27 May 2009

:: Biasiswa JPA;Isu atau polemik politik?

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Sekali air bah sekali pantai berubah, begitulah sesuainya dilabelkan isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam ini atau JPA. Hari ini sekali lagi para politikus dan NGO mewakili kaum masing-masing menyuarakan pendapat masing-masing. Mahu sistem kouta diubah, dimansuh ditambah baik. Ada juga suara mahukan kuota dikelkalkan. Mahu tidak mahu kerajaan terpaksa bersedia menempuhi cabaran ini. Di saat semua kaum punya isu masalah dan porak peranda masing-masing. Tidak adakah lampu aladin yang mampu menunaikan segala hasrat daripada kaum masing-masing. Kalau ada tentu haru biru dibuatnya. Seperti kisah 3 budak hitam yang terjumpa lampu aladin di tengah hutan. Di mohon si hitam pertama supaya menjadi putih, si hitam kedua mahu jadi putih lagi daripada si putih pertama namun hasrat si sihitam ketiga mahu kedua-duanya hitam kembali. Nampaknya balik macam asal, jadi semua hitam.
.
Berbalik kepada isu ini saya merasakan sebenarnya tidak timbul soal kuato atau meritokrasi dalam isu JPA ini. Semasa di Universiti dahulu saya pernah menjadi ketua untuk membantu pelajar-pelajar jurusan perubatan, pergigian dan sains kesihatan menguruskan permohonan untuk biasiswa JPA ini. Isu di kampus dahulu mahu perjuangkan tarif kadar bayaran, tetepi isu nasionalnya amat kontra sekali. Ikutkan semunya layak. Namun berapa kerat daripada golongan CINA atau INDIA yang memohon. Semuanya mahukan PTPTN kerana tidak mahu terikat dengan kontrak kerajaan. Di situ telah terbuktinya betapa egoisnya setiap pelajar yang mengaku bergelar warganegara Malaysia. Tetapi dari sudut pandang yang berbeza, kita difinisikan kerajaan amat terbuka dan memberikan kebebasan untuk setiap warganegaranya membuat pilihan. Soal sama ada kaum itu dominasi atau tidak memang tidak WUJUD!! Sebab itu saya menganggap soal ini hanya soal rasis atau capup semata-mata. Untuk menarik undi kaum masing-masing.
.
Sesuailah dengan gagasan PM kita, SATU MALAYSIA. Konsep disebalik Satu Malaysia ini jika dilihat pastilah jelas dan memberikan keadilan yang cukup untuk semua kaum. Jangan lah diambil kesempatan pula wahai rakyat Malaysia pasca MERDEKA. Berapa ramai sudah pejuang Kemerdekaan yang masih hidup. Mungkin generasi pasca MERDEKA seperti saya inilah yang selalu membuat masalah. Hidup dalam penuh kemewahan. Tidak pedulikan lagi status quo atau nilai perlembagaan yang telah dipahat oleh nenek moyang dahulu. Hasil perkongsian inilah, membolehkan masyarakat kaum CINA menguasai ekonomi, kaum INDIA mempunyai pekerjaan, dan kaum MELAYU saling melengkapkan antara satu sama lain.
.
Kata PM tidak kira kaum mana sekalipun, dari bandar atau luar bandar jika mereka layak untuk mendapat bantuan maka memang tanggungjawab kerajaan membantu mereka. Tidak soal isu rasispun. Persepsi rakyat harus betul, berapa ramaikah penjenayah daripada kaum MELAYU ditangkap polis?, berapa ramai kaum MELAYU menguasai ekonomi?, berapa ramai kaum BUKAN MELAYU telah terbunuh memperjuangkan kemerdekaan? jawapannya ada dalam lipatan sejarah kita. Jangan kita sembunyikan dan selalu menafikan. Demi kepentingan parti politik kita. Sudahlah politikus, kamu mahu menjadi wira kaum kamu sahaja, tidakkah kamu fikir rakan kaum yang lain. Hormatilah dan terimalah dengan hati yang terbuka. Agama budha bebas dianuti dan kuil hindu juga bebas dilawati tanpa ada rasa takut ancaman daripada mana-mana kaum sekalipun. Itulah keunikan kita, wahai Malaysian.
.
Tidak cukup soal JPA, ada pula pihak mahu Komunis diberikan kemaafan dan diterima sebagai warganegara Malaysia. Aduh, serabut betul Malaysia. Mungkin desakan yang wujud di Pulau Pinang maka soal picisan yang tidak pernah kita fikirkan suatu masa dahulu boleh timbul. Jika kita tidak belajar dan fahami mata pelajaran Sejarah maka golongan pasca MERDEKA ini akan bersimpati terhadap Komunis ini. Nama dah lah nak sama dengan bapak rakan cina saya, Chin Peng. Ingat dia juga orang Cina Malaysia jugak lah.
.
Baru kerajaan bagi amaran dekat HINDRAF mulalah wujud samseng Cina pulak mahu ketuanya pulang. Begitulah cabaran Malaysia. Kaum india PPP juga makin pening ada dua gembala. Isu ROS pulak jadi alasan. Orang melayu di perak pula rasmikan mogok lapar. Bak kata ASTRO "Macam-macam ADA" .Tetapi saya yakin dan percaya pemimpin kita mampu tanganinya. Mereka punya tongkat sakti yang mampu mengatasinya iaitu "toleransi dan hormat menghormati".
.
"Bosan dengan TUNTUTAN"
:: Belajar memberi dari meminta

:: Tahniah Red Warrior

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah..Kelantan sudah bangkit. Keputusan semalam KELANTAN menang keatas KL PLUS 1-o. Sungguh gumbira hati ini. Runsing memikirkan pasukan bola Kelantan. Apa-apapun tahniah Kelantan
.
Ikuti rakaman penyokong bola sepak KELANTAN semasa FINAL piala FA dulu. GOMO KELATE GOMO di ruangan sekilas di tepi blog ini
.
"GOMO KELATE GOMO"
:: Seronok tengok bola pasukan Kelantan

24 May 2009

:: Red Warrior pasukan kebanggaan ku

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Aduh pedih sungguh mengenang nasib pasukan Wira Merah. Bagai jatuh ditimpa tangga. Bergolek-golek, menunggeng, meniarap, menukak sodok tanoh. Nasib pasukan bola sepak Kelantan begitulah sejak tewas pada perlawanan akhir Piala FA tempoh hari.
.
Walaubagaimanapun kami semua rakyat Kelantan akan setia dan terus menyokong pasukan kami ini. Percayalah untuk menjadi sebuah pasukan yang kuat bukannya mudah. Banyak cabaran lagi bakal menimpa pasukan Kelantan. Apa lagi "Rumah" sendiri disita sampai akhir tahun atas alasan yang amat mamalukan. Minta jasa baik pihak FAM pertimbangkan sekali lagi. Kami amat-amat sayangkan pasukan kami.
.
Bagi mewakili suara mahasiswa Kelantan yang menuntut di universiti seluruh negara dan di dunia sekalipun, yang setia bersama RED WARRIOR memohon jasa baik pihak FAM untuk mengkaji balik hukuman itu. Kami hanya pasukan yang baru belajar. Bukannya seperti pasukan elit yang lain, dalam Liga Super kami hanyalah Underdog.
.
Bayangkan kami tidak ada tempat berteduh, perjalanan ke Kuala Lumpur yang memakan masa yang lama hampit 10 jam, memang memenatkan dan berisiko tinggi, kos-kos lain yang cukup tinggi amat memeritkan kami. Sedarlah FAM, banyak manfaat yang diperolehi daripada bola sepak ini. Perpaduan rakyat Kelantan yang dulunya dipisahkan dek tembok politik berjaya diatasi dengan sukan ini. Mereka mampu mengibarkan bendera Kelantan daripada bendera parti masing-masing. Hiburan di Kelantan amatlah terhad, oleh yang demikian hiburan kami adalah bola sepak. Beramai-ramai turun ke stadium kami menyaksikan bola sepak. Sebab itu tiap kali diadakan perlawanan bola sepak, bandar Kota Bharu akan penuh sesak. Ramai yang mengakuinya. Rakyat Kelantan menyalurkan tekanan mereka dengan menyaksikan bola sepak. Industri kecil seperti peniaga mengakui perniagaan mereka amat menguntungkan semasa perlawanan diadakan. Kami semua bersatu menyokong Kelantan.
.
Bagi menzahirkan suara para mahasiswa Kelantan, saya telah menghantar mail kepada orang kuat FAM dan InshaAllah akan saya siarkan perkembangannya kelak. HIDUP KELANTAN!!. Maju RED WARRIOR!!
.
"Semangat RED WARRIOR digeruni lawan"
:: Selamat berjuang TAN SRI ANNUAR MUSA;tonggak KAFA"

21 May 2009

:: Pesanan dari Dr. Irfan

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Petikan dari akhbar utusan yang menarik untuk dikongsi
.
Antara perkara paling kerap dilakukan ialah membasuh tangan. Ketika hendak makan, keluar dari bilik air, menyediakan makanan ataupun semasa berwuduk, membasuh tangan adalah kemestian. Sungguh pun begitu, masih ramai yang tidak mengambil berat perkara semudah ini. Ini kerana sebilangan besar penyakit berjangkit merebak melalui tangan yang kotor. Baik taun, tifoid; hepatitis A; penyakit tangan, kaki dan mulut, keracunan makanan dan pelbagai lagi. Langkah pencegahan paling mudah ialah membasuh tangan. Bahkan, influenza A H1N1 juga boleh merebak melalui tangan yang tersentuh titisan cecair badan sama ada batuk atau bersin. Titisan-titisan berbahaya ini akan "dideposit" di merata-rata tempat seperti tombol pintu, meja dan perabot atau perkakasan lain.
.
Mungkin di sekolah-sekolah rendah, aspek penjagaan gigi amat ditekankan. Hampir setiap sekolah mengadakan sesi demonstrasi menggosok gigi kepada pelajar. Namun adakah sekolah turut mengadakan kempen membasuh tangan? Agama Islam juga menekankan kepentingan menjaga kebersihan tangan. Buktinya ialah dalam ibadat wuduk itu sendiri ada aspek membasuh tangan sehingga ke pergelangan tangan dan sekali lagi membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan pula dilakukan sebanyak tiga kali. Kaedah ini telah lama dipraktikkan di bilik-bilik bedah di seluruh dunia. Sebelum pakar bedah memakai "gaun hijau", mereka perlu membasuh tangan sehingga ke siku, beberapa kali bagi memastikan tiada bakteria yang dibawa masuk kepada pesakit. Ini terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan di tempat pembedahan (surgical site infection).
.
Selain itu, kita juga disunatkan membersih dan menggosok di celah-celah jari sewaktu berwuduk. Amalan itu amat berkesan dalam kaedah membasuh tangan sebelum pembedahan dan ia turut diguna pakai dalam persediaan sebelum pembedahan sehingga kini. Satu lagi amalan sunat yang harus kita amalkan secara konsisten ialah memendekkan kuku. Ini kerana kuku panjang boleh menyebabkan bakteria dan kekotoran mudah terperangkap. Dalam hal ini, agama telah menunjukkan kaedah perubatan iaitu pencegahan. Jika dalam ilmu pembedahan, kuku perlu dibersih dengan berus khas. Namun jika amalan sunat memotong kuku ini diamalkan, maka tahap kebersihan pastinya lebih baik berbanding mereka yang berkuku panjang. Kita juga diajar supaya menggunakan tangan kiri untuk bersuci terutamanya ketika membuang air besar. Secara kontranya pula kita disuruh supaya makan dengan tangan kanan. Ia juga merupakan suatu kaedah perubatan preventif. Daripada aspek penggunaan sumber air pula, menjadi sesuatu yang amat penting untuk menentukan kebersihannya. Agama menggredkan air untuk bersuci ialah "air mutlak". Ia menunjukkan aspek sumber air perlu diberi perhatian. Secara logik, jika sumber air untuk membasuh tangan ialah "air mustakmal" iaitu air yang telah digunakan, maka potensi untuk jangkitan akan meningkat. Tiada guna membasuh dengan sabun, menggosok dengan berus jika air daripada sumber mustakmal
.
Penyakit leptospirosis dikatakan berpunca daripada air kumuhan tikus, yang mungkin mencemari air yang digunakan oleh manusia. Amalan tradisi membasuh tangan ketika kenduri di kampung dengan cara mencelupkannya ke dalam bekas yang berisi air bukan sahaja tidak menepati prinsip membasuh tangan dengan sempurna. Bahkan kaedah itu akan lebih mengotorkan tangan. Lebih-lebih lagi jika kita bukan orang yang pertama menggunakannya. Memahami hakikat "biar mati anak asalkan jangan mati adat" dan situasi yang agak sukar untuk meminta air bersih sewaktu majlis keramaian, maka kita pun dengan berat hati terpaksa mencelupkan tangan ke dalam bekas air yang sudah nampak sisa-sisa makanan orang lain di dasarnya dan juga selaput minyak di permukaan. Sebaik-baiknya selepas itu, pergilah ke paip air untuk membasuh semula tangan kita itu.
.
PENULIS ialah Pensyarah Kanan dan juga Pakar Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kelantan.
.
"Mahu belajar menulis"
:: Selalu baca tulisan Dr. Irfan di akhbar,

20 May 2009

:: Aspirasi generasi muda

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
ASPIRASI!!laungan keramat yang selalu di dendangkan semasa saya menuntut di USM tempoh hari. Memang cukup berbisa laungan ini sehingga ada yang benci dan mengutuk perkataan yang tidak langsung bersalah itu. Entah mengapa benci sangatkah ASPIRASI. Mungkin secara sedar atau tidak, di sebalik perkataan inilah wujudnya satu saf barisan yang ampuh yang senantiasa bersiap siaga untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan mahasiswa. Tidak kiralah warna kulit atau bangsa apa sekalipun. Namun bagi yang tetap membenci akan terus membenci. Sedar atau tidak, kini ASPIRASI anak muda terus menjadi perhatian para pemimpin kita. Ini kerana anak muda mempunyai ASPIRASI mereka sendiri. Mahu menilai, mahu menghukum dan juga suka menyoal. Kerancakkan peperangan penyampaian dalam media menjadikan status quo anak muda ini mempunyai tempat yang tersendiri. Pada kaca mata ahli politik mungkin jatuh bangunnya mereka nanti akan ditentukan oleh anak muda ini. Saya katakan sebegini kerana 6 Juta anak muda ini akan mula mengundi pada pilihan raya ke-13 nanti. Bukan kecil jumlah ini. Jika tidak dijaga, kalah lagi mungkin ataupun dapat balik semua 5 negeri.
.
Hendak diramal jiwa anak muda ini bukan mudah. Bak kata ahli fizik ianya dinamik. Berubah-ubah ataupun bergerak. Dengan angin perubahan inilah yang boleh menentukan dan mencorakkan masa depan negara kita. Jika kita perhatikan anak muda ini kebanyakannya mahasiswa, baik IPTA, baik politeknik, baik kolej-kolej waima IPTS sekalipun. Mereka dibentuk oleh persekitaran. Di universiti mereka mudah mengakses maklumat di mana-mana. Kebebasan yang diberikan oleh pihak Universiti untuk mendapatkan maklumat amat luas. Tidak ada sebab melabelkan para mahasiswa kita katak dibawah tempurung. Kalau ada spesis katak pun, mungkin katak pisang kot. Yang kakinya panjang bewarna kuning. Nampak sahaja kurus tetapi lidahnya panjang. Golongan inilah yang seharusnya diberikan perhatian. Walaupun kurus tetapi mampu melompat tinggi.
.
Memetik bual bicara yang disiarkan dalam media arus perdana kita semalam, jelas menunjukkan mahasiswa kita punya tempat. Konvensyen MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR kebangsaan yang sedang berlangsung di UTHM banyak memberi ruang dan peluang kepada pemimpin mahasiswa menyuarakan suara mereka. Di berikan lagi siaran secara langsung melalui rancangan SUARA SISWA. Memetik kata-kata Y.Bhg Datuk NC UTHM yang mengatakan bahawa graduan di Malaysia dan juga Universiti di MALAYSIA harus diberikan pujian kerana kedudukan kita melalui THES jelas meletakkan 5 buah universiti di MALAYSIA tersenarai dalam 500 kedudukan universiti terbaik di seluruh negara. Negara kita hanyalah negara yang kecil jika dibandingkan dengan negara CHINA. Negara CHINA hanya mempunyai 8 sahaja universiti yang disenaraikan dalam penarafan tersebut. Tidak dinafikan kejayaan ini hasil daripada pihak kerajaan yang bersungguh-sungguh mentransformasikan pendidikan tinggi di negara kita. Jangan dinafikan para mahasiswa juga penting dalam sesebuah universiti. Kupasan demi kupasan dibuat oleh wakil MPP dalam siaran tersebut. Teringat kenangan silam. Mahasiswa juga berani menyentuh isu PPSMI, mahasiswa sebagai modal insan siap pakai, dan banyak lagi. Seronok dibuatnya.
.
Berbalik mengenai isu ASPIRASI genarasi muda sebenarnya mereka tidak mahu apa. Mereka mahu hidup selesa. Mereka mahu didekati. Kadang-kadang suka mendesak. Mahu kebebasan yang tidak tahu batas dan resam orang muda, berdarah panas. Suka sangat menghukum dari menasihat. Di kampung-kampung kini generasi muda banyak berhijrah ke bandar. Kurangnya peranan ketua kampung baik BIRU atau HIJAU dalam mewujudkan aktiviti kesatuan pemuda kampung. Aktiviti sukan ataupun aktiviti kemasyarakatan juga kurang. Hanya ada mungkin tahlil-tahlil. Namun juga mampu menyumbang kepada perpaduan komuniti. Orang muda juga malas membaca dan menilai. Berapa ramai yang membaca sekurang-kurangnya surat khabar?ataupun buku-buku ilmiah.
.
Saya juga berharap mungkin lebih banyak lagi program diadakan baik di Universiti, atau kampung-kampung program berbentuk dekat kepada masyarakat kerana melalui program inilah dapat menjayakan semangat satu Malaysia. Di pihak universiti juga seharusnya memberi peluang kepada mahasiswa untuk bermasyakat, jangan terlalu menekankan akedemik semata-mata. Kekangan dan cabaran peperiksaan harus bijak di atasi oleh para mahasiswa semasa di universiti.
.
Kepada anak muda sekalian, sedarlah kita punya kuasa. Kita mampu merobohkan tembok walau apa cara sekalipun. Apa yang penting, kerjasama. Marilah sertai saf pemuda-pemuda. "Sediakan aku 10 pemuda, nescaya boleh goncang dunia". Jadilah antara yang sepuluh itu. Sama-samalah anak muda memartabatkan ruang dan peluang ini demi memastikan kedudukan negara bangsa kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan masyarakat di seluruh dunia. Tangani setiap krisis dengan penuh bijaksana, penuh berintegriti dan akauntabiliti, telus tanpa perlu wujud perasaan waspada pada anak muda. Anak muda punya ASPIRASI untuk dipenuhi. Sekali air Bah takkan Anak muda rebah. Anak muda di perantauan sana di pesan jangan terlalu angkuh mengejar kemewahan, jengoklah ke asal tempat lahirmu, menagih jasa anak muda di perantauan, pulanglah menabur jasa dan bakti demi negara ibu pertiwi.
.
"Kagum dengan anak muda-Indonesia"
:: ASPIRASI anak muda, ASPIRASI GLOKAL