.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Mencuba yang baru iaitu dengan menghubungkan blog dengan facebook.
.
"Mencuba yang baru"
::Meneroka teknologi




kongan daripada kedua ibu bapa saya, saya menghadiahkan 2 tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Sudah lama saya menunggu untuk saat ini. Kelihatan terpancar kegembiraan di wajah ma yang tidak pernah terfikir untuk menaiki Kapal terbang kerana kami orang kampung, orang susah dan ditambah pula ma saya seorang suri rumah sepenuh masa. 24 jam berada di rumah, membesarkan kami semua dan mensejahterakan keluarga, memberi khidmat kepada suaminya iaitu ayah saya sehingga ke hari ini. Namun hari ini ma saya sudah mampu merasai sedikit pengalaman yang baru dalam sisa hidupnya. Alhamdulillah gaji pertama saya dapat juga saya menggembirakannya.
t, di sebelah paginya kami 3 beranak berpeluang menaiki LRT dan komuter KTM salah satu aktiviti santai meninjau keindahan kota metropolitan. Tidak ketinggalan kami singgah di Batu Caves, tempat saya ingin membeli sebuah kereta bagi kegunaan peribadi saya. Setelah berpuas hati kami mencuba kereta sedan jenis Hyundai Accent 1.5 (A) tahun 2005 dan bersedia untuk membelinya.
oh sedikit sebanyak saya mula kecapi. Alhamdulillah.
a Item. Belajar cara membuat soalan peperiksaan. Diajar dari A sampai Z. Teringat soalan Exam saya dahulu. Rupanya amat susah dan mencabar menyiapkan soalan exam rupanya. Bloom Toxonomy dan lain-lain. Tidak cukup dengan itu saya terpilih menjadi ahli jawatan kuasa Protokol bagi minggu orientasi. Mengendalikan majlis rasmi nampak tidak menjadi masalah kepada saya kerana di Universiti dahulu banyak membentuk saya. Terima kasih USM. Boleh dikatakan setiap minggu saya terlibat dengan aktiviti, sekarang dihantar untuk kursus Bahasa Inggeris untuk Medical key personnel di OUM. Ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan. Alhamdulillah rezeki.
hamdulillah juga rezeki, saya dijemput menetap serumah dengan Timbalan Pengarah HEP KSKB En. Yusof dan Ketua Program Komunikasi Tn. Hj Arif. Rasa macam tinggal di kampung. Mana tidak solat berjemaah bersama-sama di Imami Imam Muda (mereka gelarkan saya). Saya amat-amat bersyukur. Rezeki yang diberikan tidak semena-mena. Namun harus diingat, saya tidak harus leka, sebaliknya harus gandakan lagi kebaikan bagi melahirkan lagi rasa syukur kepada Allah SWT.