15 July 2009

:: Alhamdulillah dan tahniah kepada rakan PEMUDA

Bismillahirahmanirrahim
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
TAHNIAH Para PEMUDA sekalian. Walaupun kita telah berjuang bermati-matian untuk menakluk M.U, malam ini harus kita terima dan akui bahawa Pas sekali lagi berjaya mengekalkan kubu kuatnya daripada jatuh ke tangan parti lain.
.
Izinkan lah saya mengungkai kemenangan itu di sebalik kejayaan mengekalkan kubu kuatnya ini. Saya tidak terkejut dengan keputusan ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah mengenai peratusan keluar mengundi yang begitu ramai dan juga majariti kemenangan Pas semakin berkurang serta peti undi saluran 4 di kesemua peti undi. Syabas kepada semua PEMUDA kerana anda telah menjalankan satu usaha yang begitu ampuh kerana jumlah undi di saluran ini meningkat dengan ketara. Statistik secara rasmi belum diketahui hanya saya dapat daripada rakan Pemuda M.U yang bertugas di sana. Difahamkan banyak juga peristiwa yang tidak seharusnya timbul di M.U semalam. Pihak SPR haruslah mengambil iktibar dan saya berterima kasih kepada semua anggota polis yang banyak membantu menjalankan pilihan raya kecil ini. Jelaslah kepada kita bilangan anggota polis harus ditambah kerana walaupun jumlahnya yang dianggap besar masih tidak mampu mengelakkan peristiwa hitam ini berlaku. Baik UMNO dan PAS masing-masing mahu serang dan masing-masing mahu perang.
.
Dalam politik kita harus bersedia semua kebarangkalian. Jangan mudah membuat kesimpulan. Saya bersyukur dan terima dengan hati yang Redha tentang keputusan kali ini. dan saya yakin inilah yang TERBAIK yang telah ditentukan OLEHNYA.
.
Melihat pergerakkan politik Malaysia nampaknya lebih mencabar dan angin semakin bertiup kencang. Apa tidaknya banyak pilihan raya kecil yang telah dicatur dan kita tempuhi. Kepada rakan bloggers sudilah saya berpesan kepada semua termasuklah diri saya supaya jangan terlalu ikutkan perasaan dan tidak menggunakan akal serta suka menjadikan setiap yang berlaku satu isu untuk dipolitikkan. Memang mudah untuk meruntuhkan sesuatu yang telah kita bina dan bukan mudah untuk membinanya kembali. Pilihan raya sudah berlalu, eloklah kita bersatu. Tidak salah berbeza pendapat. Usah benci membenci sampai ke sudah. Percayalah jauh lagi perjalanan kita.
.
Hari ini juga hari yang penuh kepenatan hidup sebagai siswazah, bergelumang dengan masalah DOSIMETERI yang memeningkan kepala. Esok kelas seperti biasa. Doakan saya supaya ampuh dan berjaya.
.
"Nak tengok ABG UJI naik Perdana"
:: Hina sangatkah BHEPP sampai BUNCIT HITAM benci sangat??

2 comments:

Jacknaim said...

nampok gayonyo x leh la jambatan ko rakyat MU.. sian ko ore manik urai.. relo pilih akhirat lagi pado Dunio...

majoriti sikit, tapi hakikatnya Tuhan nak tunjuk yang rakyat masih setia dengan PAS... hok petingnya menang..

sedeh jugok kawe BN kaloh.. xleh jadi anak emas kerajaan BN la..

sedih sgt kawe sebab bn kalah. membazir je duit helikopter bawa TPM gi manik urai..

sedih kawe bn kaloh..xdop la kemajuan ko rakyat manik urai.. xdop doh la plan nak bina pasar besar tepi2 jalan...

sedih kawe bn kaloh, habis duit hilang bagi ko rakyat tapi rakyat pakoh pas jugak

sedih sgt kawe sebab bn kalah, kesian ko demo dok kempen habis2 an, kutuk ulamak kow2, mengampu bn kow2.. membazir tenaga demo.. kawe simpati ko demo

bakpo la wei jadi lagu ni.... Ni Petunjuk dari Tuhan ko gapo namo nih?

Ya Allah, apalah yang Kau nak tunjukkan dekat saudara aku ni...

p/s: gi study nuh.. kan keno auku tok leh ngaji kan.. sia2 BN bagi duit utk demo ngaji kalu demo kena pecat.. habis duit rakyat bayar cukai demo sia2 kan..

p/s Hitam Buncit??? hahaha sejak bila halimi jadi pengecut ni.. guna ayat kias.. sekalo pakai redoh jah.. ko tok guru pun boleh kadah xkan la ko tuan badan tu xleh kadahh.. sian2 ko demo

Anonymous said...

salam
alhamdulillah...bersyukur kpd illahi sebab manik urai dimenangi oleh pas wlpn dgn majoriti yg sgt sedikit.
Takziah buat saudara halimi sbb doa anda tak termakbul kerana hanya ALLAH s.w.t yg tahu apa yg terbaik buat kita.
Actually teringin jugak nak tgk bn menang...nk tgk staro mana dia akan tunaikan JANJI2 MANISnya spt jambatan n so on.sbb setahu sy BN loni kekurangan duit...habis guna utk MENDERMA kat rakyat masa kempen plhnraya manik urai.

lg satu...stopla ngutuk pas ke tuk guru ke sbb anda hanya menambah MUSUH bukan RAKAN.

pelikkan knp rakyat kelantan pilih akhirat dr dunia??ni la tanda pembangunan jiwa yg tuk guru cuba serapkan.Penyakit yg plg bahaya masa loni bukan kanser@hiv tetapi penyakit hati yg cintakn dunia..byk2la muhasabah.

p/s:hitam,putih,gemuk,kurus tuh luaran blako...yg penting lidah n hati kita bersih.