18 April 2008

:: Katak di USM kampus kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alahai budaya katak juga menular dalam suasana politik di USM kampus kesihatan. Bermula dengan platform yang dianggap selesa untuk mendapatkan jawatan dan dapat menang besar, si katak oh katak. Katak diberikan kepercayaan untuk menjadi seorang pemimpin itupun setelah memujuk rayu beberapa kali mohon belas kesihan. Katak memang pandai melompat. Apa nak dikatakan oleh saya begitulah antara kisah katak di USM kampus kesihatan.
.
Katak itu bermula sebagai katak biasa yang berjiwa rock, berpakaian ala-ala the stroke, membawa imej bersih, anti rasuah, berintegriti, bakat kepimpinan yang menebal, hebat di kalangan awam tetapi MELESET rupanya.
.
Setelah si katak mendapat jawatan, tak terdaya nak lompat lagi. Tak seperti karakter sebelum dapat jawatan. Katak oh katak. Beberapa kali saya berpesan kepada katak jagalah hubungan dengan awam, hormati dan sayangi antara satu sama lain. Namun katak terus gah mula melompat ke kuliah-kuliah dan sampai juga ke Putrajaya. Katak oh katak.
.
Kini katak mula mengaku tidak tahu apa-apa, dulunya katak ini gah bercakap. Misi dan visi katak tak perlu mendapat nasihat dari sesiapa. Kini kerana katak ini habis orang lain jadi mangsa. Wahai katak berfikir dahulu sebelum buat sesuatu. Naya orang lain.
.
Katak semakin berani dan kononnya insaf sekejap mencari kembali cara lompatan lebih tinggi, namun kakinya tidak bermaya lagi. Badan semakin gemuk mungkin makan banyak tido banyak tidak buat apa-apa, mengarang untuk menghentam orang lain begitulah kerja si katak.
.
Saya terus perhatikan lagak si katak, tanpa berkata apa-apa sekali-sekala saya bantu katak untuk melompat cara yang betul namun katak memang gah mengatakan dia mampu melompat sendiri. Saya hanya mampu melihat dan dalam hati kenapa katak ini terlalu keras untuk di nasihati. Mungkin telah dilitupi pangkat dan jawatan yang katak usahakan dengan usaha dulu. Menang besar katak kata dulu. Sekarang katak tidak lagi menghiraukan rakan-rakannya. Kemana lagi hendak di lompat, saya rasakan mungkin ke Kedah, Pulau Pinang, Johor atau berenang di lautan Pasifik.
.
Sedarlah katak, jangan terlalu angkuh, katak masih ada masa untuk berubah. Katak itu tidak boleh dipisahkan daripada air. Lompatlah kembali ke dalam air dan cuba berenang jika lemas akan saya bantu untuk sampai ke destinasi tidak jauh lagi hanya beberapa bulan.
.
:: Mengungkai kisah si katak
"Lompatlah oh katak, lompat kembali ke air"

6 comments:

antibiotic said...

hm..sungguh ku tak sangka..
seorang yg berpewatakan imam di masjid,,
cukup dihormai..
namun..
hari ini dia sendiri telah menjatuhakan n meruntuhkan segala rasa hormat terhadap dr sndiri,
halimi..halimi..

Anonymous said...

assalamualaikum...adik manis...hakikatnya adiklah yg membuka aib dan malu org...saudara seakidah plak tu...cuba adik tarik nafas pelan2, hembus pelan2 then baca semula tulisan2 adik ni dgn akal yg waras, dgn pH neutral...u can see ur ugly image behind all this...that was not me saying this but ur words here...adik tak perasan kot...so sy TOLONG pesan memesan..yes, we can see ur intention here, but the way on how ur show it (write in here) is not the only way and absolutely salah...matlamat tak menghalalkan cara dik...adik mesti tahu dalil disebaliknya kan... ;)

Anonymous said...

subhanallah......
moga d ampunkan oleh Allah dosa yng d sengajakan @ tidak,dan moga d beri petunjuk oleh Allah dalam setiap langkah kita d bumi Allah ini.
Sesungguhnya Allah menciptakan manusia sebagai sebaik2 makhluk, jangn d samakan dengn binatang,walau seteruk mana pun perlakuannya.
Sebaik2 mukmin itu,adalah org yg baik akhlaknya...
wallahua'lam

Anonymous said...

limi..aku tau niat ko baik..
dan aku tau,ko xkn peduli org lain nk ckp pe pasal diri/penampilan ko asalkn ko rase ianya betul,ko proceed je kn..

limi,dr tulisan2 ko,aku dpt rasekn ko ni dah cube sebaik mungkin utk menulis n mengarang blog dgn baik..ko pnye kritikan pon ko dh try smpaikn secara paling berlapikk sgt kn,siap peribahasa2 lg..

ade gaya2 cuba meniru tulisan2 politik negara masakini..

tp limi,semakin ko teroskn bukak pekung di dada nih,sebenarnya semakin ko smakin membuka keaiban diri sdiri sebenarnya tau..ko semakin menjatuhkn imejko sdri dimata warga usmkk sebenarnya..

wpun ko rase mgkin tindakan ko ni btol,it was totally wrong halimi sahabatku..

dahla tulisan tuh mengaibkn seseorang yg seakidah dgn kita,menyamakn dgn binatang pulak tuh..(T_T)..

cukuplah limi..stop jela dr post perkara2 sebegini lg..jatuh maruah mu nti mi..

bak kate neutral si org tua
"u can see ur very ugly image behind all those post"--masking ur islamic image..

maybe aku xbtol sgt..tp tulah dr skop pndgn mata aku limi..

ampunilah dosa2 kami ya Allah..

Nooreena said...

(terkejut!)

Salam`alayk~

Walaupun mengenali anda dalam jarak jauh, saya pasti ini bukan diri anda yang sebenar. Sentiasa lah menjadi DIRI anda, sama ada di hadapan kawan mahupun lawan.

Selamat berusaha wahai sahabat!

Anonymous said...

Assalamualaikum..
aduh..aduh..syg skali..penampilan sedap mata memandang..tp..sebaliknya..hmm..sy sendiri pun x tahu nk gelakkn dekat sape..pd anda..saudara halimi???atau pd sy yg tertipu dgn penampilan anda?~~secara terus terang sy katakan sy x mpu berbahas dgn 'MANTAP' spt anda..tp, izinkan sy sbg saudara sesama Islam..menegur anda dgn bhs sy sendiri..
setahu sy..Islam x prnh menghalalkan teguran yg begitu 'mengaibkan' pd seseorg..wahai saudara halimi..kalau nk tegur org..biarlah berhemah ye..bkn nye dgn membuta tuli menggelar sssorg itu KATAK.. itu hnye mengeruhkan keadaan lg..anda dn mpp yg lain berdiri dibawah satu bumbung..bekerja dgn niat kerana PENCIPTA YG MAHA AGUNG....dh lupe ke? sy x nmpk ape keuntungannye anda b'bhs dgn sebegitu rupa skali dlm blog anda..mslh x kn selesai kalu hl ini b'terusan..sy x mahu menyokong mne2 pihak..tp,sec.jujurnya..ape yg sy nmpk..anda hnyelah spt insan yg mahu di nmpak BETUL oleh org lain..tepuk dada tnyela selera wahai saudara halimi..satiap insan ad kelmahannye t'sendiri..jgn terlalu asyik menyalahkan org lain....cermin diri sendiri dlu ye ...anda pon bukan nye btul sgt..sy dn yg lain2 x lengkap mne pon..sme nya x perfect..wassalam..