pembangkang. Ramai mula perkatakan. Ada yang mendabik dada, ada yang meragui dan ada yang tidak mampu berkata-kata. Bagi segelintir rakan mahasiswa apabila saya mengajukan soalan minta pendapat mereka, nampak mereka juga kabur dan sedikit kecewa. Mungkin suasana di Kelantan kini memberi kesan kepada mereka dalam memberi pendapat dan ulasan. Perjuangan parti PAS mereka dakwa akan sedikit terjejas jika terus berada dalam pakatan tersebut ujarnya. Pada pendapat saya, ini merupakan langkah berani presiden PAS dalam memikat hati pengundi mereka. Namun perjungan mereka tampak pincang dek ucapan Karpal Sigh yang berusaha menjadikan presiden PKR sebagai PM bukannya presiden PAS. Menarik juga peranan DAP ini yang secara tidak langsung meletakkan mereka di tempat yang selamat dikalangan pengundi melayu. Seronok untuk diperhatikan apakah langkah seterusnya mereka.
menantu seperti Pak Lah dan KJ dahulu. Besar pulak tu. Suara anak-anak MB Kelantan juga kini mula timbul. Apakah ada desakan ataupun ada keperluan. Mungkin mereka rasa tersinggung dan media alternatif seperti blog digunakan. Bagi saya seruan anak lelaki MB Kelantan (Nik Abduh) haruslah di iktiraf dan dijadikan tanda aras bagi seluruh ahli PAS di negeri Kelantan in
i. MB kini sudah penat dan letih. Kapan mahu berehat dan dilihat kini sudah tidak mampu mengembalikan kegemilangan Kelantan. Semalam di kampus kesihatan di edarkan Buletin Kerajaan Negeri Kelantan oleh tangan-tangan ajaib yang selalu sahaja menyembunyikan diri mengedarkannya. Dalam kandungannya memaparkan bajet Negeri Kelantan dan sekitar sidang DUN baru-baru ini. Saya masih lagi belum menghayatinya dan InshaAllah akan saya kupas dalam post akan datang. Apa yang pasti parti ketiga dipersalahkan. Meletakkan kesalahan atas sebab orang lain bukan mengakui kegagalan mereka.:: Perjuangan harus diteruskan


























