18 August 2008

:: Jauh berjalan luas pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan terharu kepada semua kerana tidak sepi-sepi berdiskusi dalam laman blog ini. Jadi benarlah banyak dakwaan ramai mahasiswa kini berminat dan mula mengambil perhatian terhadap isu-isu politik kampus terutamanya di kampus kesihatan. Saya yakin dan percaya pihak yang benar akan terus menang dan pihak yang cuba berniat jahat akan tersungkur akhirnya. Selama ini saya memohon maaf kerana tulisan saya terpaksa berhenti sekejap kerana kekangan masa. Suka untuk saya berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang lawatan saya di Kepulauan Sulawesi Indonesia tempoh hari bersama pemimpin-peminpin pelajar yang lain seluruh IPTA di Malaysia. Walaupun begitu saya amat kecewa dan sedih sepanjang pemergiaan saya ke sana berlaku beberapa peristiwa yang disampaikan oleh rakan-rakan terutamanya tentang isu-isu panas perlantikan beberapa jawatan penting Universiti.
.
Setibanya saya di bumi Indonesia saya berasa amat berdebar-debar kerana berdasarkan homework yang dibuat mahasiswa di Indonesia lantang dan amat kuat semangat patriotiknya. Saya pada awalnya membuat kira-kira tentang slot dialog dengan mahasiswa mereka disana. Untuk makluman semua saya ditugaskan untuk membentangkan kertas kerja di Universiti-universiti terpilih di Sulawesi. Apa yang ingin dikongsikan bersama adalah bagaimana sikap kematangan mahasiswa mereka berfikir. Mereka mengamalkan prinsip mahasiswa sebagai agen perubahan. Sosial changes. Tetapi malangnya methodologinya sangat berbeza berbanding dengan mahasiswa Malaysia. Mereka akui mereka hebat di jalanan. Mereka hebat berdemonstrasi. Semuanya untuk mendesak. Tiada ruang untuk bertemu menteri. Pengajian mereka ditanggung sendiri yang menelan kos belanja yang amat tinggi. Bantuan kewangan terbatas. Apabila sesi soal jawab soalan yang pertama ditimbulkan adalah mengenai KERAJAAN MALAYSIA YANG DIDAKWA MENGAMALKAN DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA INDONESIA. Soalannya memang kontroversi apa tidaknya mereka juga seperti kita mudah dieksploitasikan oleh media massa. Rata-rata perwakilan pelajar Malaysia sudah menyangka soalan sebegini dan kami cuba memeberikan gambaran yang sebenar. Mengenai turun ke jalanan saya menerangkan secara peribadi kepada mereka ini bukan cara kita. Banyak kesan dan impak yang tidak sihat akan berlaku. Apa tidaknya jika benteng moral runtuh maka banyak lagi kesan-kesan buruk yang akan didapati. Saya berpesan kepada semua mahasiswa kampus ini. Jangan pendek akal. Saya juga bersetuju dengan salah seorang perwakilan pelajar yang mendakwa di INDONESIA dan MALAYSIA kita sama tapi sedikit perbezaan. Di Indonesia 'Turun di jalanan' dimulakan oleh mahasiswa dan rakyat mengikutinya tambahan lagi tidak ada langsung isu-isu politik luar yang masuk campur. Di Malaysia malangnya pihak politik yang memulakan dahulu baru mahasiswa yang mengikuti. Mahasiswa dijadikan alat politik kotor mereka. Fikirkanlah para mahasiswa termasuk diri saya. Banyak lagi aspirasi universiti yang masih belum dicapai. Jangan suka berpecah-pecah, berdemostrasi. Rata-rata pemimpin pelajar di sana mengharapkan lebih banyak lagi penganjuran aktiviti melibatkan mahasiswa MALAYSIA-INDONESIA diadakan. Sahutlah cabaran ini rakan-rakan mahasiswa. Pihak PSK,PSP dan PSG bolehlah merancang aktiviti menjurus lagi dalam bidang akedemik dan pihak MPDMN saya cadangkan lebih kepada aktiviti pembangunan modal insan seperti rekreasi, pengucapan awam, perkemahan, debat, pertandingan pantun dan acara sukan itu sendiri. Dari pihak MPP saya telah mencadangkan supaya bilangan pemimpin pelajar yang mengikuti program seprti akan bertambah dan ayuhlah kita membuka mata mencari kehebatan mereka menilai kelemahan kita dan relisasikan di kampus kita. InshaAllah jika berkesempatan saya akan mengatur perjumpaan dengan semua wakil persatuan bagi menyampaikan apa intipati lawatan yang saya perolehi.
.
Setibanya pula saya di kampus. Banyak dihujani mesej-mesej yang bertanya tentang isu di kampus. Apa tidaknya khabar angin yang saya harap tidak akan berlaku di kampus ini. Dakwaan akan berlaku demonstrasi membantah perlantikan MPD kian tersebar melalui e-mail, sms dan flyer2. Muslim society pula mengedarkan risalah-risalah di bilik TV, kafeteria, surau dan seluruh kawasan kampus. Apa yang direncanakan saya pun tidak pasti. Yang penting saya serah kepada sumua mahasiswa yang menentukan. Cuma ingin berpesan kepada yang mengatur ini semua. Terbang bangau tinggi-tinggi kelak belakang kerbau juga dihinggapnya. Kita saling memerlukan. Kita sekeluarga. Cubit paha kanan-paha kiri berasa. Secara peribadi saya berpendapat isu MPD bukan perkara besar. YDP MPD penting bagi meneruskan aspirasi Universiti. Biarlah siapa menjadi ketua, apa yang penting jika betul harus disokong yang salah harus ditegur. Jangan hanya hebat bercakap. Hebat mendakwa semua pihak seolah-olah kebenaran mutlak hanya pihak dia. Cukuplah jawatankuasa semua persatuan pelajar yang lepas sebagai pengajaran. Mantapkan lagi dan jangan sahaja beritorik dengan slogan. Yang tua kita hormati yang kecil dipimpin tangan. USAHLAH MENDESAK LAGI. MENDESAK BUKAN CARA KITA.
.
:: mendesak itu memalukan
"hina besi kerna karat, hina manusia kerna akhlaknya"

8 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum adik...

'mendesak itu memalukan'??

adekah maksud adik, ianya memalukan apabila:
1)pejuang2 tanahair yg berarak, menumpahkan darah mrk membebaskan tanahair, memalukan???
2)TAR ke parlimen england mendesak tanah melayu dimerdekakan, memalukan???

sudahkah adik lupa akan perjuangan nenek moyang adik, pejuang2 bangsa yg memberikan keamanan adik hidup hari ini???

sungguh hina, dek perjuangan dimalukan, sesungguhnya adiklah pewaris pemikiran penjajah yg menjatuhkan bangsa n negara...

sekian
3) berjuta rakyat tnh melayu berarak di johor menentang malayan union, memalukan???
4) rakyat palestin, iraq, afganistan berarak menuntut kebebasan, memalukan????
5) seluruh dunia berarak menentang panjajahan us di afganistan n iraq, memalukan???

dan pelbagai lagi peristiwa2 laen dmana pejuang2 kebebasan n keamanan ini menuntut kesmaratan n keadilan adalah MEMALUKAN???

sungguh sedih jikalau darah bangsa yg mencurah dimalukan bangsanye sendiri, sungguh sedih kiranya perjuangan menuntut keadilan dimalukan oleh org2 spt adik yg sudah lupa erti perjuangan, erti kebebasan, erti keadilan...

Halimi Muhamad Rusli said...

Waalaikumussalam,,

Memang memalukan. Kenapa ingin mendesak untuk menentang perlembagaan, mengapa ingin merosakkan,kenapa tidak membina kekuatan sebaliknya dengan mendesak kita hanya memecahkan perpaduan yang telah dibina. Pejuang dahulu berarak kerana maruah agama, maruah bangsa, dan tanah air bukan kerana individu. Yang kononnya suci dan tidak diberikan keadilan. Mengapa perlu kepada berarak secara ganas. Dulu semasa berarak menentang Malayan Union tidak pula kita tengok dibakar harta benda,kereta turut jdi mangsa, dirosakkan lampu isyarat lebih teruk lagi jalur gemilang turut dibakar. Anda bersetuju dengan cara ini. INI MEMALUKAN.TIADA PENYELESAIAN. Sering kali saya ulangi, Kita hidup aman damai di kampus. Kita boleh bebas mengadakan aktiviti keagaman masing-masing. Hari-hari perayaan disambut secara mesra dan harmoni. Semasa bersukan kita gah dengan semangat MURNI-NURANI. Tidak inginkah kita melihat masyarakat luar seperti kita!!

Jika terus mengamalkan amalan MENDESAK kita saya yakin akan hancur. Masyarakat kampus akan punah ranah. Terus mendesak untuk kepentingan mana-mana individu atau persatuan. Tidak cukup dengan mendesak dicadangkan satu perarakan. Kenapa perlu begini?? Kita punya platform,kita punya saluran, segalanya boleh diselesaikan secara muzakarah. Berbincang dengan berhemah,sama-sama menang. Tidak perlu lagi MENDESAK.

"MENDESAK menghancurkan masyarakat!"

Anonymous said...

assalamualaikum adik,

'mendesak utk menentang perlembagaan'???

Perlembagaan Persekutuan Malaysia:-
Bhgn 2 Perkara 5(3)-Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.
Bhgn 2 Perkara 5(4)-ika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu

Jelas disini akta keselamatan dlm negeri (ISA) adalah satu akta di bwh kementerian dlm negeri adalah BERTENTANGAN dgn perlembagaan. Jadi desakan yg dibuat spy ia dihapuskan adalah SELARI dgn perlembagaan persekutuan...

Bhgn 2 Perkara 10(1):(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

akta polis yg digubal utk menghadkan perhimpunan tidak lebih drpd 5 org dan perlu mendapatkan permit adalah BERTENTANGAN dgn perlembangaan....berhimpun itu sebenarnya adalah SELARI dgn perlembangaan...

"dibakar harta benda,kereta turut jdi mangsa, dirosakkan lampu isyarat lebih teruk lagi jalur gemilang turut dibakar" kenyataan adik ni bersifat spekulatif...
walaupun kita semua tgk video org yg memperlakukan semua ini yg disiarkn scr berulang2 di rtm, persoalannya disini, walaupun wajah pelaku2 ini secara jelas tersiar, MENGAPA PIHAK POLIS TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP MEREKA??? mungkin mrk adalah org yg tidak mahu ditangkap, dan kt semua tahu siapa yg tidak akan ditangkap!

'Kita punya platform,kita punya saluran, segalanya boleh diselesaikan secara muzakarah. Berbincang dengan berhemah,sama-sama menang. Tidak perlu lagi MENDESAK." setuju kecuali ayat yg akhir sekali...
umum mengetahui inilah cara yg paling baik, namun pilihan terakhir tidak boleh dikecualikan terutamanya apabila semua saluran2 ini ditutup rapat...
pd ak rakyat malaysia adalah rakyat yg paling baik di dunia, kerajaan BN perlu bersyukur, walaupun rakyat telah ditipu selama lebih 50 tahun namun rakyat masih lg memberikan peluang yg seluas-luasnya kpd kerajaan...akan tetapi tidak jua sedar...

nasihat pd adik...tlg baca dulu perlembagaan malaysia krn yg jelas disini, yg MENENTANG perlembangaaan malaysia adalah adik sendiri...

Halimi Muhamad Rusli said...

Waalaikumussalam,,

Terima kasih atas bacaan semula bahagian-bahagian dalam perlembagaan itu. Yang jelas perjuangan dan matlamat kita sama. Kita lafazkan syahadah yang sama. Kiblat pun sama. Perjuangan biarlah ikhlas. Pesanan dari adikmu ini sekali lagi. Keikhlasan dan amanah yang kita pikul dibumi ini amatlah berat. Sama-sama kita berdoa suapaya kebenaran yang mutlak akan tertegak dan yang batil menyembah bumi. Orang yang benar akan terus diberikan kekuatan dan yang salah dan pengecut akan terus berdolak. Biarlah hanya tuhan yang tahu isi hati mereka. Moga-moga kita digolong dalam golongan yang beruntung di dunia dan akhirat.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Halimi Muhamad Rusli said...

Waalaikumussalam,,

Atas dasar gambar yang saya fikir tidak perlu disiarkan. Penuh dengan muslihat. Kita punya presepsi sendiri tetapi jangan mudah mengintepratasikan sesuatu sebagai rencah politik kita sehingga aib orang lain dibuka. Saya tidak mahu menjadi agen penyebaran gambar-gambar seperti ini. Jadi saya mengambil keputusan untuk membuang comment anonymous yang bertarikh August 19, 2008 10:33 PM. HARAP MAAF. Hari ini kita buka aib orang esok nanti aib kita akan dipertontonkan oleh semua orang di PADANG MAHSYAR. Saya tidak suka cara begitu. MAAF tuan

Anonymous said...

assalamuailaikum adik,

oh tak mengapa, sy memahami. pemikiran kita semua berbeza. ad yg lebih liberal dan ad yg lebih konservatif...

disini ingin sy kemukakan persoalan tunjang yakni...
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION itu didasarkan kepada perjuangan bangsa melayu atau orang melayu???

kerana melayu itu asalnya adalah drpd perkataan orang melayu. orang tidak sama ertinya dgn bangsa. eg orang jawa, orang cina. ianya adalah lebih kepada sekumpulan orang yg mengamalkan budaya yg sama. bangsa pula diidentitikan kpd bentuk geometri tulang, dna dsbgnya dan terdapat bukti kukuh dr segi antropologinya bhw melayu itu adalah bukan suatu bangsa akan ttp orang melayu yakni sekumpulan org drpd pelbagai bangsa yg mengamalkan budaya yg sama...

persoalan yg ringkas:
orang melayu atau bangsa melayu?

dan sy akan huraikan hujah lebih lanjut bhw orang melayu adalah bukan bangsa melayu...

Anonymous said...

Assalamualaikum adik,

Berikut sy nk berkongsi beberapa fakta antropologi ttg asal usul orang melayu di malaysia.
pertama skali, kt lihat sejarah migrasi penduduk Selatan China (wilayah Funan) 6000 thn lampau, mrk brhijrah ke Taiwan (skrg org Alisan, kemudian ke filipina (skrg org Aeta)dan ke Borneo (4500 thn lampau, skrg org Dayak. Kemudian berpecah ke Sulawesi dan brkembang ke Jawa dan Sumatera. Dr Sumatera mrk brhijrah ke Semenanjung Tnh Melayu 3000 thn lampau. Satu sub-kumpulan dr Borneo juga telah berhijrah ke Champa di Kemboja 4500 thn lampau.

Yg menariknya, sekumpulan penentang di Champa kemudian berhijrah ke Kelantan skrg bersama bbrp org Dong Song dan HoaBinh dr Vietnam dan Kemboja. Ad juga bbrp migrasi dr selatan Thai/Siam atau Patani skrg.

Berbezanya org melayu di Kelantan dan selebihnya di smnnjg tnh melayu ialah mrk berhijrah dr Selatan China melalui Kemboja, selain Kelantan melalui Sumatera. Org Minangkabau pula adalah kacukan dr keturunan Iskandar Zulkarnain dan Puteri Raja India Barat. Org melayu yg menetap di Pantai barat Johor berasal terus dr Pulau Jawa (orang Jawa), pantai Kedah dr Aceh di Sumatera...

Org melayu yg berasal dr Selatan China ni jg berhijrah ke Papua Ne Guinea dan Australia melalui filipina termasuk org asli Polinesian. Mrk ini juga dr keturunan Australo Melanesian yg berhijrah dr Afrika 60 000 thn lampau...

Org Bugis pula bukan berasal dr Selatan China ataupun Australo Melanesian dr Afrika. Bugis adalah kacukan drpd org Cina dan Arab. Org Cina yg dimaksudkan adalah bukan dr wilayah Funan di Selatan China ttp drpd para pegawai Dinasti Ming yg lari dr China (org yg diburu oleh Laksamana Cheng Ho yg dtg ke Melaka. org Bugis bermula sbg lanun di kepulauan johor-riau dimana anak saudara Daeng Kemboja ditabal menjadi Sultan Selangor yg pertama. (Keseluruhan Kesultanan Selangor adalah berdarah Cina-Arab). Now puteri hang lipo pula adalah puteri dr Dinasti Ming di China dihantar berkahwin dgn Sultan Melaka. Keturunan Kesultanan Melaka diwarisi Kesultanan Perak dan Johor. Walaubagaimanapun, Kesultanan Johor pd hari ini adalah dr keturunan bendahara dan bukan dr kesultanan melaka...

Jd kesimpulannya, siapa org melayu sebenarnya?? Org melayu adalah kacukan Cina-Arab-India!!!

Jd tlg perjelaskan asas perjuangan UMNO tuh bertunjangkan org melayu tu??? persoalannya siapa org melayu nih?