04 May 2009

:: Selamat tinggal USM kampus kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
"Patah tumbuh, hilang berganti". Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya diperingkat ijazah yang pertama dalam bidang Sinaran Perubatan. Ramai rakan sekampus mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada saya terhadap segala jasa yang disumbangkan. Cukup-cukup terharu. Moga-moga yang baik dijadikan tauladan dan yang pincang dibuang jangan sebaliknya di bentuk menjadi elok. Perit jerih seorang mahasiswa memang telah mendewasakan saya. Dari detik pertama menjejakkan kaki di kampus kesihatan beribu skrin biru mewarnai benak pemikiran saya. Mahu belajar sambil berniaga. Mahu pulang berbakti untuk keluarga memandangkan sekembalinya saya ke Kelantan. Semua itu rezeki yang di limpahi kepada saya Alhamdulillah.
.
Di kesempatan ini izinkanlah saya merakamkan setinggi-tinggi kemaafan dan rasa syukur terhadap segala budi dan tunjuk ajar daripada kalian penghuni kampus kesihatan yang banyak membentuk karakter saya selama 4 tahun di sini.Rasa sebak makin terasa apabila tamatnya Malam Graduasi Pelajar PPSK tempoh hari. Semailah pokok persahabatan kita itu. Jagalah ia walau apacara sekalipun.
.
Universiti Sains Malaysia,
Menara Ilmu Tercinta,
Jadi Tumpuan Antarabangsa,
Untuk Segala Cita-cita,
Berinovasi,
Berteknologi,
Berwawasan,
Berkualiti,
Biar Usaha Kami Bersemi,
Hasrat Nyala Berseri,
Universiti Sains Malaysia,
Menara Ilmu Tercinta,
Jadi Tumpuan Antarabangsa,
Untuk Segala Cita-cita.
.
"He who has a thousand friends has not a friend to spare, And he who has one enemy will meet him everywhere-Saidina Ali"
:: terima kasih Univesiti Sains Malaysia

2 comments:

farah jamaludin said...

Assalamualaikum. Tumpang tanya. Saya kurang jelas lah tentang sinaran perubatan. Boleh tak tolong jelaskan sikit tetang bidang ni

Unknown said...

Waalaikumussalam,

1. Terima kasih kerana meninggalkan komen disini.

2. Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya dahulu, saya merupakan Graduan Sinaran Perubatan USM Kampus Kesihatan pada sesi pengajian 2006-2009 lepas

3. Untuk maklumat terkini tentang pengajian saya cadangkan puan boleh merujuk terus kepada laman web rasmi universiti disini

http://www.ppsk.usm.my/index.php/en/undergraduate/academic-programme/medical-radiation

4. Jika puan masih lagi berminat untuk lebih lanjut puan bolehlah menghubungi saya secara applikasi Whatsapp di nombor 0109312806

Harap dapat membantu

Admin