18 May 2009

:: PAS bukan MAKSUM

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Menarik sungguh ulasan dalam berita dalam siaran RTM1 pagi ini. Jelas menunjukkan sifat ketidak sempurnaan kita sebagai makhluk tuhan. Tidak kira warna sekali pun. Cacat cela tetap ada. Menjelang Muktamar Pas akan datang cukup menarik dan mula dibicarakan di semua wahana maklumat. Ketinggalan pula jika saya tidak menyertainya. Kata orang berkokok ayam ke seluruh kampung tetapi tahi penuh dipunggungnya. Isu politik wang atau 'hadiah' yang didedahkan sendiri oleh ketua dewan Ulama dalam parti Pas, bahawa telah wujudnya amalan ini menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti Pas nanti. Pepatah ini juga cukup jelas menggambarkan kepentingan menjaga akhlak dan tatacara kita dalam setiap ruang dalam hidup. Dahulu semua menyatakan parti Pas itu suci, tidak ada rasuah. Lantas dilabelkan kepada musuhnya sebagai punca Rasuah dan Ibu segala rasuah. Namun kini terang-terang didedahkan oleh dewan ulama parti berkenaan juga. Takkan dewan Ulama dan orang lama Pas sendiri berlidah ular. Niatnya suci, sekadar untuk mengingat dan berpesan.
.
Tidak cukup dengan itu mula kedengaran lagi kader-kader dalam Pas mula bersuara, cabar mencabar dilontarkan. BUKTIKAN!!HUKUM KALAU SALAH!!BERMOTIFKAN JAHAT!! Begitulah pihak yang berusaha menafikannya. Sedarlah semua kader Pas, Pas hanya parti rekaan manusia tentunya tidak MAKSUM.
.
Terbaru 'Tok Guru' juga mengeluarkan hujah dengan mengatakan "MUNGKIN ADA" dan amat malang jika benar-benar ada. Eloklah semua ahli Pas mula bermuhasabah berfikir sejenak tidak kiralah ambil calon atau tidak,"Baju PETAK atau BELANG", Ulamak atau Profesional, Edorgan atau tidak, Pro-ANUAR atau rakan ANUAR semuanya harus berfikir ludahan dulu rupanya silap. Sepatutnya ke tanah bukan kelangit. Kerana tarikan graviti memungkinkan ludahan itu kembali mengenai diri sendiri.
.
Amat malang lagi jika kita melihat sedalam-dalam perkembangan politik kita di Malaysia khususnya. Gejala Rasuah mula tersebar bak selsema babi ataupun Menigitis. Mungkin selsema babi atau H1N1 ini merupakan petanda kecil dan peringatan bahawa BALA ALLAH akan turun disebabkan 'tangan-tangan manusia'. Sama ada dalam Pas atau Umno semuanya orang ISLAM. Sedarlah..
.
"Manusia apabila melihat kemungkaran, tidak merubahnya, maka dipastikan hampir sahaja Allah menimpa akan seksaan secara menyeluruh." (Riwayat Ahmad)
:: "Al-Amin" bukti Rasulullah SAW seorang yang ketinggian sifat integriti dan akauntabiliti

2 comments:

Nadia said...

wah..salute la dengan penggunaan bahasa yang amat mantap~~ hahaXD

Jacknaim said...

Salam! Nabi maksum ni terpelihara dosa besar tapi bab dosa kecil maknanya nabi terus ditegur oleh Allah..

contohnya Nabi takut dgn kutukan orang mekah mase nak kawin dgn isteri anak angkatnya lalu Allah tegur.

keduanya Allah tegur nabi muhammad sebab berpaling dari ebrdakwah pade org buta.

begitu juga nabi2 lain ditegur oleh Allah.

dalam konteks PAS ni, kawe tok kata PAS xdop dosa..

tapi kawe suka konsep bila buat dosa selalu keno tegur..

tengok la hr tu, baru berkokok isu tanpa sahih terus Presiden dan lain2 org kuat tegur kesalahan tu

sebab nya senang, manusia memang sentiasa buat salah..

masalahnya dengan UMNO ni, hampeh x makan tegur. dah 50 tahun kena tegur suruh bawak islam tapi x makan2 tegur.

dah macam2 buat itu ini tapi makin berat kes rasuah

minta2 la DS Najib tegur kuat2 org bawah biar berenti buat rasuah.. harap2 DS NAjib perkuatkan sikit la ajaran islam ni. namo dah parti ore melayu.

acu try gak belek balik perlembagaan UMNO. kato nak memartabatkan agama islam

ko demo x pernah baca perlembagaan umno! kawe hok tok sokong umno pung baco. x kan demo ore kuat umno x baco

bilonya nak buat gitu?