13 July 2009

:: Terima kasih Kerajaan BARISAN NASIONAL

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Alhamdulillah berakhirlah hari pertama saya di kelas DOSIMETRY bersama PROF. SIVAMANY KANDAIYA. Biasalah slang orang INDIA kenalah pandai, cekap metafsirkannya. Hari ini da dapat homework untuk dibincangkan dalam kelas akan datang. Begitulah cabaran menuntut ilmu. Berjihad juga kata Ustaz dan Ustazah saya. Terima kasih juga kepada semua adik-adik, rakan-rakan di USM kampus kesihatan, induk dan kejuteraan, para pensyarah, staf BHEPP, staf Pusat Islam, staf Pembangunan yang menghantar SMS ucap tahniah dan mendoakan kejayaan saya di sini. InshaAllah saya akan buat yang terbaik.
.
Hari pertama ke kelas saya mulakan dengan pergi kelas dengan berjalan kaki dari desa AMAN. Jarak dengan kelas tidak sejauh mana mungkin 200m kot. Sempat jugak lah menikmati kehijauan suasana kampus induk ni. Ada sungai, ada pokok, ada burung-burung dan kenderaan keluar masuk.
.
Dalam perjalanan saya ke kelas, saya terfikir seakan-akan rasa amat bertuah kerana lahir di Malaysia. Dapat semua dengan amat mudah. Alhamdulillah. Rasa macam tidak percaya saya sampai ke tahap ini. Manakan tidak yuran MASTER sahaja saya difahamkan hampir 8 ribu. Mana saya ada duit sebanyak itu. Mujurlah dibawah skim bajet mini dapat juga saya menimba ilmu di peringkat lebih tinggi. Kerajaan Barisan Nasional memberikan satu hadiah yang amat bermakna melangkaui batas politik dengan membayar semua yuran di peringkat MASTER DAN PHD bagi semua yang memohon. Tidak kira bangsa, agama dan ideologi sekalipun. Saya kenal juga rakan se MASTER dengan saya. Memang kita dahulu suka berbincang tentang POLITIK. Dia kuat PAS. saya kata saya sokong kerajaan BARISAN. Hari ini dia juga belajar MASTER dan turut mengambil skim bajet mini ini juga. Biarlah kerana dia juga berhak. Saya tidak sesekali mengungkit perkara ini kepada beliau kerna bimbang terhuris hati dan perasaannya, tetapi saya abadikan di blog ini sahaja. Maaf sahabat se MASTER. Kadang-kadang beliau mengimami solat dan saya makmumnya, kadang-kadang saya mengimami solat dan beliau jadi makmum, begitulah erti persaudaraan kepada saya.
.
Hidup di USM orang kata saya ibarat anak mas USM dapat semua yang hendak. Namun kini saya bermula dari bawah. Saya tegur semua pelajar di sini, apa guna saya hendak sombong, buat surat permohonan desasiswa, beratur beli makanan, berjalan ke kelas, fotostat nota, sama seperti pelajar lain. Tidak ada yang istimewa mungkin satu sahaja yang saya fikir kelebihan saya iaitu saya tidak pernah mengganggap saya ini lebih baik daripada orang lain. Biar pi orang nak kata apa. Yang penting jangan malu untuk bertanya. Namun cacat cela seorang insan tidak boleh dikecualikan. Ya ALLAH engkau golonkan aku bersama-sama orang yang beruntung.
.
Mungkin esok akan ku ke Putrajaya untuk uruskan urusan permohonan biasiswa tersebut. Doakan kejayaan bersama. Aku kau tetap sama. SATU SISWA, SATU KAMPUS, SATU ASPIRASI.
.
"Bersyukur kepada TUHAN, terima kasih kepada KERAJAAN"
:: Nak lihat jambatan Manek Urai sebesar Jambatan Pulau Pinang

6 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..TAHNIAH ATAS KEJAYAAN BRO DPT BELAJAR UTK CAPAI MASTER DEGREE!. SY PUN TUMPANG GEMBIRA SBB CITA2 BRO NK GENGGAM IJAZAH BAKAL TERCAPAI. YG PENTING SMANGAT DAN USAHA BERTERUSAN.

BTUL KATA BRO. KERAJAAN BN X PNH MEMILIH BULU WLUPUN DARI PIHAK PEMBANGKANG SEKALIPUN. TU LAH CUMA MEREKA MASIH X SEDAR LAGI AKAN KEPERIHATINAN KERAJAAN TERHADAP RAKYAT MCM KITA

Anonymous said...

selamat. guna ilmu untuk agama bangsa dan negara. nak tegur kerajaa tak semesti nya maki hamun dan caci nesta. tegus boleh dibuat bermacam cara berhemah jika kita berfikir.

arifomar said...

selamat. guna ilmu untuk agama bangsa dan negara. nak tegur kerajaa tak semesti nya maki hamun dan caci nesta. tegus boleh dibuat bermacam cara berhemah jika kita berfikir.

Jacknaim said...

nak jambatan senang. dengan syarat undi BN. kalau x undi BN x dapatlah jambatan..

hampeh punya ayat pemimpin.. ni ayat orang berfikir pakai kepala lutut. selamba je ugut rakyat.. dah la bercakap kat sekolah.. dulu sebuk membebel kata sekolah bukan tempat politik bla2..

ni profesion perguruan dicemar. majlis sambutan hari guru pun nak dicemar dengan ucapan ugutan..

ni ke UMNO-barisan Nasional yg ko duk puja melambung2 ni..

ni k sikap pejuang agama yg ko maksudkan.. ko kata umno bawk agama kan.. aku ckp umno bwk keduniaan.., come on la bro, budak2 sekolah menengah pun reti pembahagian tugas kerajaan negeri dan pusat..

bina jambatan tu dah emmang tugas kerajaan pusat, bukannya bila menang pilihan raya

sedey aku dengan perangai orang umno ni.. hang puja la umno sampai amti..

dapat master nanti leh kerja kat HEP..

Anonymous said...

kalau halimi nie keje kat HEP..tambahan pulak HEP USMKK...
ak lah org pertama yang akan menentang HEP habis-habisan....

"Halimi Aspirasi,HEP Korupsi"

p/s: nie tema baru HEP kalau org macam halimi nie ahlinya...

takayuki hatoru said...

terima kasih kepada kerajaan malaysia.bukan kerajaan barisan nasional. guna la istilah kerajaan malaysia barula nampak 1 malaysia yg PM cakap tu.kalau x 1 barisan je la..malaysia entah ke mana.