24 May 2008

:: Memerhati, Berfikir dan Menilai

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf kepada semua penggemar blog yang banyak memberi sokongan kepada blog ini dan saya yakin dan percaya bahawa anda mengharapkan lebih banyak lagi cetusan dan ungkaian dibuat daripada perspektif dan pandangan peribadi saya. Saya juga ingin melahirkan rasa terharu atas sambutan yang luar biasa daripada semua yang seringkali meminta saya untuk terus mengungkai banyak persoalan yang timbul. Malangnya masa amat terbatas, sedar tidak sedar saya sudah melangkah ke tahun akhir pembelajaran di USM kampus kesihatan ini. Huh,kejapnya rasa. Oleh yang demikian saya banyak menghabiskan masa di Hospital dalam misi memenuhi jam kredit dan juga untuk melengkapkan buku log berkenaan dengan pembelajaran saya. Walaupun begitu saya masih sempat membaca blog kawan-kawan dan hari ini saya mencuri sedikit masa untuk mengungkai beberapa isu global dan juga tempatan mahupun peringkat kampus.
.
Suka untuk saya mulakan isu penempatan dalam kampus yang terhad yang cuba dieksploitasikan oleh sesetengah pihak yang menyalahkan pihak Universiti untuk menjaga kebajikan pelajar berhubung soal itu. Apa yang ingin saya tegaskan para pelajar yang terpilih diselaraskan berdasarkan mata merit yang dipungut oleh setiap pelajar sepanjang tahun pengajian 07/08. Ramai yang membuat fitnah dan tuduhan yang mengatakan hanya koroni yang dibenarkan. Jangan mudah meludah ke langit, nanti jatuh atas kepala sendiri juga. Kenapa sering sahaja pelajar menuduh tanpa usul periksa. Untuk makluman juga mata merit itu hanya diberikan untuk aktiviti pengangjuran yang mendapat kelulusan BHEPP sahaja. Aktiviti atau kem yang dianjurkan secara haram mahupun kononnya kem pemantapan rohani dan akhlak itu tidak dikira. Itu hanyalah program yang dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan untuk memanipulasikan pelajar. Malangnya pelajar tahun satu yang menjadi mangsa. Kenapa suka melabel sesuatu pihak. INIKAH AJARAN ISLAM SEBENAR. Menuduh pihak lain tidak ISLAM. Tidak perlu bergaul dengan golongan tertentu. Mereka sesat. Hasilnya adik-adik yang menjadi mangsa dan diracuni. Saya sekali lagi menasihatkan adik-adik dan semua penganjur kem secara haram bahawa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Hari ini anda lepas esok anda jangan ingat anda selamat. Soalan yang sering saya timbul adalah jika KEM itu adalah KEM yang mempunyai matlamat untuk membentuk akidah yang betul kenapa tidak diedarkan atau dijemput semua pelajar muslim. Kenapa hanya inidividu-individu tertentu sahaja dijemput ke KEM berkenaan. Kenapa di buat secara sorok-sorok di pantai atau calet2. Fikirkanlah kecacatan ini dan muslihat ini.
.
Dari isu penempatan saya melihat isu ini sebagai isu yang boleh cari makan bagi sesetengah pihak yang sering mencari peluang untuk menghentam pihak tertentu. Apa lagi modal ini sudah tentu dieksploitasikan dalam pilihan raya kampus nanti. Cukup dengan pengalaman kita tahun terdahulu yang mendakwa pihak tertentu menyokong program MAKSIAT secara total, menghalang kebebasan pelajar, dan banyak lagi isu yang timbul. Tidak cukup dari itu risalah dicetak secara haram yang menyembunyikan identiti pengedar lalu diedarkan di bilik TV, surau mahupun di dewan kuliah. Kenapa tidak mahu nyatakan identiti jika benar. Kenapa tidak bersemuka jika berani. Itulah hakikat golongan ini, yang berani di pena,kecut di luar. Saya tidak menyatakan saya tidak bersetuju dengan isi edaran risalah tersebut, tetapi saya mushkil kenapa tidak dibuat mengikut saluran yang betul. Setiap edaran pelajar hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak pengurusan universiti. Teringat saya kata-kata naqib saya dahulu yang mengatakan beliau mengutuk sekeras-kerasnya konsep konsert amal bagi mangsa tsunami dahulu. Beliau menegaskan bahawa MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
.
Saya sekali lagi mengambil peluang untuk berpesan kepada semua pelajar supaya jangan takut untuk melaporkan kepada pihak keselamatan jika anda dihasut atau dipaksa ataupun anda meragui sesuatu program haram yang disangka khidmat masyarakat,malangnya penuh dengan agenda politik ataupun ditipu untuk menghadiri kem secara tersembunyi oleh senior-senior yang mempunyai muslihat dan agenda yang dilihat untuk kepentingan diri mereka sendiri dan tidak takut untuk saya nyatakan di sini bahawa mereka sebenarnya menjadi dalang kepada parti politik yang mengeksploitasikan pelajar demi untuk kepentingan politik mereka khususnya di negeri Kelantan.
.
:: Bosan dengan muslihat
"Musang banyak berbulu ayam"

10 comments:

Anti halimi said...

Saya sekali lagi mengambil peluang untuk berpesan kepada semua pelajar supaya jangan takut untuk melaporkan kepada pihak keselamatan jika anda dihasut atau dipaksa ataupun anda meragui sesuatu program haram yang disangka khidmat masyarakat,malangnya penuh dengan agenda politik ataupun ditipu untuk menghadiri kem secara tersembunyi oleh senior-senior yang mempunyai muslihat dan agenda yang dilihat untuk kepentingan diri mereka sendiri dan tidak takut untuk saya nyatakan di sini bahawa mereka sebenarnya menjadi dalang kepada parti politik yang mengeksploitasikan pelajar demi untuk kepentingan politik mereka khususnya di negeri Kelantan.\

###################################
Tuan-tuan sekalian..inilah orang yang x sedar diri tu.. mengaku dulang si paku serpih.mengata orang dia yang lebih.. Siapa yang tipu budak2 3rd year utk program bantuan banjir UMNO? Siapa? Bukan Kau ke?

Siapa yang bawak budak2 PSK untuk dibasuh dengan pemikiran aspirasi? Konon-kononnya nak balas jasa sebab diorang tolong kau menang pilihan raya..duit sape ko pakai? HEP..Patut la HEP x de duit..sibuk duk buat program ASPIRASI.. ingat korang je student USM.. Yang lain pun berhak terima peruntukan..

Sape yang buat dinner extravaganza walau dah dihalang. bahkan mufti perak sendiri cakap haram tapi ko buat jugak..

Sapa yang jadi barua utk program Tok Pa di JEli..? Siapa?

Ko dah x yah cakap banyak la Halimi. ke ko nk suruh aku dedahkan semua..bukan sekejap aku kenal perangai ko Halimi.. aku kenal perangai kau sejak dari Sekolah Menengah lagi.terhegeh2 nak cari publisiti. x sedar orang semua duk gelak kat ko. dok ejek, hina kau... Nampak gayanya ko melangkah kuar USM ni dengan penuh kebencian la

Jacknaim said...

Betul ke apa yang dikatakan.. so sebab tu ke ko dpt mata merit tinggi??? conpius2... Anti Halimi, ko ade bukti ke main tuduh2 je. kalau ada bukti, kemukakan, kalau x.. x elok..


:: Bosan dengan muslihat
"Musang banyak berbulu ayam"

Jacknaim said...

siapa la agak2 nya musang ek..

:: halimi muhamad rusli said...

:: Assalamualaikum,,
Untuk menjelaskankan kepada insan yang anti-HALIMI itu,,pertama saya mencabar anda untuk nyatakan siapa anda,,dan jika anda tahu fitnah itu berdosa baik,,sebaiknya anda berfikir sebelum mengata,,bagi meringanklan beban yang anda tanggung saya akan menerangkan apa yang anda fitnahkan itu.

Merujuk kepada dakwaan yang pertama mengenai sukarelawan banjir itu,,siapa yang tipu anda,,anda yang memberi nama di HEP kenapa saya dipersalahkan,,itu adalah aktiviti sukarelaan yang di anggotai oleh pegawai BHEPP, Timb. Pengarah pembangunan, Ketua-Ketua unit Jabatan Pembangunan dan para pelajar,tidak timbul tentang program bantuan banjir UMNO. Baju yang anda dapat pun ada tulis briged bencana. takde perkataan mana-mana parti politik pun. Anda jangan keliru,,jika anda tidak jelas mohon rujuk ke pihak BHEPP dengan segera. Jangan membuat fitnah.

Dakwaan anda kedua, anda kata saya bawak budak2 PSk bagi menanam pemikiran ASPIRASI,,untuk pengetahuan anda kita menggunakan duit sendiri untuk tambang bas dan semua yang pergi itu pun secara sukarela,,anda kalau hendak pergi kenapa tidak cakap,,ataupun anda lbih berminat untuk menghadiri kem di calet di pantai melawi secara haram,,menghasut adik-adik tahun satu dengan tuduhan yang bukan-bukan,,dan anda menafikan segala kebaikan dan faedah yang anta telah terima.Maaf jika anda tidak begitu.Jelas disini HEP tidak terlibat. Mana bukti anda yang menfitnah BHEPP.

Dakwaan yang ketiga anda yang secara jelas saya meanggap anda kurang cerdik dan membuta tuli,mungkin anda berasa panas dengan fakta yang saya dedahkan,saya nak tanya bila saya anjur jamuan extravaganza??tahun berapa,,bila dimana??,,pening saya,,jahatnya anda,,saya tidak pernah menganjurkan jamuan extravaganza,,jika anda tidak jelas mohon anda merujuk kepada semakan boran di BHEPP ada ke tak borang kuning tentang dakwaan anda??dakwaan ini jelas tidak berasas!!

Tentang program tok pa di jeli tu,,saya tak faham,,mohon dirujuk kepada BHEPP,,saya tidak menyertai mana-mana program di JELI,,dan kenapa saya pulak dipersalahkan,,betulkah anda kenal saya,,jika anda kenal saya,anda kawan saya,anda sama sekolah dengan saya,anda ugut saya nak dedahkan semuanya,saya hanya mampu tersenyum dan menghitung apa lagi fitnah yang anda nak buat,,walaupun saya melagkah keluar USM ini dengan anda kata dengan kebenciaan,,tetapi anda pula harus ingat anda tinggalkan dunia ini pula dengan penuh kebanggaan dan kegembiraan kerana anda telah menfitnah saya,,tahniah!!

mohd said...

apo2 lah nk di kato..hok penting jgn dieksplotasi pasal nk dok dale ni..

pro halimi said...

assalamualaikum...
entry yang sangat mantap, menunjukkan kebijaksanaan penulis yang mampu mengungkai setiap isu dengan berkesan.
namun begitu, saya sebagai insan yang amat mengagumi kepimpinan YB halimi...saya mengharapkan setiap entry saudara lebih berbentuk tazkirah, sesuai dengan imej yang di bawa oleh saudara...
untuk entry kali ini, saya mempunyai sedikit panduan utk pemantapan penulisan saudara :

1. bentuk ayat yang diguna mungkin boleh di permudahkan kepada bentuk yang lebih jelas,yang juga tidak menunjukkan yang saudara ini seperti yang saudara katakan iaitu " yang berani di pena,kecut di luar"...contohnya: "Ramai yang membuat fitnah dan tuduhan yang mengatakan hanya koroni yang dibenarkan. Jangan mudah meludah ke langit, nanti jatuh atas kepala sendiri juga. Kenapa sering sahaja pelajar menuduh tanpa usul periksa"...ayat yang boleh digunakan adalah seperti berikut :" pelajar-pelajar yang aktif dalam ko-k kampus sering dilihat sebagai kroni HEP, walaupun pada dasarnya mereka sering berusaha keras utk memastikan "survival" mereka sebagai pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang terlaksana. ini merupakan satu fitnah dan andaian tidak adil kepada mereka. oleh itu, warga kampus di harap dapat menilai tahap sumbangan mereka kepada kampus sebelum berniat untuk mengampu atau menghentam pengurusan kampus.

2. melihat kepada penggunaan bahasa yang digunakan, menunjukkan YB seorang yang mempunyai tahap penguasaan ilmu yang tinggi...misalnya penggunaan perkataan seperti angan mudah meludah ke langit, nanti jatuh atas kepala sendiri juga...

3. YB juga dilihat sebagai seorang yang amat aktif dan prihatin terhadap isu-isu yang berbentuk islamik, sesuai dengan kata-kata saudara "Saya tidak menyatakan saya tidak bersetuju dengan isi edaran risalah tersebut, tetapi saya mushkil kenapa tidak dibuat mengikut saluran yang betul"...memandangkan saudara mempunyai kemudahan yang lebih luas (sebagai YB), mungkin sisa-sisa waktu yang ada boleh digunakan untuk menyebarkan islam...maksudnya, saudara mungkin tidak bersetuju dengan method yang digunakan oleh " mereka-mereka" itu, tetapi saudara bersetuju dengan apa yang ingin dibawa, maka halalkanlah cara pembawaannya, seperti mewujudkan risalah mingguan atau bulanan yang seluruh isi kandungannya menyentuh tentang islam (untuk muslim) dan moral (untuk non-muslim), dan untuk mengubah persepsi " mereka-mereka" ini, yang mengatakan kita sebagai " kroni HEP" selalu menganjurkan program maksiat...mungkin pada masa akan datang , penganjuran aktiviti yang lebih mendekatkan masyarakat kampus kepada mengingati ALLAH boleh dianjurkan.

semoga redha ALLAH bersama orang mukmin.

wallahua'lam.

Pemerhati said...

Halimi menulis:
,,pertama saya mencabar anda untuk nyatakan siapa anda,,dan jika anda tahu fitnah itu berdosa baik,,sebaiknya anda berfikir sebelum mengata,,bagi meringanklan beban yang anda tanggung saya akan menerangkan apa yang anda fitnahkan itu.

Komen aku:
Betulke tu Limi. Suka sangat cabar orang. Jangan lari cukup laa
************
Pro Halimi menulis:

elihat kepada penggunaan bahasa yang digunakan, menunjukkan YB seorang yang mempunyai tahap penguasaan ilmu yang tinggi...misalnya penggunaan perkataan seperti angan mudah meludah ke langit, nanti jatuh atas kepala sendiri juga...

Komen aku:
Hahaha ni ayat tiru daripada post saudara jacknaim dalam postnya yang ditujukan kepada saudara halimi. post tersebut bertajuk meludah ke langit biru...Lagipun, ayat ni juga sudah biasa digunakan ramai orang. jadi saudara halimi memang bijak dalam 'meniru ungkapan orang lain'

************
Pro Halimi menulis :
YB juga dilihat sebagai seorang yang amat aktif dan prihatin terhadap isu-isu yang berbentuk islamik, sesuai dengan kata-kata saudara "Saya tidak menyatakan saya tidak bersetuju dengan isi edaran risalah tersebut, tetapi saya mushkil kenapa tidak dibuat mengikut saluran yang betul"..

Komen aku:
Halimi aku rasa banyak berpura-pura. aku agak menyokong kenyataan anti Halimi. Imej yang di bawa Halimi seolah-olah ingin menyorok kejahilannya. seringkali juga halimi bergurau 'berlebih-lebihan' dengan perempuan, 'bergelak ketawa'...


***************
Dan yang paling penting, Halimi pernah menyalahgunakan amanah yang diberikan kepadanya, jawatannya untuk memenuhkan koceknya sendiri. dia telah merampas peranan yang sepatutnya digunakan oleh Persatuan yang ada di USM untuk menjaga kebajikan ahli masing-masing. wang yang diperolehi sepatutnya utk kepentingan pelajar.

Jacknaim said...

saya cabar YB jawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada YB.

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim....

Jangan sesuka hati menyatakan seseorang muslim itu sesat....sesungguhnya Allah yang memegang hati-hati manusia dan Dia lebih berhak menentukan keikhlasan dan keimanan hamba-hambaNya. Kita hanya manusia biasa, xbisa menilai dan mengukur niat dan perlakuan sesama kita,siapa kita untuk menyatakan kesesatan muslim yang lain????
Saudara seperti pernah menyertai program-program yang d anggap 'haram' itu, jika tidak, bagaimana saudara dengan yakin menyatakan tentang apa yang d ajarkan dalam program2 tersebut???

"Hai orang2 yang beriman, jika datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita pastikanlah agar kamu tidak mengapa-apakan satu golongan secara jahil sehingga akhirnya kamu menyesal terhadap perbuatan yang terlanjur yang telah kamu lakukan"
(Surah Al-Hujurat: Ayat 6)

Anonymous said...

salam...saya bersetuju dengan anonymous di atas. Program2 yang diadakan itu walaupun HARAM disisi pihak universiti tetapi sangat HALAL di sisi ALLAH s.w.t.Program itu bukan sahaja mengingatkan kita kembali kepada ALLAH s.w.t tetapi juga menyedarkan kita yang alpa dalam dunia kampus. SEPATUTNYA, pihak HEP secara khususnya mencontohi pihak demikian bukannya melabel mereka anti-kerajaan.Saudara halimi...tolongla tengok sesuatu amalan itu bukan dari kacamata manusia tapi ALLAH s.w.t yg MAHA AGUNG. Jangan kita mengaku kita beriman kepada kitab al-quran selagi mana kita mencerca orang yang ikut ajaran al-quran, selagi kita hina para ulamak n selagi kita permainkan ajaran islam.waallahu'alam.
p/s:maaf andai terkasar bahasa. takpe kalu anda bukan penyokong parti ISLAM tapi jgn m'hina mereka!