02 December 2008

:: Tahniah Persatuan Taekwondo USMkk

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Mempersonakan,mengkagumkan dan menyakitkan. Begitulah bermain perasaan saya semasa menyaksikan perlawanan taekwondo peringkat antarabangsa terbuka USM-Persatuan Taekwondo Kelantan yang telah diadakan pada 29 dan 30 Nov lepas. Tahniah saya ucapkan kepada pengarah projek dan semua ahlijawatan kuasa yang menjayakan. Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris Haron yang sudi hadir memberikan ucapan seterusnya merasmikan perasmian penutup kejohanan itu. Walaupun ianya kali pertama penganjuran, ternyata YB Timbalan Menteri cukup terpegun dalam kebolehan dan kemantapan penganjuran aktiviti sebegini.
.
Melalui penganjuran aktiviti sebegini sebenarnya dapat membantu para pelajar khususnya dalam mentadbir urus satu kejohanan di peringkat antarabangsa seperti ini. Paling mencabar adalah kekangan kemahiran komunikasi antara peserta dari negara Thailand. Mereka tidak langsung boleh bertutur dalam bahasa Malaysia mahupun Ingeris. Mujurlah ada guru dari persatuan Taekwondo Kelantan yang menjadi penterjemah. Dari satu sudut kepentingan mengusai bahasa asing amatlah diperlukan. Ia bukan sahaja dapat memberikan satu kelebihan kepada pelajar tetapi ia dapat juga mengeratkan lagi hubungan sesama kita serumpun MALAYSIA-THAILAND.
.
Daripada pendapat peribadi saya, selaku pemimpin pelajar seharusnya menunjukkan sokongan kita terhadap semua aktiviti pelajar. Tidak hanya semasa pilihanraya muncul meraih sokongan, setelah menang tidak muncul-muncul. Sedih saya memikirkannya. Apakan tidak selaku tuan rumah, kehadiran YB Timbalan Menteri tempoh hari, tidak ada seorang pun rakan pemimpin pelajar turun menyambut dan meraikan kehadiran VVIP ini. Batang hidung tak nampak, apa lagi bayang bayang, jauh sekali. Bukan untuk mengata tetapi itulah hakikat senario kepimpinan kita. Biar semua pelajar tahu komitmen pemimpin pilihan mereka dahulu. Semasa YB Timbalan Menteri hadir banyak yang telah disampaikan. Input-input penting juga dapat diperoleh.
.
Selaku pemimpin saya berpendapat biarlah sikap keteladanan kita dicontohi. Bukankah tetamu wajib diraikan. Saya yakin rakan-rakan pemimpin pelajar lain lebih arif dan alim dari saya dalam bidang agama tetapi selaku saudara izinkan saya memberi sedikit nasihat untuk kebaikan terlebih-lebih bagi panduan saya kelak. Selagi nyawa ditanggung badan tidak akan luput tanggung jawab kita sebagai pemimpin umat. Bukan sehingga tempoh pilihan raya akan datang sahaja, rakan-rakan.
.
Saya berharap sekali lagi, dalam penganjuran-penganjuran aktiviti pelajar akan datang, berilah sokongan dan sekurang-kurangnya hadir tanda penghargaan. Jangan jadi bodoh sombong. Sebagai pemimpin, besar telinga ditadah ringan lagi tangan dihulurkan.
.
:: kepimpinan melalui teladan
"Ikhlaslah dalam kepimpinan"

3 comments:

chanz said...

salam wbt,

terima kasih abg halimi sebab sudi datang.

"paling mencabar adalah kekangan kemahiran komunikasi antara peserta dari negara Thailand."

yep. susah tol nak menjual beli dgn dorang. guna simbol tangan pon tak faham2 gak. tapi berjaya jual gak. kalo ada kursus bhs asing kat sini mesti lg best...

...suria... said...

assalamualikum wbt

sy xnmpak pon abg halimi :)
tp terima kasih kerna dtg kejohanan taekwondo terbuka tu

abg halimi tau tak ada sorang jurulatih import dr thailand (tak taula mcm mner sy boleh faham ckit2 bhs thailand) y pkai bj kuning ari kejohanan tu salah sorangnyer dr PRINCE OF SONGKHLA UNIVERSITY .

bukn calang2 org tu ,sorang lcturer kt u tu.da la muda lg ,23 taun!

tp beliau memg tak reti ckp bi n bm.klakar pon ada gak ms borak2 tym x start match lg.beliau ni peramah ckit jd tak jd maslah nk blaja bhs thailand dgn beliau.rkyat thailand ni memg peramah mcm org kelate jgk w'pon muka dier org nmpk serius kan2?

apa y sy nk kongsi kt cni w'pon ngr thailand x = mcm m'sia namun psrta2 dr thailand bkn calang2 org ,sesetghnya ada pgkat dlm kepimpinan.wow bg sy hebt la.so tak slah kiter cntohi mrk!

dikesemptn ini sy nk...
mempelawa abg halimi msk taekwondo klub sbb golongan lelaki islam mmg kurg..hehe
sy pon nk mtk tolong abg halimi promot sama kt kwn2 y laen..

wassalam

Fuad Abdullah said...

Assalamualaikum..
saye fuad..dari cemerlang tkwondo..

btol tu chanz..
orang thailand ni x pndai ckp bhse inggeris..lagi satu..
terlalu banyak masalah semasa perlawanan berjalan di arena\ring B
sbb refree thailand byk yang berat sebelah..itu mrupakan 1 cabaran..

abg hilmi men ke mse ari kejohanan tu..tp apepun..thniah kepada team fuad sbb dpt Overall winner..hihi..

kitorg x sgke btol..