
30 June 2009
:: Tok guru mahu jadi WIRA

28 June 2009
:: Lambaian Manek Urai -2
:: Orang kampung menjadi mangsa
:: Lambaian Manek Urai

Itulah laungan pekikan semangat para pemuda UMNO di Manek Urai yang berjuang bersungguh-sungguh untuk merampas kembali DUN Manek Urai yang jatuh ke tangan Pas pada pilihan raya umum dahulu. Imej UMNO dikatakan bergantung kepada pilihan raya kecil ini. Sungguh besar ertinya untuk memenangi pilihan raya kecil ini. Saya juga tidak berkecuali menabur jasa dan keringat untuk turut sama dalam barisan membela Manek Urai. Penat lelah tidak dihiraukan oleh Pemuda UMNO Kelantan yang telah berjanji untuk bertempur di Manek Urai. Baru-baru ini saya di hantar oleh Pemuda UMNO bahagian Pasir Puteh ke Janda Baik iaitu Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) untuk berkampung disana melihat, mengatur strategi, menganalisis kekuatan dan kelemahan UMNO pada pilihan raya lepas.
Hasilnya memang cukup bermakna kepada semua Pemuda Tahan Lasak Negeri Kelantan yang telah berjaya mengikuti kursus ini. Semangat baru yang disuntik merancakkan lagi rentak perjuangan Pemuda di Manek Urai. Setelah berkursus disana saya merasakan UMNO dilihat mampu untuk mengambil kembali Manek Urai berdasarkan komitmen Pemuda yang ditunjukkan.
Sedarlah wahai seluruh pengundi Manek Urai. Buatlah pilihan yang bijak. Jangan jadikan bangsa kita di laga-lagakan. Sejarah telah membuktikan suatu masa dahulu. Parti yang menjadi tunjang orang melayu adalah UMNO. Pas juga UMNO suatu masa dahulu. Perpecahan orang melayu bermula dikala itu. Kini makin tenat orang melayu. Satu persatu kuasa melayu ditidakkan. Jangan sampai agama ISLAM kita ditidakkan disebabkan kita sendiri. Jangan kita menjadi punca untuk generasi akan datang hidup senang sama seperti kita hari ini. Kenapa perlu memilih UMNO??
Jawabnya adalah UMNO lah yang boleh dan mampu menjadi pemimpin serta pentadbir negara pelbagai ras dan etnik ini. Hanya UMNO yang mampu mengawal tuntutan rakyat Malaysia berbangsa cina dan india melalui MCA, MIC, GERAKAN dan PPP sekalipun. Parti Pas dulu pun saya lihat mampu untuk mengambil alih tugas UMNO ini suatu masa dahulu berdasarkan di Negeri KELANTAN. Namun sangkaan saya mula meleset.

:: Bertasbih lebih baik dari laungan takbir yang menunjukkan kemegahan dan keangkuhan kerana ALLAH sahaja layak untuk itu
:: Hari lahirku yang ke-23

15 June 2009
:: Dalam proses perungkaian ISU
