06 December 2009

:: Sehari di USM Kubang Kerian

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Tanggal 6 Disember 2009 merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi saya kerana pada hari ini saya melangkah kakinya kembali ke USM Kampus Kesihatan. Alhamdulillah, hari pertama berjalan dengan penuh sempurna. Setibanya di USMkk seawal jam lapan , saya disambut mesra oleh staf di BHEPP dan desa Murni yang kebetulan baru melaporkan diri untuk bertugas. Saya sempat menanyakan khabar mereka dan atas jasa baik pihak pengurusan di sewakan saya tempat berteduh di Desa Siswa Murni 2. Bilik Master flat aras tiga.Permulaan semester 2 bakal bermula dan apa yang pasti satu disertasi harus disiapkan dan dihantar bagi melengkapkan pengajian Sarjana saya ini. Cabaran sudah bermula dan haruslah di rancang dengan sebaiknya.
.
Hari ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua staf pentadbiran dan rakan pelajar yang tidak jemu-jemu melayan saya dengan penuh kasih sayang walaupun saya baru sahaja 6 bulan meninggalkan kampus kesihatan ini.
.
Banyak perubahan yang saya dapat perhatihan, kadang mengusik hati kecil tanda kesyukuran penat lelah dan usaha yang saya perjuangkan dahulu nampak berhasil beransur-ansur. Apa yang pasti dua kompleks dewan kuliah PPSK dan Pusat Mahasiswa bakal disempurnakan pada tahun hadapan. Kelihatan juga set-set senaman bagi memupuk gaya hidup sihat dikalangan pelajar. Sistem bunyi di Surau juga kelihatan di naik tarafkan seiring dengan perkembangan infrastruktur yang lain. Koridor yang dibina di Murni dan PPSG dilihat mampu juga memberi keselesaan kepada semua pelajar terutamanya musim monsun sebegini. Namun di sudut hati saya masih tersemat harapan untuk melihat hubungan antara pelajar sepatutnya lebih erat baik pelajar melayu, india dan cina. Mereka sepatutnya memupuk sikap saling bertegur sapa, bantu membantu, dan lain-lain nilai murni yang seterusnya dapat melahirkan generasi Malaysia yang lebih harmoni kelak. Sinar malam di Desa Siswa Murni 4 nampak semakin BIRU. Saya tersenyum melihatnya.
.
Hari ini juga amat bermakna kerana diketemukan saya dengan ramai rakan-rakan sahabat yang sering beradu kekuatan semasa kempen pilihan raya kampus suatu masa dahulu. Mereka menyapa saya dan saya menjawab dengan penuh berhati-hati kerana saya sudah masak dengan perangai mereka.
.
Esok perjuangan saya harus diteruskan, banyak lagi persediaan harus dibuat bagi menyiapkan fasa pertama yang amat penting bagi dissertasi ini. Harap dapat disiapkan tepat pada masa dan tidak ada lain yang saya pinta dari doa dipermudahkan dari semua bergerak seiring dengan keberkatan restu ibu bapa dan keluarga. Terima kasih kepada semua yang sering membantu memberi kekuatan kepada saya.
.
"Asyik tengok BILLBOARD di KB; cantik2 dan besar-besar belaka"
:: Peristiwa di KB MALL (Bala) kecil dan minta-minta dijauhkan

4 comments:

proM said...

Hari ini juga amat bermakna kerana diketemukan saya dengan ramai rakan-rakan sahabat yang sering beradu kekuatan semasa kempen pilihan raya kampus suatu masa dahulu. Mereka menyapa saya dan saya menjawab dengan penuh berhati-hati kerana saya sudah masak dengan perangai mereka.

macam x hbs2 je dendam saudara dgn depa semua ni..

mahasiswa prihatin said...

"Banyak perubahan yang saya dapat perhatihan, kadang mengusik hati kecil tanda kesyukuran penat lelah dan usaha yang saya perjuangkan dahulu nampak berhasil beransur-ansur. Apa yang pasti dua kompleks dewan kuliah PPSK dan Pusat Mahasiswa bakal disempurnakan pada tahun hadapan. Kelihatan juga set-set senaman bagi memupuk gaya hidup sihat dikalangan pelajar. Sistem bunyi di Surau juga kelihatan di naik tarafkan seiring dengan perkembangan infrastruktur yang lain. Koridor yang dibina di Murni dan PPSG dilihat mampu juga memberi keselesaan kepada semua pelajar terutamanya musim monsun sebegini".

wahai halimi..sudah2 le tu mnipu mahasiswa kat USMKK..spnjg pmerintahan demo sbnrnya habuk pun xda..rsnya kalo MPP09/10 dengar yg atas ni msti meke gelak terbahak2..demo cuba mnumpang atas kejayaan meke..

Halimi Muhamad Rusli said...

:: Biarlah saya seorang sahaja yang melahirkan rasa kesyukuran dan tidak mengharapkan apa-apa dari semua pelajar,,cuma untuk kemudahan dan kebajikan semua pelajar,,tidak guna saya nyataka jika anda tidak berada di tempat saya,,biarlah saya seorang sahaja menzahirkan di blog peribadi saya ini,,tuhan MAHA MENGETAHUI,,tiada minta sanjungan siapa

Jacknaim said...

adeh! poyo nye