05 July 2009

:: Gambar Tok Guru penuh di Manek Urai

Bismillahirrahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Perang poster mula rancak di M.U. Semakin ramai juga pembantu-pembantu daripada semua parti bertanding berkampung di M.U. Ramai juga peminat yang mengikuti perkembangan di M.U Kelantan lupa akan berita terbaru kemasukan bekas bintang bola sepak Micheal Owen ke M.U England. Uniknya di M.U Kelantan ini adalah kewujudan banyaknya poster-poster gergasi memaparkan gambar Tok Guru. Mungkin itulah yang menjadi senjata ampuh PAS untuk memenangi hati rakyat M.U. Apa tidaknya air mata Tok Guru bercucuran sedang menadah tangan mula ditontonkan oleh jentera PAS. Kepada yang melihatnya akan rasa tersentuh dek riak wajah Tok Guru itu. Seorang yang ditabal oleh semua sebagai Ulamak sehingga jika melihat wajahnya maka akan dapat pahala. Kepada yang membencinya akan dianggap membenci ISLAM. Begitulah taksubnya pemikiran orang kampung.
.
Saya masih lagi ingat cerita mengenai gambar Tok Guru ini yang ada juga dikalangan orang kampung saya yang meletak gambar Tok Guru di tempat ibadat seolah-olah melahirkan rasa khusyuk semasa bersolat. Begitulah hebatnya "Gambar" tok guru itu. Pada saya mungkin seseorang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Namun bagi saya jangan terlalu taksub dan sehingga mungkin dibimbang akan membawa kepada ke SYIRIK an.

.

Orang M.U kini dapat melihat Tok Guru dimana-mana. Di Jambatan, di tepi Jalan Raya, Di tempah ceramah tentulah, penuh gambar Tok Guru. Andaian saya jika ditakdirkan Tok Guru meninggal maka gambar siapa pulak akan menggantikan tok guru ini. Mungkin akan terpapar gambar Mat Sabu, atau gambar Husam, atau mungkin gambar LIM KIT SIANG. Tak pun letak je ANWAR IBRAHIM.
.
Difahamkan juga konsert dianjurkan di M.U untuk menarik pengundi muda. Sambutan juga menggalakkan. Orang BN buat majlis khatam Quran dia orang PAS buat Konsert. Nak lawan suara orang mengaji, mana kuat. Kalu difikirkan akal nafsu tentu ramai yang ke Konsert kan. Apabila musim pilihanraya juga kita melihat ianya diibaratkan satu rahmat kepada kawasan tersebut. Banyak kemudahan atau projek yang tertangguh diluluskan. Bukan untuk memancing undi tetapi bagi menzahirkan bahawa kerajaan pemerintah amat peka dan berkemampuan untuk menanganinya. Bukan seperti parti PAS yang selalu sangat berjanji namun tiada satu pun diupayakannya. Menanti juga Tokei Ikan untuk melahirkan pendapat mengenai isu-isu pendidikan dan kemudahan di M.U. Jangan sahaja mengutarakan nasib peraih ikan sahaja, nasib penoreh getah, para pelajar, siswazah, orang kampung bagaimana. Isu tahap pendidikan tidak penting untuk menjadi pemimpin juga dilihat seperti PAS memandang rendah kepada perlunya ILMU baik ilmu untuk kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Pesan saya kepada PAS, biarlah penduduk M.U yang tentukan usahlah mengeksploitasikan wajah Tok Guru di mana-mana.
.
Mengenang juga saya nasib pakatan rakyat yang telah terkena selsema BABI. Isu BABI sekali lagi menjadi masalah dalam pakatan mereka. Namun di sebalik kerapuhan itu saya juga melihat Tok Guru memberi respon yang agak selamat dengan enggan mengulas isu di KEDAH. Pakatan yang hampir tumbang disokong pula dengan di Pulau Pinang. LIM GUANG ENG pula bergaduh dengan PKR. Satu demi satu Kudis dalam pakatan berjangkit. Jika masalah sebegini remeh pun tidak sehaluan dan mula nak memberontak, saya merasakan mereka tidak ada upaya lagi untuk mentadbir Negara ini. Anwar pula menyalahkan media.
.
Esok hari penamaan calon. Selaku PEMUDA tahan lasak, saya menggesa semua rakan seperjuangan sama-sama mengiringi CALON kita TUAN AZIZ untuk menghantar borang. Usah kita gentar dengan orang PAS yang selalu membariskan MUSLIMAHNYA di barisan depan sambil memegang erat gambar Tok Guru. Kita laungan semangat PEMUDA!! GEMPUR!! dan berselawat bersama-sama.
.
"Jenaka pilihanraya;Tuan Aziz harapan UMNO & pengundi India"
:: Biar pengundi M.U tentukan

7 comments:

sb dehlawi said...

sebelum berselawat, pastikan dulu bayar royalti minyak dan gas kelantan yg semangnya kena bayar mengikut hukum islam. Soal penggunaan gambar tok guru, itu adalah strategi polotik bukannya taksub, sama juga dengan Bn yg guna gambar pemimpin mereka ditepi2 jalan

Anonymous said...

ISLAM ADALAH AGAMA UNTUK DI TURUTI SEGALA HUKUM HAKAM. SAYA NAK TANYA SAUDARA, ADAKAH ISLAM ITU SUSAH UNTUK DIAMALKAN DI ATAS MUKA BUMI ALLAH YANG MAHA KUASA INI ???

Anonymous said...

Oooiiii,

songkok, kawe tahu sangat lah demo.

termenung sekejap tanya diri sendiri,jolo ko demo ikut Islam ajaran Muhammad.

Tok soh dok geger ko ore lah, sbb demo nak jawab sediri lepas mati.

semoga demo berada di jalan yang lurus,

wassalam.

Jeffry said...

SALAM ZIARAH PD TUAN RUMAH
ARTIKEL YG MENARIK DAN BERINFO..SYABAS SDR :-D

Zahar said...

Salam, saya bersetuju sgt dengan pendapat saudara penulis.. Orang yang mengaku dan dipanggil ulamak@tok guru tidak menunjukkan contoh dan sifat2 sebagai seorang alim ulamak.. Sebaliknya dengan angkuh dan takbur memanggil orang sesama Islam yang bukan separti dgnnya dengan bermacam-macam gelaran dan panggilan yg tidak elok.. Inilah yg kita panggil ular mak politik!!!!!!
Islam telahpun diamalkan di atas muka bumi Malaysia ini sejak dahulu lagi.. Kita bebas utk beribadat dan bersembahyang dimana2sahaja dengan masjid yang terdapat dimerata2 tempat di Malaysia ini.. Cuma puak2 yg merasakan diri mereka shj yg lebih Islam dari org lain yg akan sentiasa mancari keburukan org yg tidak separti dengannya.. Syurga & neraka ditentukan oleh Allah berdasarkan amal ibadat kita kpdnya bukan kerana menyokong mana2 parti politik..

Jacknaim said...

salam! xpe la gantung poster tok guru sendri dr jadi munafik yang terhegeh2 nak jenguk kelantan.. kalau xde pilihanraya x sudi plak nak datang..

datang pulak bukan main menghabiskan duit rakyat lagi..siap pakai helikopter.. rakyat tetap jugak duk menoreh getah kann..

alah! rilek ar bro.. bukan nak pilih ahli parlimen nak lulusan harvard.. kalau lulusan harvard x berguna pun hampeh..

dalam parlimen asyik muka salahuddin ayub je yg perjuangkan bab pendidikan ni...

oh ye! ketua pemuda umno x turun MU ke.. ke dah kena baling! ataupun bumbung tingkat empat runtuh??

Anonymous said...

tahniah kepada saudara halimi kerana memaparkan berita2 yang dapat difikirkan bersama.