22 February 2010

:: Tahniah USM

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Hari ini merupakan hari yang sungguh bersejarah untuk Pusat Pengajian Sains Kesihatan yang pertama kali di anugerahkan PENSIJILAN ISO oleh SIRIM yang mengesahkan kampus kesihatan meletakkan satu tahap yang amat membanggakan. Alhamdulillah. Kelihatan senyuman manis Prof Ahmad Zakaria terpancar dek semasa anugerah tersebut semalam. Saya pun turut sama menyertai hari bersejarah itu. Penat lelah Prof dan semua anggota PPSK akhirnya berbaloi dan seterusnya menunaikan janji yang dibuat Pengarah Kampus kepada NC pada tahun 2003 dahulu.
.
Kegembiraan ditambah lagi apabila saya membaca akhbar berita harian hari ini. Front line akhbar nasional hari ini sekali lagi memberi pengiktirafan kepada USM dengan memaparkan berita tentang cadangan penubuhan kampus cawangan USM di INDIA bermula kemasukan JULAI tahun ini. Saya turut sama menyingkap kewajaran penubuhan kampus cawangan sebegini di sana dan terbukti mampu memberikan satu pengalaman baru kepada bakal pelajar USM yang terpilih kesana dengan jumlah yang kecil sebagai permulaan seramai 100 orang dan dipilih sendiri oleh USM melalui kaedah2 tertentu. Difahamkan juga turut diberikan biasiswa JPA seperti pelajar tajaan lain di luar negara. Sebagai langkah merealisasikannya difahamkan telah datang sekumpulan pengurusan daripada Universiti berkenaan dari INDIA membuat penyelidikan di Pusat Pengajian Sains Perubatan USM kampus kesihatan. InshaAllah lawatan susulan ke INDIA pula akan disusul. Langkah yang amat proaktif ini sebenarnya dapat memberikan satu pengalaman baru kepada bakal pelajar USM. Di fahamkan bahasa penghantar di sana menggunakan bahasa Inggeris dan ini memudahkan para pelajar tanpa perlu mengusai bahasa ketiga sebelum ke sana.
.
Semalam juga berlangsung ucaptama tahunan Naib Canselor USM yang memaparkan tajuk Universiti APEX;memperkukuhkan asas. Banyak intipati beliau menyentuh soal-soal asas yang perlu diamainkan oleh semua dalam menjayakan hasrat visi dan misi nasional ini sebelum tahun berakhir 2013. Banyak juga penghargaan dibuat kepada penyelidik yang mengharumkan nama USM di semua peringkat. Rata-rata merujuk kepada penyelidikan para pensyrah. Lalu terpanggil rasa sumbangan dari para pelajar? nampak macam sedikit perlahan dan mungkin di belakang tabir sahaja. Pelajar peringkat ijazah pertama sendiri perlu faham 7 asas Universiti APEX dan bersama merealisasikannya. Tidak keterlaluan untuk saya mencadangkan kepada kepimpinan yang baru dilantik dengan berusaha memberi penerangan dan mencorak jalan cerita bagi para pelajar memainkan peranan mereka. Story board ini amat penting dalam membantu universiti. Bukan salah menegur atau mengkritik tapi biarlah BIJAKSANA dan IKHLAS.
.
Tan Sri NC juga sempat menjelaskan beberapa isu yang timbul dalam menjayakan hasrat universiti APEX ini yang mana dilihat kurang mendapat sokongan semua pihak. USM seolah-olah keseorangan dan masih banyak lagi halangan yang perlu ditempuh dek kerana mentaliti dan kesediaan untuk berubah masih lagi samar. Perubahan minda amat penting untuk mencapai misi ini. USM juga sekali lagi bakal memperkenalkan satu lagi konsep baru penubuhan kampus cawangan di bandaraya Kuala Lumpur dengan menggabungkan bersama-sama universiti-universiti terkenal lain di luar negara. InshaAllah akan dirasmikan dalam beberapa tahun mendatang ini.
.
"Pelajar APEX berwajah bagaimana?"
:: Hayati ikrar yang dilafazkan semalam