20 May 2009

:: Aspirasi generasi muda

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
ASPIRASI!!laungan keramat yang selalu di dendangkan semasa saya menuntut di USM tempoh hari. Memang cukup berbisa laungan ini sehingga ada yang benci dan mengutuk perkataan yang tidak langsung bersalah itu. Entah mengapa benci sangatkah ASPIRASI. Mungkin secara sedar atau tidak, di sebalik perkataan inilah wujudnya satu saf barisan yang ampuh yang senantiasa bersiap siaga untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan mahasiswa. Tidak kiralah warna kulit atau bangsa apa sekalipun. Namun bagi yang tetap membenci akan terus membenci. Sedar atau tidak, kini ASPIRASI anak muda terus menjadi perhatian para pemimpin kita. Ini kerana anak muda mempunyai ASPIRASI mereka sendiri. Mahu menilai, mahu menghukum dan juga suka menyoal. Kerancakkan peperangan penyampaian dalam media menjadikan status quo anak muda ini mempunyai tempat yang tersendiri. Pada kaca mata ahli politik mungkin jatuh bangunnya mereka nanti akan ditentukan oleh anak muda ini. Saya katakan sebegini kerana 6 Juta anak muda ini akan mula mengundi pada pilihan raya ke-13 nanti. Bukan kecil jumlah ini. Jika tidak dijaga, kalah lagi mungkin ataupun dapat balik semua 5 negeri.
.
Hendak diramal jiwa anak muda ini bukan mudah. Bak kata ahli fizik ianya dinamik. Berubah-ubah ataupun bergerak. Dengan angin perubahan inilah yang boleh menentukan dan mencorakkan masa depan negara kita. Jika kita perhatikan anak muda ini kebanyakannya mahasiswa, baik IPTA, baik politeknik, baik kolej-kolej waima IPTS sekalipun. Mereka dibentuk oleh persekitaran. Di universiti mereka mudah mengakses maklumat di mana-mana. Kebebasan yang diberikan oleh pihak Universiti untuk mendapatkan maklumat amat luas. Tidak ada sebab melabelkan para mahasiswa kita katak dibawah tempurung. Kalau ada spesis katak pun, mungkin katak pisang kot. Yang kakinya panjang bewarna kuning. Nampak sahaja kurus tetapi lidahnya panjang. Golongan inilah yang seharusnya diberikan perhatian. Walaupun kurus tetapi mampu melompat tinggi.
.
Memetik bual bicara yang disiarkan dalam media arus perdana kita semalam, jelas menunjukkan mahasiswa kita punya tempat. Konvensyen MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR kebangsaan yang sedang berlangsung di UTHM banyak memberi ruang dan peluang kepada pemimpin mahasiswa menyuarakan suara mereka. Di berikan lagi siaran secara langsung melalui rancangan SUARA SISWA. Memetik kata-kata Y.Bhg Datuk NC UTHM yang mengatakan bahawa graduan di Malaysia dan juga Universiti di MALAYSIA harus diberikan pujian kerana kedudukan kita melalui THES jelas meletakkan 5 buah universiti di MALAYSIA tersenarai dalam 500 kedudukan universiti terbaik di seluruh negara. Negara kita hanyalah negara yang kecil jika dibandingkan dengan negara CHINA. Negara CHINA hanya mempunyai 8 sahaja universiti yang disenaraikan dalam penarafan tersebut. Tidak dinafikan kejayaan ini hasil daripada pihak kerajaan yang bersungguh-sungguh mentransformasikan pendidikan tinggi di negara kita. Jangan dinafikan para mahasiswa juga penting dalam sesebuah universiti. Kupasan demi kupasan dibuat oleh wakil MPP dalam siaran tersebut. Teringat kenangan silam. Mahasiswa juga berani menyentuh isu PPSMI, mahasiswa sebagai modal insan siap pakai, dan banyak lagi. Seronok dibuatnya.
.
Berbalik mengenai isu ASPIRASI genarasi muda sebenarnya mereka tidak mahu apa. Mereka mahu hidup selesa. Mereka mahu didekati. Kadang-kadang suka mendesak. Mahu kebebasan yang tidak tahu batas dan resam orang muda, berdarah panas. Suka sangat menghukum dari menasihat. Di kampung-kampung kini generasi muda banyak berhijrah ke bandar. Kurangnya peranan ketua kampung baik BIRU atau HIJAU dalam mewujudkan aktiviti kesatuan pemuda kampung. Aktiviti sukan ataupun aktiviti kemasyarakatan juga kurang. Hanya ada mungkin tahlil-tahlil. Namun juga mampu menyumbang kepada perpaduan komuniti. Orang muda juga malas membaca dan menilai. Berapa ramai yang membaca sekurang-kurangnya surat khabar?ataupun buku-buku ilmiah.
.
Saya juga berharap mungkin lebih banyak lagi program diadakan baik di Universiti, atau kampung-kampung program berbentuk dekat kepada masyarakat kerana melalui program inilah dapat menjayakan semangat satu Malaysia. Di pihak universiti juga seharusnya memberi peluang kepada mahasiswa untuk bermasyakat, jangan terlalu menekankan akedemik semata-mata. Kekangan dan cabaran peperiksaan harus bijak di atasi oleh para mahasiswa semasa di universiti.
.
Kepada anak muda sekalian, sedarlah kita punya kuasa. Kita mampu merobohkan tembok walau apa cara sekalipun. Apa yang penting, kerjasama. Marilah sertai saf pemuda-pemuda. "Sediakan aku 10 pemuda, nescaya boleh goncang dunia". Jadilah antara yang sepuluh itu. Sama-samalah anak muda memartabatkan ruang dan peluang ini demi memastikan kedudukan negara bangsa kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan masyarakat di seluruh dunia. Tangani setiap krisis dengan penuh bijaksana, penuh berintegriti dan akauntabiliti, telus tanpa perlu wujud perasaan waspada pada anak muda. Anak muda punya ASPIRASI untuk dipenuhi. Sekali air Bah takkan Anak muda rebah. Anak muda di perantauan sana di pesan jangan terlalu angkuh mengejar kemewahan, jengoklah ke asal tempat lahirmu, menagih jasa anak muda di perantauan, pulanglah menabur jasa dan bakti demi negara ibu pertiwi.
.
"Kagum dengan anak muda-Indonesia"
:: ASPIRASI anak muda, ASPIRASI GLOKAL

1 comment:

Jacknaim said...

Sediakan aku 10 pemuda, nescaya boleh goncang dunia".

salam.. betul ayat tu. tapi nak goncang dunia dgn ape

kata iman ghazali, nak goncang dunia dgn ISLAM. nak baiki akidah ummat yg rosak, nak kembalikan kekuatan islam

Kawe bersyukur sangat2 kalau ASPIRASI sanggup bersama kami semua menggoncang dunia dengan islam kembali.

semoga islam kembali mekar seperti zaman kegemilangannya

Ameen!