24 February 2010

:: Alahai WIRELESS USMKK

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Salam 1MALAYSIA
.
Saya mohon beribu maaf kepada semua rakan kerana perhubungan kita secara maya sering kali terbatas. Di fahamkan USM Kubang Kerian sedang dalam proses penambah baikkan perkhidmatan dan percubaan alat ganti baru maka perkhidmatan berlaku sedikit gangguan. Turut di akui perasaan kurang senang di kalangan pelajar makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Bersabarlah para pengguna usmkk wireless semua. Banyak aduan telah diterima dan banyak juga tindakan mengatasi oleh pihak berkenaan telah dijalankan. InshaAllah jaminan yang telah diberikan oleh pihak berkenaan amatlah positif
.
Sehingga hari ini dan mungkin minggu depan akan berlaku gangguan difahamkan. Difahamkan juga satu pertemuan khas akan diadakan bersama wakil pelajar hari ini dan sama-sama kita nantikan resolusi atau laporan yang disediakan
.
Terlintas di fikiran semasa membaca akhbar perdana UTUSAN MALAYSIA hari ini ada dinyatakan komitmen kerajaan dalam mencapai ketembusan perkhidmatan internet di Malaysia amatlah tinggi dan banyak tindakan ditafsirkan dan dilaporkan. Terbaru, Menteri berkenaan mengeluh kerana banyak karenah dan kurangnya kerjasama daripada kerajaan negeri dalam membina menara pemancar di tempat-tempat yang dicadangkan.
.
Bermain di fikiran saya, sekiranya pihak berkenaan turut membina menara pemancar yang mampu memberi perkhidmatan di segenap kawasan kampus adalah lebih baik berbanding sistem penggunaan AP (access point) di setiap desasiswa atau kawasan. Kos pembinaan wajar menelan belanja yang tinggi namun mungkin pulangan dari segi kemudahan pemantauan, baik pulih yang tertumpu di hanya satu tempat berbanding sekarang dan mungkin beban tugas akan lebih berkurang. Menara pemancar seakan-akan menara CELCOME yang wujud di pintu masuk pengawal menjadi pedoman bagi idea saya itu. Secara tidak langsung ketirisan atau kronisme yang didakwa wujud melalui tender menyediakan AP akan dapat dielakkan. Namun pihak USM punya alasan yang tersendiri
.
Penggunaan video streaming (you tube, YM video) turut dihalang di USM kampus kesihatan atas alasan mengurangkan kesesakan trafik internet. Sekali lagi seakan-akan membataskan manfaat teknologi dikalangan pelajar. Mungkin juga mahu mengelak disalah gunaan dan juga kelalaian. Namun pendapat peribadi saya tidak seharusnya di sekat. Saya telah mengutarakan masalah ini kepada pihak berkenaan dan mereka memberikan penjelasan yang boleh diterima
.
Saya sekali lagi memohon maaf dan mendoakan perkhidmatan wireless ini akan lebih baik dari masa ke semasa.
.
"Maaf rakan maya sekalian"
:: Hidup harus diteruskan dengan alternatif

No comments: