Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Sihat 1 Malaysia
1. Tanggal 16 April 2015 merupakan tarikh pengumuman rasmi bagi penempatan pegawai yang mendapat kenaikan pangkat Pengajar U44
2. Perkembangan yang positif ini telah membuktikan bahawa graduan Sinaran Perubatan mempunyai kelas yang tersendiri. Apa tidaknya, seramai tiga pegawai yang merupakan lepasan Ijazah Sinaran Perubatan, USM berjaya memperolehi kenaikan tersebut sekaligus.
4. Secara tidak langsung, saya secara peribadi berpandangan bahawa berdasarkan pencapaian luar biasa ini dapat, menangkis tuduhan liar presepsi mengenai kursus Sinaran Perubatan. Lebih-lebih lagi apabila didakwa segolongan pihak bahawa graduan Sinaran, tidak dapat berfungsi dalam program Radiologi dan Radioterapi, Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.
5. Namun begitu, mereka bertiga telah membuktikan kerelewanan mereka di dalam sistem ILKKM sepatutnya disegani kagi dihormati. Sudah tentu kelebihan mereka diiktiraf tanpa perlu ragu-ragu lagi. Berkat kesabaran dan doa merealisasikan permulaan positif ini tanpa perlu menghiraukan kepada mana-mana pihak yang sering memandang serong tentang orang lain.
6. Pada hari ini, saya merasa bersyukur dan bangga kerana mereka telah membuktikan walaupun pelbagai tohmahan dibuat, mereka mampu mengatasinya. Betul pepatah melayu menyebut, walau menyelusuri akar, bisa ular mana mungkin hilang.
"Selamat maju jaya SENIOR"
:: Genggam bara api biar sampai jadi arang"
No comments:
Post a Comment