18 May 2009

:: DYMM Al-SULTAN KELANTAN

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra yang sedang dirawat di wad diraja HUSM,Kubang Kerian sejak 14 Mei 2009 lalu. Semalam saya sempat mengunjungi laman wad Diraja namun tidak dibenarkan oleh pihak ISTANA. Sehingga kini diberitakan Tuanku sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil. Sesungguhnya semua rakyat senantiasa mendoakan kesejahteraan keatas DYMM Tuanku. Moga dikurniakan yang terbaik buat Tuanku.
.
Teringat masa belajar di USM Kubang Kerian dahulu, seringkali saya berkesempatan untuk bersalaman dengan DYMM Tuanku selepas solat Jumaat di "Masjid Raja" Kubang Kerian. Tuanku memang dekat dihati rakyat. Sewaktu mencemar duli di Majlis "Raja Bersama Rakyat" di Pasir Puteh tempoh hari nampak Tuanku sudah tidak bermaya namun tetap mencemarkan duli hadir pada majlis tersebut yang kebetulannya hujan lebat.
.
Jasa dan budimu DYMM Tuanku yang sentiasa memayungi rakyat, dan menjujung luhur Agama ISLAM, mekar di ingatan kami khususnya rakyat Kelantan. Banyak projek Di-Raja dan Bantuan telah Tuanku sampaikan. Terima kasih Tuanku. Semoga budi dan jasa baik Tuanku ini dibalas dengan sewajarnya. Semoga Tuanku cepat sembuh. " RAJA BERDAULAT PAYUNG RAKYAT "
.

1 comment:

nor zaida bt zakaria said...

A.kum...terlebih dahulu saya doakan moga ke bwh Duli Tuanku cepat sembuh hendaknya dr kegeringan...kami hamba rakyat sekelian rindu hendak menatap kembali wajah Tuanku yg dikasihi...
Siapa yg tak terkejut mendengar berita Tuanku Sultan gering..baru kami tahu di sebalik wajah baginda yg sentiasa mengukir senyuman kpd rakyat itu rupanya baginda menanggung penyakit asthma...langsung tak terlintas dek fikiran kami...

Tuanku Sultan Ismail Petra sangat dekat di hati saya & kawan2...baginda murah dgn senyuman,ketara lembut budi bahasa dan nampak begitu baik orangnya walaupun kami belom pernah berkesempatan bertegur sapa dgn Tuanku..

Dan paduka anakanda Tuanku pula saling tak tumpah kemesraan mrk spt ayahanda mrk juga...kami bangga dgn 4 org zuriat Tuanku itu yg ketara mewarisi jiwa merendah diri ayahanda mrk,pintar dan kemesraan mrk ketika bergaul dgn rakyat bukanlah dibuat2...ianya mesra dr hati..

Kalau diikutkan belom puas kami mencoretkan perasaan kasih dan bangga terhadap Duli Tuanku Al-Sultan dan paduka anakanda...tp masa membatas segalanya..patik doakan semoga Tuanku cepat sembuh dr kegeringan & kembali ke bumi Kelantan ini dgn penuh sihat afiat utk terus menaungi kami semua..

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!