03 August 2009

:: AWAS!! Projektor Sinaran Gamma HILANG!!

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.

BERITA yang amat tergempar sepatutnya mengatasi berita-berita lain dan sepatutnya diperhebatkan hebohan mengenai satu laporan kehilangan Projektor Sinaran Gamma milik sebuah syarikat swasta di DUNGUN Terengganu. Namun mentaliti rakyat Malaysia kini lebih tertumpu kepada berita yang merugikan dan amat memalukan MALAYSIA. Berita keganasan jalanan dihidangkan dan di jadikan bualan ramai. Tanpa kita sedari perbuatan seperti ini tidak lebioh daripada menghancurkan Malaysia sendiri. Lebih lagi malang apabila dilaporkan daripada sumber yang tidak rasmi bahawa rakan mahasiswa yang menyertai PESTA AIR dan GAS di ibu negara dibayar upah. Mungkin ada yang menafikan sumber ini, biarlah orang yang menerima ganjaran tersebut mengesahkannya.
.
Nasib baik pada hari yang sama saya diwajibkan untuk menghadiri Majlis Mengangkat Sumpah bagi pelajar Siswazah USM di DTSP USM. Rasa bangga dan insaf semasa acara mengangkat sumpah semalam. Ramai yang hadir dan kami semua digelar sebagai TRANSFORMER yang akan mengtransformasikan USM kepada satu tahap yang bersesuaian dengan anugerah universiti APEX yang diberikan.
.
Berbalik kepada isu kehilangan Projektor sinaran GAMMA, harus kita ketahui kesan daripada sinaran gamma amat dasyat baik pada masa dekat dan juga masa panjang. Sinar Gamma (diwakili sebagai γ) merupakan bentuk sinaran elektromagnet (EMR) atau pancaran cahaya bagi frekuensi khas dihasilkan dari interaksi zarah sub-atom, seperti perlupusan elektron-positron dan penguraian radioaktif; kebanyakannya dihasilkan dari reaksi nuklear yang berlaku dalam medium antara bintang angkasa.
.
Pancaran gamma biasanya dicirikan sebagai EMR, mempunyai frekuensi dan tenaga tertinggi, dan juga panjang gelombang terpendek, dalam spektrum sinaran elektromagnet, contoh, foton berkuasa tinggi. Disebabkan kandungan tenaga tinggi ini, ia mampu menyebabkan kerosakan serius apabila diserap oleh tisu hidup.
.
Banyak lagi kesan yang akan diperolehi jika dikendalikan dengan cara yang salah. AWAS!! kesannya bukan sahaja kepada si Pencuri malah turut melibatkan keluarga, keturunan dan masyarakat seluruh dunia.
.
Mengulas isu PESTA AIR dan GAS di ibu kota semalam, sekali lagi memberi kesan buruk kepada orang MELAYU ISLAM di Malaysia. Malas untuk saya kupas disini. Tidak ada hasil. Mereka tidak berfikir menggunakan akal fikiran yang waras, mereka juga senang lenang menyusahkan orang lain. Itulah cara mereka. Orang yang sama dan cara yang sama. Biarlah mereka meneruskan agenda mereka. Siapa tidak suka berpesta lebih-lebih lagi apabila ada percampuran LELAKI DAN PEREMPUAN. Saya doakan kepada semua yang terlibat dalam PESTA AIR dan GAS semalam semoga maju jaya dan teruskanlah berpesta. Tahniah kerana PESTA semalam di siarkan oleh CNN dan AL-JAZEERA. dan Tahniah juga kerana menyusahkan orang sekitar PESTA. Teruskanlah berpesta.
.
"Bosan dan Meluat dengan perangai perosak bangsa dan agama"
:: Mahu cari Projektor GAMMA dari sertai PESTA AIR dan GAS

3 comments:

Anonymous said...

salam...
sngat mendukacitakan melihat percampuran antara lelaki dan perempuan semasa pesta AIR..

karamazov said...

projektor gamma yang dicuri adalah untuk radioaktif Ir-192, manakala projektor yg dalam blog anda adalah untuk radioaktif jenis Co-60
Projektor yang hilang adalah lebih ringan dan senang dibawa, harap pencuri tersebut sedar akan perbuatanya sebelum terlambat! kes seperti ini pernah berlaku di Sibu, Sarawak. Antara contoh insiden yang pernah berlaku http://www.nowpublic.com/world/france-radioactive-incident-chimilin-30-workers-radiated-cobalt-60-india

junior said...

menyusahkan diri sendiri dan org len ...

mafhum hadith: manusia yg terbaik,yg plg byk manfaat kpd org len..

terbalikkan,(penaakulan) manusia yg terburuk,yg mnyusahkan org..

x kena tempat......