11 July 2008

:: Ada apa dengan momerandum

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah berakhir sudah perjuangan sebagai seorang PPMS. Banyak pengalaman baru yang ditimba dan di kesempatan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Universiti terutamanya yang banyak membantu pihak PPMS dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Bekerja bersama-sama pihak Bahagian Hal ehwal Pelajar tidaklah sebegitu rumit yang diwar-warkan oleh sesetengah pelajar. Tidakcukup moral, pilih bulu, tidak mengendahkan hal pelajar, kebajikan tidak terjamin dan banyak lagi tomahan yang dilemparkan kepada pihak BHEPP. Bukan ingin mengampu atau membodek tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman. Nak buat tennis GRAND PRIX pun takdelah sampai disekat. Akhirnya dapat baju selai sorang. Bangga apa dapat anjur GRAND PRIX bukan mudah. Dalam mengharungi minggu suai kenal, Saya juga kagum dengan TNC BHEPP yang sanggup datang walaupun sekejap ke sini semata-mata hasrat untuk berjumpa dengan pelajar baru dan juga memikirkan soal kebajikan PPMS. Maaf jika saya katakan kenapalah ketua sesuatu badan tidak menjaga kebajikan ahlinya. Duit nak cepat tetapi bila dapat duit hasil entah kemana. Barisan sekretariat yang ditubuhkan kononnya untuk membantu tetapi juga tidak dijaga kebajikan. Merata cari rumah sewa terpinga-pinga dan terperdaya. Lain kali ukur baju dulu di badan sendiri.
.
Dalam detik minggu suai kenal juga banyak peristiwa yang memalukan berlaku. Ada pihak yang bertindak menghantar memorandum dengan harapan ia akan dapat mengaburi kegagalan dalam persatuan mereka. Malangnya apabila berdepan dengan pihak TNC mereka mula terdiam dikejarnya tak dapat digendongnya berciciran. Kenapa nak mencampuri urusan atau tugasan pihak pengurusan. Melatah tidak tentu hal. Kenapa perihal akedemik tidak ditekankan. Bising dengan cogankata kononnya akedemik terpelihara. Jelas omongan kosong. Saya turut berasa malu atas tindakan yang pada mulanya dengan harapan akan diiktiraf sebagai penyelamat dan hero kampus. Cabaran TNC berikan nampaknya sehingga hari ini tidak diimplementasikan lagi. Semua adik-adik tahun satu dihasut menyalahkan pihak universiti kononnya menghalang menubuhkan persatuan. Tidak cukup dengan itu 'wira kampus' mengedarkan soal jawab ala soal selidik untuk adik-adik di surau. Tidak cukup dengan itu no bilik, no telefon, email turut diminta. Nanti pasti mudah untuk menghantar atau menjejaki adik-adik untuk dijadikan mangsa anda si 'wira kampus'. Lagi mengecewakan saya kenapa nak menyalahkan tidak wujudnya persatuan maka program NADI tidak boleh dijalankan. Selama ini saya perhatikan telah berjalan dengan baik dan siap suruh adik-adik nadi masing-masing mengedarkan poster pilihanraya dan belon lagi semasa berkempen pilihan raya kampus. Sebenarnya sikap yang sebeginilah yang merosakkan adik-adik. Menggunakan adik-adik untuk tujuan tertentu akibatnya sekarang sudah jelas, adik-adik tidak lagi bersatu hati tidak tegur-menegur, tidak lagi timbul rasa hormat kepada semua termasuk ketua year masing-masing. Perpecahan terjadi. Dah lah semakin ramai yang gagal lagi malang ramai pulak kaum melayu. Betul kata TNC kita patut tumpukan kepada perkara akedemik ini. Bukan semangat nak buat memorandum nak buat demonstrasi, menghantar mesej yang kononnya mengugut pihak universiti. SIAPA KITA??. Hebat sangatkah kita??
.
Secara peribadi saya memahami keluhan dan rintihan pelajar di penginapan luar kampus. Pihak pengurusan telah beri jaminan untuk membantu sehabis baik. Kita faham keadaan pelajar tetapi jangan cuba mengganggu pihak pengurusan menjalankan kerja mereka. Kata-kata kesat dilemparkan kepada pihak pengurusan kononnya marah dengan penempatan yang diberikan. Saya cukup kecewa dan malu, sehinggakan ingin berunding dengan pihak pengurusan jadi segan. Akibat mulut badan binasa. Saya berharap semua bersabar. Semua pihak sedang memikirkan alternatif. Cukuplah memorandum yang berniat jahat. Kononnya meningkatkan moral pihak pengurusan. JELAS TIDAK PERLU. Bukan cara mahasiswa. Suaralah melalui penuh bijaksana dan berhemah. Kepada 'wira kampus' anda teruslah menghantar mesej kepada semua termasuk TNC dan pengarah kampus kerana saya sudah bosan dengan anda. Hanya cincin kenal permatanya. Realisasikan slogan kata, jangan sekadar omong kosong. Akhlak terjaga, Akedemik tak terpelihara. Maaf jika keterlaluan.
.
Kepada saudara "A"teruskan bercekerama tetapi janganlah sabotaj dari belakang, nampaknya saudara cuba bermain kotor dengan mencemarkan nama saya di kuliah-kuliah adik-adik tahun satu. Saya tidak suka cara demikian. Saya rasakan anda sudah insaf setelah mengunjungi tanah haram tetapi malangnya tetap sama. Sungguh mengecewakan.
.
:: PPMS, jasamu tetap kukenang
"Ke gunung sama di daki, ke lurah sama di turuni"

12 comments:

Anonymous said...

sometimes i feel soooo bored to hear n c all da nonsense!!alwayz blame each other.wat all of u got,HEAVEN??????????by looking at other's weakness....
pliz la,b rasional,think deeply,wat u get if u can prove other's fault???just remember wat GOD has promise us....don't wait until GOD show ur fault@weakness,den u wan 2 stop do dat to other person.no one perfect(include u),so it is a normal thing wen we do mistakes.....
hurm,lets pray n ask Allah 2 open our heart.Muslims will b strong if they unite

Jacknaim said...

Salam.. YB Limi, yang ,masuk serah memo tu ramai. YB pun ada.YB jangan lupa, bukan isu penginapan sahaja yang dikemukakan. byk lg isu lain yg diketengahkan..kebajikan pelajar, pengantarabangsaan, kebajikan dan lain2.. YB je duk diam je sepanjang meeting tu. kena puji sikit terus sunyum melebar. x yah la nak hebohkan benda ni kat semua orang. yang penting ada kebaikan drpd serah memo tu. TNC pun dah bagi macam2 janji ari tu. bab kata TNC, marilah kita berkerja dibawah satu bumbung. jangan duk hentam menghentam, tiada pelabelan. rupa2 nya YB x ikut saranan TNC sebab bangkitkan lagi hal ni.. duk heboh2 lg. cukup la YB. masa YB dah nak abis dah. berapa bulan je lagi...

kickdefella said...

Do you know what is memorandum?
Do you know/ever thinking to make memorandum?

I'm pretty sure you don't know about that because you're typical of coward person.(A coward is a person who will accept what people do to him and then have it's own nightmare about that + bedwetting)

Remember you're MPP,student choose you.Your job is to work for student not Hal Ehwal Pelajar damnit!! So,go find students issue..What's their problem is.

You're typical of current government which make people work for them,not work for people..

..:: IT'S NOT WEIRD IF OUTSIDERS ATTACK OUR COUNTRY AGAIN IF PERSON LIKE YOU STILL ALIVE::..

My advice : Don't be a COWARD just to make sure you survive, but be a KNIGHT to make sure you're not dead

:: halimi muhamad rusli said...

salam,,
kepada anonymous,,saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada anda atas nasihat yang diberikan,,jika anda berada di tempat saya maka anda akan rasa apa yang telah saya rasa,,kepada jack naim,,jika nak bekerja satu bumbung kenapa sehingga hari ini masih ada momerandum dihantar kepada pihak pengurusan,,kalau sudah semua setuju kenapa ingin lagi memburuk-burukkan pihak pengurusan,,biarlah mereka buat kerja mereka jika tidak kena kita tegur berbincang secara bersemuka,,bukannya fotostat momerandum-momerandum dan tampal di notis board termasuk di surau,,kepada kickdefella,,awak sebenarnya pengecut,,tampillah terus kepada pihak pengurusan come out with the idea not with the only momerandum,,n try to work with university,support the university don't against the university,,student welfare is alwals my priority,,don't blame me without you look at yourself first,,what had you do to other student, what had you do to university,what had you do to your country, dont talk much,always remember mens died once not twice,,forgive me if my words are unconfortable to you,,thanks a lot

Jacknaim said...

Apa sebenarnya berlaku sewaktu penyerahan memorandum dan benarkah tuduhan YB berjiwa rakyat. Sila baca di http://jacknaim.blogspot.com/2008/07/memorandum-apa-sebenarnya-berlaku.html

Garfield fan said...

YB halimi... setahu saya memorandum tu di buat selepas rundingan di buat secara bersemuka dengan pihak pengurusan dan mengharapkan mereka menjalankan tugas dengan baik..... kesal dengan sikap mereka yang 'gagal' menyelesaikan isu tersebut dengan baik,barulah memorandum tersebut dibuat. bukannya terus buat memorandum tanpa berusaha terlebih dulu secara rundingan dan perbincangan....

lagi satu, entry YB berkenaan memorandum ni banyak yg berunsur tafsiran sendiri (tak tau cerita penuh, tapi nak komen seolah-olah tau semua. biasa la tu, manipulasi maklumat...) dan lari dari cerita sebenar....

Anonymous said...

hm..nk muntah pun ada,,mcm2 perasaan memualkan la..
udah2 la tu yb halimi,,ingatkan dh insaf,,rupanya blom lg.
sblum melangkah keluar dr usm ni,bnyk2 la bertaubat,tinggalkan nama baik kat student,jngn orang pandang kita ni pemimpin yg x tau apa yg diperjuangkan(kebajikan student@ kepentingan sndiri) or may be juz mencari publisiti???wallahualam

Anonymous said...

sy x menyebelahi mana2 pihak,alif pun sy x kenal,apatah lagi halimi,,
cume pelik bin ajaib sikit,tak tau apa lagi yang halimi x puas hati lagi,
perlukah nak bangkit2kan senario PRK yang dah lama dulu..nk kata kalah,dua2 pun menang,,belon x belon,,itukan strategi undi masing2..udah2 la tu, halimi..jangan la terlalu mendedahkan keaiban sendiri,,sngt2 memalukan menjatuhkan air muka sendiri dengan sikap kebudak-budakan ni.

Anonymous said...

salam adik halimi...

Terus terang akak katakan dulu akak amat mengagumi anda dari segi tokoh kepimpinan dan ilmu agama yg dpt dilihat dlam diri anda. Tapi setelah membaca artikel2 penulisan adik, bermula dr artikel yg lama(berkisar mengenai perbalahan anda dengan alif) sehinggalah kepada artikel terkini, sedikit sebanyak rasa kagum dan hormat dalam diri akak terhadap adik limi telah berkurangan. Dan mungkin juga akan hilang sekiranya adik terus menerus bertindak begini.Akak bukanla jenis org yg suka utk memberi komen di alam maya ini.Akan tetapi setelah membaca artikel2 yg ditulis oleh limi membuatkan hati akak terpanggil utk menulis dan memberi sedikit komen. Akak lihat adik seperti selalu suka menyalahkan org lain. Berkenaan dengan usaha psp utk mencari rumah swa,sekurang2nya mereka telah berusaha utk menolong ahli2 mereka. Dan wajarkah adik mempertikaikan soal itu?
Adik,berhenti la dr terus menghentam sesetengah individu.xbaik sikap tu. Akak perhatikan adik lebih byk menghentam pihak lain di dlm blog ini drp menumpukan soal mpp.Mksd akak cuba isikn blog ini dengan pengisian yg lebih berilmu seperti usaha2 mpp di kala ini. Ini adalh lebih baik drp adik mencanangkan cite perbalahan adik dgn sesetengah pihak yg adik x puas hati.
Dan tumpukan la perhatian yg lebih terhadap study.

:: halimi muhamad rusli said...

waalaikumusalam,,anonymus
'KAKAK',,first of all very thanks about the pujian and i really2 appreciate it,saya hanya nak nasihatkan akak jangan mudah membuat kesimpulan dalam sesuatu hal,sekali lagi saya cakap berkenaan mana-mana persatuan,saya faham keadaan mereka semua tetapi apa sangatkah kita,akak tahukah statistik pelajar yang TIDAK MEMOHON penempatan berapa orang??,banyak alasan yang tidak masuk akal diberikan,lagi teruk menuduh pihak lain yang salah, kenapa selalu menyalahkan pihak lain, sepatutnya mereka lebih peka dengan notis ,kenapa ramai je yang boleh memohon, mereka sahaja tidak, pasal rumah sewa,saya tak pernah halang!akak, malah saya pun tolong recommend dekat member-member saya rumah-rumah sewa yang saya tahu. Maaf akak bukan melawan akak,cuma memberitahu.Saya juga kagum dengan akak dan kesudiaan akak membaca tulisan-tulisan saya. Untuk makluman akak sekali lagi saya maklumkan saya tidaklah sesempurna yang akak sangkakan, Tolong doakan untuk saya dalam doa akak. Terima kasih akak

Anonymous said...

salam..
saya cuma tertanya satu soalan je.salahkah menghantar memorandum??kalaulah...dgn m'hntr memoandum ni pihak universiti understand what we want...why not??
sejujurnya...sy pelajar ppsk..n sgt2 cemburu dgn ppsp kerana m'punyai barisan pemimpin yg mantap. pemimpin yg sentiasa b'fikir@m'cari jln penyelesian utk sesuatu benda. cth plg utama...psl jpa...pelan a n b.sesungguhnya allah s.w.t tak melihat pada hasil tp USAHA.tak kisahla dpt ke tak...tp mrk dah brusaha.APA YG YB HALIMI USAHAKAN???
from ur word...sy hanya bleh kata...yb b'usaha memburukkan barisan mpp.yb kata guna cara BERHIKMAH N BIJAKSANA...m'burukkan org lain dlm blog sdiri bukan cara berhikmah but mMEMALUKAN. sorry yb.sy mintak maaf sgt2 sbb maybe i cant support u for next pilihanraya.

kopisejuk said...

wow.......getting hot