sini.Rasa sebak makin terasa apabila tamatnya Malam Graduasi Pelajar PPSK tempoh hari. Semailah pokok persahabatan kita itu. Jagalah ia walau apacara sekalipun.
.
Universiti Sains Malaysia,
Menara Ilmu Tercinta,
Jadi Tumpuan Antarabangsa,
Untuk Segala Cita-cita,
Berinovasi,
Berteknologi,
Berwawasan,
Berkualiti,
Biar Usaha Kami Bersemi,
Hasrat Nyala Berseri,
Universiti Sains Malaysia,
Menara Ilmu Tercinta,
Jadi Tumpuan Antarabangsa,
Untuk Segala Cita-cita.
.
"He who has a thousand friends has not a friend to spare, And he who has one enemy will meet him everywhere-Saidina Ali"
:: terima kasih Univesiti Sains Malaysia