15 June 2008

:: PPMS kini kita bermula

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Kisah PPMS semakin hangat diperkatakan. Mulalah adegan membuat cerita mengatur strategi menghadapi barisan PPMS yang baru ini. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah akhirnya saya berjaya dipilih menjadi PPMS. Itu pun masih ada lagi puak yang memanipulasikan pemilihan saya itu,terus mereka herdik, dikatakan saya menjilat air liur yang diludah dan banyak lagi. Huh, berpeluh saya mendengar semua itu tetapi saya perbetulkan niat, perhalusinya membuat koreksi dan cuba untuk mempraktikkan dalam kehidupan saya. Saya tidak hairan tomahan pihak tersebut. Memang adat resam didunia yang penuh onak dan duri ini tetapi saya ngak bisa tewas. Mahu terus membuktikan. Sebelum pemilihan PPMS ini dibuat setiap calon yang menawarkan diri haruslah melalui satu sesi temuduga termasuk saya dan semua rakan-rakan. Kenapa nak dipersoalkan. Jika anda betul-betul layak pasti dipilih.
.
Menjadi seorang PPMS sebenarnya merupakan satu pengalaman yang cukup menarik bagi saya suatu masa dahulu. Penuh cabaran dan kerjasama dikalangan kita ditanam antara satu sama lain. Kita diajar bagaimana membantu, menolong, bekerjasama, tekad dalam mengharungi kepenatan dan ancaman serta tomahan dari pihak-pihak tertentu yang berusaha sedaya upaya menjadi penghasut kepada adik-adik tahun satu yang masih bertunasnya suci. Harapan mereka pasti tidak lain iaitu ingin belajar. Bukannya melayani dan menyertai golongan yang berkepentingan tersebut. Saya masih lagi hairan dan bingung kenapa ramai yang suka membuat fitnah terhadap PPMS itu sendiri. Sedangkan jasa PPMS amatlah besar dan penuh bermakna. Saya dahulu dibantu mengenal kawasan kampus, cara mengurus diri mengikut suasana Universiti, Memohon biasiswa JPA, dibantu mendapatkan keperluan peribadi tanpa rasa jemu oleh PPMS sekalian. Memang dasar orang kita kot, apabila dihidangkan dengan kejayaan terus dilupakan asal usul. Cukuplah di surau yang mulia, dalam majlis ilmu yang penuh dengan keberkatan diselitkan resepi asam garam menghasut adik-adik untuk membenci PPMS. Bukannya sama-sama berdoa diberikan hidayat jika ada kepincangan itupun selemah-lemah tindakan. Jika mampu bangkit bersemuka dan terus perbetulkan mengikut langkah penuh berhemat. Jangan sampai memalukan dia. Segala keburukan ditabur untuk menampakkan kejahilan, kehinaan, keburukan PPMS, kesannya amat jelas dan dasyat sekali kepada adik-adik tahun satu sehinggakan mereka terpengaruh. Tentulah sekali berdasarkan penerangan yang diberikan oleh orang-orang yang terlatih, telah diberi kursus khas. Sungguh mudah sekali untuk mereka bagi berdepan adik-adik yang suci itu. Mungkin selepas satu kursus mereka akan mendapat title yang lebih tinggi dan taring semakin tajam. Tidak hairan selepas ini bagaimana isu-isu negara terus digunakan untuk memburukkan PPMS semata-mata. Masakan juga sanggup mengedarkan belon-belon kepada pelajar dalam pilihan raya kampus dulu, jelas memberikan maksud kepada saya bahawa mereka sudah dilatih, mereka punya pakatan secara senyap. Saya juga diberi belon yang ditulis nama pelajar. Apa yang boleh saya puji adalah semangat mereka sangat kuat, sanggup menunggu di pintu pagar memegang belon dan kemudian membahagikan kepada semua pelajar yang melalui pintu tersebut. Tidak cukup dengan itu kenapa perempuan digunakan untuk menjalankan tugas tersebut. Dengan berpakaian muslimah begitu amatlah tidak wajar membuat tugas tersebut. Tidak perlu saya nyatakan biarlah semua pelajar membuat penilaian. Cukup memalukan.
.
Saya amat jelas bagaimana sifat anda sebenarnya(merujuk kepada seorang pelajar perubatan 2 (2007/2008) , anda saya rasakan sebenarnya amat kecewa dan mencari tempat untuk anda makan, dimana anda dipuja sehingga anda tidak sedar yang anda sebenarnya telah melupakan segala kebaikan yang diterima, segala pengorbanan yang telah orang lain buat untuk anda. Masjid kristal, harga minyak, temuduga PPMS, Pemilihan YDP MPDMN, penganjuran sukan pihak POS Malaysia dan apa lagi selepas ini, mungkin pemilihan pengarah kampus, perlantikan penggawa, perlantikan dekan, pemberian bilik di desasiswa, tarif elektrik naik, dan apa lagi yang anda ingin gunakan. Dengan harapan anda berjaya memanipulasikannya sebagai umpan-umpan anda. Moga-moga saya tidak akan tertipu lagi untuk kali kedua. Cukuplah dengan umpanan yang lalu jelas anda begitu licik. Tidak hairan mungkin anda dijadikan sebagai idola dikalangan anda dan mungkin juga anggapan saya bahawa anda memang telah ditugaskan untuk menjerat saya dan terus memerhatikan tindak tanduk saya.
.
Inilah sebenarnya hasil dan produk yang pincang yang saya amat takut jika produk sebegini masih lagi wujud selepas ini. Saya berasa amat bertanggung-jawab atas perilaku dan perbuatannya kerana saya rasa mungkin saya gagal untuk membimbingnya sebenarnya. Memang sejak dulu lagi anda berani. Muncul sebagai hero pelajar naik kepentas menyatakan anda tidak puas hati kepada PPMS. Tetapi saya melihat ini dari sudut positif. Anda punya pendirian, berani. Tahniah adik. Tapi hari ini saya mula membuat kiraan kembali kenapa seadanya hari ini anda tidak sama. Masih segar dalam hati saya sebuah rangkap Cheer group kumpulan saya semasa berkursus di Ulu kenas dulu sebagai persediaan menjadi PPMS yang menegaskan bahawa PPMS tetap untuk KINI, DULU dan SELAMANYA. Bukannya untuk seminggu atau sebulan atau sesemester, atau setahun tetapi untuk selamanya. Teruskan membimbing.
.
Esok sekali lagi PPMS berkursus. Tahniah kepada semua yang terpilih termasuk saya. Perbetulkan niat, sucikanlah hati, realisasi dalam reputasi.
.
:: PPMS dulu,kini dan selamanya
"umpan ikan tidak termakan dek ketam"

9 comments:

Jacknaim said...

Assalamu’alaikum.. tahniah sebab sekali lagi YB terpilih untuk menjadi PPMS. Semoga YB dapat jalankan tugas YB sebagai PPMS untuk kali terakhir ini dengan penuh cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga YB betul2 dapat membimbing pelajar baru ni dengan penuh tekad di dada untuk membantu anak bangsa dari terus terleka.


YB memang hebat sekali. Sayu dan lunak suara YB. Cukuo manis dan penuh romantika. Tapi ingat, semanis mana suara kita, selembut mana bujukan kita, hebat lagi Daus AS yang diberikan kitab Zabur. Merdu sungguh suara baginda.


YB hebat sungguh post YB kali ni. Kagum saya dengan penulisan YB. Hebat juga saya rupanya sehingga ada yang memuja saya. Siapakah insan itu? Jangan2 YB kot yang puja saya. Dah la tu YB. Cukuplah. Puja Allah cukup lah. Siapalah saya untuk dipuja. Ok, kepada siapa yang puja saya sepertimana yang diberitahu oleh YB Limi kita ni, please stop. Puja Allah aje la.


YB sebagai mahasiswa (golongan yang dianggap cerdik oleh masyarakat) saya rasa tak salah untuk saya memberikan pendapat tentang isu-isu negara. Salahkah saya nak kritik Masjid Kristal yang sememangnya membazir. Mungkin dari segi pelancongannya ada manfaat. Tapi Islam tak tengok pun benda tu. Masjid zaman nabi beralaskan tanah, berbumbungkan langit dan bertiangkan pelepah kurma je YB. Mungkin YB lupa kot. Tapi x pe, sesama saudara adalah menjadi kewajipan kita untuk saling tegur-menegur. Apa gunanya jika kita tinggal dalam negara demokrasi ini sekiranya kita tidak dapat bersuara untuk menyatakan pandangan.


Ermmm pasal pemilihan MPDMN tu rasanya saya tak terlibat pun dalam kontroversi tu. Tak tahulah kenapa YB terasa. Mungkin sebab YB dah bolot MPP, bolot MPDM sebab tu YB naik angin kot.. x pe YB, saya cadangkan YB jadi pengerusi MPDMN tahun depan. Nak saya usulkan paa siapa ye? Ermm satu lagi, kalau MPP boleh ditandingi dua kali, tentu saya akan calonkan YB. YB kan hebat. Boleh bergerak seorang diri. Segala pembaharuan dan kebaikan adalah hasil kerja YB sorang je kan. Tahun depan, YB sorang je la jadi MPP ye. Tak payah ada orang lain. YB jadi calon utk semua konstituensi dan calon umum ok.

Sekali lagi..Bila masa orang menjadikan saya sebagai idola. Layak kah saya? Jangan2 YB kot secret admirer saya. Bangga betul saya dengan penghormatan dari YB itu.


Saya nak intip pergerakan YB? Banyak betul masa saya ya nak perhatikan YB. Ada orang atas yang mengarahkan saya supaya memerhatikan YB. Lancang betul mulut YB. Ingat YB jangan nak cuba menuduh sembarangan. Pantang saya YB kena jaga juga. Saya cukup benci bila orang menuduh saya melakukan apa yang tidak saya buat. Mana bukti YB. Melalui pemerhatian saya, YB sendiri banyak dijadikan sasaran. Ada tak YB jawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada YB? Yb ingat tak masa bermalam di masjid dulu YB pernah mempengaruhi saya.. “Sama2 orang kita.”Yb je lah yang faham.

Yb, segala jasa PPMS tidak pernah saya lupakan. Memang mereka begitu baik dan banyak membimbing saya sewaktu saya jadi freshie dulu. Saya ingat lagi PPMS yang begitu baik dan membantu. Abg Chandran, Richard, Najib, Turt,Jene, Kak Muna, Zaridah, Kak Syud.. Tapi YB jangan lupa yang YB lah orang yang bertanggungjawab mencetuskan krisis atara saya dengan PPMS. Kerana YB lah saya difitnah oleh seorang PPMS yang lain. Saya cukup pantang sekali difitnah atas apa yang saya tidak lakukan. Kalau betul saya buat sesuatu tu, saya rela menganggung akibat walau saya dijatuhkan. Ini semangat ANAK JANTAN. JANGAN SESEKALI TUDUH SAYA ATAS KESALAHAN YANG SAYA TIDAK LAKUKAN. Kalau bukan kerana Abg Jene(sudah grad) yang datang menyelesaikan krisis tu saya sendiri tidak tahu apa kesudahannya. YB sendiri nampak kan. Itu baru permulaan YB.
Yb tau tak, dalam interview PPMS tu, salah satu soalan yang ditanya selain drpd soalan politikal ialah kenapa nak jadi PPMS. Nak tau apa saya jawab

“Saya pernah menjadi mangsa fitnah dan tuduhan rambang PPMS. Sekiranya saya jadi PPMS, saya nak pastikan perkara tersebut tidak berlaku kepada junior saya.”

Orang yang interview saya tanya lagi. “macam mana sekiranya orang yang buat kat awak jadi PPMS sekali dengan awak.”

“kesalahan lama dia saya maafkan. Tetapi sekurang-kurangnya dia akan berada sama taraf dengan saya. Dan saya akan ada hak dan kuasa untuk menegur dia.”

Apa-apapun, saya doakan YB berjaya melaksanakan tugas YB sebagai PPMS. Jangan biar ada yang berani temberang junior. Semoga perjuangan aspirasi akan terus cemerlang.

KE arah Revolusi Mahasiswa,
Membentuk pemikiran merdeka

Jacknaim said...

Satu lagi YB...betul ke YB pernah rampas business PSP semasa jadi PPMS. bukankah tugas jual peralatan perubatan tu tugas PSP. mereka perlukan duit untuk menampung aktiviti untuk pelajar perubatan. tapi dengar ceritanya YB guna kuasa YB sbg PPMS untuk buat bisnes..

hebat kepala YB bab2 bisnes ni ye. maka tak hairanlah gambar YB terpampang kat banner masuk pintu exam hari tu. tapi strategi atas nama MPP. cuma adalah logo penajaan syarikat YB ye.. Tahun ni cukup2 la buat bisnes ye YB.. Kesian dekat PSP. mana la nak cari duit. janganlah duk pikiaq nak penuhkan kocek sendiri je

Jacknaim said...

saya cukup kagum dengan YB. YB pandai memutar ayat sehingga menampakkan segala kepincangan bukan salah YB. Yb sering menunjukkan imej yang bersih. saya sendiri tidak faham dengan rentak permainan YB. terlalu licik untuk saya ikuti.tengok saja tulisan2 YB. YB senang membuatkan org kasihan pd YB, YB buat2 guilty dan ingin membetulkan keadaan. taktik YB menggunakan kaedah psychology amat berkesan sekali. tahniah saya ucapkan. Mungkin YB lah sebenarnya musang berbulu ayam...

p/s: Betulke yang YB ni spy pro-M yang jadi spy kat HEP..

Detektif Konan said...

Tahniah...harap anta tak lupa tujuan asal anta masuk PPSM.

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim....

Rasulullah bersabda:
"Awas kalian dari sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki-mendengki, benci-membenci dan jebak-menjebak.Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah d perintahkan kepada kalian. Seorang muslim itu adalah saudara bagi seorang muslim yang lain.Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkan (apabila ia d zalimi); janganlah ia menghina saudaranya.Taqwa itu letaknya di sini.Taqwa itu letaknya d sini", seraya baginda menunjukkan dadanya. Cukuplah bagi muslim itu kejahatan(dosa) menghina saudaranya yang mukmin, haram bagi seseorang muslim itu (menceroboh) darah(nyawa), nama baik dan harta seorang muslim yang lain.
(Hadith riwayat Malik, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Al-Tarmizi)

"Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara(perkataan) terhadap seseorang muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikan kebenaran apa yang telah dikatakannya"
(Hadith riwayat Al-Thabarani)

Marilah kita sama-sama ambil pengajaran daripada peringatan yang d sampaikan oleh Rasulullah, moga kita terhindar dari perbuatan yang d laknat Allah....
wallahua'lam

Anonymous said...

SALAM..TAHNIAH BUAT YB HALIMI..sbb dpt jadi ppms sekali lagi.Setahu saya,sebelum ini yb dah pernah menjadi ppms.n of course saya mendengar banyak pujian dari kak2 second year 2007/2008.Saya tertanya-tanya apa yg dimaksudkan oleh saudara jacknaim.apa fitnah yg yb lemparkan kpd dia?Maaf...kalu tak ada angin,masakan pokok bergoyang.

Yb...untuk pengetahuan yb,saya antara pelajar yang memberi undi kpd yb dalam pemilihan mpp...saya amat berharap agar yb dapat membuat PERUBAHAN...

sbgai seorg PPMS utk batch baru thn ni...saya harap agar yb cuba sedaya melaksanakan amanah yg diberi dengan sebaiknya. Perkara pertama yg harus yb perjuangkan adalah baju orientasi utk adik2 batch 2008/2009.Kenapa tidak ada baju berlengan panjang?Ye,mmg stokin tangan dijual...tp adakah itu penutupan aurat yg sempurna??Tutup tp KETAT buat apa.Saya tak mahu batch baru ini merasai apa yg kami rasa. Kami terpaksa memakai baju dua lapis utk menjaga aurat kami.
Terima kasih yb halimi andai anda berjaya membuat perubahan.Perbaikilah setakat yg termampu n yg penting skali letaklah islam di tangga teratas.

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]
Allah SWT berjanji akan membantu.
Tetapi syarat asasnya adalah TAQWA.

Jacknaim said...

kepada anonymous terima kasih dengan nasihat anda. terima kasih kerana memberi peringatan dengan hadis2 tu. Insha ALLAH saya akan memperbaiki diri.

Kita juga kena ingat yang Islam turut membenarkan kita mempertahankan diri dan hak kita. saya tidak mengisytiharkan sebarang perang terhadap YB Halimi.Secara jujur masih ada rasa hormat terhadap beliau sebagai senior. cukuplah dengan isu YB Aliff hari tu. tapi nampaknya YB Halimi memang sengaja nak mencari musuh. Kalau itu yang YB Halimi mahu, apa yang saya boleh lakukan.

Anonymous said...

salam.....
kepada jacknaim:ana xtujukan comment 2 untuk nta,ttpi untuk de owner of dis blog,but its gud 4 u(me too,n others) to take it s 'renungan'
wallahu'alam

Anonymous said...

ye la bez la jd ppms. dgr la berita ppms tu. meminjam kata2 pak sedara ku (pesara pegawai tinggi kerajaan) btn tak lebih dr menambahkan kesesatan yang sebenarnya sesat. yb?? yb la sgt