23 February 2010

:: Royalti Minyak vs Wang ehsan

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Salam 1MALAYSIA
.
Gegak gempita di seluruh negara membicarakan tentang ROYALTI dan WANG EHSAN negeri Kelantan. Dari semua golongan lapisan mendendangkan lagu yang sama berdasarkan persepsi masing-masing. Bagi golongan yang menentang maka liriknya dipenuhi dengan bait-bait perasaan benci, rasa teraniaya, tidak puas hati, merajuk tidak tentu pasal dan lebih buruk fitnah mula ditabur. Bagi yang menyokong pula memaparkan genre ketelusan, bimbang disalah guna, golongan sasaran menjadi keutamaan, hak mutlak dan banyak lagi bagi menguatkan hujah. Soalnya sekarang adakah rakyat KELANTAN akan mendapat faedah hasil gubahan lagu-lagu pihak politikus ini. Asas perundangan yang diguna pakai sekian lama seolah-olah nampak disamarkan dengan hujah politik mana-mana pihak. Ada juga yang hairan mengapa isu ini dilihat ibarat air bah yang mempunyai musim-musim tertentu. Adakah tindakan terdesak ataupun strategi politik pihak-pihak tertentu. Saya turut meninjau keadaan di kampung halaman dan sekitar kampus pengajian saya. Rata-rata mereka juga tidak faham mengenai isu ini. Wang tunai RM 20 Juta, jika nak dibandingkan dengan peruntukan 7.5 BILLION oleh kerajaan pusat ke Negeri Kelantan dalam RMK 9 dulu pun nampak tidak kemana. Kadar kemiskinan masih lagi di tahap tinggi dan pungutan cukai pendapatan di negeri ini jauh mengecil berbanding negeri-negeri lain. MENGAPA??
.
Saya tidak mahu mempersoalkan kewajaran perkataan yang digunakan oleh mana-mana pihak. Sama ada ROYALTI atau WANG EHSAN sekalipun yang penting mampu urus dan tadbir urusnya haruslah ikhlas, tulus dan natijahnya kepada rakyat KELANTAN sendiri. Saya menyokong wang yang diperolehi nanti supaya diperkasakan bidang pendidikan. Ramai kawan-kawan anak KELANTAN yang berhasrat untuk melangjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi namun mereka buntu mencari bantuan kewangan, di kala negeri-negeri lain seperti terengganu, selangor, perak dan lain-lain menyediakan kemudahan bantuan kewangan. Malangnya negeri KELANTAN memberi alasan tidak ada peruntukan dan mula menyalahkan pihak lain.
.
Mengenai soal pembahagian RM 2000 K ini pula seharusnya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Memetik kata-kata YB senator Dato' Awang, Riyal politik untuk kerajaan pusat seharusnya diuruskan oleh jabatan kerajaan persekutuan seperti di Kelantan JPP. Jawatan kuasa khas akan ditubuhkan dan beliau memberi jaminan bahawa peruntukan tersebut tidak akan melalui perhubungan bahagian. Beliau tegas dengan menyatakan, tidak perlu soal ragu kerana pintu kerjasama dibuka untuk kedua-dua pihak duduk semeja menguruskan soal bantuan ini. Mereka juga ISLAM, MELAYU dan RAKYAT KELANTAN. Kenapa dalam soal kepentingan sejagat sebegini di bataskan lagi dengan sentimen politik?? KELANTAN majoritinya ISLAM MELAYU wahai pemimpin ku. Bergundah gelana pun tidak ada guna, sampai bila mahu diteruskan begini wahai politikus. Cukuplah Pulau Pinang menjadi contoh buat kita semua.
.
Mahasiswa di sini dilihat tidak berminat dengan isu ini. Jarang saya dengar perbualan menyentuh soal ini mungkin kerana kakangan tugasan dan peperiksaan yang hampir tiba. Namun mahasiswa harus mainkan peranan menjadi medium kepada masyarakat, menjelaskan situasi yang sebenar. Sama-samalah tingkatkan produktiviti dan inovasi. Makmal-makmal harus banyak ditubuhkan bagi memastikan kita masih lagi dapat bersaing dengan negeri dan negara lain
.
"Mahu mohon biasiswa KERAJAAN NEGERI KELANTAN"
:: Apabila wang mengatasi segalanya

1 comment:

nani said...

kupasan yang sangat baik.teruskan memberi idea bernas ginih...(thumbs up)