16 July 2008

:: Antara POPULARITI dan REALITI

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih kepada semua pembaca blog saya yang saban hari meningkat sehingga kini mencecah angka 2K. Adalah ditegaskan sekali lagi segala penulisan saya ini adalah berkaitan dengan politik kampus yang semakin hari semakin rumit. Ada sahaja isu yang timbul. Bukan atas sebab jawatan tetapi rasa tanggungjawab saya untuk menyampaikan kepada semua penggemar blog. Saya tahu pepatah ada menyebut jika saya tidak mampu menandingi mereka sertailah mereka. Tidak hairan ada sahaja komen-komen yang menghentam secara keras dan sinis dalam blog ini tetapi itulah hakikat seorang pemimpin. Sudah satu semester berlalu sebagai orang no.2 dalam persatuan. Memang rasa tersepit, terbatas sangat tindakan, kenapa terlalu susah untuk bergerak. Impaknya banyak hasrat dan aspirasi universiti tidak dapat dilaksanakan. Semasa mesyuarat dengan kampus lestari sekali lagi saya menerima tamparan hebat daripada pihak lestari kampus tetang kempen yang dianjurkan tempoh hari. Betul kata rakan PPMS dulu semasa kami berkursus, KUASA atau POLITIK yang paling penting. Saya semakin dewasa memahami hakikat maksud itu. Saya sudah serik dengan peristiwa dulu. Memang saya sedar KUASA di tangan kamu tetapi berilah saya sedikit ruang. Ungkapan itu masih segar dalam pemikiran saya "ABANG! SAYA BOLEH BUAT KEPUTUSAN TANPA ABANG!". Memang saya faham anda no.1 tapi saya minta maaf kerana kadang-kadang saya nampak macam saya yang ingin menolong, membantu menagih sedikit ruang dari kamu betul kata orang tua-tua lain kali buat baik berpada-pada.
.
Segala keputusan dan harapan rintihan daripada rakan pelajar saya cuba sebaik mungkin untuk mengatasinya namun saya mengerti segala langkah yang telah saya buat tidak POPULAR. Akibatnya dilihat sebelah mata. Saya tidak perlu POPULARITI itu. Biarlah adik-adik boleh belajar dengan baik, hidup aman damai tanpa perpecahan kaum, bepersatuan secara sihat dan saya selalu tekankan bersatulah mahasiswa, bersamalah dengan universiti.
.
Paling mengecewakan saya, apabila saya seolah-olah diketepikan dan dinafikan kewujudan saya dalam barisan kepimpinan pelajar. Mengapa terlalu jahat mengatakan saya hanya mengirimkan salam semasa pertemuan dengan pelajar tahun satu tempoh hari. Langsung tidak diberitahu perjumpaan itu sedangkan saya juga seharusnya hadir selaku naib pengerusi. Inilah yang amat mengecewakan saya. Tolong jangan mengulangi perkara ini. Adik-adik tahun satu adalah harapan saya, saya berusaha membantu mereka menempuh alam kehidupan kampus. Malang ada juga yang cuba mengejek saya meanggap saya mencari POPULARITI. Saya merayu kepada semua ahli barisan kepimpinan pelajar jika anda ingin menjatuhkan saya tidak perlu cara sebegini. Tidak perlu mentafsirkan yang bukan-bukan. Biar mereka buat keputusan. Saya fikir berilah saya sedikit ruang, berilah saya peluang, saya tidak sanggup frasa ayat yang anda lafaz itu disebut sekali lagi kepada saya.
.
Sekali lagi kepada adik NAIM, anda teruslah menulis, saya faham segala maksud awak. Walaupun saya telah tamat tempoh perkhidmatan nanti, saya tidak mungkin mengalah. Saya akan tetap membantu adik-adik semua tetapi apa yang saya amalkan biarlah keputusan atau methodologinya adalah untuk bukan langkah POPULAR. Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan, banyak cara yang boleh disampaikan. Tetapi biarlah berkesan bukan seperti koboi menembak dengan peluru kosong. Harus diingat manusia punya tiga karekter,iaitu yang beruntung yang kini baik dari dulu, yang rugi yang tidak ada apapun perubahan, dan yang celaka iaitu kini lebih hina dari dulu.
.
:: POPULARITI bukan MATLAMAT
"Buat baik berpada-pada"

6 comments:

Jacknaim said...

Kepada abang halimi,

izinkan aku memanggilmu mi sebab itu panggilan yg biasa digunakan setiap kali kita bertemu. ingatlah, antara kita tidak pernah ada permusuhan, kita masih boleh bergelak dan berjenaka setiap kali bertemu tapi dalam sesetengah hal memang kita berbeza pendapat dan pandangan. Itu juga berlaku pada zaman sahabat di mana pada hakikatnya mereka berperang tetapi bila tiba waktu solat mereka teguh dalam satu jemaah dan saling merapatkan saff.

segala kebaikan yang ko lakukan, aku x pernah nafikan. cuma secara jujurnya aku tidak berpa suka dengan methodologi yg ko gunakan. ko memanipulasi fakta. aku takkan tulis benda yang aku x alami sendiri, tapi berkenaan memorandum tu, memang jelas apa yang ko tulis terlampau bercanggah dengan apa yang sebenarnya berlaku. begitu juga kebanyakan tuduhan yg ko lemparkan, semuanya jatuh atas kepala ko sendiri.

aku tak nak ulas panjang. Macam ni lah mi. Ko berhentilah kutuk org x tentu fasal tanpa asas yang kukuh, dan x cuba nak menangi sokongan mahasiswa dengan cara kotor nescaya kita akan dapat bekerja bersama-sama dengan lebih baik. percayalah mi, lagi banyak benda kau tulis, lagi banyak orang akan hentam ko balik. sama2 la kita buat kerja bermanfaat tanpa dipengaruhi pihak2 tertentu dan janganlah kita bias pada satu fahaman atau jabatan tertentu. berlaku adil lah kita. Berhenti lah menceritakan aib org nescaya org akan berhenti memandang aib mu dan menyayangi mu dan menghormati mu.

Pasal alif, ko sedia maklum yg dia adalah ketua ko. Ko wajib taat dia walaupun dia lebih muda drpd ko. mgkin ada keputusannnya yg x matang maka menjadi tanggungjawab ko utk menasihatinya. tapi selagi mana keputusannya x bertentangan dengan agama, maka selagi itulah ko kena hormat.

Ingatlah mi, ini adalah satu tulisan perdamaian. pergaduhan tak kan membawa apa2 kebaikan. Jika kita boleh berbual mesra dan berjenaka di luar maka apa salahnya kita berbaik2 dalam alam maya dan berbahas dengan cara yang matang. cara seperti org dewasa bukannya budak2. tak guna kita jadi pemimpin kalau x mampu tunjukkan contoh yg baik pada pengikut2 kita. Tak guna kita amalkan kidup berpuak-puak. sepatutnya sudah tidak timbul lagi istilah aspirasi vs pro M. jangan biarkan ia dicemari. ko pun jangan lah terlampau duk pikir bab politik sgt. pandai2 lah utk ketepikannya demi agenda yg lebih penting

Salam perdamaian....

:: halimi muhamad rusli said...

Terima kasih,terharu kekadang sedikit kecewa dengan naim,dalam manis ada pahitnya kata-katamu,banyak yang cuba anda selitkan,saya yang pula dipersalahkan secara total,tetapi selaku abang saya mengerti setakat mana tahap pemikiran dan kematanganmu dalam mengharungi institusi masyarakat kampus.

Hidup perlulah saling hormat menghormati kepada yang tua dan menyayangi yang muda,saya faham mengkritik bukan beerti membenci,bukan semua apa yang kita suka buat orang lain suka. Tetapi saya sudah berusaha dengan cara yang terbaik. Kita punya kemampuan yang berbeza, anda mampu mewakili pasukan debat di kampus ini,saya tidak. Rambut sama hitam,hati lain-lain. Biarlah anda suka atau tidak suka dengan cara saya yang tidak POPULAR tetapi ianya saya fikir berkesan. Rambut tidak putus,tepung tidak beterbangan. Semua pihak boleh menang-menang. Hanya pihak yang berkepentingan sahaja meanggap KOTOR. Biarlah abang dengan cara abang. Bagilah sedikit ruang. Jangan tunjuk kita hebat,kita seorang sahaja BETUL,BERSIH,semua orang buat KOTOR,kita adalah mahasiswa,kita punya pendapat dan pandangan,pelbagai pihak kita serang termasuk BHEPP,PENGGAWA,PENOLONG PENGURUS ASRAMA, UPPU, SISTEM UNIVERSITI dan segalanya,tetapi kita harus ingat sejauh manakah kita boleh pergi,tidak mahu tidak kita akan juga mengharapkan MEREKA untuk membantu kita kelak percayalah. Hidup saling memerlukan.

Segala pandangan dan soalan yang adik timbulkan dalam mesyuarat tempoh hari abang telah berbincang secara bersemuka dengan TNC di ULU KENAS. Semasa perjumpaan TNC dengan PPMS juga semua PPMS membangkitkan perkara yang sama. Jangan anggap kita seorang sahaja yang PERJUANGKAN. Tidak fikirkah dikalangan pelajar yang gagal tahun satu tahun lepas berapa peratus kaum melayu??berapa peratus umat ISLAM??tidak malukah kita,sibuk memperkatakan pasal persatuan yang ingin diperjuangkan. Semua pihak faham tetapi perlukan sedikit masa dan kajian. Jangan terlalu mendesak adik. Berikan kita ruang.

Sekali lagi saya berpesan kepada adik, perbetulkan niat dalam setiap apa perkara yang kita buat. Kita punya upaya gunalah dengan sebaiknya. Abang tidak pernah bermusuh dengan sesiapa hanya mampu meluahkan dalam penulisan dengan harapan diberikan sedikit ruang,dan peluang untuk dibuktikan. Abang minta maaf jika ada tersalah bahasa dan perbuatan dan minta ampun kepada tuhan,abang tidak sempurna. Semoga adik terus berjaya dan dipermudahkan segala urusan.

Anonymous said...

baguslah dah berbaik..pasnih..stopla slg mengata.kalu nak ngata pun senyap2 sudahla...takyah heboh kat blg msg2...cam nak suh satu dunia yg tau.actually kamu berdua ni ada perbezaan yg ketara.sorang jenis jns t'lampau berani...sorang lg jns pak turut.apapun...gunalah perbezaan itu menjadi kekuatan.Contohilah nabi s.a.w...tegas dlm lemah lembut.

kopisejuk said...

menarik jga politik kmpus........i didnt know that or campus hv such thing.....jz wait n see

mr.thex said...

inilah politik kampus.yg kuat idup.yg lemah~~boleh blah.

Anonymous said...

Salam...akak arap sgt kowg berbaik blk. jgn ada dendam di hati memasing. kita kan hidup sekampus; saling tolong-menolong dan memerlukan. kalau satu pihak lemah atau buat silap, tegurlah dgn cara berhemah, bantulah dia. jgn malukan dia atau cuba jatuhkan dia. memasing ada maruah, tahu malu. sama2 lah jaga ia, pelihara ia. "coba memaafkan, walaupon kita yg bersalah". akak tujukan pada dua2 pihak. kalau itu jalan penyelesaian yg terbaik, why not kita ikut kan? x rugi pape pon. untuk kebaikan bersama. duduk semeja, berbincang elok2. insyaAllah semua akan pulih seperti sediakala. insyaAllah... akak doakan yg terbaik; untuk kowg, untuk kampus kita juga. ~KEEP THE PEACE, SPREAD THE LOVE"