18 April 2008

:: Jujurlah dalam setiap perbuatan

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Saya masih lagi bingung dan hairan kenapa Pengerusi sekreteriat di sini tidak bersikap telus. Kenapa masih lagi nak bersembunyi dan bermuka-muka. Mana sikap kepahlawanan dulu yang di tunjukkan, lantang menyuarakan bantahan kononnya hak mahasiswa. Tapi bila di panggil untuk berdepan hilang entah kemana. Mesej tidak dibalas. Beginikah sikap seorang pemimpin.
.
Kekecewaan juga timbul berikutan tindakan yang tidak masuk akal langsung dan boleh dikatakan tidak bijak, pendek pemikirannya rupanya. Sekadar lantang di blog apa gunanya. Di sana anda mampu menyatakan nama-nama yang dianggap menjadi penghalang bagi anda,namun sedarkah anda, bahawa satu jari anda menuding ke arah orang, empat lagi tepat menumpu kembali kepada anda.
.
Saya rasakan anda tidak ada arah tuju langsung, anda sekadar dipengaruhi, anda katakan orang lain badut, sebenarnya anda. Kenapa nak salahkan pimpinan dahulu pula. Adakah anda cuba meletakkan kelemahan anda kepada orang lain. Aduhai ceteknya, lembiknya pemimpin macam ni. Dulunya saya yakin kekredibilitian anda namun kini maaf untuk saya katakan, anda tidak lagi layak berada di kedudukan PENGERUSI sekreteriat. Berundurlah, dengan segera sebelum lebih banyak lagi kerosakkan yang ditimbulkan.
.
Anda mempunyai IQ yang tinggi tetapi semangat berlawan yang lemah, goyah pegangan, tidak menghormati orang lain terutamanya yang lebih berumur daripada anda. Lihatlah pada nasihatnya bukan pada rupanya. Ingatlah anda telah memalukan orang apakah anda sanggup menggung dosa atas perbuatan anda memalukan orang lain.
.
Secara jujur juga saya nyatakan di sini juga kenapa Bendahari kehormat MPP kampus kesihatan gagal menyatakan dari mana sumber pendapatan yang diperolehi untuk menanggung kos jamuan sesuatu program, darimana sumber pendapatan untuk terbitan edaran yang tidak mendapat kelulusan dan mengikut prosedur edaran. Ya saya tahu anda akan jawab ADA..LAH. Berulang-ulang kali. Sudah mual saya mendengar jawapan itu. Takut sangatkah untuk memberitahu, berani kerana benar, takut kerana salah.
.
Melalui pendedahan seperti ini diharapkan semua warga kampus sedar akan aksi dan gelagat wakil pilihan mereka. Jangan hanya semasa berkempen, anda pergi bilik ke bilik mengedarkan pen ataupun memperalatkan orang lain demi kepentingan diri sendiri dan meraih undi dari mahasiswa dan setelah mendapat jawatan anda kecut, anda hilang taring adapun taring itu digunakan tidak kena langsung pada tempatnya. Semoga saya juga mendapat pengajaran daripada karakter pelakon-pelakon ini.
.
Ingatlah
.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Al-Mu'minun-1
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Al-Mu'minun-8
:: Demi sebuah kejujuran dalam perjuangan
"kalau takut dilambung ombak usah berumah di tepian pantai"

1 comment:

Anonymous said...

salam......
dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
semoga saudara berada dalam lindungan Allah sentiasa.
Apabila tebaca 'artikel' saudara, saya beristighfar dalam hati....kenapa???
Kekasih Allah, moga jua menjadi kekasih sekelian yang beriman,mengajarkan kepada umatnya,bermuhasabah dalam setiap perkara....
Apabila kamu melihat orang yang lebih muda melakukan kejahatan, maka muhasabahlah diri:remaja@kanak2 ini lebih muda dariku,dosanya mungkin tidak sebanyak dosaku kerna usianya lebih muda.....
Apabila kamu melihat orang yang lebih tua melakukan kejahatn, maka muhasabahlah diri:orang ini lebih tua dariku, pahalanya mungkin lebih banyk dariku lantaran usinya yang lebih panjang...
bahkan....Apabila melihat orang kafir melakukan kejahatan sekalipun,maka muhasabahlah diri: dia melakukan kejahatan kerana tidak mengetahui,dan mungkin matinya nanti dalam agama Allah, sedangkan aku sendiri tidak dapat menjamin sama ada aku dapat mati dalam agamaku....
Begitu cantik ajaran Rasulullah,maka ikutilah peribadi baginda.....
Jangan memandang keburukan manusia lain...kita memandang keburukan orang lain....tapi ingat,Allah mungkin memandang kita dengan kemurkaan lantaran kita lupa menilai kelemahan dan keaiban diri....Wallahua'lam