16 July 2009

:: USM kini dok serupo DULU

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Terima kasih kepada semua pengunjung setia blog ini kerana memberikan segala pendapat dan buah fikiran anda baik melalui komen pada artikel saya ataupun melalui SHOUT BOX di sisi blog ini.
.
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung kerana mungkin masa untuk saya mengungkai sesuatu isu amat terhad memandangkan pengajian saya ini memerlukan konsentrasi yang amat luar biasa. Untuk berkongsi kepada semua, USM kini amat mengkagumkan saya dalam semua segi bagi saya. Komitmen staf dan pelajar yang dipamerkan kepada saya sepanjang proses pendaftaran sehinggalah ke kelas,makmal dan juga keseluruhan.
.
Kadang-kadang terfikir juga mungkin harga makanan di kampus kesihatan agak mahal berbanding di sini. Air teh Beng dekat sini hanya 80 SEN. Murah kan...Makanan pula lebih kurang RM2.50 satu hidangan. Alhamdulillah, di permulaan semester ini memerlukan saya lebih berjimat. Banyak juga bangunan-bangunan dalam pembinaan, difahamkan perpustakaan, Inform dan banyak lagi. PEMBANGUNAN pun penting juga. Dekat USM ini ada perkhidmatan BAS pengangkutan yang juga melibatkan pelajar-pelajar luar kampus. Mungkin ini boleh dicadangkan di kampus kesihatan juga, memandangkan masalah penginapan yang agak kritikal. Pengalaman di Institut Pengajian Siswazah juga amat ajaib dengan kemudahan dan kePROFESIONALan USM menguruskan para siswazah baik dalam negara dan luar negara. Kemudahan seperti Pusat Kesejahteraan Pelajar cukup lengkap dengan bilik X-ray dan Ultrasound serta kemudahan Pergigian sekali lagi menunjukkan USM bersungguh-sungguh memartabatkan anugerah APEX yang diberikan kerajaan.
.
Begitu juga dengan segala aktiviti pembangunan pelajar disini cukup aktif. Masing-masing persatuan pelajar menganjurkan aktiviti mereka masing-masing. Apa yang masih mengecewakan saya adalah aktiviti-aktiviti ini masih lagi mengamalkan dasar mendiskriminasikan kaum. Tidak selari dengan konsep 1 Malaysia. Hanya satu ras sahaja yang menyertai program yang diangjurkan oleh mana-mana persatuan.
.
USM kini banyak berubah. Syabas USM. KAMI MEMIMPIN.
.
"1 SISWA, 1 KAMPUS, 1 ASPIRASI"
:: Seronok lihat aktiviti Pelajar Indonesia-Gantang2 belaka

2 comments:

Jacknaim said...

salam..lepas ni buleh la bertanding pilihanraya kampus...untung2 dapat jadi presiden mpp.. baru sedak sikit demo nak kecek..

bukan apa, kesian demo melepas jd mpp thn lepas.. nak sangat btanding mpp walaupun berapa bulan jah nak abih ngaji...

kan dulu sek2 demo jgok royak..walaupun halimi dah keluar usm, dia bila2 masa bleh datang usmkk utk bantu student..

p/s: alamak! kawe lupo demo amik master lonih..xleh tanding hep.. xpo2 demo buat cadangan ko vc supaya sek2 master pun ada prk....

nO-En said...

yg brubh usm induk jew...
usmkk msh mcm biase..huhu..;(