18 March 2009

:: PPSMI mana silapnya?

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamuaalikum dan salam sejahtera
.
Isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) ini menjadi isu hangat dalam masyarakat di Malaysia ini. Ada yang kata main tarik tali, ada kata sudah menjadi bubur dan ada juga kata "the longest journey begin with single step". Tidak cukup dengan itu gerakan ditubuhkan untuk gerakan pemansuhan. Sedar tidak sedar kampus kita juga menjadi medan untuk mengajak mahasiswa berarak memansuhkan dasar ini. Bukan untuk berarak sahaja tetapi penuh dengan agenda tersendiril. Tengoklah keratan songla ini yang saya cabut di surau kampus kita ini.
.
Tidak perlu dinafikan apabila sesuatu perkara apabila dipolitikkan semua jadi salah. Semua jadi haram jika tidak menepati ideologi mereka. Jika diteliti segala maklumat yang disertakan dalam songla ini penuh dengan fitnah dan tomahan kepada pihak-pihak tertentu. Mereka sengaja menggunakan isu ini untuk mengambil kesempatan menabur kebencian kepada musuh politik mereka.
.
Hairannya mengapa songla ini boleh ditampal di surau tersebut. Mengapa tidak ada seorang mahasiswa yang berani membuangnya yang terang-terang FITNAH ini walaupun dalam surau yang mulia. Sedarlah mahasiswa. Jangan hanya mementingkan diri sendiri. Biarlah generasi akan datang juga hebat, mampu bersaing di peringkat global. Jangan mudah terpedaya.
.
Banyak alasan-alasan yang disertakan memang FITNAH dan siapalah yang mencetak,mengedar dan mengiakannya maka bersedialah,pembalasan atau ganjaran?. Tujuan pendedahan ini dibuat supaya para mahasiswa lebih berani dan jangan percayakan propaganda ini dan mendatang yang jelas memberikan impak yang buruk untuk para mahasiswa.
.
Sudah tentu juga mungkin ada mahasiswa daripada kampus kita yang menyertai atau menjadi dalang untuk perarakkan raksaksa ini. Mohon disiasat oleh pihak yang berkenaan. Saya secara jujurnya menegaskan PPSMI ini haruslah diteruskan untuk kesejahteraan generasi akan datang. Bagi mendapat penjelasan mengapa dan kenapa PPSMI ini diwujudkan mohon untuk saya menjelaskan kata-kata Mantan PM kita dalam web beliau.
.
Antara perkara penting yang digariskan oleh beliau pentingya bangsa kita bersaing diperingkat global. Banyak rujukan untuk matapelajaran sains dan matematik terdapat dalam bahasa Inggeris. Tidak cukup dengan itu, kemudahan dan kepakaran yang kita miliki sekarang tidak setanding untuk menterjemahkan semua bahan rujukan tersebut kedalam bahasa melayu. Ini jelas satu point yang cukup penting. Di samping sebagai persediaan untuk para pelajar menempuh sistem pembelajaran di IPT yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama termasuklah dalam kuliah, tugasan mahupun kerja kumpulan. Oleh yang demikian seharusnya daripada peringkat sekolah rendah lagi ianya diperkenalkan dan dilatih. Bagi yang ingin mendapatkan lagi banyak input yang berguna sudilah melawat laman sesawang Tun sendiri.
.
Kepada orang-orang politik janganlah memperjudikan bangsa sendiri kerana kepentingan politik semata-mata. Kenapa hanya perhimpunan yang didakwa raksaksa tersebut hanya dikalangan orang melayu, mana rakan bangsa lain. Sekali lagi timbulnya persoalan mereka tidak sayang bahasa kebangsaan merekakah?. Kaum kita memang mudah melenting. Tidak tentu pasal. Keputusan peperiksaan baru-baru ini jelas menunjukkan anak-anak kita sudah bersedia walaupun tidak semua tetapi perkembangannya positif. Jika ada penambah baikkan usahakanlah jangan sampai menghapuskannya sudah.
.
"The future depend in whar we do in the present-Mahatma Gandi"
:: Teruskanlah PPSMI,saya sokong 200 peratus

3 comments:

Anonymous said...

Kononnya PPSMI untuk memperkasakan bangsa dan negara. Kreatiflah kononnya. Orang lain tak terfikir idea ini, kononnya.

Kita yakin ia bukan lagi kreatif tetapi dah jadi istidraj. Memudaratkan bangsa dan bukannya memperkasa bangsa.

Kiasnya seekor ikan yang cukup seronok mendapat makanan yang lazat pada satu mata pancing.

Jacknaim said...

Salam. Mi, kawe pun sokong PPSMI tapi bukan untuk semua peringkat. tidak untuk di peringkat sekolah rendah. Biarlah pendidikan awal dibuat dalam bahasa ibunda. Itu juga yg ditetapkan oleh badan dunia UNESCO.

Implikasinya cukup besar mi. Kalau student tak faham dari peringkat awal pembelajaran memang susah nak faham ke peringkat lebi9h besar. InshaALLAH kawe cuba utk ulas panjang.

Bagi kawe, kawe sokong PPSMI dlm peringkat pengajian menengah tp tidak di peringkat rendah..

Nice to have you blogging again. Boring kawe xde orang utk sparing idea... tapi kawe rasa kalu demo tambah mantanmppusmkk dekat url blog demo pun ok jugak.

kawe secara personal pun tak setuju demo msh guna url ni. bukan x suka demo berblogging. kawe suka, cuma tu la. at least, biar keno pada saluran..

KK! Salam

wacanaku said...

Mi...semenjak Sains & Matematik diajar dalam BI, saya nampak anak-anak melayu dah mula pandai bercakap BI. Kalau Mi ingat pada tahun 1964 (kalau tak betul tolong perbetulkan) Menteri Pelajaran pada masa itu, En Khir Johari telah menghapuskan tulisan jawi atas desakan kumpulan penulis2 melayu. Apa dah jadi sekarang, generasi tersebut telah buta jawi, sukar nak baca Qur'an, maka lahirlah anak2 remaja sekarang. Apa dah jadi kpd mereka, Mi lihatlah sendiri.
Kali ini juga golongan sastrawan telah sekali lagi mendesakan kerajaan, tak kan anak kita nak bersajak dan membaca novel spt salina, kemarau dilembah dll... sedangkan bangsa lain sudah maju dlm sains & teknologi.Fikir fikirkan lah...