27 April 2008

:: Pengemis di tanah sendiri

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Sedar tidak sedar, sekali lagi kita tewas dalam mengharungi dinamika kehidupan. Penuh onak dan duri, mencucuk dari dalam dan dari luar, tidak kira arah. Namun kita masih leka terpesona dengan janji-janji manis dek meniti di bibir, dikaburi pula dengan sifat jumud menerima dengan tanpa usul periksa. Itulah hakikat masyarakat kita.
.
Mengungkai kisah Ayoh cik (bukan nama sebenar) yang dibesarkan di Terengganu. Lahirnya sebelum zaman kemerdekaan Malaysia. Ayoh cik seorang yang berhati waja termenung masa depan cucu-cucu generasi akan datang. Dia mengenangkan kisah-kisah bertempur dengan penjajah yang mengusai tanah melayu pada suatu masa dahulu. Semua rakan-rakan Ayoh cik pantang dicabar semangatnya, rela bekorban demi AGAMA,BANGSA dan TANAH AIR, sanggup berjuang sehingga darahnya berhenti mengalir. Ayoh cik juga menghormati rakan-rakannya yang lain Muthusamy, Ah Seng, Dollah, Salleh dan ramai lagi. Mereka mampu tolak ansur, antara satu sama lain. Mereka boleh duduk sekali semeja bermain dam, membaca akhbar, dan sering kali kunjung mengunjung ke rumah apabila menyambut perayaan masing-masing. Ayoh cik terkenang kisah-kisah silamnya bersendirian. Memang ada dari dulu lagi tali barut, yang sanggup bekerjasama dengan penjajah. Sebab itu Ayoh cik tidak hairan.
.
Kini Ayoh cik hanya mampu mengenang sahaja sejarah lamanya. Ayoh cik hairan kenapa kini sangat mudah anak cucunya diperdayakan. Cucu Ayoh cik tidak ramai tetapi tidak boleh bersatu padu. Yang sulongnya Pak Long Lah, Tok Ngah Hadi dan Adik Su Nuar, semuanya hebat-hebat belajar tinggi dan berlatar belakangkan agama yang kuat. Ayoh cik perhatikan gelagat anak sulongnya yang mempunyai wawasan tinggi, sayangkan perjuangan tetapi tidak mampu juga mengawal tiga adik-adiknya. Tok Ngah pula anak yang boleh dikatakan ustaz tetapi juga gagal untuk bersatu dengan abang sulongnya. Banyak alasan yang diberikan. Ayoh cik mengeluh, kenapa tidak boleh bertolak ansur, susah sangat kah, sedangkan adik beradik, haruskah peribahasa dicincang air itu tidak akan putus sampai ke bila itu dipadamkan dalam kamus peribahasa melayu. Adik bongsunya pula dulunya baik dengan abang sulong tetapi kini tidak lagi, saling menyalahkan.
.
Ayoh cik kagum dengan sikap keluarga Ah Seng yang juga mempunyai adik beradik yang ramai namun apabila mereka ingin membuat keputusan perihal saudara mereka, mereka boleh bersatu padu. Dulunya bergaduh bertikam lidah,saling menyalah tetapi jika ada orang luar yang cuba menyerang keluarga mereka, mereka akan bersatu. Ayoh cik termenung, kadang-kadang menangis.
.
Marilah kita sama-sama renungkan kisah diatas, kita sesuaikan dalam kehidupan. Bukan atas dasar ideologi tetapi atas dasar AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR. Tidak hairan jika saya membuat andaian, kelak tanah air kita ini akan jatuh ke tangan orang lain jika kita yang punya tanah air terus bersandiwara antara satu sama lain. Saling bergaduhan, saling menuding jari, pentingkan diri sendiri. Ayuh kita buat koreksi diri. Selaku mahasiswa kita sepatutnya mulakan, kita cuba tunaskan bibit perpaduan sesama kita. Renungkanlah dan ungkailah di sebalik lagu dibawah.
.
Anak Kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang,
Nenek moyang kaya-raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman,
.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri,
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang,
.
Kini kita,
Cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri,
Kita sudah tiada masa,
Majulah dengan maha perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
MELAYU kan gagah di nusantara,
MELAYU kan gagah di nusantara,
MELAYU kan gagah di nusantara
.
:: Takkan Melayu Hilang di Dunia
"Mengungkai di sebalik hal ketuaanan MELAYU"

5 comments:

Anonymous said...

dulu masa pak long lah jadi ketua nakhoda, ditinggali ayah cik dan tok ngah hadi. bila ketemuan, ditendang, dicerca, dimakihamun, dirampas harta, dipenjara....

namun bila kapal besar pak long lah rosak masa 1969, diminta minta pula tok ngah hadi memberinya berlabuh dan diperbaiki kapalnya pula. gembira sungguh ayah cik. maka diajaknya pula tok ngah hadi berlayar bersama. bila ditengah lautan, mendapat harta karun yang menggunung, dilempar pula tok ngah hadi, dicampak atas perahu kecil, dicemuh dan ditinggali berlayar tanpa haluan...maka baliklah tok ngah hadi membawa diri...
pulanglah pak long lah kedaratan kemegahan kerana harta yang banyak, ditunjuk2 kepada org ramai. maka ketua nakhoda pak long lah mangahwini puteri sultan, maka tidak dijemputnya ayah cik dan tok ngah hadi. bila mabuk berkuasa, ditutup mulutnya tok ngah hadi, dirampas hartanya, dicerca dihina difitnah, ditangkap bogel dan dipenjara tanpa bicara...
Bila adik su nuar yang dulunya pengampu pak long lah diinjak, difitnah, ditangkap, dihina...maka datanglah tok ngah hadi menghulur tangan. memang kejam pak long lah sanggup bertikam belakang...maka bangkitlah adik su nuar menentang pak long lah...
kesekian masanya pak long lah dibuai mimpi kekuasaam kebenakan harta yang diagih2 anak isteri, maka yang mulia sultan pon murka, maka dititah sultan, pak long lah diturunkan pangkat jadi org kebanyakan...
maka pak long lah meminta tok ngah hadi dan adik su nuar menghadap sultan supaya ditolongi mengembalikan pangkat dan darjatnya kembali KONONNYA atas dasar keluarga dan agama, maka ENGGAN kedua mereka kerna sudah ramai diiinjak, dihina, dicemuh dan tidak diadili sebaiknya pak long lah terhadap org ramai...

'Tolonglah saudara seagamamu kira dia dizalimi dan juga yang menzalimi'
Tegahlah saudara seagamamu dari menzalimi yang lain...
HARAM bagimu menolong saudara seagamamu yang menzalimi org lain

Halimi Muhamad Rusli said...

Salam,,

Ayoh cik menggeleng kepala,entah bila akan bersatu. Kawan-kawannya yang lain tersenyum melihat aksi anak-anak ayoh cik,mungkin mereka rasakan mereka berjaya,mereka kadangkala menguji ayoh cik dengan usikan dan lagaan yang sinis. Anak-anak ayoh cik memang mudah melenting,terus bermasam muka,keras kepala,terus mahu bersengketa. Betul kita ramai tetapi ibarat buih-buih di sungai selepas banjir,tidak berguna.Suara,pekikan,adat resam,perjuangan sudah tidak berguna.Teruslah begini,terbanglah tinggi pasti suatu hari nanti kita akan menangis di bumi sendiri. Tangisan tidak akan berguna lagi mungkin titisan darah yang dirintis dek perjuangan menuntut kembali. Mujurlah kita ada lagi payung memayungi.Raja berdaulat payung kami.Pertahan ia walau apapun terjadi.Buang segala ideologi,hidup mesti berani.Takkan melayu hilang di BUMI.

Anonymous said...

kesian ayoh cik, seperti pungguk menanti bulan jatuh ke riba! Kan sudah ramai teraniaya, ramai dicerca ramai jugak dihamun. ramai juga tidak diadili sebaiknya, ditangkap tanpa bicara dibiarkan anak isteri mereka bergantungan tanpa arah...menghitung akan nasib si ayah yang tidak ketentuan...

kasihanilah mereka ayoh cik, takkan kerna impian ayoh cik, mahukan mereka merana lagi, cukuplah sudah penderitaan mereka...mereka mungkin bukan anak emas ayoh cik si pak long lah, mereka bukan puteri sultan yang boleh menabur wang dan kekuasaan NAMUN mereka tetap saudara seagama sebangsa seperti ayoh cik...sanggupkah ayoh cik melihat mereka merana lagi?

sudahlah ayoh cik dengan impiannya, seperti labu yang dilepaskan ke sungai...nyatalah sudah ini ketentuan Illahi...bahwa yang zalim itu kan dibalas Tuhan setimpalnya...

marilah kita sama2 ayoh cik, menyedarkan yg zalim dan bawanya ke jalan yang lurus, bertaubat insaf kan nanti di akhirat tergolong kalangan para salihin...

mungkin kini ayoh cik kurang mengerti, menggelengkan kepala kerana si adik yg sayangkan abangnya mahu dibawa semula ke pangkal jalan...mungkin nanti di akhirat ayoh cik memahami erti semuanya...dikala itu yang hak pasti mengatasi yang batil...

Anonymous said...

salam buat yb halimi
Saya kagum dgn perjuangan ayah cik tuh tp perjuangan DULU tak sama dgn SEKARANG.smua rakyat dah bukak mata(PRU12 sbg bukti) tp BILA AYAH CIK NAK BUKAK MATA?perjuangan kita hari ini bukan untuk membebaskan diri dr penjajah TP UNTUK M"BEBASKAN DIRI ANAK-ANAK MUDA KITA DARI PENJAJAHAN MINDA.perjuangan m'daulatkan agama kita masih belum selesai.Islam hadhari bukan penyelesaian slagi mana hudud masih diperlekehkan.
"Takkan melayu hilang di BUMI".
bukalah mata yb halimi...usahlah anda trus menerus m'amalkan smgt assabiah dlm diri anda.t'lalu taksub ngn bangsa sendiri bukanlah sunnah nabi.berdirilah atas panji islam.kan best kalu yb halimi guna ayat"takkan islam hilang di bumi"...
p/s:jgnlah kita membangsakan agama...tp agamakan bangsa supaya bangsa kita maju bukan kerana tingginya bgnn di langit...megahnya pakaian di badan....canggihnya teknologi yg diguna tp kerana menegakkan kalimah lailahaillah.
maaf kalu kata2 sy byk mengguris hati...cuma sy rasa syg sgt...andai s'org pemimpin spt yb halimi ini m'jadi PAK TURUT...wassalam.

AIDC said...

salam,

ada masa mohon tonton video2 ni..

Video 1

http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 2

http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/