09 July 2009

:: Politik MESRA di cemari PAS di M.U

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Kata tidak serupa bikin!! Begitulah amalan politik parti PAS yang tidak habis-habis suka untuk menyerang peribadi. Membuka pekung dada orang, insan yang juga saudara mereka. Laporan dari rakan-rakan PEMUDA TAHAN LASAK negeri KELANTAN mendakwa PAS terus menyerang peribadi TOK PA. Baru-baru ini YB AHMAD MAZLAN pun kena. Di M.U pula sekarang ini TOK PA pulak kena. Susah untuk kita menurut rentak kotor dan jijik ini. Saya sedih dengan dakwaan dan tohmahan yang diberikan. Mereka kata mereka ada bukti. Mereka ada GAMBAR, mereka ada SURAT, Mereka ada segalanya, macam FBI la pulak mereka ni. Lebih daripada pegawai penyiasat. Semua ada. Orang kampung pula angguk-angguk. Tanda setuju. Orang yang berstatus ustaz pun tidak boleh dipercayai sepenuhnya jugak. Di sini perlunya ilmu. Ilmulah yang dapat menilai sesuatu perkara, sama ada baik atau tidak. Bernafsu atau tidak.
.
Saya setuju dengan PM yang mahu PAS mengamalkan politik MESRA. Jangan serang peribadi. Dulu PM pun jadi mangsa. Saya tidak terkejut dan turut meramalkan perkara ini akan berlaku. InshaALLAH jika tidak ada perubahan dan berkekalan sokongan diberikan berkat usaha bersungguh-sungguh Tuan Aziz tidak mustahil BN mampu menang di Manek Urai. PAS jelas tidak ada agenda untuk membantu penduduk Manek Urai. Bila kita tanya apa yang mahu dibuatnya untuk orang muda, orang tua, murid sekolah, ibu tunggal, anak yatim, guru-guru, mahasiswa mereka tidak ada jawapan. Hanya ada kata kita mahu ko ISLAM. Siapa tidak mahu ko ISLAM. Saya mahu. Biarlah kito buleh amal ISLAM dengan sempurna. Nak sempurna macam mana MASJID tidak ada. Nak belajar FARDHU AIN macammana sekolah dengan surau tidak ada. Ustaz dengan Uztazah pun tidak boleh mengajar kerana kurangnya ilmu bila sekolah tidak ada. Nak pergi sekolah cari ilmu kena ada duit. Ekonomi juga perlu kukuh. Jika tiada kenderaan perlu kenderaan, perlu jambatan, perlu jalan raya dan lampu isyarat. Nak menoreh getah mesti kena ada pisau menoreh getoh. Bila semua sempurna baru ISLAM hok kita amalkan akan lebih SEMPURNA. SEMUA MAHU ISLAM. PAS MAHU, BN LAGI MAHU dan BN bukan setakat MAHU tetapi BUAT. Orang PAS MAHU tetapi TIDAK BUAT.
.
Jangan suka serang ORANG. Malukan orang, FITNAH kan orang kerana doa orang yang teraniaya itu tiada hijab. Sama-samalah berpolitik secara MESRA kekalkan perpaduan. Bentangkan agenda masing-masing, kita beri ruang dan peluang kepada rakyat untuk tentukan. Saya yakin BN dan PAS hanya PARTI yang kedua-duanya bertunjangkan ISLAM dan ISLAM bukan untuk dipertaruhkan. Ianya suci.
.
"Jenaka Pilihanraya:TUAN AZIZ TUAN MAT bakal ganti NIZ AZIZ NIK MAT"
:: Teruskan rakyat M.U menyokong BN seperti hari ini

6 comments:

Jeffry said...

SLM TUAN RUMAH..SBB TU LA PEMBANGKANG SEMAKIN HILANG KEPERCAYAAN DARI AKAR UMBI. JIKA ANWAR ADALAH PENGKIANAT BANGSA MAKA NIK AZIZ TAK PERNAH MENYESAL DGN PERBUATAN KHIANAT KPD AGAMA

Anonymous said...

SALAM...BN mahu n buat ISLAM???Kalu BN amal n laksana Islam...tak payah ada PAS bak kata tuk guru...beliau sanggup mansuhkan PAS kalu UMNO jadikan ISLAM sebagai dasar negara.
BUT...it still not happen.

"Siapa tidak mahu ko ISLAM. Saya mahu. Biarlah kito buleh amal ISLAM dengan sempurna. Nak sempurna macam mana MASJID tidak ada. Nak belajar FARDHU AIN macammana sekolah dengan surau tidak ada. Ustaz dengan Uztazah pun tidak boleh mengajar kerana kurangnya ilmu bila sekolah tidak ada. Nak pergi sekolah cari ilmu kena ada duit. Ekonomi juga perlu kukuh. Jika tiada kenderaan perlu kenderaan, perlu jambatan, perlu jalan raya dan lampu isyarat. Nak menoreh getah mesti kena ada pisau menoreh getoh. Bila semua sempurna baru ISLAM hok kita amalkan akan lebih SEMPURNA"

Saudara SILAP...bila islam SEMPURNA,barulah yang lain SEMPURNA. Saya bukan anti-pembangunan tetapi bagi sy pembangunan JIWA plg penting. Itu yg tok guru sedang laksanakan selama memerintah Kelantan.

p/s:masjid berlambak buat apa kalu takde org yg menyemarakkan masjid...cth terbaik masjid kristal...masjid untuk pelancongan

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

istighfar ya akh...

dasyat sangat tulisan nta nie...

Anonymous said...

dari penulisan mu nie...
nampak sangatlah yg mu nie pengampu UMNO...
mu kato nk ape2 kena ada duit,ekonomi lah bagai...
mu jgn pandang duit je baru oleh selesai masalah..mu silap...
ni la die pemikiran orang UMNO..dalam kepalo dok ingat ko duit jah...
sbb tu byk benar korupsi dalam UMNO nie...

insaflah halimi korupsi...tok soh dok mengampu sangat...buat orang semain membenci dirimu..!

KakChik said...

Assalamualaikum halimi...insyaALLAh sebelum berkata2, kita tengok sendiri dgn mata kepala sendiri deh..takmolah DENGAR2 laporan pasukan KEBAL2 tu..takmolah benci bebeno..tok molek..Nabi warning doh key...;)
Bersama2 kita Istighfar deh...

Anonymous said...

bismillahirahmanirrahim....

kalu betul la BN nak bawa islam kenape x nak jalankn hukum hudud???kenape hukum2 islam x nak laksanakan????Allah kurniakan akal fikiran utk hambanya supaya hambanya berfikir apa islam ajar sebenarnya ...kalu kita lihat BN memang tak menjalankan hukum islam mengikut syariat allah.

kita perlu ingat dunia ini adalah persinggahan.Oleh itu kita perlulah memilih pemimpin yang betul2 beramaikan konsep2 islam yang mengikut syariatnya.


ingat,,,di akhirat nanti,kita akan ikut bersama-sama pemimpin yang kita pilih semasa di dunia.kalua nak islam kita pilihlah pemimpin yang betul2 amalkan islam.Dan kalu nak perpaduan pilihlah pemimpin yang nakkan perpaduan.Kalau kita lihat misi BN pun pepaduan tapi kalu PAS misi dia adalah islam....


perbetulkan kenyataan saudara..bukan PAS yang FBI tetapi BN yang FBI...merata-rata tempat ada polis ...Skit mata jer tengok polis2 nie.Bukannya ada peperangan.....



untuk pengetahuan saudara,rakyat kelantan nie bijak2 dah...semua x nak pembangunan tapi nakkan islam.orang2 yang kurang bijak jer pilih BN..


Sebelum tulis tu fikir dulu jangan dop sedak tangan jer tulis tanpa berfikir sedalam-dalamnya.Gunakan akal yang Allah kurniakan sebaik mungkin.......


wasalam.maaf jika terasa...
Allah matlamat kita...