05 May 2009

:: Mahasiswa lesu vs Rebranding HEP?

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Banyak langkah yang tuntas direncanakan oleh kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi. Baru-baru ini diterbitkan dalam penulisan petikan akhbar Utusan Malaysia daripada Datuk Saifudin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang begitu serius mengambil pendekatan untuk memperkasakan mahasiswa. Beliau mengiltizamkan supaya governan universiti sendiri perlu berubah. Beliau juga menyentuh pentingnya rebranding di semua Jabatan yang terlibat dalam pembentukan mahasiswa seperti jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP).
.
Saya secara peribadinya menyokong penuh gesaan yang dibuat ini memandangkan keperluan mahasiswa yang makin suka mendesak berbanding menyumbang. Mahasiswa merasakan suara mereka dikongkong walaupun tidak. Harus juga diingat rebranding sahaja tidak cukup dengan retorik pihak atasan sahaja, semua yang berada di jabatan juga harus sedia berubah. Kenapa tidaknya, kerana mahasiswa merupakan klien utama semua jabatan di Universiti.
.
Bagi pihak HEP yang sendiri sering dibedil dengan peluru-peluru fitnah dan tuduhan diharapkan lebih matang dalam melayan karenah dan provokasi yang dilemparkan. Memang sikap mahasiswa yang sejak akhir-akhir ini yang mudah mengikut rentak arus politik di luar kampus. Sebagai contoh, mahasiswa kini memang suka mendesak untuk sesuatu keperluan tanpa berfikir panjang impak dan alternatif lain. Mereka lebih suka meminta daripada memberi. Untuk mendapatkan kelulusan sesuatu projek bukannya didapati dengan mudah, banyak pembetulan harus dilakukan terutamanya dalam penyesiaan kertas kerja, namun jangan mudah putus asa kerana melalui itulah dapat mendewasakan kita. Memang di akui sukar untuk bertemu ketua jabatan, atau pegawai-pegawai HEP, mungkin beliau sibuk dengan urusan. Jangan cepat melatah. Saya percaya beliau senantiasa membuka telinga mendengar setiap masalah yang timbul dikalangan pelajar.
.
Mungkin bagi menyahut seruan Y.B Timbalan Menteri, saya mencadangkan supaya pihak HEP juga mencontohi bagaimana PM kita turun ke rakyat mendengar rintihan rakyat sehari selepas menjadi PM baru-baru ini. Jika tidak keberatan mungkin pihak HEP boleh menjengah para pelajar di asrama-asrama, di kafeteria, di padang bola ataupun kompleks sukan dan lain-lain mungkin setiap 2 minggu.
.
Saya begitu komited dan percaya bahawa jika rebranding ini berjaya, kita akan dapat sama-sama melahirkan satu gagasan mahasiswa yang mantap, yang akademiknya dijulang, serta jasanya dikenang.
.
"Rebranding HEP satu keperluan"
:: satu Mahasiswa, akademik dijulang, jasa dikenang

No comments: