20 April 2008

:: Pertemuan 3 Penjuru

Bismillahirrahmanirrahim,,
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Black 19,, nama itulah mungkin boleh diberikan untuk perjumpaan semalam di bilik MPP. Saya mengambil keputusan untuk sekali lagi mengungkai kisah di sebalik pertemuan kami bertiga iaitu Pengerusi, Bendahari kehormat dan saya. Pertemuan ringkas nampak macam boleh diselesaikan secara rundingan namun saya masih tidak mengerti segala jawapan yang diberi oleh Pengerusi. Pengerusi mempunyai kosa kata yang cukup hebat sehinggakan perkataan yang disampaikan nampak tidak jelas kepada saya. Mesej tidak sampai.
.
Mengaku bertanding atas kerusi ASPIRASI, dan juga mengaku mengadakan pertemuan sebelum pemilihan jawatan tertinggi di kampus induk (ala-ala mengadakan pencaturan),tetapi "saya tida suka budaya begitu" katanya. Saya melihat jawapan itu sebagai tidak cerdik. Maaf saya katakan.
.
Anda, saya rasa pada mulanya bersungguh-sungguh untuk dapatkan jawatan NYDP5 USM, dan setelah mendapat jawatan tersebut anda mula merasa hebat, berada di atas. Anda sudah lupa rakan yang bekerja untuk anda, siang dan malam menaikkan anda. Menghabiskan duit untuk anda dengan harapan anda menjadi ketua yang boleh menjadi contoh. Namun kini, anda tidak lagi meluangkan masa berbual, besuka ria seperti masa dulu, mereka kehairanan kenapa jadi macam tu. Sebaliknya menggigit mereka pula seperti kisah kerbau dan sang buaya. Anda menafikan perkara tersebut. Saya terima dengan senyuman.
.
Antara butiran yang dapat saya ambil melalui keterangan yang diberikan adalah anda mulanya hairan kenapa laman blog anda diketahui umum. Takut orang tahu penulisan biadap anda diketahuikah?Menghentam pihak-pihak secara tidak bertanggung-jawab melului media sampingan. Anda juga mengaku penulisan itu menyebabkan ramai pihak tersinggung sebaliknya tindakan anda seterusnya nampaknya "mencampakkan arang kedalam api yang membara" dengan mengaitkan kepimpinan MPP lepas yang dikatakan meninggalkan masalah sehingga kini. Anda juga cuba mengaitkan pasal bidang tugas yang tidak jelas sebagai seorang MPP, pihak pengurusan yang anda persalahkan. Kursus dibuat tidak pergi dengan pelbagai alasan untuk menolak, kemudian inisiatif untuk tahu tentang intipati kursus pun tidak bersungguh-sungguh, sekadar bila terhantuk baru tegadah. Anda juga berjanji untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada pihak yang anda anggap moralnya tidak tinggi dan menghalang pelajar bersuara secara bersemuka. Anda kata penulisan dan segala tingkah laku anda untuk meningkatkan moral pihak pengurusan dan juga memastikan suara anda didengar selaku mewakili suara pelajar. Itu jawapan anda.
.
Saya suka mendengar jawapan itu dan berharap anda berjaya. Bagi pihak bendahari kehormat yang seolah-olah katakan bahawa biarlah diorang label kita,caci kita hina kita, apapun yang penting hak untuk kita bersuara itu jelas dan mendapat tempat. Saya nasihatkan biarlah suara itu berhemah, bijaksana kata Pengerusi, biar kena pada tempat, jangan sampai memalukan orang tersebut, jangan menyamakan orang itu dengan binatang, tariklah rambut dalam tepung agar rambut tidak putus tepung tidak beterbangan. Jangan ikut nafsu, saya tertarik dengan pendapat tetamu bahawa ikut nafsu mati.
.
Dengan pertemuan yang diadakan itu, saya berharap selepas ini tidak ada lagi telatah-telatah pelik dan menyakitkan pihak lain daripada kita semua, bangau yang terbang akan kembali semula ke belakang kerbau. Ayuh para MPP kampus kesihatan, awam melihat kita, mereka tanya apa jasa kita, mereka menanggap kita tidur tetapi mereka tidak sedar mereka boleh belajar dengan baik, tidur dengan lena, makan dengan berselera, hidup aman damai tidak ada pertelingkahan kaum, menyertai aktiviti dan program dengan mesra, mewakili Unversiti keperingkat Negara dalam semua bidang, hidup tanpa rasa terancam, pihak luar tidak menganggu mereka, dan yang paling penting AGAMA,BANGSA, dan TANAH AIR masih tetap dipertahankan.
.
:: Pengakuan telah diungkaikan
"Menang jadi abu,kalah jadi arang"

12 comments:

poison said...

salam en halimi..
secare jujurnye sy sgt t'kejut bile kali pertama sy bace post2 di blog anda. sgt x m'gmbarkan kepribadian anda yg sy kagumi slama ini.mngkin anda x sedar, tapi ape yg anda buat ni sdikit sbyk m'cemarkan imej anda, malah turt m'palitkan lumpur kpd semua mpp. knapa mst saling mnuding jari, pdahal anda bkerja dalam 1 famili? mgkin saudara alif mlakukan ksalahan, tp dr cara anda, anda seolah2 meletakkan semua kesalahan ke ats bahu nya. dan mgkin anda juga terasa sgt bagus m'buat kerja sehingga m'arahkan encik alif meletakkan jwatan? herm.. same mcm situasi politk skarg. bkankah spatutnya anda bkerjasama dgn saudara alif utk m'btulkan ape yg tidak btul dan bukan mgeruhkan lg keadaan? cari la jln t'baik, b'satu mnylsaikn semua msalh. anda jug mpp, spatutnya anda juga harus turut dipersalahkan , bkan hanya berhak m'persalahkan saudara alif. crmin lh diri anda dahulu, anda lebih b'pngalaman, anda tau apa yg harus dlakukan.

:: halimi muhamad rusli said...

Waalaikumussalam,en.poison
Saya buat begini setelah saya beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan daripada saudara pengerusi secara bersemuka,lalu dijawabnya dia boleh buat keputusan tanpa minta nasihat saya,itu yang mengecewakan saya,saya merayu untuk dia selaku seorang ketua di harus mengambil tanggungjawab,dia harus membetulkan kembali penulisan biadapnya mengkritik secara sesuka hati tanpa asas pihak pengurusan. Akibatnya saya juga kena tempiasnya,en.poison doakan saya dan juga semua MPP biarlah lembut hati boleh berbincang terlebih dahulu menerima pendapat semua bukannya ikut kepentingan dan suara sendiri,saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada en.poison kerana menghormati saya tetapi saya sayang AGAMA saya,BANGSA saya,TANAH AIR saya,UNIVERSITI dan MPP itu sendiri.Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

antibiotic said...

assalamualaikum..
agak terkejut membaca blog nih,,
knp perlunya terjadi hal macam ni??
btol kata en poison,korang bekerja dalam satu keluarga,
ataupun mgkin sy blh katakan dalam 1 rumah tanga,,
perlukah hal2 n masalah2 rumah tangga kita cerita sampai satu dunia tahu???
ini bukan langkah yang bijak..
awak sepatutnya cuba utk setlekan hal ni scr dalaman..
dan dalam kondisi pengerusi yang mengaku bertanding atas tiket aspirasi kemudian dikataka berpaling tadah bukanlah hal yg perlu di pandang pelik,,
apa salahnya..
bila dia berada d dalam geng aspirasi n baru nmpak ada kepincangan dalm geng tersebut,,x slah untuk dia bangkit dan bersuara utk betulka keadaan..
en halimi,,x kira lah atas tiket apa jua kita bertanding,bnyk mana juga jasa mereka pada kita, sebagai yg bergelar peemimpin ISLAM, satu kewajipan utk kita tegakkan yg hak dan benteras kemungkaran..jngn mentang2 kita terhutang budi or even nywa,kita pekakkan telinga,n butakan mata..
di akhirat Allah akan soal segalanya..

mohd said...

salam..
dok ptt gini ambe rase..
doh demo dok st name..
blh ler wat keje same2..
dok perlu dok baloh2...
kalu ketua ke,s/u ke,bendahari ke,sape2 ke wat silap..
pakat2 betul ler..
dok dang dok baloh dok gegang2 dalang intenet..
dok macho gini..

Anonymous said...

assalamualaikum...
tak sangka dan sangat terkejut bila baca...memang advanced...advanced dr senior dahulu kala...kalu suami isteri gini, sah2 cerai talak 7 dah...membuka pekung di dada...adik perasan tak bahawa sekarang ni dengan mendedahkan hal ehwal rumah tangga ni, adik dah pun membuka aib KITA warga kampus...kepincaNGAn dan kejaHILan kami warga kampus yg duk undi barisan pemimpin yang...(do not know how to say it...)we love u guys...halimi, aliff dan bendahari sendiri adalah harapan kami, warga kampus...seandainya benar seperti yg dikatakan oleh adik halimi (rujuk reply to poison)bahawa adik aliff bersikap 'agak angkuh', tak mau dgr nasihat org lain sblm buat sesuatu keputusan, please...do something...andai tiada angin, masakan pokok bergoyang...tapi bg satu pihak yg lain, bersikap terbukalah bila PANDANGAN kita tidak direalisasikan...(nama pun PANDANGAN kan...)sy mohon sgt2, hentikan sebaran melalui laman sesawang ni adik halimi...bukan sahaja halimi yg terasa aib bila disentuh perihal MPP, tapi kami warga kampus sendiri MALU ditelanjangkan sebegini rupa...MPPUSMkk = MPP + USMkk...got it adik? Dan dalam skop yang lebih luas, fikirkan lah tentang kebersamaan kita walaupun ianya tunggal yakni akidah kita. lupakan perbezaan, tetapi satukan kebersamaan...gegak gempitalah kalian di meja rundingan, sy yakin tiada siapa yg akan marah. tapi tolonglah jaga amanah dari kami warga kampus ni...terlajak perahu boleh diundur dik, tp kalu terlajak kata, buruk padahnya...lebih2 lagi terang2an ditulis di laman sesawang yg boleh diakses dari seluruh pelosok negara jua tanah air ni...bertindak dan berfikirlah secara matang, atau sekurang2nya sebagai muslim. usahlah perbezaan aspirasi atau bukan aspirasi menjadi isu besar...please...matanglah sikit adik2 ku...susah2 sangat, satu je yg sy usulkan (bukan dr sy sebenarnya) kalu pertelingkahan itu menemui jalan buntu, cari, gapai dan fahamilah penyelesaian yang terkandung dalam Al Quran dan As Sunnah...nescaya adik2 akan berlapang dada...ini bukan janji sy, tp ini janji Rasul tokoh teladan kita, the thing yg adik2 lebih arif mengenainya...wallahua'lam...tutuplah blog ni dik...cari saluran yang lebih tepat untuk suarakan ketidakpuasan hati adik ye...kalian menggalas nama MPP, kalian menggalas nama USMkk...:/

Anonymous said...

sy sgt bersetuju dgn anonymous.adik halimi, bacalah dan bacalah lagi nasehat2 yg ditulis.sentuhlah hati adik dan pohonlah hidayah dari Allah agar menunjuki ke arah pemikiran yg benar.kita mohon berlindung dgn Allah dari sgl kemaksiatan hati dan amalan, silap pemikiran, kesyirikan yg nyata dan tersembunyi..adik halimi, amanah MPP adalah satu tanggungjwb besar yg adik tanggung di dunia dan akan jawab di akhirat nnt..adik diangkt dgn undian ramai dan semoga nnt kami jualah yg akan membela adik jika keadilan yg adik tegakkan.

antibiotic said...

stuju sngt ngn kat atas2 ni..
sahabatku halimi,,
km undi kamu atas keyakinan dan kepercayaan pada kamu untuk pikul manah ni selari dengan syariat..
imej baik @ islamik dalam diri kamu membuatkan kami bertabah-tambah lagi yakin bahawa SAUDARA HALIMI lah yang paling layak untuk kami pangkah unuk memperjuangkan kebajikan kami di USMKK ni..
please..kami rindukan SEORANG PEMIMPIN yang bukan sahaja matang malah berhikmah dalam menyelesaikan apa jua cabaran yang hadir..
seorang pemimpin yang hebat dalam apa jua situasi..
bersama laungkan"ALLAHUGHOYATUNA!!!"
kerana inilah matlamat sebenar kita!!
Kalau "sayang AGAMA saya,BANGSA saya,TANAH AIR saya,UNIVERSITI dan MPP itu sendiri" tambah ckit lagi,,sayang semua mahasiswa usmkk yang telah mengundi saya,,tarik nafas..istighfar banyak2..muhasabah balik,betol ke apa yang dah saudara buat,,mungkin saudara alif pon ada salah nya,,tapi mesti ada jalan yang baik untuk setelkan,,btol tak?] sahabatku!!:)

Anonymous said...

salam....
maaf ingin menyuarakan pendapat wlu tidak berilmu....
saya sangat tertarik dengan masalah yg timbul d kalangan mpp sekarang nie.tetapi,sebagai seorang yang mungkin kurang ilmu daripada saudara, sy merasakan agak pelik knp semua nie harus menjadi masalah besar sehingga perlu d bincangkan dalam blog sebegini...
malah saya merasakan amat sedih....beginilah agaknya gelodak permasalahan umat islam d akhir zaman....tanpa kita sedari (T_T),saudara sesama islam itu bukan lagi seperti satu badan, bila sakit d satu bahagian,bahagian lain juga akan merasakan kesakitan tersebut...
Dalam hal ini,sy sememangnya tidak tahu salah siapa dan tidak ingin menyalahkan sesiapa..wallahua'alam,Allah lebih mengtahui..
Tetapi saya minta kepada saudara, dari dasar hati saya...jagalah nama Islam dalam setiap langkah saudara.Pandanglah saudara Alif seperti seorang adik...tegurlah dengan berhemah jika salah dan sokonglah dia jika benar.
Jangan memandang sebagai lawan,nanti saudara akan clap pertimbangan...na'uzubillah.
saya juga tidak tahu sama ada ape yang d perkatakan saudara Alif benar @ salah, wallahua'lam...tetapi saudara berada d dalam perahu yang sama dengannya,maka saudara pasti mengetahui,walau tidak secara keseluruhan....
Benarkanlah ape yg benar....
jangan nanti saudara tergolong dalam salah satu golongan yang mana d bangkitkan Allah bersama orang yang merahsiakan kebenaran dan menyokong kebatilan..na'uzubillah.
saudara n semua mpp memikul satu amanah...amanah itu sifat nabi,tp ingat,mengkhianati amanah itu sifat munafik....
Jangan biarkan fikiran saudara d pengaruhi oleh mana2 pihak,jangan jadi hamba manusia,tetapi jadilah hamba Allah....
Ingatlah,Allah melihat ape yang saudara lakukan...
Wallahua'lam

:: halimi muhamad rusli said...

Waaalaikumussalam,,
Maaf saya katakan,apabila perkataan adik itu digunakan saya amat tersentuh,mungkin anda tidak tahu,kenapa meja ini tetiba basah,uh,sungguh bernilainya nasihat,saya tidak pernah lagi merasa sedu begini,walaupun anda menyembunyikan identiti anda,anda memang hebat sehingga saya tewas dalam kekuatan menahan perasaan,maafkan saya,sememang ia telah diciptakan untuk dititiskan,sebenarnya saya sangat bersyukur mungkin kalian ABANG atau KAKAK lebih layak daripada saya,semoga hari ini lebih baik dari semalam,hari esok lebih baik dari hari ini dan hari-hari mendatang lebih baik dari hari sebelumnya.Nasihat umpama salju,lebih lambut ia jatuh,lebih dalam ia tenggelam,lebih lama ia bertahan,,terima kasih ABANG & KAKAK serta sahabatku sekalian

Anonymous said...

salam..
maap mgangu..
betul tu kate abg2 n akak2 kat atas klu ikut logik yg sebenar2nya...

same2 melayu..dariNya
same2 islam..dariNya

knape mesti nk biarkn fahaman ideologi..ciptaan MANUSIA..
(yg sah2 kita tau setiap ciptaan manusia mmg byk kelemahannya..

memecahkn kita?...???

jgnlah jdkan bende nie berserabut atas dasar perbezaan ideologi..

tp ersatula atas persamaan sesama kita-melayu islam..

jgn kite dok sebuk2 bukak pekung di dada,pihak musyrik ni dok gelakkn kita..

come on man...pesal spai nk suruh org len berundur ats name tanggungjawab nih?...

klu die berundur,camne die nk perbetulkn kesilapn die..

halimi sbg abg patut keep on advising die sbg adik..
klu Baginda kite xpernah putus asa dlm mberi nasihat,so nape kte x contohi die..sekadar tnya 2,3 x dan mdapat jwapn yg agak mengecewakn,dah nk btauw sume org kebusukan dalam rumah tgga..

toleransilah u guys sesame mpp..settle dalam k..jgn spai tbawak2 masalah peribadi dalam amanah yg korg pegang nih..jgn gunakn nama MPP utk kepentingan atau keuntungan peribadi..


to halimi..b4 kebusukan nih dhidu oleh lbey rmai rakyat mesia,tutup jelah blog nih..

klu x pon,tariklah balik post2 tersebut..ganti dgn pos yg berkaitan dgn ape sumbangan atau aktiviti MPP thadap student..

sebab mindset student skang nih xnmpk sgt MPP wat kije selain dari ade logo MPP kat kertas hebahan utk
dpatkn kelulusan je..

maybe ade tulisan sy yg salah,mintak maap byk2..

kita mmg susah dah nk ubah diri org lain selain kita ubah diri kita sendiri..haaa,lu org pikir la sendirii...(nabil)

assalamualaikum~~

Anonymous said...

Assalam'laikum warahmatullahi wabarakatuh...

situasi yg belaku dlm kampus kita skrg sgt menyedihkan..knapa perlu ada tuding menuding jari, salah menyalahkan...kritik mengkritik...
sedangkan anda semua MPP dalam satu keluarga...
lebih luas lagi...kita semua satu bangsa..
rumpun yg sama...
dan yang lebih penting lagi
kita satu AGAMA..
knapa perlu bermusuhan...
bila ada perselisihan pastinya ada penyelesaian..
yang baek..yang berhikmah...sebagaimana dianjurkan dalam islam.
saya x rasa yang tindakan abang halimi mendedahkan kslpn..mengkritik..menghentam saudara alif dalam blog ni satu tindakan yg x bijak.sbbnya semuanya akn terpalit pd diri abang sendiri..dan lebih teruk nama MPP pastinya tercemar..seluruh alam maya ni akn tahu percakaran YB-YB USMKK.saya setuju dgn abang2 n kakak2 kat atas...pandanglah alif sbg adik abang sendiri..andainya dia wat kesalahan tegurlah dgn berhikmah..bukannya menghentam..
tp abang kna ingat jgk..saat kita menunding jari meletakkan kesalahan pada org laen..lg empat jari menunding ke arah kita sendiri.pebetulkan diri sndiri..jgnla pulak jd mcm ketam mengajar anaknya berjalan..yang penting berbalikla pd apa yg dianjur oleh islam..

"Hai orag orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasulNya, dan ulil amri diantara kamu.kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.Yang demikian itu lbih utama(bagimu)dan lebih baek akibatnya"..An Nisa':59

kaji btol2 ayat ni...
Allah suruh kita taat pd ALLAH,RASUL dan ULIL AMR(pemimpin @ pemerintah.....
ketaatan pd Allah dan Rasul mmg x bole ada belah bagi..dalam semua condition..no compromy..
tp dalam ketaatan pd pemimpin..seandainya pemimpin tu x mengamalkan islam,x menegakkan syariat...ketaatan tu x bole diberikan padanya..wallahua'lam..
dn andainya da perselisihan...berbaliklah kpd apa yang digariskan dalam quran dan sunnah.
jdkan matlamat islam paling utama.bukannya kepentingan sndiri..

sy suka..word abg/kakak kat atas..ALLAHUGHAYATUNA..Allah matlamat kami..
dlam hal ni...buangkan yg keruh..ambillah yang jernih.
malula pd smua rakyat2 USMKK khususnya dan warga 'maya' amnya.jgnla kita mmbesarkan perkara yang x sepatutnya dibesarkan..
bersatulah dibwh nama islam dan persaudaraan islam..
besatulah wahai MPP utk pejuangkan hak mahasiswa USMKK..MPP ni satu amanah..bukan utk dibanggakan..takut nanti x terjawab di hadapan Rabb..dipdang mahsyar nanti..

jgn sembunyikan kebatilan...kerana yang hak ttp hak dan yg batil itu ttp batil...

wallahua'lam...

Anonymous said...

tpi mmg aliff tu angkuh pun.....keja ikut kpla hotak dia jer....future leaders? bull shit