25 March 2009

:: Selamat bersidang kepada semua Perwakilan UMNO

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Tanggal 24-28 Mac ini merupakan satu tarikh keramat atau turning point kepada semua ahli UMNO untuk bermuhasabah dan bermusyawarah untuk merencanakan langkah-langkah bugar dalam mencorak survival parti demi memastikan parti UMNO senantiasa dominan kepada semua generasi. Ucap tama pembukaan persidangan serentak sayap-sayap utama UMNO semalam yang telah disampaikan oleh Y.A.B Timbalan Presiden UMNO telah sedikit sebanyak menampakkan satu perubahan yang besar akan berlaku di semua peringkat bermula daripada pihak atasan kepada seluruh peringkat akar umbi. Antara petikan yang dapat saya coretkan adalah mengenai antara perubahan dasar dan amanat yang telah diberikan oleh Y.A.B Timbalan Presiden bermula dengan memainkan kembali kelok-kelok sejarah penubuhan parti dan prepentingnya persefahaman yang wujud sejak sekian lama yang telah menjurus kepada tertubuhnya Malaysia yang MERDEKA.
.
UMNO diharapkan lebih peka dengan segala wahana pendispensi maklumat termasuk media alternatif dan dapat mempersupremesikan sistem nilai di semua peringkat generasi. Waima tidak cukup dengan itu UMNO diperingatkan untuk mengambil teladan kepimpinan teragung Islam, RASULULLAH S.A.W dalam metadbir urus dan penyatuan bestari komuniti semasa peristiwa Hijrah dahulu. Beliau juga sempat menguraikan simpulan-simpulan mengenai penguasaan Bahasa ketiga. Menyedari sawajagat pentingnya menguasai ilmu pengetahuan maka sesuatu bangsa itu perlu diperkasakan barulah bahasanya disangjung kerana tanpa bangsa tanpalah bahasa. Dalam aspek pengayaan ekonomi, beliau memperingatkan juga para pemimpin-pemimpin UMNO lebih berani menegur dan menghadapi teguran, berintegriti disamping memansuhkan istilah glamor SI dan SK. "SALAM ISI" dan "SALAM KOSONG". Kemiskinan luar bandar tidak diabaikan namun kemiskinan bandar juga perlu diambil kira kesan daripada imigrasi masyakat semakin meruncing.
.
Dalam aspek memperkasakan ahli-ahli UMNO, beliau mengharapkan semua ahli UMNO lebih utuh dan teguh walaupun dihumban ke laut mahupun dicampakkan kegunung atau dipanggang sekalipun kesetiaan dan ketaatan kepada AGAMA, BANGSA, dan NEGARA akan tetap dijulang. Modul dan latihan yang lengkap harus diperkenalkan untuk mengkaderkan generasi UMNO yang jelas seiring dengan MISI dan VISI UMNO sendiri.
.
Di akhir ucapan Y.A.B Timbalan Presiden juga sempat mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua termasuk Y.A.B Presiden parti, Pengerusi sayap-sayap UMNO dan juga semua 191 Bahagian UMNO yang telah memberikan sokongan kepada beliau untuk "Menakhodakan Zaman" walaupun dalam keadaan banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Safkanlah beliau dengan barisan yang mantap sebagai pampanan dan sokongan sepanjang pelayaran beliau. Berlabuhlah Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak kepada destinasi yang ingin digapai selurus dengan tuntutan AGAMA demi mermatabatkan BANGSA dan memelihara TANAH AIR sehingga ke akhir titisan darah sekalipun.
.
Bagi semua mahasiswa haruslah ingat jasa UMNO tidak sebarangan. Jangan menidakkannya. Perut kenyang meratahi hidangan di kafe, ilmu ditimba di kuliah-kuliah, dan juga peluh-peluh yang ditiskan sepanjang di IPT ini semua hasil perjuangan UMNO. Perjuangan tidak kepalang. Berpatah paruh menongkat sayap ke gunung hendak didaki, didakinya juga. Renungilah para mahasiswa dengan bijaksana dan tunaskanlah penghargaan tersebut. Timbalah ilmu sebanyak mungkin, Canailah pemkiran setajam yang mampu, Siasahkanlah generasi yang hebat yang tidak jumud dek batasan-batasan pemikiran yang cetek.
.
Di noktah ini, sudikanlah saya mengucapkan berbanyak penghargaan kepada semua perwakilan yang terpilih dan harapan saya moga-moga anda semua berjaya mentransformasikan UMNO kepada yang lebih baik demi kesejagatan dan kesejahteraan hari esok.
.
"A leader is a dealer in hope-Napoleon Bonarpate"
:: Pemerhati bebas UMNO; Aspirasi Mahasiswa Aspirasi Negara

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jacknaim said...

berterima kasihlah pada Allah dan bukannya pada makhluk.......

UMNO tidak lain tidak bukan hanyalah umpama pengurus manakala rakyat adalah pelabur. PEngurus yang bijak akan membawa keuntungan pada syarikat dan begitulah kerajaan yang dipacu UMNO

sekiranya mereka menjadi pengurus syarikat yang baik, nescaya pelabur akan mendapat untung yang banyak


begitulah jua UMNO yang memerintah kerajaan, menerima wang cukai daripada rakyat baik cukai rumah, perniagaan mahupun cukai2 lain. semua nya utk bangunkan rakyat.

tapi apa jd pada rakyat? miskin melata.. duit habis msk dlm poket pengurus2 syarikat wang rakyat. Patutkah kita berterima kasih??

Baiklah berterima kasih pada Allah, yang memberikan rezeki. Kalau berterima kasih pada UMNO, UMNO bakal musnah bila2 masa. Kalau bukan sekarang, di hari akhirat nescaya hancur juga...

Anonymous said...

Dalam apa keadaan sekalipun,mohonlah pada Allah untuk beri hidayah serta taufik kepada kita.
Janganlah kita membuat sesuatu berdasarkan adat dan budaya mengikut.Perlu tahu kenapa dan apa tujuan kita membuat sesuatu itu.
Barulah hidup akan lebih bermakna dan diredhai Allah...